Rabu, 23 November 2011

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


KESIAN MAKCIK FELDA, TERTIPU DENGAN KR1M

Posted: 23 Nov 2011 07:59 AM PST

Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana didapati melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

"Kami telah maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan produk itu dari pasaran.

"Produk itu mesti ditarik balik segera," kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Jelasnya, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan, kementerian itu mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang.

Sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencabuli Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Pua sebelum ini berkata pada label sos tiram keluaran Lee Kum Kee dan Tesco menyatakan bahan bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tiram. Bagaiamapun, katanya, sos jenama 1Malaysia pula menyatakan ia diperbuat daripada perisa tiram. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Liow berkata, Kementerian Kesihatan mendapati susu rumusan tumbesaran bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak berbahaya untuk kesihatan.

Katanya, hasil analisis menunjukkan kandungan vitamin A dalam produk susu itu ialah 3240 I.U (unit antarabangsa) bagi setiap 100gram dan ia tidak melebihi had sebenar iaitu 5,000 I.U bagi kuantiti yang sama.

"Pihak kilang yang mengeluarkan produk itu juga didapati melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan dan mempunyai sijil ISO 9001:2008," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua yang menyatakan produk susu itu mengandungi lapan kali lebih banyak vitaman A daripada had dibenarkan.

Liow berkata Tony telah mengelirukan rakyat dengan mengemukakan peraturan kandungan susu rumusan tumbesaran itu dengan peraturan susu rumusan bayi.

Beliau berkata peraturan kandungan susu rumusan bayi menetapkan had maksimum vitaman A yang dibenarkan ialah 500 I.U.

Sementara itu, Liow berkata pemeriksaan terhadap produk KR1M lain seperti krimer pekat manis, krimer sejat, teh, bihun dan bes miniman buah-buahan Blackucurrent didapati tidak berbahaya dan mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985. mkini

GIGI ROSAK AKIBAT MINUM AIR DI KELANTAN

Posted: 22 Nov 2011 08:45 PM PST

Utusex Malaysia milik UMNO-BN dah takde modal agaknya. Tergamak mereka menyalahkan meminum air di negeri Kelantan adalah punca kerosakan gigi pada kanak-kanak.

Dalam laporan di infosihat.gov.my (milik kerajaan) tidak ada menyatakan meminum sebarang air samada di negeri yang diperintah oleh Pakatan atau UMNO-Barisan Nazional adalah punca kerosakan gigi kecuali meminum air yang mengandungi gula dan berkarbonat sahaja. Anda juga boleh dapatkan maklumat berkaitan penjagaan gigi dan puncanya disini.

Di bawah adalah sedikit maklumat yang dipetik dari laman web infosihat:

Apa perlu anda lakukan untuk mencegah kerosakan gigi?

• Kurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula terutama di antara waktu
makan utama. Sekiranya ingin makan makanan ringan, pilihlah makanan ringan yang
berkhasiat seperti buah-buahan.
• Kurangkan atau elakkan minuman berkarbonat yang mana banyak mengandungi gula.
Amalkan minum air kosong.
• Memberus gigi dengan ubat gigi berflourida.
• Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kuranya sekali setahun.

Sekiranya laporan yang diberikan di atas adalah palsu bermakna kerajaan juga telah membekalkan kita dengan maklumat palsu dan salah.

Dan tak mustahil suatu hari nanti akan keluar kenyataan bahawa kemalangan jalanraya juga berpunca dari air yang diminum di negeri Kelantan atau negeri di perintah Pakatan Pembangkang oleh pemandu. Itu mungkin akan dipratikkan oleh pemandu mabuk di bawah pengaruh alkohol.

Kesian pakcik nie!..., gara-gara terminum air di negeri Pakatan Pembangkang.

Tiada ulasan: