AdukaTaruna |
- Kurangkan kakitangan awam : JASA perlu dimansuhkan.
- Tunjukkan gay / lesbian ada dalam agama lu orang.
- Panas terkini! : TGNA umum pengganti MB Kelantan.
Kurangkan kakitangan awam : JASA perlu dimansuhkan. Posted: 05 Nov 2011 03:41 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Gua sokong kalau jabatan2 / institusi tak munasabah untuk rakyat, sebaliknya untuk parti politik, dimansuhkan bagi maksud kenyataan mengurangkan kakitangan awam. Ianya menjimatkan wang rakyat. Itu dari segi falsafah la. Cuma dari segi teknik, gua fikir, tak perlu ada kenyataan la. Benda2 macam ni, boleh buat lepas ambil pemerintahan. Idea2 seperti ini tak perlu dibentangkan sekarang. Ianya dibentangkan setelah pemerintahan diambil dan keadaan menjadi stabil. Ketika itu bentangkanlah idea2 prioriti no 100 ni setiap hari. Dan bahaskanlah secara terbuka setiap jam. Tak mengapa. Skang ni, fokus kepada Buku Jingga, dan janji 100 hari. Itu dasar yang disepakati bersama untuk setakat ini. Wallahualam. |
Tunjukkan gay / lesbian ada dalam agama lu orang. Posted: 05 Nov 2011 03:23 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Ada suara menyamakan poligami dengan tuntutan Seksualiti Merdeka. Poligami ada dalam agama Islam dan Kristian dan Yahudi. Nabi Musa as berpoligami. Kebebasan mengamalkan agama masing2 dijamin dalam perlembagaan. Jika gay dan lesbian mahu taraf yang sama dengan poligami, sila tunjukkan pengiktirafan agama2 yang telah ada terhadap gay dan lebian. Gua akan sokong golongan itu mengamalkan hak beragama mereka. Kalau memberikan pengiktirafan agama2 baru yang diada2kan, semata2 untuk mengiktiraf kebebasan seks, gua tolak lah. Jap lagi, ada plak cipta ada baru Abang Hensemis misalnya. Dan tuntut diiktiraf perlembagaan Malaysia. Gua akan sokong kalau pihak PR umumnya, PAS khususnya berdemo menentang Ambiga dalam isu ini. Sebagainya kita berdemo menyokong Ambiga dalam isu BERSIH. Professional atas pengasingan tajuk. Tapi adalah lebih baik, Dewan Pemuda PAS menziarahi seketeriat Seksualiti Merdeka, dan menyampaikan hujah mengapa PAS membantah. Dialog - tak bleh jalan -> debat - tak bleh jalan -> demo. Ini adalah step SOP pada gua. Wallahualam. |
Panas terkini! : TGNA umum pengganti MB Kelantan. Posted: 04 Nov 2011 10:46 PM PDT Oleh : AdukaTaruna 5 November 2011 - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membuat pengumuman mengejut mengenai pengganti Menteri Besar Kelantan ketika sidang media program Hari Wukuf Putik. "Orang itu ialah Khai Muhammad Taruna. Ini bukan keputusan saya. Ini keputusan syura." Sekian berita palsu dari gua. Kah3... Alhamdulillah. Subuh tadi, ngam2 hari wukuf, anak gua ditahnikkan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Pulau Melaka. Settle satu adab kelahiran dalam Islam. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memudahkan gua sekeluarga. Terima kasih semua rakan2 dan Jeming Hasan atas pelbagai bantuan sejak gua menjejakkan kaki di Kelantan ni. Anak gua bleh membuta time ditahnik. Ketap rapat mulut dengan gusi sampai kena paksa sikit. Mata tak mau buka, mulut pun tak mau buka. Seb baiklah orang tua tu penyabar orangnya. Hua3.. Pastu kena suap air zam2. Pastu kena gunting rambut sket. Lepas cukur plak. Insyaallah. Kena timbang dan kol C++ untuk dinilaikan dengan emas. Kalau tak mampu, perak la. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan