WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
CUKUP-CUKUPLAH ZUL KULIM TUNJUK BODOH Posted: 20 Oct 2011 07:15 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS KEBODOHAN Zul Kulim terdedah di Parlimen hari ini bila beliau mendakwa PAS `menghalalkan' liwat suami ke atas isteri. Memang tabiat Zul Kulim, bila beliau berhujah beliau tidak akan membenarkan Ahli Parlimen dari Pembangkang mencelah kerana beliau tahu kebodohan beliau akan terserlah nanti. Justeru itu, beliau menganggap berhujah di Parlimen seperti bercakap di depan TV3 tanpa ada sesiapa mahu menyanggahnya. Sebelum ini, Zul Kulim telah membuat satu alasan untuk tidak menyahut cabaran Prof Dr Aziz Bari bagi mengadakan debat dengan beliau dalam isu menghina Sultan Selangor. Cara bodoh Zul Kulim adalah dengan meletakkan syarat sebelum berdebat, syaratnya Prof Dr Aziz Bari mesti mohon maaf dahulu kepada Sultan Selangor. Di situ sudah cukup menunjukkan betapa bengapnya MP Kulim Bandar Baru ini. Jika Prof Dr Aziz Bari memohon maaf kepada Sultan Selangor, perlu apa lagi debat? Bukankah debat itu atas isu betulkah Prof Dr Aziz Bari menghina Sultan Selangor? Itulah Zul Kulim yang sentiasa mencari alasan untuk menyorokkan kebaculannya. Sama juga seperti beliau bacul tidak berani menyahut cabaran YB Khalid Samad untuk berdebat dalam isu Kalimah Allah. Kebengapan otak Zul Kulim tidak boleh disorokkan melalui `kopiah' di atas kepalanya. Hari ini terdedah lagi apabila beliau mahu bercakap isu agama iaitu berkaitan Hudud dan soal Baligh. Beliau merujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu. Menurut beliau, perkara itu dirujuk pada Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat. Jelas sememangnya Zul Kulim tidak tahu apa-apa tentang hukum Hudud tersebut. Beliau jahil di dalam menafsirkan undang-undang tersebut. Saya yang tidak berkopiah tinggi macam beliau pun faham serba sedikit tentang tafsiran undang-undang tersebut. Apa yang dimaksudkan di dalam undang-undang itu, jika berlaku perbuatan suami memasukkan zakar ke dalam dubur isterinya, ia tetap perbuatan liwat dan berdosa besar tetapi tidak menyamai hukuman liwat yang dilakukan selain dari suami dan isteri. Sama juga contoh, seseorang yang mencuri itu akan dipotong sebelah tangannya kecuali yang mencuri itu teramat lapar. Adakah ini bermakna orang yang lapar dihalalkan mencuri? Jawapannya tidak, mereka tetap berdosa kerana mencuri tetapi hukuman ke atasnya tidak sama dengan hukuman ke atas pencuri yang tiada alasan untuk mencuri. Paling membangangkan, Zul Kulim tidak faham maksud `Mumayyiz' (berakal). Bagaimana mahu berhujah soal hukum Hudud jika bab Muamayyiz pun Zul Kulim tidak khatam? Hujah Zul Kulim cukup sekadar dijawap oleh Salahuddin Ayub dan MP dari PKR sahaja, tidak perlu Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi menjawabnya. Lain kali, bila Zul Kulim berhujah bab agama, kita harap PAS sediakan budak PASTI untuk menjawab dan mengajar MP Bebas dari Kulim Bandar Baru yang bakal hilang deposit di dalam PRU akan datang itu. Lain-lain boleh baca di sini. Memang tepat PAS tendang, PKR pula sepak Zul Kulim keluar dari Jemaah daripada kita semua mendapat malu dari perangai dan kebodohan MP yang `tidak mumayyiz' lagi itu./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan