Blog-list Malaysia |
- 1,000 berhimpun tuntut 'bebaskan' Aziz Bari
- TERKINI!! Demo Aziz Bari: Ketua AMK Ditangkap!
- Terkini Protes Sokong Prof. Aziz Bari
- Nasib Muammar Gaddafi Mesej Buat Pemimpin Lama Berkuasa
- Fitnah Ramas Buah Dada - Dr Novandri Dan Penjilat Umno Terus Kantoi
- Mayat Muamar Gaddafi diheret dan dikasari
- Muammar Gaddafi mati terkena peluru selepas ditangkap
- Umno Dan Komunis - Prof. Aziz Bari
- Tersentot Dengan Amaran Chua Soi Lek, Umno Nafi Terlibat Himpunan Sejuta Umat
- Isu Aziz Bari: UIA digesa tarik balik surat tunjuk sebab
- Bekas Kaki Pukul Akan Rasmi Persidangan PERKASAM
- Gantung Aziz Bari tindakan UIA paling tidak tamadun, kata Dr Asri
- Zulkifli Noordin Kencing Dan Berak Dalam Parlimen
1,000 berhimpun tuntut 'bebaskan' Aziz Bari Posted: 21 Oct 2011 12:16 AM PDT GOMBAK, 21 Okt: Hampir 1000 orang berhimpun di perkarangan Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini bagi membantah penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari oleh universiti itu. Perhimpunan aman yang bermula selepas selesai solat Jumaat itu majoritinya disertai golongan mahasiswa dipercayai dari pelbagai universiti serta orang awam. Sejurus imam selesai membaca doa, laungan "Hidup Aziz Bari", "Hidup Ilmu", "Lawan Kezaliman", "Bebas Aziz Bari" mula bergema. Seorang peserta himpunan kemudiannya cuba memulakan ucapan, tetapi bagaimanapun tindakan itu dihalang pihak keselamatan universiti, dan sedikit kekecohan berlaku. Ekoran halangan itu, mereka kemudian beramai-ramai berarak dari masjid tersebut menuju ke bangunan pejabat reaktor universiti itu bagi menyerahkan memorandum. Mereka diketuai pihak penganjur dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Gerakan Demokratik Mahasiswa Malaysia (Dema) serta persatuan mahasiswa kampus itu sendiri. Sewaktu perarakan itu, sekali lagi berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka menghantar memorandum tersebut menyebabkan tolak menolak berlaku. Memorandum tersebut akhirnya berjaya diserahkan kepada Timbalan Reaktor UIAM kira-kira jam 2.20 petang. Dalam memorandum itu mereka menuntut hukuman penggantungan terhadap Aziz Bari agar segera ditarik balik. Mereka juga menyifatkan tindakan terhadap pakar perlembagaan itu sebagai mengongkong kebebasan akademik di universiti. Terdahulu, pemeriksaan ketat dilakukan di pintu gerbang universiti itu oleh beberapa anggota keselamtan. Hanya pelajar dan kenderaan mempunyai pelekat universiti sahaja dibenarkan masuk manakala orang awam termasuk pihak media dihalang walaupun untuk tujuan solat Jumaat. |
TERKINI!! Demo Aziz Bari: Ketua AMK Ditangkap! Posted: 20 Oct 2011 11:16 PM PDT Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin ditahan oleh pasukan pengawal keselamatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebentar tadi. Menurut beberapa pesanan menerusi Twitter, Shamsul ditahan ketika dalam perjalanan ke tempat mengambil air wudhu oleh lebih 10 anggota keselamatan termasuk polis. Kini Shamsul diiringi keluar oleh pasukan polis keluar dari universiti tersebut tanpa diketahui destinasi yang dituju. Bagaimanapun, demonstarsi di hadapan masjid UIAM tetap diteruskan dengan lebih kurang 500 orang membanjiri perkarangan masjid dengan dipantau unit keselamatan universiti dan lebih 20 Siput Babi didtangkan khas dari IPD Gombak. Sementara itu, polis dan unit keselamatan melarang wakil media dan akhbar daripada masuk ke dalam universiti sehingga melarang petugas media yang beragama Islam menunaikan solat Jumaat di masjid universiti tersebut. Media tidak dibenarkan masuk mulai jam 1230 tengah hari tadi dipercayai arahan pihak universiti sendiri atas nasihat polis dan Umno-APCO. TERKINI!! - Rundingan sedang diadakan antara mahasiswa dengan pihak polis bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku. JALAN PULANG |
Terkini Protes Sokong Prof. Aziz Bari Posted: 20 Oct 2011 11:03 PM PDT Pemeriksaan ketat: Orang awam, media dilarang masuk Beberapa orang pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut. Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk. "Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh. "Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini," kata pengawal keselamatan itu. Tindakan itu dipercayai bagi membantutkan usaha kumpulan mahasiswa yang mahu berdemonstrasi terhadap UIA yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah. Semalam, pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi "mempertahankan kebebasan akademik". Mereka menganggap tindakan UIA itu membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'. Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya. Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam. |
Nasib Muammar Gaddafi Mesej Buat Pemimpin Lama Berkuasa Posted: 20 Oct 2011 09:28 PM PDT KAHERAH, 21 Okt — Nasib melanda bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi semalam, berakhir dengan kematian akibat terkena peluru di kepala selepas ditemui bersembunyi di terowong, akan memberi mesej kepada pemimpin rantau Arab yang terus bertarung mempertahankan kedudukan mereka di sebalik kebangkitan rakyat, kata beberapa rakyat Arab. "Ini nasib seorang pemimpin yang memusnahkan kehidupan rakyatnya selama beberapa dekad dan melepaskan tembakan terhadap mereka sebelum kematianya," kata Mohamed Beltagy, seorang anggota kanan Ikhwanul Muslimin Mesir yang berpengaruh. "Nasib Muammar seharusnya menjadi satu pengajaran bagi pemimpin Syria Bashar al-Assad dan (Presiden) Yemen (Ali Abdullah) Saleh," kata beliau dengan merujuk kepada dua pemimpin negara Arab yang masih berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak awal tahun ini. Presiden Tunisia dan Mesir merupakan pemimpin-pemimpin awal menjadi sasaran dan digulingkan dalam siri kebangkitan politik di negara-negara Arab, di mana presiden-presiden dan raja-raja memerintah sejak beberapa dekad. Bagaimanapun pemimpin Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali dan Hosni Mubarak di Mesir digulingkan selepas protes yang rata-rata kecil lagi singkat berbanding dengan Libya. Rakaman saat-saat akhir Muammar menemui ajal disebarkan menerusi media massa dan Internet sebaik sahaja kematiannya diumumkan. Muammar ditangkap hidup-hidup tetap mati beberapa minit kemudian dan teori siapa melepaskan tembakan masih menjadi persoalan. Jenazah Muammar akan dikebumikan di tempat yang dirahsiakan hari ini. "Neraka menunggu Muammar. Saya benci sesiapa yang meraikan kematian seseorang, tetapi apa yang beliau lakukan ke atas rakyatnya sesuatu yang sungguh kejam," kata Nancy El Kassab, seorang penerbit eksekutif televisyen Mesir. "Kematian Muammar akan menakutkan diktator-diktator Arab seperti Bashar dan Ali, dan menjadikan pemimpin-pemimpin Arab yang lain lebih berhati-hati dengan rakyat mereka selepas mereka pulih daripada kejutan berita ini," kata Alia Askalany, 27, seorang pengurus pemasaran Mesir. Di Libya ramai rakyatnya melahirkan kegembiraan mereka dengan kematian Muammar yang memerintah selama 42 tahun. Kebangkitan rakyat bermula awal tahun ini. "Terima kasih kepada Allah . . . dengan iltizam pemberontak, yang ini telah dapat dicapai dan kami mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang membantu dan kami sangat gembira," kata Khaled Al-Asoud, pejuang Libya berusia 35 tahun. Di Jordan, Abdullah al-Khatib, bekas duta PBB ke Libya dan bekas menteri luar Jordan berkata: "Sistem-sistem yang serupa di rantau ini seharusnya membuat rumusan mereka dan mendengar suara rakyat dan seharusnya mengadakan satu keadaan di mana penduduk rantau itu boleh dengan bebas dan terbuka menentukan masa depan mereka." Aktivis di bandar tengah Syria, Homs memberitahu Avaaz, satu pertubuhan hak asasi kempen, bahawa orang ramai meraikan kematian Muammar di jalan-jalan. Ada yang membawa sepanduk tertera mesej: "Tikus Libya sudah ditangkap, selepas ini kuman Syria." Pun begitu persoalan yang timbul ialah berkenaan dengan kesan domino yang bakal dibawa oleh kematian Muammar ke atas rantau negara-negara Arab termasuk di Yemen dan Syria. — Reuters The Malaysia Insider |
Fitnah Ramas Buah Dada - Dr Novandri Dan Penjilat Umno Terus Kantoi Posted: 20 Oct 2011 09:04 PM PDT Anya Corke nafi dirinya mangsa 'pencabulan' Gadis yang didakwa oleh blog pro-Umno menjadi mangsa pencabulan oleh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tampil menafikan dakwaan itu. Anya Corke, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat yang gambarnya disebarkan oleh blog pro-Umno itu dalam e-melnya berkata beliau terkejut dengan dakwaan itu dan berharap ia tidak lagi berulang. "Saya ingin jelaskan bahawa foto saya telah disalahgunakan tanpa pengetahuan atau persetujuan saya, sedangkan pada hakikatnya saya tidak pernah menjadi mangsa dalam apa-apa cara oleh budak ini ataupun keluarganya. "Saya tidak melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu. Saya juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang terlibar itu. Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun, " tulis gadis itu. Isnin lalu, blog pro-Umno itu mendakwa anak pemimpin tinggi politik Pulau Pinang mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya. "Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?" tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot. Rasa simpati Rabu lalu, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua mendedahkan bahawa gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain. Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim. Berikutan pendedahan Pua itu, Malaysiakini menghubungi seorang rakan Corke, yang kebetulan adalah warga Malaysia yang menuntut di universiti yang sama. Dalam emelnya, menurut gadis itu yang juga merupakan pemain catur handalan, satu-satunya cara yang dirinya "dicabuli" ialah apabila gambarnya berkaitan khabar angin yang keji dan tidak berasas itu disebarkan. "Saya juga ingin luahkan rasa simpati saya terhadap remaja lelaki itu yang telah difitnah dengan dakwaan tidak berasas ini," katanya. Beliau juga berharap semua pihak, termasuk media menghormati kehidupan peribadinya dengan tidak menghubungi dirinya, keluarga, kolej, persatuan catur dan lain-lain yang berkaitan. |
Mayat Muamar Gaddafi diheret dan dikasari Posted: 20 Oct 2011 07:16 PM PDT Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi. Menurut Reuters, dalam rakaman yang disiarkan stesen Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya. Rangkaian televisyen Al Jazeera pula menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah. Al Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah. Pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun itu dilaporkan merayu: "Jangan bunuh saya, anak saya." Beliau dilaporkan masih hidup ketika ditangkap tetapi meninggal dunia sejam kemudian. Rakyat Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin itu sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan. Dalam pada itu, AFP pula melaporkan pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita. "Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi," kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu. "Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini ... ini adalah masa bagi Libya untuk memulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan," katanya. Anak juga terbunuh Gaddafi, 69, terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, petang semalam. Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi. Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu. Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdel Majid Mlegata, sebelum itu melaporkan Gaddafi berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri secara berkonvoi dalam satu serangan itu. Bekas pemimpin itu mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya. "Ketika ditangkap, dia (Gaddafi) turut dikasari dan dipukul di kepala (oleh tentera kerajaan sementara Libya)," kata Mlegata. Gambar-gambar merakamkan keadaan pakaiannya berlumuran darah tersebar di Internet. Seorang pegawai NTC, Mohamed Abdel Kafi berkata, jenazah Gaddafi dibawa ke satu lokasi rahsia atas faktor keselamatan. ''Jenazahnya dibawa ke lokasi yang dirahsiakan menggunakan sebuah kenderaan NTC," kata Mohamed. Bekas Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Gaddafi, Abu Bakr Younis turut terbunuh dalam serangan tersebut. Gaddafi menghadapi penentangan daripada rakyatnya sejak Februari lalu sebelum melarikan diri dari Tripoli setelah ibu negara Libya itu jatuh ke tangan pemberontak dengan bantuan NATO pada Ogos lalu. Sejak kejatuhan Tripoli, Gaddafi melarikan dan meneruskan perjuangan untuk kembali berkuasa, manakala sebahagian ahli keluarganya termasuk isteri dan anak perempuannya telah melarikan diri ke Algeria. Sebelum ini, anak lelakinya, Khamis, 28, terbunuh dalam pertempuran di Tarhouna, selatan Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu. Khamis merupakan komander Briged Elit ke-32 tentera yang dikatakan berjaya menumpaskan pemberontak di timur Benghazi pada Februari lalu. Pada 30 April lalu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera NATO di Bab al-Aziziya, Tripoli. |
Muammar Gaddafi mati terkena peluru selepas ditangkap Posted: 20 Oct 2011 05:25 PM PDT Muammar Gaddafi yang cedera dibawa keluar dari trak pejuang NTC selepas ditangkap di Sirte. — Foto Reuters TRIPOLI, 21 Okt — Perdana Menteri Mahmoud Jibril, dengan merujuk kepada laporan forensik berkata Muammar Gaddafi terbunuh ekoran terkena peluru di bahagian kepala dalam kejadian berbalas tembakan antara pejuang kerajaan dan penyokong-penyokong bekas pemimpin Libya itu selepas beliau ditangkap Sirte semalam. Laporan-laporan yang bercanggah mula muncul bagaimana Muammar, yang memerintah Libya selama 42 tahun, mati sebaik ditangkap selepas satu serangan udara Nato terkena konvoinya ketika cuba melepaskan diri daripada kawasan persembunyian yang menjadi sasaran serangan. Sirte merupakan kawasan perkampungan asal Muammar. Kejadian itu berlaku awal pagi semalam waktu tempatan. "Saya hendak membacakan kepada anda satu laporan doktor forensik yang telah memeriksa Muammar," kata Mahmoud pada sidang media di sini semalam. "Ia berkata 'Muammar dibawa keluar dari paip saluran najis . . . beliau tidak beri tentangan. Apabila kami mula memindahkan beliau, satu peluru terkena bahagian lengan kanan dan apabila kami meletakkan beliau di trak, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan lain'," kata Mahmoud. "'Apabila kereta bergerak, tercetus pertempuran antara anggota revolusi dan pasukan Muammar, yang mana satu peluru terkena pada kepalanya'," kata Mahmoud. Mahmoud menambah, doktor forensik tidak dapat memberitahu sama ada peluru itu berpunca daripada pasukan anggota revolusi ataupun tentera Muammar sendiri. Muammar masih hidup ketika dibawa keluar dari Sirte tetapi mati beberapa minit ketika mendekati hospital, kata perdana menteri. Majlis Peralihan Nasional Libya sedang berhubung dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang mahu membicarakan Muamamr berhubung jenayah kemanusiaan, kata Mahmoud. Mahkamah itu mahu satu pasukan pakar forensik memeriksa mayat Muammar sebelum dikebumikan, katanya. Bagaimanapun katanya, selepas melihat laporan majlis itu, mahkamah bersetuju bahawa pemeriksaan susulan tidak diperlukan. Salah seorang anak Muammar, Mo'tassim, juga terbunuh semalam. — Reuters |
Umno Dan Komunis - Prof. Aziz Bari Posted: 20 Oct 2011 05:13 PM PDT |
Tersentot Dengan Amaran Chua Soi Lek, Umno Nafi Terlibat Himpunan Sejuta Umat Posted: 20 Oct 2011 09:49 AM PDT Tg Adnan: Ahli bebas hadir, tapi Umno tak terlibat anjur Himpun KUALA LUMPUR, 20 Okt – Umno tidak terbabit dalam penganjuran perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu ini. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) berkata dakwaan kononnya parti itu menjadi dalang penganjuran perhimpunan itu bersifat liar dan tidak berasas. "Umno tidak ada kena mengena. Ini kerja NGO (badan bukan kerajaan)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Dipetik Bernama Online, beliau mendakwa terdapat pihak tertentu cuba mempolitikkan perhimpunan itu dengan menuduh ianya program Umno yang kononnya cuba membangkitkan sentimen perkauman. Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pula berkata Umno bagaimanapun tidak menyekat anggotanya untuk menyertai perhimpunan berkenaan memandangkan ia diadakan di tempat bertutup dan mendapat permit polis. "Ia tidak akan menimbulkan masalah berbanding perhimpunan jalanan atau demonstrasi yang tidak terkawal," katanya. Perhimpunan yang bertemakan "Selamatkan Akidah" itu adalah anjuran bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam, institusi-institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan beberapa badan lain-lain. |
Isu Aziz Bari: UIA digesa tarik balik surat tunjuk sebab Posted: 20 Oct 2011 09:45 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Okt – Universiti Islam Antarabangsa (UIA) digesa menarik balik surat tunjuk sebab dikeluarkan ke atas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari manakala pihak berkuasa diminta berhenti daripada menakut-nakutkan ahli akademik yang melontarkan pandangan berbeza daripada kerajaan. Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis juga dengan segera perlu menarik balik tindakan mereka mahu menakut-nakutnya pensyarah itu hanya kerana memberikan pandangan mengenai undang-undang. "Pada masa yang sama, UIA seharusnya menarik balik surat tunjuk sebab yang mengakibatkan persepsi bahawa pihak berkuasa universiti di Malaysia kurang kebebasan dan hanya bertindak sebagai alat kepada parti pemerintah untuk menekan pandangan-pandangan yang berbeza," kata beliau. Kata Pua, pihaknya tidak bersetuju dengan pandangan-pandangan dikemukakan oleh Aziz sepanjang masa, tetapi setiap orang khususnya mereka yang ada pengkhususan dalam bidang masing-masing sewajarnya diberi kebebasan untuk melahirkan pandangan dan pendapat masing-masing. "Kami percaya bahawa setiap orang, apa lagi ahli-ahli akademik dalam bidang pengajian yang relevan, harus ada suara untuk memberi pandangan mengenai kesemua perkara yang berkaitan dengan Perlembagaan. Apatah lagi, Malaysia merupakan negara yang bersandarkan undang-undang," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Ekoran surat tunjuk sebab itu, Aziz dilarang memasuki UIA sehingga inkuiri ke atasnya selesai. Aziz diberi tempoh sehingga 25 Oktober ini untuk menjawab surat tunjuk sebab itu. Beberapa pihak lain turut mengecam tindakan pihak berkuasa termasuk soal siasat polis dan SKMM ke atas Aziz sejak awal minggu ini. "Tindakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa universiti hanya membuktikan bahawa ruang kebebasan akademik di pusat pengajian tinggi negara ini adalah terlalu kecil dan Akta Universiti dan Kolej Universiti digunakan sebagai alat untuk mewujudkan suasana yang rigid di kalangan ahli akademik dan pelajar," katanya lagi. Justeru kata beliau, laporan ranking 400 universiti utama dunia yang dikeluarkan oleh Times Higher Education baru-baru ini, yang mana tiada universiti Malaysia disenaraikan, bukti tentang kedudukan universiti-universiti tempatan yang tidak menggembirakan buat masa sekarang. Sehubungan itu beliau menggesa pihak berkuasa menghentikan tekanan-tekanan yang tidak perlu ke atas ahli-ahli akademik daripada menyuarakan pendirian mereka. Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Modh Akin juga mengecam keras tindakan pentadbiran UIA yang bertindak menggantung perkhidmatan Aziz. "Penggantungan ini, susulan daripada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan semalam ke atas Dr Aziz, ternyata sesuatu yang memelikkan dalam keadaan Dr Aziz belum lagi memberikan sebarang jawapan balas kepada surat tunjuk sebab berkenaan yang meletakkan tarikh 25 Oktober sebagai tarikh akhir untuk beliau menjawabnya," kata beliau. Beliau berkata, isu yang dipolemikkan secara berlebihan oleh Utusan Malaysia dan beberapa aktivis politik picisan melibatkan kenyataan terdahulu Aziz sehingga beliau disiasat oleh SKMM dan polis, nyata sekali bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan bertujuan untuk membangkitkan sentimen rakyat ke atas sesuatu isu yang sememangnya jelas justifikasinya dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan sistem perundangan Malaysia. "AMK melihat, penggantungan ini, jelas mencalarkan imej UIA selaku 'taman ilmu dan budi', apabila dalam keadaan budaya ilmu melalui penghujahan fakta yang autoritatif dalam lingkungan kepakaran seseorang pensyarah ditekan dengan tindakan seumpama ini," kata beliau. Shamsul Iskandar berkata AMK tidak berniat untuk campur tangan dalam pentadbiran UIA, sebaliknya, yang dipertikaikan ialah kenapa wujud kekangan ke atas kebebasan akademik atau secara asasnya kebebasan berfikir di kalangan pensyarah yang bertanggungjawab mendidik mahasiswa. "Sekiranya ini berlaku, maka bukan sesuatu yang memelikkan, melihat kepada kualiti mahasiswa yang ada di pasaran sangat mendukacitakan. Ini kerana kalangan pensyarah dimusnahkan kredibiliti mereka sehingga mengehadkan ruang mereka untuk berwacana dengan ilmu pengetahuan serta kepakaran yang ada pada mereka," kata beliau lagi. Kata Shamsul Iskandar, jika trend seumpama itu berterusan, AMK percaya "janganlah dirungsingkan kenapa prestasi IPTA Malaysia di mata dunia saban tahun sukar mendaki tangga kedudukan IPT terbaik dunia." "Jawapannya mudah – kredibiliti akademik dan budaya ilmu di Malaysia sedang 'dibinasakan' secara sistematik oleh Umno-BN yang berterusan menekan pengurusan IPT untuk bertindak ke atas pensyarah dan mahasiswa yang tidak sealiran dengan aspirasi mereka," kata beliau lagi. Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong juga menggesa UIA agar menarik balik penggantungan ke atas Aziz serta-merta dan mahu hak kebebasan akademik dipertahankan. "Tindakan menggantung Dr Aziz ini merupakan bukti jelas mengapa tahap kecermelangan institusi pengajian tinggi di Malaysia tetap merudum," kata beliau dalam satu kenyataan. Kata beliau, tindakan UAI menggantung Aziz amat mendukacitakan dan pusat pengajian itu sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa, sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea. "Malangnya, universiti tersebut bukan sahaja gagal mempertahankan Dr Aziz apabila beliau diserang oleh ahli politik dan media Umno tetapi sebaliknya menggantung beliau pada hari ini," katanya lagi. |
Bekas Kaki Pukul Akan Rasmi Persidangan PERKASAM Posted: 20 Oct 2011 05:52 AM PDT Bekas IGP Rahim Noor rasmi persidangan PERKASA Seramai 1,400 anggota perwakilan dari 99 bahagian Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) seluruh negara dijangka menghadiri Persidangan Agung Tahunan Kali Ke-2 pertubuhan itu, Rabu depan. Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata seramai 3,000 pemerhati dijangka menghadiri persidangan sehari itu yang berlangsung di Dewan Centrum, Kompleks Centrum Taman Setiawangsa di ibunegara. "Persidangan dirasmikan Tan Sri Rahim Noor (bekas Ketua Polis negara)... kita jemput untuk beri penghormatan kepada beliau yang banyak berjasa kepada negara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. - Bernama |
Gantung Aziz Bari tindakan UIA paling tidak tamadun, kata Dr Asri Posted: 20 Oct 2011 05:46 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Okt – Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kini mengikuti program felo di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) menyifatkan tindakan pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung perkhidmatan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai "satu tindakan paling tidak bertamadun dalam dunia akademik." "Saya membaca berita penggantungan Prof Dr Aziz Bari. Bagi saya itu adalah satu tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik. "Ternyata perlantikan 'kepimpinan baru di UIA' itu tidak melambang ketokohan akademik, tetapi lebih kepada nilai-nilai politik," kata beliau (gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Bekas penuntut UIA berkata, kepimpinan pusat pengajian tinggi itu sekarang tidak di bawah orang yang terbilang dari segi pemikiran dan dunia ilmu, sebaliknya orang yang berpotensi melakukan tindakan yang melambangkan kejumudan fikiran yang bertentangan dengan norma dunia akademik. Tambah beliau, tindakan ke atas Aziz merupakan "sesuatu yang amat memalukan dunia akademik kita." "Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad. Tindakan ini adalah tindakan mengampu," kata beliau lagi. Asri yang juga tenaga akademik Universiti Sains Malaysia menambah, "setahu saya rektor UIA sekarang merupakan ahli MAIS (Majlis Agama Islam Selangor)." "Saya bimbang ada kepentingan konflik dalam tindakan terhadap Prof Aziz," kata beliau sambil menambah, Malaysia hanya mencampak diri ke zaman kegelapan Katolik yang membakar tokoh-tokoh akademik protestan atas tuduhan derhaka kepada istana dan heresy kepada agama." Katanya, sebagai lepasan UIA, beliau rasa telah berlaku kesilapan besar dalam pengurusan akademik di universiti itu hari ini. "UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia, telah bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran," tambah beliau. |
Zulkifli Noordin Kencing Dan Berak Dalam Parlimen Posted: 20 Oct 2011 03:46 AM PDT PAS akan rujuk Zul Noordin ke JK Hak Parlimen KUALA LUMPUR, 20 Okt: PAS dan Pakatan Rakyat akan mengemukakan usul bagi menghadapkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas kenyataannya yang mengelirukan Dewan Rakyat. Ianya berhubung kenyataan ahli parlimen bebas itu yang mengatakan bahawa "hudud PAS menghalalkan suami meliwat isteri" dan "Mukallaf bagi PAS berumur 18 tahun" ketika membahaskan Bajet 2012 di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau mendakwa merujuk kepada 'draf' dan 'enakmen' Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 yang dibuat sewaktu PAS memerintah negeri itu. "Ini satu kenyataan yang cukup memalukan yang dikeluarkan oleh orang Islam untuk memalukan Islam itu sendiri. "Kita anggap Kulim-Bandar Bharu sebagai pembohong," kata Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pada sidang media di parlimen. Turut serta pada sidang media itu Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang), Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau), dan Azan Ismail (PKR-Indra Mahkota). Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, mereka akan menunggu hansard parlimen esok sebelum mengemukakan usul tersebut di bawah perkara 26 (1b) peraturan mesyuarat. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan