WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
MENJELANG P/RAYA MUNCUL KEMBALI ISU TUKAR MB SELANGOR Posted: 09 Oct 2011 10:04 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS MALAYSIAKINI memetik berita dari AntaraPos.Com, mendakwa ramai di kalangan Adun dan MP di Selangor mahu mendesak agar MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai MB. Ini satu cerita yang pernah timbul suatu ketika dahulu dan ianya berulang apabila kita semakin hampir ke Pilihanraya Umum ke 13. Memang diakui, tidak semua pemimpin dan ahli parti yang suka dengan Tan Sri Khalid, bahkan DS Anwar pun bukan semua yang berkenan dengan cara atau pendekatannya. Presiden Parti, DS Wan Azizah pun begitu. Mana ada manusia yang semua orang suka termasuk Presiden PAS malahan Mursyidul Am PAS sendiri. Kita lantik pemimpin bukan di kalangan Malaikat yang suci bersih. Pemimpin tentunya ada kelemahan sama macam kita juga, tetapi kita harus tahu batas-batas kita di dalam parti. Kelemahan itu berbeza dengan sikap buruk seperti rasuah atau salah guna kuasa mahu pun buruk dari segi moral. Kelemahan tentang pentadbiran, mungkin boleh diperbahaskan dan diperbaiki dengan syarat adanya keikhlasan dan kejujuran semua pihak. Sekiranya pemimpin tidak boleh ditegur jika membuat kesilapan, maka memang wajar diganti. Tetapi jangan kita fikir teguran kita itu sentiasa betul dan wajib diikuti oleh pemimpin. Justeru itu, pentingnya mesyuawarah di dalam mengatasi hal-hal begini. Jika MB Selangor terbukti melakukan penyelewengan atau rasuah mahu pun bersikap kronisme, itu bukan kelemahan tetapi ianya merupakan perbuatan salah laku dan wajib diambil tindakan tegas serta diganti. Sekarang, masalahnya apa? Jika dilihat dari apa yang disiarkan itu mereka kononnya tidak berkenaan disebabkan MB Selangor tidak cekap menguruskan perkembangan projek di Selangor serta sering mencantas program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh parti. Sudahkah kita siasat mengapa projek itu lewat? Adakah kita siasat terdapatnya unsur-unsur sabotaj terhadap MB Selangor dari dalam? Mengapa isu ini tidak diperdebatkan di dalam Dun Selangor atau di dalam Mesyuarat Majlis Exco? Jika terbukti tiada sabotaj atau memang sengaja dilambat-lambatkan sesuatu projek, ianya merupakan salah laku MB Selangor dan memang patut beliau digantikan kerana ini akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Negeri. Begitu juga dengan dakwaan bahawa sering program kemasyarakatan anjuran parti yang dicantas oleh MB Selangor. Sudahkah disiasat mengapa program tersebut dicantas? Adakah kerana program itu menggunakan nama parti tetapi dananya mahu diambil dari Kerajaan Negeri? Jika begitu, memang patut program tersebut tidak disokong kerana kita tidak boleh mencontohi Umno yang selalu menggunakan dana Kerajaan untuk menggerakkan parti. Tetapi, apa inisiatif kita untuk mengerakkan parti tanpa perlu dana Kerajaan Negeri? Di sini kebijaksanaan pimpinan sesuatu kawasan dan Dun mahu pun Parlimen itu penting. Program kemasyarakat boleh dibuat tanpa menggunakan nama parti tetapi atas nama Kerajaan Negeri. Jika ini dilakukan maka tentulah peruntukan boleh dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri. Andaikata program seperti ini pun disekat oleh MB Selangor, maka MB Selangor tidak bertanggungjawab terhadap rakyat dan memang patut diganti. Oleh yang demikian, pemikiran yang waras dan bijak mesti dibuat sebelum kita mengambil sesuatu tindakan. Walau bagaimanapun, saya kurang percaya dengan berita yang disebutkan oleh portal tersebut. Bagi saya, ini adalah mainan atau `warm-up' pihak-pihak tertentu untuk mengkucar-kacirkan Kerajaan Negeri Selangor. Terbukti, kepimpinan MB Selangor setakat ini jauh lebih baik dari kepimpinan Khir Toyo dan sebelumnya. /wfauzdin.blogspot.com |
BAJET `STOK PENGHABISAN' OLEH NAJIB, UNIT AMAL, AMK, PEMUDA DAN SAMM BERKUMPUL DI SEGAMAT MALAM INI Posted: 09 Oct 2011 09:34 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS PERKASA semakin mengganas. Sasaran mereka adalah DS Anwar dan Mat Sabu kerana kedua-dua tokoh ini akan menjadi `tukang gali kubur' buat Umporno selepas Pilihanraya Umum akan datang. Bajet Najib tidak dapat membayar `beribu' kemusnahan dan pembaziran yang telah dibuat oleh beliau dan isteri tercintanya selama beliau memimpin negara ini. Ramai yang kata, Najib mengumumkan Bajet seperti tokeh supermarket yang mahu bankrap atau gulung tikar. Tokeh ini mesti akan membuat `Jualan Stok Penghabisan' dengan harga yang amat rendah. Ini bukan menandakan Tokeh ini untung besar, tetapi sebagai tanda mahu bankrap maka tidak perlu fikir lagi untung rugi dengan jualan stok penghabisan itu. Begitulah Najib, dia tahu Kerajaan tidak mampu sebenarnya untuk melaksanakan apa yang terkandung di dalam Bajet tersebut apatah lagi unsur-unsur rasuah masih berleluasa di dalam kabinetnya. Namun, Najib nekad kali ini mudah-mudahan rakyat akan terpedaya dengan janji-janji di dalam bajet beliau kali ini sebelum beliau umumkan pembubaran Parlimen. Di dalam situasi sedemikian, musuh yang terpaksa dihadapi oleh Umporno adalah DS Anwar dan Mat Sabu. Kekuatan PR banyak terletak di tangan kedua-dua tokoh ini. Maka, satu tindakan mesti dilakukan agar kedua-dua tokoh ini tidak dapat menghampiri rakyat. DS Anwar mesti dicegah dari menerangkan banyak isu kemungkaran dan penyelewengan serta salah guna kuasa pimpinan Umporno. Mat Sabu pula mesti disekat dari `mengajar' sejarah kepada rakyat tentang siapa sebenarnya pejuang tanahair dan siapa pula pengkhianat atau tali barut penjajah. Justeru itu, setiap program kedua-dua tokoh ini akan cuba disekat atau diganggu. Alatnya adalah PERKASA kerana Umporno tahu PERKASA boleh berbuat demikian. Itulah standard PERKASA yang ada pun. Maka, terdapat beberapa ceramah DS Anwar dan Mat sabu sebelum ini diganggu. Malam nanti (10 Okt 2011), bertempat di Kg Tahang Rimau, Segamat (Rumah Cikgu Natrah) akan diadakan program ceramah oleh Mat Sabu dan Chegu Bard. Program ceramah kedua-dua tokoh ini di Rembau berjaya membuatkan geng PERKASA `putih tapak kaki' di perhambat oleh Unit amal dan SAMM serta para penyokong PR. Di Labis, mereka menggila lagi umpama penyakit anjing gila. Dengar khabarnya di Segamat malam nanti `virus' anjing gila akan sampai ke sana. Pesanan buat Penganjur di Segamat, tentukan Unit Amal mencukupi dan bersedia untuk bertindak pada bila-bila masa yang perlu. Difahamkan kehadiran SAMM malam nanti akan membantu Unit Amal untuk mengawal keselamatan penceramah dan orang ramai yang hadir. Taklimat perlu diberi agar semua mereka akan faham tugas dan tanggungjawab masing-masing. Jangan terlalu mengharap pada pihak Polis kerana PERKASA tidak takut kepada Polis kerana mereka ada sebab untuk tidak takut. Bagi Unit-Unit Amal sekitar Segamat dan seluruh kawasan Johor mesti diturunkan di Segamat malam ini. Anggota-anggota SAMM samada di Johor, K.L, Pahang dan Terengganu juga ditagih khidmat mereka. Begitu juga dengan AMK atau Pemuda dari Pakatan Rakyat. Kita perlu bersama di barisan hadapan untuk menunjukkan kepada PERKASA, mereka tiada tempat untuk menunjukkan samseng mereka. Ayuh, kita ke Segamat malam ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi 013-7149720./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan