WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- CINCIN PUNYA CERITA:KASTAM KATA WUJUD..MENTERI KATA TAK WUJUD
- Pakatan Rakyat Kemuka Bajet RM220 bilion, jimat RM14 bilion daripada BN.
- Saiful Benci Anwar Menurut Najwan
- 10 Permohonan Bina Ladang Tenaga Solar Diterima
- Rang Undang-Undang Kampung Baru Tiada Rundingan
- Kerajaan Persekutuan Habiskan RM2 Juta Untuk Menangani Perhimpunan BERSIH 2.0
CINCIN PUNYA CERITA:KASTAM KATA WUJUD..MENTERI KATA TAK WUJUD Posted: 04 Oct 2011 04:04 AM PDT Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud. Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya. "Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut. "Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'. Bagaimana pun Che Bard mendakwa bahawa , rekod itu menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu. Di sebalik kontroversi cincin mewah itu, Badrul Hisham hari ini turut membangkitkan tentang gelang bernilai RM1.65 juta yang juga didakwa dipakai Rosmah dan dikeluarkan syarikat sama. Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkannya kepada SPRM pada 13 Julai lalu. Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak mahu melayannya selepas dua minggu ia ditimbulkan. BERITA DAN GAMBAR MALAYSIAKINI |
Pakatan Rakyat Kemuka Bajet RM220 bilion, jimat RM14 bilion daripada BN. Posted: 04 Oct 2011 03:57 AM PDT KUALA LUMPUR 4 OKTOBER: Suri rumah, golongan kelas bawahan dan warga emas bakal mendapat perhatian istimewa di dalam bajet Pakatan Rakyat 2012 yang dilancarkan empat hari sebelum kerajaan Barisan Nasional yang akan membentangkan belajawan mereka sendiri. Menerusi Bajet mereka, yang bertemakan " Kesejahteraan Untuk Semua", Pakatan juga berjanji akan memecahkan monopoli-monopoli di dalam sektor-sektor kritikal negara seperti penjanaan kuasa, pembuatan beras dan pemberian lesen teksi. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2012 akan memperuntukan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK. Ia bakal memberi penjimatan RM 14 bilion daripada kadar yang sekarang dibelanjakan oleh Barisan Nasional. "Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah bukti mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru," katanya ditaklimat Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini Kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini. "Belanjawan Pakatan Rakyat akan mengekalkan peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini. Pakatan akan memberi bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada mereka yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun. Manakala suri rumah yang layak bakal menerima RM1,000 untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Belanjawan Pakatan Rakyat juga akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji minima sebanyak RM1,100 untuk diangkat dan dikuatkuasakan seperti mana yang dijanjikan dalam Buku Jingga. "Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100",ujar Anwar. Anwar berkata Pakatan berhasrat mangalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat. Selain itu, tumpuan khusus juga akan diberikan untuk menambahbaik sistem penyampaian subsidi agar ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan tersekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu. "Penghapusan subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh BERNAS, monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan dan lain-lain." |
Saiful Benci Anwar Menurut Najwan Posted: 04 Oct 2011 01:00 AM PDT KUALA LUMPUR 4 OKT: Kredibiliti saksi utama Saiful Bukhari Adzlan terus dipertikai apabila bekas rakan universitinya menyatakan bahawa beliau membenci Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum 2008. Perkara itu bertentangan dengan pengakuan Saiful sebelum ini yang menyatakan Ketua Umum itu sebagai pemimpin idolanya. Dia (Saiful) membenci Anwar. Saya terkejut mengapa dia bekerja dengan Anwar, kerana dia membenci beliau(Anwar)kata Mohd Najwan Ali yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi hari ini Najwan yang dibawa peguambela dalam perbicaraan kes fitnah liwat kedua memberitahu bahawa beliau mengenali Saiful sejak tahun 2003 ketika menuntut di Unitersiti Tenaga Nasional (Uniten). Katanya Saiful adalah seorang individu yang bergiat aktif dalam program Baktisiswa di Uniten dan mempunyai sifat kepimpinan. Najwan berkata beliau pernah melihat gambar Saiful di laman rangkaian sosial Friendster bersama-sama dengan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman. Malah jelasnya, beliau turut pernah bertemu dengan Saiful di ceramah politik termasuk mendakwa berkempen untuk parti Barisan Nasional. Pada tahun 2008, Saiful meletakkan (status) bahawa dia adalah penyokong BN dan mengisytiharkan bahawa Anwar adalah munafik," kata Najwan di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Dia ketika di soal Sankara Nair. Najwan yang kini bertugas sebagai pegawai khas kepada pejabat penasihat ekkonomi negeri Selangor berkata Saiful sentiasa dikenali sebagai penyokong pro-Barisan Nasional sewaktu di universiti. Beliau kemudian berkata terkejut apabila mengetahui Saiful diterima sebagai pekerja di pejabat Anwar pada tahun 2008 walhal telah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang itu tentang personaliti pengadu. Saya memberi amaran kepada Anwar kerana saya fikir Saiful tidak sesuai untuk bekerja untuknya," kata beliau apabila diperiksa balas oleh pendakwa membawa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Najwan kemudian bertegas menyatakan kepada pendakwaraya bahawa kenyataan beliau bukan spekulasi. Hakim Zabidin kemudian menangguhkan perbicaraan pada jam 9 pagi esok. |
10 Permohonan Bina Ladang Tenaga Solar Diterima Posted: 04 Oct 2011 12:57 AM PDT SUBANG JAYA, 3 OKT : Kerajaan negeri sudah menerima 10 permohonan daripada syarikat-syarikat yang berminat membina ladang jana tenaga solar (solar farm) di Selangor. Jumlah itu di luar jangkaan kerajaan negeri ketika berhasrat untuk membina lading tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif. " Saya ingin menyatakan di sini bahawa kerajaan negeri sekarang bercadang untuk mempromote tentang solar technology dan saya sempat berjumpa dengan beberapa syarikat yang sangat ingin untuk menunjukkan kepada masyarakat bagaimana kita boleh mendapat tenaga dari apa yang dipanggil tenaga matahari ataupun solar yang dihasilkan melalui solar farm." Abdul Khalid berkata demikian ketika merasmikan seminar Selangor Conferece On Alternative and Renewable Energy (SELCARE) II di sini hari ini. Bagi permulaan pembinaan ladang tenaga solar itu menurut Abdul Khalid, kerajaan negeri membenarkan syarikat-syarikat terbabit menggunakan sebuah tapak berkeluasan 60 ekar yang dulunya tempat pelupusan sampah. "Dan untuk ini kerajaan negeri bersedia untuk membenarkan mereka menggunakan tempat pelupusan sampah yang dulu telah kita perbaiki dan tempat sampah itu kita sudah tanam apa yang kita katakan rumput dan luasnya lebih daripada 60 ekar dan ianya kita tawarkan sebagai satu tempat experimental area to show that solar technology can be operationalize." Katanya, kerajaan negeri akan mengunakan sumber tenaga alternatif bagi menjana pembangunan ekonomi masa depan dan mengurangkan penggunaan sumber tenaga sedia ada sebagai langkah penjimatan dan memastikan alam sekitar yang sihat. Seminar ini dianjur oleh Exco Sains, Teknologi dan Inovasi. Selain mengundang beberapa tokoh tempatan termasuk ahli politik, ia turut mengundang penceramah daripada Australia dan New Zealand. |
Rang Undang-Undang Kampung Baru Tiada Rundingan Posted: 04 Oct 2011 12:56 AM PDT KUALA LUMPUR 03 OKT : Pemimpin Pakatan Rakyat menyelar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kerana memasukkan rang undang-undang versi baru bagi pembangunan Kampung Baru tanpa berunding bersama sekretariat penduduk. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang ditemui dalam sidang media di lobi Parlimen berkata, adalah tidak wajar RUU baru itu dibahaskan oleh Menterinya Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin tanpa memanggil sekretariat penduduk terlebih dahulu untuk meneliti draf RUU tersebut. Katanya, walaupun RUU Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang sepatutnya dibaca kali kedua hari ini ditarik balik pagi tadi, namun tindakan yang dilakukan kerajaan itu turut menggambarkan sikap mereka yang seringkali mengabaikan pandangan serta suara penduduk. "Walaupun RUU itu dimansuhkan, tetapi tidak disedari RUU baru telah dimasukkan pada pukul 11.30 pagi untuk menggantikan RUU yang ditarik balik pagi tadi. Tidak sewajarnya RUU baru dimasukkan tanpa menteri wilayah panggil khususnya sekretariat penduduk untuk meneliti draf RUU ini," katanya. Jelas Salahuddin, RUU baru itu sepatutnya dirujuk kepada panel peguam seminggu lebih awal untuk dibuat penelitian sebelum diusulkan di Parlimen. "Kerajaan mengatakan 90 peratus rakyat setuju dengan RUU baru ini. Kita pertikaikan dan cabar mereka untuk dedahkan memorandum itu. Kalau betul penduduk setuju, kenapa RUU yang sepatutnya dibacakan pagi tadi ditarik balik? Ada banyak penipuan dalam RUU itu. Sekretariat penduduk Kampung Baru tidak pernah mempunyai rundingan yang berintigriti bersama pihak kerajaan," tegasnya. Kenyataan itu turut disokong Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar. Menurut Mahfuz, sebelum bacaan kali kedua atau bahas RUU ini diluluskan, kerajaan seharusnya terlebih dahulu merujuk akta berkenaan kepada penduduk Kampung Baru. Ini kerana jelasnya, sekiranya ia dibahaskan tanpa persetujuan penduduk, intipatinya tidak akan dapat dihayati penduduk terutama bagi mereka yang berkepetingan di Kampung Baru (tuan tanah). "Sebelum dibahaskan dan diluluskan di parlimen, saya meminta menteri yang bertanggungjawab ini harus memanggil semua penduduk di Kampung Baru untuk mendapatkan persetujuan daripada lembaga atau sekretariat yang wujud di kawasan itu," katanya. Raja Nong Chik Zainal Abidin menarik balik RUU itu yang sepatutnya dibaca kali kedua di parlimen hari ini. Bagaimanapun, menurutnya, undang-undang kontroversi itu akan digantikan dengan versi baru yang ditambah baik selepas mendapat maklum balas pelbagai pihak. |
Kerajaan Persekutuan Habiskan RM2 Juta Untuk Menangani Perhimpunan BERSIH 2.0 Posted: 04 Oct 2011 12:54 AM PDT KUALA LUMPUR 4 OKTOBER 2011- Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) membelanjakan sekurang-kurangnya RM 2,018,850.06 bagi menangani perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu. Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan bahawa PDRM telah menggerakkan 11,046 anggota dan pegawai untuk penugasan keselamatan pada hari perhimpunan tersebut. "Termasuk 2,600 orang yang dikerah untuk siap sedia di kontijen-kontijen seluruh negara dan akan dipanggil jika keadaan memerlukan," Hishamuddin berkata demikian bagi dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, Parlimen semalam bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, berhubung bilangan anggota polis yang dikerah, elaun yang dibayar dan perbelanjaan operasi menghentikan BERSIH. Himpuanan BERSIH 2.0 adalah gabungan beberapa NGO yang mewakili suara rakyat Malaysia bagi menuntut reformasi pilihan raya yang bersih dan adil. Penganjurkan Perhimpunan BERSIH 2.0 menyenaraikan lapan tuntutan seperti berikut : -Bersihkan senarai undi -Mereformasikan undi pos -Gunakan dakwat kekal -Akses media bebas & adil -Masa berkempen minima 21 hari -Kukuhkan institusi awam -Hentikan rasuah -Hentikan politik kotor Mengulas lanjut, Hishamuddin menjelaskan kos yang menelan belanja RM 2 Juta itu termasukalah perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan , makan minum, penginapan dan keperluan logistik yang lain. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan