Selasa, 4 Oktober 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Polemik hantu Mahathir

Posted: 04 Oct 2011 09:37 PM PDT

Sedang isu hudud kecoh, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menimbulkan isu undang-undang jenayah Islam itu yang enggan dilaksanakannya dahulu, tiba-tiba menyonsang arus publisiti dengan isu filem seram dan hantu pula.
Bekas Perdana Menteri itu memang pandai mencetus polemik umum untuk menjurus publisiti kepada dirinya. Sebagai orang yang paling berkuasa di Malaysia selama lebih 22 tahun, dia mahu kekal popular.
Namun, seperti juga isu hudud, isi kandungan dan polemik filem seram dan hantu yang diketengahkannya itu jelas kontang dari idea bernasnya.
Tun M pernah memuji-muji filem Avatar kerana kesan khas (special effect) dan kisah penceritaan filem yang sangat menakjubkannya. Hingga beliau membayangkan bagaimana kreativiti dan kepakaran itu mampu menjadikan Barat berbuat apa sahaja hingga ia benar-benar realistik.
Read More / Baca Lagi >>

Lepas gas: Najib, Hisham mesti bertanggungjawab

Posted: 04 Oct 2011 09:10 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri mesti dipertanggungjawabkan atas tindakan polis melepaskan tembakan ke perkarangan Hospital Tung Shin ketika Perhimpunan Bersih 2.0, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Tan Sri Mahmood Adam) kata, anggota polis yang didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam serangan itu akan dirujuk kepada lembaga disiplin PDRM (Polis Diraja Malaysia).
Read More / Baca Lagi >>

Pendakwaan Jahat : Ahli majlis lepas tuduhan pakai baju BERSIH

Posted: 04 Oct 2011 09:08 PM PDT

Mahkamah Majistret Kajang di Putrajaya melepas tanpa membebaskan sepuluh ahli Majlis Perbandaran Kajang daripada tuduhan memaparkan simbol atau propaganda pertubuhan haram kerana memakai baju BERSIH 2.0.

Peguam kumpulan itu Lim Lip Eng berkata, Majistret A Akhiruddin @ Boy Acho membuat keputusan itu setelah Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Azahari Harun membuat permohonan itu.

"Bila kami sampai ke mahkamah, DPP beritahu majistret mereka mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk melepas tanpa membebaskan (semua ahli majlis)," kata Lim.
Read More / Baca Lagi >>

Sultan Perak Titah AUKU Perlu Dikaji Semula

Posted: 04 Oct 2011 09:01 PM PDT

Sultan Perak
Universiti Malaya, 4 Okt : Sultan Perak Sultan Azlan Shah, bertitah peraturan dan undang-undang berkaitan perjalanan universiti berunsur penghalang dan tidak relevan pada era ini perlu dikaji semula selaras perkembangan semasa dan kemajuan teknologi maklumat.
Read More / Baca Lagi >>

Belanjawan 2012 dan Kapten Light menjadi raja...

Posted: 04 Oct 2011 08:57 PM PDT

Belanjawan 2012 dan Kapten Light menjadi raja...Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan Jumaat ini amat ditunggu-tunggu. Ia umpama kanak-kanak menunggu gula-gula. Ia umpama pekerja menunggu bonus dan naik gaji.
Ia juga umpama suri-suri rumah berdoa agar harga barang-barang dapur dapat dikurangkan. Jika harga barang tidak boleh diturunkan, mereka berdoa gaji suami mereka dapat dinaikkan.
Ia juga umpama doa siang malam pesara kerajaan, terutamanya yang gaji di bawah paras kemiskinan dapat dinaikkan sedikit, bagi menampung sisa-sisa hidup mereka. Ia termasuklah pesara tentera yang ramai susah dan daif setelah menabur bakti di bumi pertiwi.
Pendek kata, Belanjawan 2012 adalah belanjawan yang pastinya lain daripada yang lain. Saya tak berani kata ia akan menjadi Belanjawan Pilihan Raya 2012, tapi mungkin juga?
Sering kali, pembentangan belanjawan negara sebelum sesuatu pilihan raya, ganjarannya cukup menarik sekali.
Read More / Baca Lagi >>

Altantuya's still 'hanging' judgment blackens the judiciary to the core

Posted: 04 Oct 2011 08:56 PM PDT

Altantuya's still 'hanging' judgment blackens the judiciary to the coreThe inability for the Malaysian judiciary to bring to closure the Altantuya murder case is shameful and highlights the creeping rot within the judiciary system. The fact that the judgement for the murder trial has yet to be written 2 years after pronouncement is a sham and reflects badly on the courts of law in Malaysia.
For beginners, the judge in question should have written the judgement, signed it in his name and submitted this to the Federal Court. This is in line with Section 281 (b)(ii) of the Criminal Procedure Code (Act 593) that requires such document to be presented upon the appeal against the death sentence.
But while the two former bodyguards of Prime Minister Najib Razak have been sentenced to hang for killing Altantuya, and have already appealed their sentences, the High Court judge, Mohd Zaki Yasin, who found them guilty has till date not written up his judgement.
Read More / Baca Lagi >>

GST – Don’t rob the poor

Posted: 04 Oct 2011 08:53 PM PDT

There is absolutely no way GST will benefit the poor. If anyone says it will benefit the poor, it is just plain bunkum.

The Goods and Services Tax (GST) topic has been left on the backburner by the man-on-the-street who is currently grappling with the high cost of living and rising inflation.
The rakyat must not forget that the Barisan Nasional federal government will definitely implement GST if given an overwhelming mandate in the coming 13th general election.
GST is certainly a tax to be feared by the poor and low-wage earners. And GST will certainly be unbearable to the poor as nearly everything will be taxed save for basic foodstuff and public transport.
Read More / Baca Lagi >>

Putrajaya says Malaysia was colonised, disputes MPN’s version of history

Posted: 04 Oct 2011 08:44 PM PDT


Muhyiddin Yassin told Parliament today the fact Malay Rulers were compelled to accept advice from the British commissioner or resident "means we were not free". — file pic
KUALA LUMPUR, Oct 5 — Putrajaya finally resolved today the confusion over Malaysia's historical past and rubbished claims that the country had never been colonised by the British. Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin told Parliament today that although the Malay Rulers had retained their sovereignty while under British rule, they were compelled to accept advice from their colonisers, a clear indication that the country "was not free".
"On the question of whether Malaysia was colonised, the answer is — yes. I take that stand although there are some views stating otherwise.
"If we study historical facts carefully, we will know that our celebration of Merdeka is not in vain because we were colonised.
Read More / Baca Lagi >>

TPM akui Malaysia pernah dijajah

Posted: 04 Oct 2011 08:43 PM PDT

NONETimbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak pandangan pakar sejarah bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.

Muhyiddin berkata, pendirian kerajaan adalah demikian walaupun sebelum ini didebatkan bahawa negara masih ditadbir oleh sultan, dengan nasihat British.

"Sebabnya kita tahu bahawa kita dijajah. Dalam sejarah dulu residen British atau penasihat pada waktu itu beri nasihat kepada raja.

"Dan dalam konteks ini, nasihat pesuruhjaya atau residen itu perlu diterima.

"Bermakna walaupun ada (sultan) itu tetapi dia tidak bebas, dia terpaksa mengikut apa yang dianjurkan pihak (British).
Read More / Baca Lagi >>

Belanjawan Pakatan ke arah timbang tara berkesan

Posted: 04 Oct 2011 08:22 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Belanjawan alternatif yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat merupakan langkah cemerlang ke arah sistem timbang tara yang matang dan berkesan.
Sehubungan itu, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengucapkan tahniah di atas pembentangan belanjawan itu oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, persoalan gaji minimum di dalam Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat sebanyak RM1,100 bukannya RM1,500 akan dijelaskan malam ini.
Penjelasan itu akan dibuat pada Forum Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012, di Quality Hotel, Shah Alam bermula jam 8.00 malam.

Read More / Baca Lagi >>

Media: Gambar anggota Amisom tembak jurugambar Bernama TV didedah

Posted: 04 Oct 2011 08:18 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Gambar empat anggota tentera misi pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (Amisom) yang bertanggungjawab melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd. Nor didedahkan apabila ia dihantar menerusi e-mel kepada Bernama semalam.
Berdasarkan gambar yang dihantar oleh Agensi Keselamatan Somalia itu, mereka yang sebelum ini dilaporkan sebagai tentera Burundi dan bertugas dalam Amisom dilihat berjalan tanpa sebarang kelengkapan senjata namun dikawal oleh beberapa tentera lain ke suatu tempat yang tidak dinyatakan, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Majlis Fatwa Kebangsaan Digesa Bertindak

Posted: 04 Oct 2011 08:13 PM PDT

" Kuala Lumpur,5hb Oktober. Majlis Fatwa Kebangsaan digesa mengambil tindakan yang segera untuk membendung tindakan pihak-pihak tertentu tertentu khususnya kenyataan pemimpin yang beragama Islam yang telah memberikan tafsiran tentang Undang- Undang Hudud mengikut selera pemahaman masing-masing tanpa merujuk kepada ulamak-ulamak yang muktabar.

Demikianlah yang ditegaskan oleh Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Hj. Nazmi bin Hj. Nik Din ketika mengulas keberanian pihak-pihak tertentu yang mengulas berkenaan hudud tanpa suluhan ilmu dan nasihat daripada para ulamak Islam yang muktabar.

Read More / Baca Lagi >>

Jangan tertipu isu yang dibangkitkan BN

Posted: 04 Oct 2011 08:12 PM PDT

Oleh SYARIZAL MAKSIR
SURAT terbuka ini ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya pimpihttp://omong.files.wordpress.com/2007/05/windowslivewriterbbc10yearsdevelpmentin10daysatijokbyelec-cc48barisan-nasional-banner-folded1.jpgnan Pakatan Rakyat.
Ingin saya tegaskan bahawa kesusahan, kekalutan, kegusaran sentiasa menyelubungi kita lantaran negara diurustadbir dengan diselimuti kronisme, rasuah, penipuan dan sebagainya. Hasilnya adalah pembolotan kekayaan negara secara korup oleh kelompokkelompok dan individu-individu tertentu dan rakyat semakin terhimpit lantaran nilai ringgit yang semakin kecil.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa Berani "Bertaruh" Najib Sanggup Ke Mahkamah Paris ?

Posted: 04 Oct 2011 08:08 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGIKUT laporan Malaysiakini, Najib boleh disepina ke Mmilitary malaysia navy french built submarine scorpene classahkamah Paris berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene. Pembelian kapal selam Scorpene ini bukan sahaja dikaitkan dengan rasuah ratusan juta ringgit, malahan dikatakan ada hubungkait dengan kes jenayah iaitu pembunuhan Altantuya.
 
Jika di dalam Mahkamah di negara ini, Najib berusaha untuk mengelak dari menjadi saksi di dalam kes fitnah Liwat II yang melibatkan DS Anwar, adakah Najib berani untuk ke mahkamah di luar negara? 
Read More / Baca Lagi >>

Muslim disaran terus berzikir sebelum tibanya ajal

Posted: 04 Oct 2011 08:07 PM PDT

Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
SABDA Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Manusia ahli 'Lailaha Illalah' tidak akan merasa sunyi dan dukacita ketika dalam kubur dan bangkit darinya, seolah-olah mereka bangun dengan menguis tanah di atas kepalanya dengan berkata; segala puji bagi Allah yanghttp://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/wp-content/uploads/2011/06/kubur.jpg telah menyingkir perasaan sedih dan dukacita daripada hatiku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan tempatku memohon ampun dan bersyukur." 
Kesepian dan dukacita merupakan bala azab yang menyeksa jiwa manusia, lebih lebih lagi di alam barzah (kubur) yang keadaannya seorang diri.
Read More / Baca Lagi >>

Nasi Lemak Buah Bidara 2.0

Posted: 04 Oct 2011 08:06 PM PDT

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan, Buang minat buang bicara ,Kerana Namewee yang hamba pertikaikan
BARANGKALI akan ada orang yang 'hot' atau hati panas langsung marahmarah sekiranya pantuhttp://2.bp.blogspot.com/-sWzdiFlGn2s/ToQwLIl_4cI/AAAAAAAALQo/j4KSfgZd56g/s400/nazri-namewee2x.jpgn-empatkerat- tradisional Melayu Nasi Lemak Buah Bidara, di'modify' seperti di atas sebagaimana Namewee mengubah suai lagu kebangsaan Negaraku (lagu berasal dari Kepulauan Seychelles gubahan penulis lirik terkemuka Perancis, Pierre Jean de Beranger yang meninggal dunia pada July 1857, atau 100 tahun sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai 'kemerdekaan').
Read More / Baca Lagi >>

Cerita Tandas Dalam Dua Era

Posted: 04 Oct 2011 08:04 PM PDT

Oleh A Kadir Jasin
KALAU cerita bersunat atau, macam kata pembahas Hanezam, masuk jawi, zaman dulu kala asing kepada generasi Dasar Ekonomi Baru, bayangkan pula cerita buhttp://www.paradigminfinitum.com/datukKJ.jpgang air besar.

Buang air kecil, tak payah ceritalah. Di mana ada belukar atau semak, di situlah kita lakukan. Lelaki perempuan sama saja. Yang berbeza, sejenis berdiri, sejenis lagi bercangkung. Daripada situlah agaknya datang ungkapan, guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud tak boleh, Namewee penghina azan boleh pula macam jadi ikon 1Malaysia

Posted: 04 Oct 2011 08:04 PM PDT

Oleh Penarik beca
Saya ni dari fahaman yang suka kalau mana-mana puak pro-Islam menang, mereka dahulukan, dan buktikan memang sungguh-sungguh depa buat, benda yang tak pahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiL7Pe2eQyOYO80j_d8_B5_V9yqi9DhpoZJxS_EME9QgXnDdgcZWZfmx1gpd49V6tj54z8zR2B_wLlb46hM3tnmYvW4tUh9s05Zpm4I-sEE3keTtNnvG57QC86p3ISUos5MDxatHXH1/s1600/Saya+sokong+usaha+Namewee+-+Najib+30-9-2011.jpgyah pinda undang-undang dulu - pemimpin berkorban, pemimpin bersederhana, pemimpin berjimat, pemimpin meletakkan keutamaan yang betul (melawat luar negara tak tentu fasal bukan keutamaan - orang dapat berniaga dengan syarikat besar luar negara dengan memanfaatkan kecanggihan zaman IT ja, yang hampa kononnya pi melawat luar negara nak cari pelabur apa pun tak dapat, kena tipu ada la),
Read More / Baca Lagi >>

Hudud Dan Memahami Keutamaan

Posted: 04 Oct 2011 08:02 PM PDT

oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Pengalaman Mahathir selama 17 tahun sebagai Perdana Menteri tidak boleh dipandang ringan. Isu sama ada kita setuju dengan beliau atau tidak bukan isuhttp://www.smh.com.au/ffximage/2006/10/11/mahathir_wideweb__470x306,0.jpgnya di sini. Yang penting kecerdikannya menonjolkan isu hudud di saat Pakatan Rakyat berada di dalam 'good shape' suatu lontaran taktikal yang amat efektif.

Mahathir amat arif perpaduan Pakatan Rakyat adalah suatu yang tidak menguntungkan Umno dan BN. Isu hudud, bagi Mahathir , adalah senjata ampuh bagi memecahkan perpaduan Pakatan sekaligus berkesan bagi memesongkan fokus utama Pakatan- meranapkan BN di dalam Pilihan raya umum yang akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Akidah kian terhakis

Posted: 04 Oct 2011 08:01 PM PDT

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
AKIDAH adalah alat terpenting dalam diri manusia yang menentukan hubungan merekhttp://www.noktahhitam.com/wp-content/uploads/2008/04/bayi-11.jpga dengan Allah SWT. Tanpanya mereka tidak akan diterima di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang patuh dan taat terhadap segala titah perintah-Nya yang mampu membawa mereka menempuh hidup yang penuh dengan rahmat, keampunan daripada Allah SWT.
Apabila akidah tidak dijadikan alat terpenting dalam kehidupan manusia, maka berlakulah krisis keyakinan manusia terhadap kebenaran yang ada dalam al-Quran dan apa yang disampaikan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Read More / Baca Lagi >>

Will Pakatan, Hindraf team up?

Posted: 04 Oct 2011 07:51 PM PDT

Hindraf believes it still has the 'power' to swing votes and that Pakatan is making a mistake by ignoring its overtures.

Hindraf Makkal Sakti and its offspring Human Rights Party (HRP) are blithely wooing Pakatan Rakyat to forge an electoral alliance to face its common enemy – Umno-helmed Barisan Nasional – in the fast-approaching 13th general election.
But signs are clear that Pakatan is not interested.
Pakatan allies – PKR, DAP and PAS and, to a certain extent, Parti Sosialis Malaysia (PSM) – may have realised that Hindraf was the most influential factor that convince the Indian voters to shift their traditional allegiance with BN in the last general election.
Many Pakatan candidates were seen then working hand-in-hand with Hindraf activists to secure votes.
Read More / Baca Lagi >>

‘Gangster’ Umno menyamar ahli Perkasa

Posted: 04 Oct 2011 07:48 PM PDT

Jelas tindakan mereka berhimpun secara haram dan melakukan gaduh gempar tempat awam serta mengganggu program yang mendapat permit polis adalah salah.
PETALING JAYA: Dua minggu lepas Majlis Mesra Aidilfitri anjuran PAS Cawangan Ampangan, dekat Seremban telah di serang ala 'gangster' oleh Pemuda Umno yang menyamar sebagai ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, jelas tindakan mereka berhimpun secara haram dan melakukan gaduh gempar tempat awam serta mengganggu program yang mendapat permit polis adalah salah.
"Ternyata polis gagal melindungi orang awam apabila ada anggota polis yang dari awal berada ditempat kejadian gagal bertindak," katanya dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas KP Ikim: Jangan lihat hudud isu politik kepartian

Posted: 04 Oct 2011 07:33 PM PDT


KUALA LUMPUR, 5 Okt — Bekas ketua pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Prof Datuk Dr Ismail Ibrahim berharap isu hukum hudud tidak lagi dilihat sebagai isu politik kepartian kerana khuatir ia akan membesarkan jurang kesalahfahaman dan taksub di kalangan pengikut parti politik orang Melayu-Islam.
"Saya amat ingin melihat dan mendengar bahawa isu-isu mengenai perundangan Islam atau sivil, bukan hanya merupakan soalan dan isu perkauman atau partisan.
"Isu hudud juga janganlah hanya menjadi isu politik kepartian dan taksub ahli politik parti-parti yang tertentu seperti yang berlaku sekarang ini," kata Ismail (gambar) yang juga bekas pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.
Read More / Baca Lagi >>

PAS disakat dengan hudud

Posted: 04 Oct 2011 07:29 PM PDT

Haji Abdul Subky Latif

5 OKT — Belum pun reda isu Mat Sabu dengan peristiwa Bukit Kepong, maka dipanaskan semula dengan isu pelaksanaan hudud di Kelantan.
Kerajaan PAS Kelantan dicabar oleh pemimpn-pemimpin Umno supaya melaksanakan hudud di Kelantan.
Enakmen hudud itu telah siap dan diluluskan oleh DUN Kelantan dan DUN Terengganu semasa negeri itu diperintah PAS dari 1999 hingga 20 dulu.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud di Malaysia

Posted: 04 Oct 2011 07:27 PM PDT

oleh : Zhuliana binti Ambok Dalek

Hudud adalah merupakan hukuman yang setimpal dengan kadar jenayah hudud yang dilakukan.Hukumanya adalah wajib.Sebagaimana yang telah dilontarkan oleh para fuqaha' ia adalah hak Allah Taala.Manfaatnya bersifat umum tidak dikhususkan kepada seseorang individu.Bagi melahirkan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk kesejahteraan seluruhnya dan tidak bersifat menzalimi. Oleh itu tidak harus disekat menjalankan hukuman ini setelah sabit kesalahan dihadapan hakim sekalipun mendapat keredhaan dari yang dianiaya kerana ia adalah hak Allah.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: