Rabu, 12 Oktober 2011

SharpShooter

SharpShooter


Laporan polis jika hilang sijil lahir, pasport, geran dan lesen memandu dimansuhkan

Posted: 12 Oct 2011 03:20 AM PDT

Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.

Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 September lalu.

Dipetik Bernama Online, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata kerajaan membuat keputusan berhubung pemansuhan keperluan mengemukakan laporan polis itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2, 2011 pada 6 April lepas kerana ia sebenarnya merupakan amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.

Beliau berkata pada 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis diterima, dengan 1.1 juta atau 40 peratus daripada jumlah itu termasuk dalam kategori 'Rujuk Lain-Lain Agensi'.

"Ini menunjukkan sebahagian besar laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan.

"Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan tambahan beban kerja dalam mengendalikan urusan pelaporan polis.

"Keperluan ini juga mengakibatkan peningkatan kos operasi PDRM di samping tidak memberi nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan PDRM," katanya.

Berikutan pemansuhan itu, Mohd Sidek meminta semua agensi kerajaan mengenal pasti urusan yang memerlukan orang awam mengemukakan laporan polis kepada agensi kerajaan terbabit mengikut keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis, dan agensi kerajaan juga tidak boleh menghalang orang awam membuat laporan kepada PDRM.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wajah Menteri Kewangan baru ?

Posted: 11 Oct 2011 12:09 PM PDT


Khabarnya rosmah sekarang dah mula berjinak-jinak pulak dengan hal urus takbir kewangan negara , bakal menteri kewangan baru malaysia nei akan memulakan tugas-tugas rasminya sebagai menteri penuh jika umnoapco sekali lagi menang PRU13 nanti.

Petikan berita dari bernama baru-baru ini menyatakan bahawa rosmah hadir bersama membantu suami yang amat disayanginya dalam persediaan terakhir pembentangan badjet negara, sudah pasti rosmah yang sangat bijak itu juga turut menyumbangkan beberapa idea yang dirasakan sesuai.

Mungkin secara peribadinya najib dan jemaah kabinet berpendapat rosmah la yang paling layak menguruskan hal-hal kewangan dan belanjawan negara, kerana rosmah telah terbukti mampu menabung dari kecil hanya kerana mahu membeli sebentuk cincin permata.

Rosmah yang sangat perihatin kepada anak-anak kecil itu khabarnya, telah membelanjakan wang tabung PERMATA dengan begitu cermat sekali, jadi rata-rata ahli umnoapco berpendapat kewangan negara akan lebih kukuh apabila rosmah menjadi menteri kewangan jika umnoapco menang PRU13 nanti.

Kadar inflasi negara dijangka akan turun dengan mendadak, peluang pekerjaan akan bertambah dan nilai ringgit dijangka akan naik berlipat kali ganda.

Dan apa yang lebih penting, sumber-sumber dalaman bilik gerakan umnoapco menyatakan bahawa jika rosmah dilantik sebagai menteri kewangan, harga barangan akan diturunkan selari dengan keperihatinan rosmah serta kerajaan bn yang sangat perihatin terhadap rakyat.

Rakyat harus yakin akan kemampuan wanita ini, jika umnoapco menang pada pilihanraya akan datang, kesinambungan najib sebagi perdana menteri dan rosmah sebagai menteri kewangan pasti satu gandingan yang akan menggegarkan dunia.

Jika Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah membuktikan pencapaian yang membanggakan kaum wanita, pasti rosmah akan membuat lebih ramai wanita terutama dari umnoapco tersenyum riang sekali. disifatkan sebagai wanita besi serba boleh, rosmah sangat digeruni dan sangat berpengaruh , ini terbukti bila najib juga sering akur dengan keputusan yang diberikan oleh rosmah.

Untuk menjana ekonomi yang lebih stabil, hanya rosmah yang dilihat paling mampu, dan pasti jika umnoapco menang sekali lagi pada PRU 13 akan datang, harga barang pasti akan turun dibawah pentabiran cekap rosmah mansor- TL


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: