Kelab Greenboc |
- WASPADA: JPJ Pantau Kereta Pasang Lampu Putih (HID)
- Khalwat - Jenayah Syariah Paling Popular Di Terengganu
- Mohd Sabu: UMNO Berpaut Isu Agama & Perkauman Untuk kekal Kuasa
- Benarkah Malaysia Tangga Ke-19 Terbaik Cegah Jenayah? Mana Bukti?
- Tak Perlu Lapor Polis Lagi Jika Hilang Sijil Lahir, Pasport, Geran & Lesen Memandu
- WASPADA: Lagi Kebakaran Disebabkan Tong Gas, Sebuah Kedai Hangus
- Kes Saman Fitnah Mat Sabu Ke Atas Utusan - 3 Nov
- Kenyataan Yang Pahit: Ada YB Pakatan Rakyat Yang Sudah Lupa Diri
- PAS Mahu Kerajaan Beri Penjelasan Mengenai Projek "Taek Jho Low"
- Lebih RM1 Juta Belanja Ke Kazakhstan, PM Paling Boros
- Video Kotor Umno-BN Untuk Alih Perhatian Bajet
- Cybertrooper Upahan UMNO Berkeliaran
- IPTA Malaysia Bukan Tak Sertai Ranking Times, Tetapi TIDAK LAYAK Menyertainya
- Tak Cukup Pecahkan Kereta, Mat Rempit Kejar & Belasah Pemandu Dalam Ambulan
- Cukai 6% Ke Atas Pengguna Unifi Dan Streamyx Mulai 1 Jan
WASPADA: JPJ Pantau Kereta Pasang Lampu Putih (HID) Posted: 12 Oct 2011 01:30 AM PDT Dungun: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Terengganu akan mempertingkatkan pemantauan terhadap pemasangan lampu putih (HID) pada kereta yang setakat ini mengesan 30 kes penggunaan lampu itu. Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata pihaknya memandang serius penggunaan lampu ini kerana ia tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. "Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik kenderaan yang menggunakan lampu ini pada kenderaan dan notis akan dikenakan terhadap mereka, jika ingkar notis boleh dikenakan kompaun. "Kami melihat pemilik yang memasang lampu putih ini mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibat kepada orang lain sedangkan ia boleh menyebabkan silau dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Ops Bersepadu di hadapan Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi di sini malam Selasa. Menurut Abdul Rahman, pihaknya percaya penggunaan lampu ini juga merupakan salah satu faktor kepada punca kemalangan. Dalam operasi itu sebanyak 137 saman dan notis arah periksa dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan. Operasi yang bermula pukul 3 petang dan berakhir tengah malam itu disertai 130 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi seperti polis, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). -BERNAMA |
Khalwat - Jenayah Syariah Paling Popular Di Terengganu Posted: 12 Oct 2011 12:25 AM PDT Dungun - Kes tangkapan khalwat antara kesalahan jenayah syariah paling popular menghadapi pendakwaan di mahkamah yang secara tidak langsung menggambarkan keruntuhan moral sedang melanda masyarakat kita. Pendakwa syarie, Azmi Tengah berkata, ketika bertugas sebagai pendakwa raya mahkamah, kes tangkapan khalwat paling banyak dikendalikannya berbanding lebih 30 kesalahan lain yang terkandung dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Menurutnya, pengalaman mengendalikan kes terbabit mendapati, masalah kurang didikan agama dan pengaruh gejala sosial serta fikiran dikuasai nafsu didapati menjadi penyebab pasangan bukan muhrim sanggup melakukan perbuatan itu, biarpun ada yang tahu bahawa ia merupakan kesalahan serius dari segi agama dan undang-undang. "Kebanyakan kes melibatkan tangkapan khalwat di hotel atau rumah, dengan remaja lebih banyak mendominasi kes selain wanita berstatus janda serta mereka yang telah berkeluarga. Walaupun banyak enakmen dalam undang-undang syariah, namun kesalahan ini adalah yang paling popular. "Peningkatan dalam kes jenayah syariah begini menggambarkan status akhlak masyarakat kita kini membimbangkan. Jadi usaha pencegahan harus dipertingkatkan selain penguatkuasaan undang-undang untuk mendidik masyarakat kesan melakukan kesalahan ini," katanya. Azmi (gambar) yang juga Pegawai Agama Daerah Besut berkata demikian ketika menyampaikan ceramah kepada sekumpulan remaja di Pejabat Agama Daerah Dungun, pagi semalam. Lebih 150 remaja berusia antara 18 hingga 25 tahun terdiri daripada penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, hadir sebagai pendedahan awal kepada kumpulan sasaran berhubung isu kesalahan moral, anjuran Unit Dakwah dan Penguat Kuasa Syarie di sini, pagi semalam. Menyentuh persoalan berkaitan tangkapan khalwat ke atas penuntut institut pengajian tinggi awam di sini pula, Azmi berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam hal berkenaan, malah akan mengambil tindakan sama mengikut peruntukan undang-undang ada tanpa mengira individu berkenaan berstatus pelajar atau tidak. "Semasa menjadi penuntut IPTA, jagalah tingkah laku, nama baik institusi dan jangan hampakan harapan ibu bapa yang banyak berkorban wang ringgit untuk menghantar kita agar menjadi orang berguna. "Jika anda terlibat dengan perkara sebegini, masa depan akan musnah selain ibu bapa juga akan turut menanggung malu atas kesalahan yang kita lakukan," katanya. -SH Ulasan GB Ada pihak yang kurang senang apabila GB mendedahkan kes khalwat, rogol, zina dan sebagainya di blog ini terutama kejadian-kejadian yang banyak berlaku dewasa ini di Dungun dan di negeri Terengganu. Akhirnya kebenaran terserlah. Berita di atas membuktikan pendedahan GB bukan sengaja untuk publisiti. Tetapi ia masalah jenayah syariah yang tegar yang perlu dibasmi. Jika tidak maka hukuman Allah pun berjalanlah...... apabila maksiat bermaharaja-lela, tunggu saja balaNya... p/s Banyak keruntuhan berlaku di Terengganu. Baru-baru ini negeri Terengganu dilanda ribut pula. Tak bacakah ayat-ayat manzurah itu? |
Mohd Sabu: UMNO Berpaut Isu Agama & Perkauman Untuk kekal Kuasa Posted: 11 Oct 2011 10:20 PM PDT Gelang Patah - UMNO-BARISAN NASIONAL mendapati setelah tumbangnya beberapa negeri kepada Pakatan Rakyat maka satu usaha dicari bagaimana ingin mengembalikan semula sokongan kepada mereka. Hj. Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS berkata isu agama dan perkauman merupakan agenda yang boleh dieksploitasi dengan harapan boleh menarik pengundi daripada kalangan orang Melayu. Menurutnya lagi, UMNO sudahpun mengenalpasti bahawa mereka masih mempunyai 'simpanan tetap' bagi merealisaikan aspirasi itu kerana kuasa yang tinggal hanyalah daripada kalangan pengundi Melayu di luar bandar, para peneroka, kaum bumiputra Sabah-Sarawak dan undi Pos. ''Kita kena lihat UMNO nak lawan Pakatan Rakyat, dengan main isu pembangunan tak boleh. Rakyat dah faham bahawa tanggung jawab pemerintah buat pembangunan. ''Kalau dulu boleh lah. Sekarang kalau kempen macam itu (isu pembangunan) dah tak boleh.'' ujarnya lagi. Beliau menambah lagi dengan katanya, UMNO mengharapkan dengan dua pendekatan yang diambilnya itu dapat memberi gambaran bahawa PAS tidak boleh lagi menjaga agama sebagai agenda perjuangan parti Islam itu. ''UMNO mengharap PAS tidak boleh jaga Islam. Contohnya di Pulau Pinang. Peringkat awal dituduh Lim Guan Eng haramkan perarakan Maulidur Rasul. Akhirnya didapati tidak betul. Tapi dua minggu kita sakit telinga (isu dimainkan) sedangkan Guan Eng tidak pernah arah sebegitu.'' terangnya lagi. Disamping itu katanya isu berkenaan agama dan perkauman tidak berakhir disitu. Hal ini seolah-olah sudah dirancang supaya ia mempunyai kesinambungan antara satu sama lain bagi melancarkan serangan ke atas Pakatan Rakyat. Dalam pada itu UMNO telah menggunakan Isu Komunis untuk menyerang beliau namun dakwanya percubaan itu menemui kegagalan. ''Percubaan (isu Mat Indera) ini gagal. Ini bukan perkara baru. Dr. Burhanuddin al-helmy turut dituduh ajen Komunis hingga ditangkap ISA. Ulamak pun kena tuduh (Komunis). Apalah aku ini, insan yang kerdil'' katanya lagi sambil disambut gelak ketawa orang ramai. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis ceramah isu-isu semasa di Markas Tarbiyyah PAS Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, di sini, malam tadi. Beliau berkata lagi apabila isu Komunis gagal ditangani oleh UMNO maka isu Hudud pula ditonjolkan namun ia turut menerima nasib yang sama setelah UMNO terjerat dengan perangkap yang dipasangnya. ''Bila saya berceramah di Labis. Mereka edarkan gambar Tok Guru memegang kepala Guan Eng. Ini tindakan yang primitif.'' bidasnya. Beliau mengulas tindakan pihak tertentu melancarlan gerakan saraf mengedar risalah provokasi berkaitan Hudud di sekitar Pekan Labis sempena kedatangannya ke negeri Johor jumaat lepas. Sementara itu beliau menjelaskan bahawa serangan yang disasarkan kepada beliau ternyata dapat diimbangi dengan fenomena kuasa baru 'media alternatif' yang dipelopori anak-anak muda. Menurutnya kajian mendapati sehingga kini lebih 80 % generasi muda yantg terdedah dengan dunia blog dan facebook telah menyokong Pakatan Rakyat. ''Sekarang kalau pergi minum di JB (Johor Bahru), mana-mana tempat budak main komputer. Budak-budak panggil. Abang Mat mai sini ambil gambar. ''Golongan ini 80 % bersama Pakatan Rakyat. Golongan ini akan menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang. Golongan ini besar (pengaruh).'' ''Najib nak tarik sokongan balik dengan naik bas. Ini semua drama minggu ini.'' ujarnya dengan nada sinis. Terdahulu beliau berkenan melancarkan Kelab Protes BN (Barang Naik) dengan membuka 'riben bunting' sebagai gimik pelancaran kelab tersebut. Hadir sama Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor, Hj. Zulkifli Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Suhaizai Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor./Selatanonline |
Benarkah Malaysia Tangga Ke-19 Terbaik Cegah Jenayah? Mana Bukti? Posted: 11 Oct 2011 08:43 PM PDT Langkawi: Malaysia berada pada kedudukan ke-19 daripada 156 negara di dunia yang mempunyai tahap pencegahan jenayah terbaik, kata Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Datuk Kamarudin Md Ali. Beliau berkata, untuk menambah baik kedudukan itu, yayasan akan meningkatkan program kesedaran secara berterusan kepada orang ramai dalam usaha mencegah jenayah di negara ini. "Polis dapat menangani kes jenayah, manakala yayasan pula boleh membantu memberi kesedaran kepada orang ramai melalui pelbagai program yang diadakan," katanya, semalam. Beliau berkata, program pencegahan seperti 'Sekata' yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diadakan di seluruh negara bagi memastikan mesejnya sampai ke peringkat akar umbi. – BERNAMA Ulasan GB Benarkah dakwaan Datuk Kamarudin Md Ali bahawa Malaysia tangga ke-19 terbaik cegah jenayah? Dari mana statistik itu diperolehi atau ia cuma rekaan semata-mata untuk menyedapkan hati dan menipu rakyat di negara ini? Yang nyata jenayah menjadi-jadi, laporan jenayah di media massa tak pernah henti. Kenyataan-kenyataan seumpama dakwaan polis berkenaan menyebabkan lebih ramai rakyat akan merasa sangsi terhadap kenyataan-kenyataan polis selepas ini. Masuklah bakul angkat sendiri, tetapi jangan sampai menipu rakyat di negara ini. Tunjukkan bukti dari mana angka itu diperolehi. |
Tak Perlu Lapor Polis Lagi Jika Hilang Sijil Lahir, Pasport, Geran & Lesen Memandu Posted: 11 Oct 2011 07:20 PM PDT Laporan polis hilang sijil lahir, pasport, geran dan lesen memandu dimansuh Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah. Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 September lalu. Dipetik Bernama Online, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan (gambar) berkata kerajaan membuat keputusan berhubung pemansuhan keperluan mengemukakan laporan polis itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2, 2011 pada 6 April lepas kerana ia sebenarnya merupakan amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang. Beliau berkata pada 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis diterima, dengan 1.1 juta atau 40 peratus daripada jumlah itu termasuk dalam kategori 'Rujuk Lain-Lain Agensi'. "Ini menunjukkan sebahagian besar laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan. "Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan tambahan beban kerja dalam mengendalikan urusan pelaporan polis. "Keperluan ini juga mengakibatkan peningkatan kos operasi PDRM di samping tidak memberi nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan PDRM," katanya. Berikutan pemansuhan itu, Mohd Sidek meminta semua agensi kerajaan mengenal pasti urusan yang memerlukan orang awam mengemukakan laporan polis kepada agensi kerajaan terbabit mengikut keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang. Bagaimanapun, katanya, pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis, dan agensi kerajaan juga tidak boleh menghalang orang awam membuat laporan kepada PDRM. -TMI |
WASPADA: Lagi Kebakaran Disebabkan Tong Gas, Sebuah Kedai Hangus Posted: 11 Oct 2011 05:35 PM PDT Angkara hos dapur gas tercabut KOTA BHARU: Akibat saluran getah dapur gas tercabut, sebuah kedai makan hangus dalam kebakaran di Kampung Baung, dekat Pengkalan Chepa, petang semalam. - Gambar fail Kejadian disedari pemilik kedai, Siti Nor Mohd Zain, 30, bersama dua pekerja dan beberapa pelanggan pada jam 3.45 petang. Menurut Siti Nor, ketika kejadian, dia berehat bersama beberapa pelanggan dan pada masa sama melihat api dan kepulan asap dari dapur. "Saya bersama pekerja dan pelanggan melarikan diri sebelum menghubungi bomba. "Sebelum melihat api itu, saya terdengar seperti benda bocor dan rupa-rupanya saluran getah dapur gas tercabut sehingga mengeluarkan api," katanya. Siti Nor berkata, dia bersyukur kerana ketika kejadian, tiada pekerjanya berada di dapur. Sementara itu, sepasukan 17 anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dan Kota Bharu, ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 3.51 petang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Sabri Zakaria berkata, sebaik tiba di tempat kejadian keseluruhan kedai makan itu sudah musnah. Katanya, anggota bomba mengambil masa lima minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak. -hm |
Kes Saman Fitnah Mat Sabu Ke Atas Utusan - 3 Nov Posted: 11 Oct 2011 04:00 PM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 3 Nov ini untuk pengurusan kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu (M) Berhad berhubung penyiaran artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong. Hakim Datuk John Louis O'Hara menetapkan tarikh tersebut selepas menemui peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Mohamad Sabu sementara Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu yang dinamakan defendan pertama dan kedua diwakili peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, di dalam kamarnya. Firoz ketika ditemui media memaklumkan pihaknya akan memasukkan pembelaan terhadap penyataan tuntutan yang difailkan sebelum atau pada tarikh tersebut. Mohamad Sabu, 57, selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 14 Sept lalu melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menerusi sistem e-filing di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi. Menurut penyataan tuntutan yang diperolehi media hari ini, Timbalan Presiden PAS itu mendakwa kedua-dua defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos lalu dan dua bahan terbitan pada keesokan harinya yang berbaur fitnah. Penerbitan ketiga-tiga artikel adalah berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor. Beliau mendakwa penyiaran bahan-bahan tersebut telah secara tidak langsung menunjukkan bahawa dirinya menyokong komunis, telah terkeluar dari ajaran dan akidah Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai pengganas komunis. Akibat daripada itu, Mohamad Sabu mendakwa dirinya terasa malu dan aib serta kesengsaraan dari segi maruah, kredibiliti dan juga reputasinya. Beliau juga mendakwa telah menanggung penderitaan akibat menerima khidmat pesanan ringkas yang mengandungi ugutan jenayah terhadap dirinya dan keluarga serta ancaman supaya dirinya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Selain itu, beliau turut mendakwa menerima ancaman agar kewarganegaraan beliau dilucutkan di samping didakwa di mahkamah atas dakwaan menghasut atau menghina Yang di-Pertuan Agong. Mohamad Sabu turut mendakwa tindakan defendan-defendan menerbitkan kesemua artikel terbabit bertujuan untuk mensensasikan berita, melariskan penjualan akhbar bagi mendapatkan faedah kewangan dan bagi mendatangkan keuntungan politik kepada parti politik Umno. Oleh itu, plaintif menuntut satu jumlah ganti rugi am, teladan dan melampau yang tidak ditetapkan jumlahnya serta satu perintah mahkamah agar semua defendan memohon maaf serta menarik balik tuduhan fitnah ke atas dirinya. Plaintif turut memohon penarikan tuduhan fitnah itu dibuat selamat tiga hari di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia selain kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. -Bernama |
Kenyataan Yang Pahit: Ada YB Pakatan Rakyat Yang Sudah Lupa Diri Posted: 11 Oct 2011 12:00 PM PDT Pakatan tak upaya tolak rang undang-undang Selain berkaitan perbekalan atau bajet, Pakatan Rakyat sebagai minoriti dalam parlimen tidak berupaya menolak undang-undang yang dibentangkan, termasuk Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011. "Selain daripada undang-undang perbekalan atau bajet, tidak wujud (keadaan) kita sebagai minoriti boleh tolak. (Kita) tidak ada jalan untuk menolak rang undang-undang itu. "Sebab dalam peraturan parlimen, kalau malam itu dia (BN) tidak cukup bilangan (undi), (mereka) boleh masuk keesokkan hari. Kalau ditolak malam itu, keesokkan hari boleh dibentang semula dan diundi," katanya. Ahli parlimen Pakatan gagal menyekat rang undang-undang itu apabila undian yang diminta mereka menyaksikan 72 anggota dewan menyokong manakala hanya 28 tidak bersetuju ia dibacakan kali kedua. Kegagalan itu menimbulkan kekecewaan pelbagai pihak, antaranya NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menyifatkan kehadiran kecil anggota parlimen Pakatan menjukkan "seolah-olah mereka tidak serius". Tian berkata, isu sama ada minoriti boleh menolak rang undang-undang yang dibentangkan tidak wujud dalam mana-mana parlimen demokrasi kecuali berlaku perpecahan undi parti pemerintah. "(Contohnya) Gerakan atau MIC berpecah dan mereka kata, kami akan undi berbeza," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam majlis penerangan "Selamatkan Kampung Baru" malam tadi. "Jadi tidak wujud, (sama ada) kita hadir 28 orang, 70 orang, atau 80 orang, kita tidak ada keupayaan tolak undang-undang itu." Sebaliknya, Tian yang juga ahli parlimen Batu berkata, isu sebenar mengapa Umno tergesa-gesa pada hari pertama persidangan mengusulkan draf pindaaan tersebut. "Itu isunya. Oleh itu jangan kita tersilap isu dan keluar daripada sasaran perbincangan kita," tegas Tian Chua-mk KOMENTAR SIDANG PENGARANG TUKAR TIUB jangan cuba kelintau mintau jangan cuba guna teknik kongkang mongkang tipu belit ialah kerja united malay national organisation terima hakikat ramai YB PAKATAN RAKYAT PONTENG kes KAMPONG BARU membuka mata rakyat kini pilihanraya akan sampai sebelum mengundi mereka sebelum memilih mereka tanya mereka berapa kali hadir ke parlimen? rakyat seluruh negara wajib disedarkan bahawa: yb bukan DIMINTA DATANG PERCUMA KE PARLIMEN yb dibayar – mereka dapat fulus yb dapat AP PERCUMA UNTUK BELI KERETA IMPOT yb ada elaun yb ada klim perjalanan yb ada duit sewa bilik hotel bila bersidang mereka ada pelbagai keseronokan yang KITA PENGUNDI TAK ADA tak ada gunanya kalau kita pilih mereka tetapi mereka BERCANDA CANDA tak ada gunanya kalau kita pilih mereka tapi mereka bijak BERSILAT LIDAH BILA PONTENG bila ponteng berikan banyak masaalah kalau kita buruh hendak cuti kita wajib minta pada majikan kalau kita murid sekolah kita nak cuti - wajib minta pada guru besar kalau kita pekerja pejabat kita kena minta dari ketua jabatan nampaknya dalam parlimen ini tak ada badan yang mengawal maka rakyat semua SELALU KENA TIPU kita tak tahu apakah YB yang kita PILIH pergi parlimen atau tidak atau mereka hanya main teloo telah sampai masanya kita tunjukkan kemarahan kita tak mahu ditipu hidup hidup macam mana kita bnak tahu YB kita datang atau tidak kita perlukan satu NGO untuk ambil kedatangan YB PAKATAN RAKYAT jika mereka TAK DATANG kita hebohkan kita kempen jangan pilih mereka lagi TENTANG YB GEROMBOLAN datang atau tak datang nak tidoo atau nak menguap nak korek tahi hidung atau lubang telinga bukan hal kita mereka ambush cara mengundi mereka kemukakan rang undang undang tengah malam kemudian mereka luluskan secara gelap kita tak usah ambil pot itu memang perangai mereka ini memang tabiat gerombolan semua orang tahu mereka: menipu mengelat kelentong menipu ialah akigdah perjuangan mereka yang kita ambil hitung ialah YB PAKATAN RAKYAT kerana mereka siang malam berkokok berjuang untuk rakyat tetapi dalam kes rang undang undang kampong baru jelas mereka kantoi kita jangan dibodohkan kita sedar mereka akan kalah undi tapi dimana mereka KETIKA MENGUNDI kalau berhujah bahawa semua undang undang akan lulus pukimak apa ada YB untuk bincang pukimak apa ada bacaan cadangan rang undang undanga pertama pukimak apa ada bacaan cadangan kedua kemudian baru lulus untuk dijadikan hukam hakam, kalau hujah kita akan terus kalah apa guna ada perwakilan YB? dengan ini jelas parlimen dilihat sebagai lembaga menipu lembaga kelentong yang molok lagi molek lembaga mengolah persetujuan orang ramai untuk membuat kejahatan merompak harta rakyat seperti kes rembat tanah kampong baru dan: YB PAKATAN RAKYAT HANYA ASESORI YANG DIPERLUKAN YAB PAKATAN RAKYAT DI PERLUKAN SEBAGI PROP UNTUK TURUT BERBINCANG WALHAL SUDAH TAHU UNDANG UNDANG INI AKAN DILULUSKAN NOTA: kalau perangai sama macam YB gerombolan lebih baik mereka kalah kalau tak ada perwakilan pakatan rakyat ada pun mereka main sandiwara ada pun mereka hanya asesori dalam parlimen lagi baik kalah bisul kemarahan rakyat lagi besar ombak meletusnya lagi hebat! NOTA: lu pikir laaa sendiri! Ulasan GB Nampaknya YB-YB Pakatan Rakyat sudah mula terkena penyakit sombong dan angkuh yang menjadi-jadi. Tian Chua, listen here, semasa kamu dipukul dan dipikul oleh polis, semasa baju kamu koyak rabak, semasa kamu belum menjadi wakil rakyat para blogger yang mendedahkan kesemuanya itu kepada rakyat supaya kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan untuk kamu para blogger juga membantu membela kamu tatkala kamu diheret ke mahkamah kerana menggigit tangan polis tapi kini apabila semua itu telah berlalu dan kamu lepas dan masih menjadi ahli parlimen Batu kamu pula membela rakan-rakan YB kamu yang ponteng itu kepada YB-YB yang beragama Islam pula, GB sudah pun meminta penjelasan sebelum ini: Ketidak-hadiran tanpa alasan itu ponteng namanya dan itu adalah "dosa" yang besar kerana mengkhianati amanah Allah, RasulNya dan pengundi anda sekalipun anda ketua parti. Bagi para penyokong YB-YB yang ponteng tersebut, terima saja juga nanti hukuman daripadaNya kerana bersubahat dengan orang yang tidak amanah. Lawan GB dengan hujjah, bukan dengan pembelaan buta atau taksub pemimpin. Blogger seperti GB akan tetap di alam siber memperjuangkan Pakatan Rakyat, sekalipun semua YB PR sudah mahu menunjukkan lagak dan keangkuhan mereka depan kami. Masa akan tiba dimana kebenaran akan terserlah juga, siapa yang benar dan siapa yang salah akan diketahui, Dia yang akan mendedahkannya. GB suruh kamu semua sedar diri. Bahawa tugas Pakatan Rakyat lebih besar menanti. Tetapi tanpa akhlak dan disiplin YB-YB, maka jangan harap Putrajaya dapat ditakluki. Kalau tak percaya boleh balik tidur lagi, tak payah datang parlimen macam tempohari. Kami blogger bukan seperti wartawan-wartawan TVS, Keadilan Daily atau Harakah Daily, yang kamu boleh minta untuk tulis hanya yang wangi-wangi, kerana kami tak seperti mereka kerana mereka telah dibayar gaji oleh parti/kerajaan negeri. Kalau demikian sikap YB-YB PR ini, tak mustahil BN menang lagi di PRU nanti. Episod sedih 2004 berulang kembali akibat YB yang sudah lupa diri Kami menulis demi mempertahankan KEBENARAN & KEADILAN hakiki. Kami tidak bergaji. Ada janji sebuah kerajaan negeri untuk membantu kami sebelum ini, sampai kini tak menjadi realiti. Penipuan darjah tertinggi. Itu sebab kerajaan mereka lintang pukang diuji Ilahi sampai kini, sebab janji masih belum tertunai lagi. Kami, terus tegak berdiri kerana kami yakin janji Ilahi bahawa kebenaran tetap menang nanti. Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu upah, sedang mereka adalah orang yang mendapat hidayah. - Yaasiin : 21 |
PAS Mahu Kerajaan Beri Penjelasan Mengenai Projek "Taek Jho Low" Posted: 11 Oct 2011 10:20 AM PDT Najib perlu jelas keraguan projek tapak TUDM Sg Besi - Salahuddin Ayub Sikap kerajaan yang enggan menjelaskan pelbagai keraguan tentang Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi akan mengakibatkan rakyat menanggung beban, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub. "Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dilihat umum sebagai 'projek Taek Jho Low' menjadi keutamaan Belanjawan 2012 dan dimasukkan dalam pelaksanaan 'Rolling Plan' Kedua yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10). "Kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) jelas tidak mempedulikan keresahan rakyat sejak dari awal lagi apabila pengkalan udara yang mempunyai nilai strategik dan sejarah itu dipindah milik dengan penuh kontroversi kepada 1MDB (1Malaysia Development Berhad)," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Bukan sahaja pindah milik tersebut amat meragukan dan menghapuskan kepentingan strategik dari segi pertahanan serta nilai sejarah pangkalan udara tersebut, malah berlaku pula keraguan demi keraguan lain, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini. "Sampai hari ini, rakyat masih menanti jawapan apa perlunya 1MDB melabur secara tunai sebanyak RM3.5 bilion dalam PetroSaudi International Limited yang kemudiannya melabur pula lebih RM1.5 bilion UBG Berhad di mana Jho Low menjadi ahli lembaga pengarahnya. "Rakyat juga mempersoalkan apa perlunya penglibatan syarikat-syarikat luar seperti Mubadala Development Company dan Qatar Investment Authority sebagai pihak yang memajukan projek yang digelar 'projek Taek Jho Low' itu sedangkan syarikat-syarikat tempatan lebih berkemampuan?" kata Salahuddin. Kerajaan, katanya, sepatutnya menjelaskan terlebih dahulu keraguan-keraguan tersebut sebelum meneruskan tindakan memajukan Pangkalan Udara Sungai Besi yang begitu dipertikaikan itu. Salahuddin juga melihat belanjawan itu lebih mementingkan projek-projek besar-besaran daripada menyelesaikan masalah dan penderitaan rakyat. Salahuddin menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan tidak memberi keutamaan kepada masalah dan penderitaan rakyat yang perlu diutamakan. Kata beliau, bangunan-bangunan di ibu negara masih mempunyai terlalu banyak ruang kosong yang belum digunakan, oleh itu perlunya projek pangkalan TUDM Sungai Besi. "Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur mempunyai terlalu banyak ruang kosong yang belum digunakan, apa perlunya 'projek Taek Jho Low' di Sungai Besi itu? "Nampak sangat bangunan pencakar langit yang berlebihan melalui 'projek Taek Jho Low' itu yang diutamakan. "Agaknya sebab itulah isteri Perdana Menteri berminat sangat dengan belanjawan ini," kata beliau. Baru-baru ini, perjumpaan tertutup berprofil tinggi antara Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dengan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan yang terlibat dengan penyediaan belanjawan itu turut dihadiri oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Menurut Bernama, antara yang hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Menjadi pengetahuan umum bahawa Rosmah mempunyai hubungan rapat dengan Jho Low. Baru-baru ini, jutawan muda penuh kontroversi itu mengakui beliau adalah kawan baik kepada Rosmah. "Rosmah bukan emak angkat saya. Dia adalah kawan baik saya," kata Jho Low kepada akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh, ketika ditanya hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri. |
Lebih RM1 Juta Belanja Ke Kazakhstan, PM Paling Boros Posted: 11 Oct 2011 08:51 AM PDT Lawatan PM ke Kazakhstan bernilai lebih RM1 juta Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta. Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam. Lawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan ia juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya. Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan bertulis anggota parlimen Batu Tian Chua. Chua mahu tahu jumlah kos, matlamat dan hasil rombongan perdana menteri ke Kazakhtan pada Jun dan Perth ketika hari merdeka lalu. Dalam jawapannya, Anifah turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai pula bagi memenuhi undangan presiden negara itu. Tian: PM perlu jelaskan Ia, tambahnya, turut menyaksikan lima dokumen ditandatangani dan perbelanjannya pula berjumlah RM323,268.19. Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos hingga 3 September lalu pula merupakan lawatan peribadi. Bagaimanapun, tambahnya, YAB perdana menteri mengambil peluang bertemu pelajar Malaysia dan mengadakan perbincangan dengan wakil kumpulan Muslim di sana. Sementara itu, bercakap dalam sidang media selepas itu, Tian berkata, kerajaan perlu menjelaskan perbelanjaannya ke Kazakhstan kerana jumlah itu terlalu besar untuk satu kunjungan. "Bagaimana kita boleh guna perbelanjaan begitu besar untuk satu kunjungan saja?" soalnya. Tian juga berkata perdana menteri juga "melawat presiden dan juga besan anak perdana menteri sendiri." "Ini adalah perbelanjaan besar yang kita perlukan penjelasan daripada pemerintah," katanya. -mk Ulasan GB GB sudah ulas hal di atas di SINI. Petikan: Terlalu ketara bahawa satu Malaysia ditipu hidup-hidup oleh PM dan Wisma Putra. |
Video Kotor Umno-BN Untuk Alih Perhatian Bajet Posted: 11 Oct 2011 08:09 AM PDT PKR hari ini mengutuk keras tindakan kotor pihak-pihak yang menyebarkan satu lagi klip video seks yang didakwa kononnya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Naib presiden PKR, N Surendran berkata tindakan terdesak itu jelas untuk mengalih perhatian rakyat daripada Bajet 2012 kerana ramai menyedari belanjawan kerajaan persekutuan itu lemah dan tidak releven. "Kami segera menyeru Perdana Menteri, kerajaan dan pemimpin-pemimpin UMNO-BN untuk meninggalkan politik longkang, sebaliknya mendedikasikan diri mereka kepada politik perdebatan rasional dan wacana, "Ini sudah tentu bukan satu kebetulan kerana video baru ini muncul pada masa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan Bajet 2012 yang baru dibentangkan," katanya. Semalam, blog-blog pro-Umno memamparkan video yang menggambarkan seorang lelaki yang hanya bertuala sedang bersiap sedia untuk mengadakan hubungan seks. Blogger Papa Gomo mendakwa video itu dirakamkan di sebuah hotel di daerah Patpong yang terkenal dengan aktiviti maksiat di Bangkok, Thailand. Surendran menerusi kenyataan media hari ini turut mendakwa video terbaru yang muncul beberapa bulan selepas video oleh Trio 'Datuk T', mempunyai pendekatan yang sama iaitu engamalkan politik lucah menyerang pihak pembangkang. "Politik menumbangkan seseorang pemimpin dengan menggunakan video seks ini telah dimulakan oleh Umno-BN semasa pentadbiran (Tun Dr) Mahathir Mohamad. Banyak sumber-sumber negara diguna untuk mencipta pelbagai dakwaan seks luar biasa terhadap Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri, "Meneruskan tradisi yang hina ini, Umno-BN kini cuba menyembunyikan salah urus ekonomi, penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah dengan mencipta video seks palsu," katanya. |
Cybertrooper Upahan UMNO Berkeliaran Posted: 11 Oct 2011 07:07 AM PDT Kuala Lumpur, 11 Okt: Laman-laman web berita diberikan ingatan bahawa pemimpin BN telah melantik 200 cyber trooper untuk mempengaruhi pandangan pembaca laman web dan laman sosial termasuk Facebook. Tugas mereka adalah mempengaruhi pandangan pembaca dengan komen-komen pro kerajaan melalui laman berkenaan walaupun ia tidaklah berasaskan kebenaran. "Tujuannya adalah untuk menghasilkan persepsi bahawa Najib Razak dan kerajaannya mempunyai penyokong yang ramai di alam siber di samping mengacau pembaca yang lain," kata satu surat pembaca yang disiarkan oleh laman The Malaysian Insider hari ini. Sebenarnya mereka dibayar melalui cukai yang dipungut dari rakyat Malaysia, kata penulis surat itu. "Saya mencadangkan pemilik laman web berita ini tidak menyiarkan pandangan mereka kerena mereka hanya dibayar untuk berbuat demikian dan bukannya berasaskan kebenaran atau untuk kepentingan Malaysia," tulis pembaca yang menggunakan nama Gomen Man itu. -HD By Gomen Man via The Malaysian Insider Ulasan GB Itu sebab mengapa blog GB terpaksa menyaring dan menapis semua komen sebelum disiarkan. Ini kerana memang GB telah lama memerhatikan gelagat cyber-trooper yang melakukan serangan-serangan melalui komen-komen yang biadab, penuh dengan bahasa mencarut, perkataan-perkataan caci, maki dan keji serta kemudian mencabar pula blogger untuk menyiarkannya di atas nama "kebebasan bersuara". Kumpulan blogger UMNO BN pula menggunakan taktik hina dan keji seperti penyebaran klip video lucah yang direka dan diftnahkan kepada pemimpin-pemimpin PR untuk mempengaruhi orangramai. Dan kita tahu mereka sememangnya diupah untuk berbuat demikian. Bagi GB,no way, tiada ruang untuk cybertrooper di sini. |
IPTA Malaysia Bukan Tak Sertai Ranking Times, Tetapi TIDAK LAYAK Menyertainya Posted: 11 Oct 2011 05:54 AM PDT Universiti tempatan tidak pernah sertai ranking Times KUALA LUMPUR – Universiti di negara ini tidak pernah menyertai sistem ranking yang dikelolakan The Times Higher Education World University Ranking (Times). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana universiti tempatan yang diangkat menjadi universiti penyelidikan pada 2007, belum matang untuk memenuhi standard 62.5 peratus penyelidikan yang ditetapkan Times. "Kita tahu kalau kita masukkan juga kita tidak akan masuk dalam ranking 400 sebab kita masih baru dan perlu tunggu sehingga penyelidikan itu benar-benar matang," katanya pada sidang media selepas Anugerah Akademik Negara 2009/2010, di sini hari ini. Mohamed Khaled mengulas mengenai tiada universiti tempatan tersenarai antara 400 universiti terbaik dunia, yang dikeluarkan Times pada Jumaat lepas yang menyenaraikan California Institute of Technology di tempat pertama diikuti Universiti Harvard dan Universiti Oxford. Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, institusi tempatan memerlukan masa antara enam hingga tujuh tahun sebelum menimbang kemungkinan menyertai ranking itu. – Bernama Malaysia terkeluar dari senarai 400 universiti terbaik Ulasan GB Betul-betul jawapan seorang menteri cap ayam. Atau wartawan BERNAMA cuba buat tajuk untuk harumkan sampah. Kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kononnya universiti di negara ini tidak pernah menyertai sistem ranking yang dikelolakan Times adalah mengelirukan. Untuk tersenarai di dalam 400 universiti terbaik dunia, bukannya kena memohon, tetapi adalah universiti pilihan berdasarkan krtieria dan ketetapan piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak pengelola iaitu The Times Higher Education World University Ranking (Times). Hakikatnya, jawapan sepatutnya bukan kita tidak pernah menyertai sistem ranking berkenaan, tetapi tidak layak untuk menyertainya. Letak jawatan lah Khaled Nordin. Anda yang sebenarnya yang tidak layak untuk menjadi menteri pengajian tinggi. Kegagalan universiti-universiti Malaysia untuk disenaraikan kerana menteirnya asyik berpolitik dan menumpukan banyak perhatian untuk menyekat aktiviti-aktiviti pelajar IPT supaya menjadi pak turut dan penyokong BN semata-mata. |
Tak Cukup Pecahkan Kereta, Mat Rempit Kejar & Belasah Pemandu Dalam Ambulan Posted: 11 Oct 2011 04:58 AM PDT Samseng belasah dalam ambulans Gambar: KEADAAN Proton Wira selepas diserang kumpulan remaja. MELAKA TENGAH: Seorang pemandu kereta cedera selepas diserang sekumpulan penunggang motosikal dipercayai mat rempit ketika berada di dalam ambulans di Hospital Melaka, sejurus dua rakan mereka terbabit dalam kemalangan dengan pemandu itu di Jalan Limbongan di sini, awal pagi semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi dan lebih 20 remaja bermotosikal berusia lingkungan 20an turut berada di lokasi kejadian, namun belum dipastikan jumlah mereka yang terbabit dalam pergaduhan itu. Pemandu terbabit turut tercedera, sebelum ambulans tiba membawa ketiga-tiga mangsa kemalangan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan. Chuah Ghee Lye, Ketua Polis negeri Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata siasatan awal mendapati, sebelum kejadian, kumpulan remaja itu bergerak dalam kumpulan besar penunggang motosikal, manakala mangsa berusia 50 tahun dan menaiki Proton Wira dalam perjalanan dari arah Melaka Raya menuju ke Klebang. Beliau berkata, sejurus kemalangan yang menyebabkan penunggang berusia 18 tahun dan pemboncengnya itu cedera, kumpulan remaja berkenaan dikatakan bertindak menyerang pemandu serta memecahkan semua cermin kereta. "Pemandu terbabit turut tercedera, sebelum ambulans tiba membawa ketiga-tiga mangsa kemalangan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan. "Dipercayai akibat tidak berpuas hati, kumpulan remaja disyaki rakan kepada penunggang motosikal itu mengekori ambulans hingga di hadapan bahagian kecemasan hospital, sebelum bertindak menyerang dan memukul pemandu berkenaan yang masih berada di dalam ambulans. "Akibat kejadian itu, cermin bahagian belakang sebelah kiri ambulans pecah," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Mengulas lanjut, Chuah berkata, setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian pergaduhan itu. Katanya, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu menyebabkan kemalangan. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-2842222 atau cawangan Trafik IPD di 06-2834139 bagi membantu siasatan," katanya. -BH |
Cukai 6% Ke Atas Pengguna Unifi Dan Streamyx Mulai 1 Jan Posted: 11 Oct 2011 03:24 AM PDT Unifi dan Streamyx kenakan cukai 6% mulai 1 Januari KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti. Hal ini disahkan sendiri oleh operator TM net yang ditugaskan untuk melayan pertanyaan pelanggan-pelanggan mereka, lapor blog really.tigaline.com. Blog itu telah menyiarkan rakaman perbualan dengan operator TM bagi membukti perkara itu. Ini bermakna, hanya cukai prabayar sahaja yang ditangguhkan oleh kerajaan ekoran bantahan yang dibuat oleh rakyat Malaysia baru-baru ini. 12 September lalu, media melaporkan, cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadualkan mulai 15 September ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini. "Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini. "Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri di sini hari ini. Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee. -hd
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan