SharpShooter |
- Inkuiri Suhakam BERSIH 2.0 : Polis tendang budak lelaki, tolak pemberita wanita
- Malaysia upah perunding RM57.68 sokong Israel, hina Nabi Muhammad
- Gambar-gambar 2,000 rakyat “Himpunan Hijau 109″
- DAP tidak setuju burukkan hudud
Inkuiri Suhakam BERSIH 2.0 : Polis tendang budak lelaki, tolak pemberita wanita Posted: 11 Oct 2011 01:25 AM PDT "video polis terlalu baik" Inkuiri awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan tindakan kekerasan yang digunakan oleh polis ketika perhimpunan BERSIH 2.0, bermula hari ini dengan seorang saksi mendakwa beliau terlihat seorang wanita ditolak secara kasar sehingga tersungkur di jalan.
Wanita itu kemudiannya dilepaskan setelah mengenalkan dirinya sebagai kakitangan TV Selangor, katanya. Menurut saksi itu lagi, teman wanitanya sempat merakamkan gambar-gambar kejadian itu tetapi pihak polis dengan kasar dalam menolak kamera ke mukanya. Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Malaysia upah perunding RM57.68 sokong Israel, hina Nabi Muhammad Posted: 10 Oct 2011 10:42 PM PDT Video serangan tentera Israel ke atas kapal misi bantuan ke Gaza. Kerajaan Malaysia mengupah perunding asing, FBC media yang terlibat dalam kempen menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan Mavi Marmara Mei lalu, kata Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.
"Peranan FBC Media untuk mengukuhkan imej Malaysia sebagai negara Islam yang berjaya, terang-terang bercanggah. Dia dapat duit kita, dia puji Israel. Kalau baca kempen online mereka, Nabi Muhammad diserang dengan begitu hina dan jijik sekali," "Kerajaan mesti menjelaskan kedudukan perkara ini," kata Saifuddin Nasution dalam perbahasannya di Dewan Rakyat semalam. Pada 31 Mei lalu, komando Israel menyerang kapal bantuan Mavi Marmara menyaksikan lebih 10 aktivis terbunuh, manakala 12 sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal itu ditahan. Menurut Saifuddin, tindakan itu disokong FBC Media, sebuah firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain yang dilantik kerajaan Malaysia dan kerajaan Sarawak. FBC Media menerbitkan program TV berkaitan Malaysia yang kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC. Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009, manakala kerajaan Sarawak membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu. Saifuddin menambah, kontrak FBC media yang bermula pada 2007 dan berakhir pada 2010 itu berperanan menasihat, mengurus kempen komunikasi kerajaan, meningkatkan profil kerajaan dan Perdana Menteri serta menangani persepsi negatif negara di peringkat antarabangsa. Tindakan FBC mendapatkan bayaran dari kerajaan Malaysia bagi menghasilkan program TV berkenaan, bercanggah dengan etika kewartawanan. "Selepas siasatan badan regulasi media di Britain iaitu Ofcom, semua program FBC Media digantung," "Begitu juga di CNN dan CNBC yang menghasilkan program-program mengenai Malaysia," kata Saifuddin. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Gambar-gambar 2,000 rakyat “Himpunan Hijau 109″ Posted: 10 Oct 2011 06:03 AM PDT ![]() YB Rodziah Ismail, Adun Batu Tiga dari Selangor turut hadir bersama rakyat Pahang membantah projek tersebut. Pengerusi BERSIH 2.0, Dato' Ambiga juga turut hadir. Kira-kira 2,000 rakyat membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi memberikan menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng. Dinamakan "Himpunan Hijau 109″, perhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceremah membuat ucapan. Permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara. Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpul mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis. Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis polis mereka menjadi marah dan mula mengeboo serta meneriakkan slogan "Hidup rakyat". Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Gambar ehsan FB AMK Indera Mahkota Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
DAP tidak setuju burukkan hudud Posted: 10 Oct 2011 04:41 AM PDT Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan