Rabu, 5 Oktober 2011

SharpShooter

SharpShooter


Rais Yatim fitnah dan berbohong

Posted: 04 Oct 2011 09:14 PM PDT

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Yatim dibidas kerana mendakwa hanya bahasa Cina dan Inggeris digunakan di sebuah majlis rasmi yang dihadirinya.

NONEKetua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kenyataan palsu yang dibuat Rais itu cukup berbahaya.

Katanya, Rais seharusnya tidak berbohong seperti media milik Umno dan BN; sebaliknya beliau harus membuktikan mana satu program rasmi anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang yang meminggirkan bahasa Melayu.

"Saya mengesyaki bahawa program rasmi yang dirujuk oleh Rais adalah satu program di Kolej Han Chiang, Pulau Pinang di mana beliau menjadi tetamu kehormat mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 29 September lalu.

"Saya ingin mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang merupakan kolej swasta dan program tersebut dianjurkan oleh Han Chiang dan bukannya Kerajaan Negeri," katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam, Bernama memetik Rais sebagai berkata beliau kesal kerana bahasa kebangsaan tidak dinobatkan di Pulau Pinang selepas dua tahun negeri itu dikuasai oleh DAP.

Main sentimen perkauman

Dakwanya, ini jelas terbukti apabila dalam satu majlis rasmi yang beliau hadiri, penganjur hanya bercakap dalam bahasa Cina dan Inggeris.

rais yatim pc 020709 01"Hanya saya berucap dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian Inggeris. Ini menunjukkan sikap tidak menghargai bahasa kebangsaan itu sudah jelas dan ini adalah amat tidak baik dalam konteks perpaduan pelbagai kaum," kata Rais dipetik Bernama.

Menurut Lim, kenyataan Rais bahawa beliau seorang sahaja menggunakan bahasa kebangsaan dan sedikit sahaja bahasa Inggeris adalah tidak benar.

Sebaliknya menurut Lim, beliau turut bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin dan mempersoalkan mengapa Rais tidak menyebut perkara yang sebenarnya.

Katanya, jika Rais tidak berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh Kolej Han Chiang, beliau sepatutnya menyampaikan rasa tidak puas hati berkenaan kepada penganjurnya.

"Mengapa beliau tidak menuntut penjelasan daripada Han Chiang?

"Sebaliknya Rais memilih untuk tidak berlaku adil dengan menyalahkan kerajaan negeri untuk program yang dianjurkan oleh sebuah kolej swasta," katanya.

NONEMenurut Lim kenyataan palsu menteri Umno itu terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang jelas bertujuan untuk memainkan sentimen perkauman kononnya Pulau Pinang tidak menghargai Bahasa Melayu.

Tidak bermaruah

"Kenyataan sebegini tidak akan menyumbang kepada perpaduan nasional. (Malah) Rais turut menggesa orang Melayu di Pulau Pinang supaya membangkitkan isu tersebut.

"Jika Rais boleh membuktikan mana satu program rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang yang dihadiri beliau tidak menggunakan bahasa Melayu, kerajaan negeri akan mengambil tindakan bagi membetulkan kesalahan tersebut," kata Lim.

NONEBagaimanapun, menurut Lim yang juga setiausaha agung DAP sekiranya Rais gagal untuk membuktikannya, maka beliau harus menarik balik dan meminta maaf atas kata-kata tersebut.

"Jika tidak, beliau akan dituduh sebagai seorang yang tidak bermaruah dan yang bersikap perkauman kerana cuba membangkitkan sentimen perkauman.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan kekecewaan terhadap percubaan sistematik dan bersiri yang dilakukan untuk melemahkan kerajaan negeri dengan mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja berbau perkauman tetapi juga jelas merupakan satu pembohongan," katanya.

Pemimpin miliki PR Australia?



Lim seterusnya menyifatkan percubaan itu sebagai satu cubaan terdesak yang sangat tidak bertanggungjawab dan yang boleh mengancam keharmonian serta kestabilan masyarakat.

Tambahnya, serangan Rais itu susulan laporan dalam The New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia pada 2 Oktober lalu bahawa kononnya Lim telah mendedahkan rahsia negara kepada pemimpin Singapura dalam satu majlis makan malam.

"Laporan tersebut turut mempersoalkan kesetiaan saya kepada negara.

azlan"Saya tidak faham mengapa kesetiaan saya kepada Malaysia turut dipersoalkan seperti mana yang dilaporkan dalam NST apabila saya tidak mempunyai status pemastautin tetap di negara Australia walaupun saya merupakan graduan lulusan Universiti Monash.

"Kenapa laporan NST tidak pula mempersoalkan kesetiaan pemimpin-pemimpin BN yang mempunyai status PR (penduduk tetap) di Australia?

"Datuk Seri Rais, bola berada di gelanggangmu. Apa kata anda?" akhiri Lim.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Najib bazir RM9.1 juta hanya untuk sewa pesawat ketika Hari Merdeka

Posted: 04 Oct 2011 05:14 AM PDT

Ketika rakyat menanggung kos perbelanjaan hidup yang tinggi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berterusan membazirkan wang rakyat.

Terbaru kos penyewaan sebuah pesawat yang digunakannya didedahkan sebanyak RM9.1 juta, sepertimana diberitahu di Dewan rakyat hari ini.

Pesawat negara itu digunakan Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada hari Kemerdekaan, 31 Ogos yang lalu.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Nazri juga mendedahkan pesawat itu disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) bermula 3 Ogos 2007 untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Nurul melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat yang digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan.

Pendedahan terbaru ini menimbulkan persoalan samada Najib perlu bercuti dengan menggunakan dana kerajaan dan kapal terbang milik negara.

Sebelum ini, Dewan Rakyat tahun lalu juga dimaklumkan bahawa Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membelanjakan RM21.4 juta wang rakyat bagi pelbagai lawatan di luar negara sejak 2008.

Najib juga membelanjakan lebih RM49 juta setahun bagi menyelenggara kediaman rasmi beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Seri Perdana dan Seri Satria, Putrajaya.

Lu fikirlah sendiri....

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pakatan Rakyat Kemuka Bajet RM220 bilion, jimat RM14 bilion daripada BN

Posted: 04 Oct 2011 04:19 AM PDT



Suri rumah, golongan kelas bawahan dan warga emas bakal mendapat perhatian istimewa di dalam bajet Pakatan Rakyat 2012 yang dilancarkan empat hari sebelum kerajaan Barisan Nasional yang akan membentangkan belajawan mereka sendiri.

Menerusi Bajet mereka, yang bertemakan " Kesejahteraan Untuk Semua", Pakatan juga berjanji akan memecahkan monopoli-monopoli di dalam sektor-sektor kritikal negara seperti penjanaan kuasa, pembuatan beras dan pemberian lesen teksi.

Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion bagi belanjawan 2012 berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada KDNK.

Dengan mengangkat tema "Kesejahteraan Untuk Semua", belanjawan Pakatan Rakyat memberi fokus yang lebih kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Belanjawan itu dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bilik taklimat parlimen hari ini.

Ianya dibentang seminggu lebih awal berbanding bajet kerajaan pusat yang akan dibentang perdana menteri Jumaat ini.

Tujuh prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat antaranya adalah seperti berikut:

1 - Membantu rakyat dalam masa terdekat mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit.

2 - Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khususnya untuk mengurangkan defisit.

3 - Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar samapai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan.

4 - Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian memartabatkan rakyat.

5 - Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang manjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.

Pembelaan rakyat terbanyak

Belanjawan Pakatan Rakyat juga akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut bagi mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada gologan rakyat kebanyakan:

a) Mengekalkan subsidi minyak RM22 bilion bagi mengelakkan kenaikan harga.

b) Menghapuskan subsidi korporat yang hanya menguntungkan kroni seperti pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh Bernas, monopoli lesen teksi.

c) Bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1,000 setahun yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun.

d) Bayaran suri rumah sebanyak RM1000 dalam tahun 2012 dan menggalak mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

e) Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah RM550.

f) Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan krpada RM550 sebulan berbanding RM300 sebulan pada masa sekarang.

Mengembalikan martabat rakyat

a) Menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan akan dikuatkuasakan.

b) Melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti janji Buku Jingga.

c) Menyelaraskan gaji kakitangan awam berdasarkan penetapan gaji minima.

d) Akan menghentikan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan.

e) Memperuntukkan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik termasuk menaiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal.

f) Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam dengan perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan negeri.

g) Pelaksanaan skim "Bina dan Jual" secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang terainaya akibat projek perumahan terbengkalai.

h) Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung yang digunapakai bermula pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu.

Menjamin Kelangsungan Wang Negara

Bagi menjamin kelangsungan wang negara, Belanjawan 2012 Pakatan Rakayat akan mengambil pendekatan berikut:

a) Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan ini kepada kementerian-kementerian yang berkenaan bagi mengurangkan kecenderungan beberlanja berlebihan oleh perdana menteri

b) Sasaran mengekang defisit yang drastik iaitu pada kadar 4.4 peratus bagi tahun 2012.

c) Dividen Petronas diunjur pada kadar RM26 bilion sahaja iaitu RM4 bilion lebih rendah dari BN bagi memastikan Petronas mempunyai sumber mencukupi untuk terus berkembang.

d) Penjualan Lesen Import (AP) akan dibuat secara lelongan bagi menambah pendapatan negara dengan kadar RM1.2 bilion.

e) Pendekatan perolehan kerajaan akan diamalkan secara tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputera.

f) Menyemak kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara.

g) Mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara.

h) Mengembalikan cukai-cukai eksais dan duti yang dibatalkan oleh Perdana menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan lain-lain.

Membina keanjalan dan daya saing ekonomi

a) Menubuhkan Suruhanjaya Perjanjian Awam Negara untuk menilai kembali konsesi yang tidak adil.

b) Meminda Akta Persaingan 2011 supaya meliputi sektor penyiaran, telekomunikasi, tenaga dan sektor bermonopoli laian untuk memecahkan monopoli.

c) Mengurangkan pekerja asing menjelang 2015 mengikut sektor.

d) Elauan penjagaan anak RM1000 setahun kepada ibu-ibu yang layak dipadankan dengan pelaburan kerajaan membina pusat penjagaan kanak-kanak.

Kesejahteraan sekata dan seadilnya

a) Meminda Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap kepada prinsip formula berdasarkan faktor sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri.

b) Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar

c) Peruntukan khas RM100 juta untuk program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara.

Mengukuhkan arus reformasi rakyat

a) Melaksanakan sepenuhnya janji Buku Jingga termasuk memansuhkan ISA, akta bersabit media percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan AUKU.

b) Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti dicadang Pakatan Rakyat pada 2011 untuk memansuhkan semua akta yang bertentangan dengan amalan demokratik.

c) Melaksanakan segera semua tuntutan Bersih 2.0

d) Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan bersabit tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam supaya bertanggungjawab terus kepada Parlimen.

e) Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara dibentang di Parlimen bersama laporan Ketua Audit Negara.

f) Membentuk tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahas belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kastam sahkan cincin RM24 juta wujud

Posted: 04 Oct 2011 04:01 AM PDT

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

NONEBagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.

Isu itu didedahkan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (bawah, kanan) Julai lalu yang mendakwa mempunyai bukti kemasukan cincin itu menerusi rekod kastam.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinDakwanya, rekod itu menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkannya kepada SPRM pada 13 Julai lalu.

Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak mahu melayannya selepas dua minggu ia ditimbulkan.

Pembocor maklumat berhubung kemasukan cincin berlian RM24 juta yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap jawapan menteri berhubung perkara itu.

"Saya tidak puas hati dan jawapan (menteri) tidak menjawab misteri di sebalik cincin itu," kata bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulisnya di parlimen hari ini berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin itu benar-benar wujud.

Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Nazri berkata tiada pembelian dibuat terhadapnya.

Dalam reaksi segeranya kepada Malaysiakini hari ini, Badrul Hisham berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap laporannya yang dibuat pada 13 Julai, termasuk terhadap pegawai syarikat kargo, membuktikan dokumen yang didedahkan sah.

"Lepas itu puak-puak blogger (penulis blog) Umno dan lain-lain jawab konon cincin itu masuk untuk pameran sulit dan sudah keluar semula. Dan ada yang siar borang cincin itu keluar.

"(Tetapi) borang itu banyak keraguan, antaranya ada pindaan tanpa pengesahan dan tandatangan pegawai kastam itu ialah pegawai kastam yang bertugas di bahagian latihan HQ (ibu pejabat) kastam," katanya.

25,000 risalah akan beredar

Bagaimanapun, Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhujah,barangan untuk pameran seharusnya melalui prosedur dan borang berbeza.

"Semakin mereka nafi semakin bercelaru. Sekarang rakyat kena hakimi," katanya lagi.

NONEDi sebalik kontroversi cincin mewah itu, Badrul Hisham hari ini turut membangkitkan tentang gelang bernilai RM1.65 juta yang juga didakwa dipakai Rosmah dan dikeluarkan syarikat sama.

Badrul Hisham juga berkata, SAMM pada minggu depan akan mula mengedarkan 25,000 naskhah risalah buku kecil mengenai cincin itu dan "pembaziran lain" kepada umum.

Kandungannya tidak didedahkan buat masa ini.

Badrul Julai lalu tampil mendedahkan kemasukan barang itu dan mendakwa rekod menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan - yang didakwa bukti menunjukkan pembabitannya.

Badrul Hisham melaporkannya kepada SPRM dan Rosmah kemudiannnya menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah selepas dua minggu ia ditimbulkan.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: