Rabu, 5 Oktober 2011

Era Pasca

Era Pasca


EDARAN SEGERA CINCIN KAK MAH!! EDARAN SEGERA!

Posted: 05 Oct 2011 02:55 AM PDT

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengedarkan risalah buku kecil minggu depan mengenai pembaziran dan kemewahan melampau khususnya mengenai dakwaan cincin berlian bernilai RM24.45 juta yang dipakai oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard berkata, risalah kecil ini menerangkan isu-isu pembaziran yang melibatkan Rosmah yang menggayakan hidup mewah.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini berikutan jawapan bertulis daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen DAP-Segambut di Parlimen semalam, Nazri berkata pihak Jabatan Kastam mengesahkan tiada urusan jual beli berlaku dan cincin tersebut telah dikembalikan kepada tuan punya.

CheguBard yang juga Ketua PKR Cabang Rembau menyifatkan jawapan tersebut hanya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak menuduh tetapi dengan kewujudan bukti dan pembelaan puak pengampu yang menambah kecelaruan fakta maka lebih menuntut Rosmah untuk tampil memberi penjelasan, bukan hanya menyatakan "itu semua fitnah dan mereka dengki dengan saya".

"Ketika rakyat sedang bergelut dengan pelbagai tekanan hidup, khususnya kelompok pekerja muda yang sedang membina kerjaya dan keluarga, kesombongan dan imej mewah Rosmah yang cuba menyamar sebagai wanita pertama negara seperti mencurah garam ke luka rakyat.

"Itu belum lagi mengambil kira gelang tangan bernilai RM1.65 juta yang ada gambar dipakai oleh Rosmah dari syarikat yang sama mengeluarkan cincin. Kini terpulang pada rakyat untuk menilainya," ujar beliau.

Free Malaysia Today


[N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar)
[N/C-2] Castrol Auto Service centre bagi I-Pad! Sini untuk tuntut I-Pad anda!

[N/C-3] Cipta Permainan anda sendiri di MILO! 10 000 menanti kepada pemenang!

BEGINILAH SALAH SATU CARA BN CURI TANAH ADAT PRIBUMI -WAJIB BACA!

Posted: 04 Oct 2011 05:01 AM PDT

Bagaimana untuk mencuri tanah hak adat pribumi. -MK

KOMENTAR Saya dijemput oleh seorang pastor Iban untuk melawat beberapa kampung terpencil kaum Iban di Sarawak baru-baru ini untuk membantu mereka berhubung pertikaian tanah.

Mereka memberitahu saya seorang kontraktor Cina yang telah berjanji untuk membantu mereka membangunkan projek kelapa sawit tetapi tidak berbuat apa-apa lagi selepas mengambil kayu balak di kawasan seluas 1,400 ekar tanah yang dikenal pasti untuk projek itu.

Oleh itu mereka bercadang mengusir lelaki itu dan mencari orang lain untuk melakukan tugas itu.

Saya kemudiannya ditunjukkan perjanjian mengenai projek berkenaan. Berita buruk. Mereka secara tidak sedari telah menandatangani tanah hak warisan mereka - hak adat anak negeri - kepada lelaki itu.

Perjanjian itu dikatakan disedia dan dilaksanakan oleh seorang peguam masyarakat pribumi. Ia membenarkan syarikat lelaki itu bukan sahaja untuk mengambil semua kayu balak mereka secara percuma tetapi juga memindahkan tanah hak adat atau NCR seluas 1,200 ekar itu dipindahkan kepadanya.

Sebagai balasan, beliau berjanji untuk menanam 200 ekar kelapa sawit untuk mereka dalam masa yang ditetapkan.

Jika masyarakat Iban itu gagal memindahkan tanah berkenaan, mereka akan terpaksa membayar sebanyak RM5 juta kepada lelaki itu sebagai pampasan membersihkan tanah mereka dan mengeluarkan balak untuk dirinya sendiri. Namun, tiada apa-apa jua dalam perjanjian itu yang menyatakan mengenai tindakan kepada lelaki itu jika dia tidak menanam 200 ekar kelapa sawit untuk penduduk berkenaan yang sehingga hari ini, beliau belum berbuat demikian.

Sudah tentu, perjanjian itu ditulis dalam bahasa Inggeris dan kandungan terperincinya pula tidak dimaklumkan kepada penduduk Iban itu.

Ini adalah apa yang berlaku!

Hadiah Gawai

Ahli perniagaan Cina itu tinggal di sebuah bandar kira-kira tiga jam perjalanan dari perkampungan Iban itu. Beliau menghantar isterinya yang berketurunan Bidayuh untuk berbaik-baik dengan seseorang daripada tiga tuai rumah di kampung itu.

Terdapat tiga rumah panjang Kristian di perkampungan itu yang terdiri daripada 63 pintu atau isi rumah.

Pada perayaan Hari Gawai lalu, lelaki Cina itu menghantar "hadiah" sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah atau keseluruhannya berjumlah RM18, 900 melalui isteri dan rakan-rakannya di kampung itu.

Sebagai balasan, mereka diminta untuk menurunkan cap jari mereka di timbunan dokumen sebagai pengakuan masing-masing telah menerima wang itu sambil memikirkan bahawa ia adalah resit.





Tiada ulasan: