Isnin, 3 Oktober 2011

SharpShooter

SharpShooter


Isu Hudud - DAP tetap bersama PAS dalam Pakatan Rakyat

Posted: 03 Oct 2011 02:54 AM PDT



Video ucapan Guan Eng di dalam Majlis 60 tahun PAS di Dewan Milineum Kepala Batas. Kita tidak hairan DAP tolak Hudud sebab mereka bukan Islam sama seperti MCA tetapi kita amat hairan umporno tolak hudud...


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

MCA hancur dan sudah tidak relevan lagi...

Posted: 03 Oct 2011 02:47 AM PDT

Ketika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyampaikan ucapan pada perhimpunan agung ke-58 parti itu pagi ini, bekas penyandang jawatan tersebut meneruskan serangan dengan menegaskan, ia bukan sahaja tidak relevan, malah berada dalam sindrom penafian.

Datuk Seri Ong Tee Keat berkata Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong semalam menafikan dakwaan bahawa parti itu tidak relevan lagi.

"Tiong Lai dan Ka Siong menafikan MCA tidak relevan lagi. Kini (parti) dalam keadaan tidak relevan dan (dibayangi) sindrom penafian.

"Penafian Tiong Lai (mengenai kenyataan) MCA sudah tidak relevan lagi bukan sesuatu yang besar jika dibandingkan dengan penafian beliau berkaitan insiden (hospital) Tung Shin (pada 9 Julai lalu)," kata Ong dalam mesej dihantar menerusi Twitter ketika Dr Chua menyampaikan ucapannya.

Kedua-dua Liow dan Wee mengecam Ong semalam dengan menafikan parti komponen BN itu semalam tidak relevan.

Ong yang merupakan bekas presiden MCA berkata, parti itu sedang berubah menjadi sebuah parti yang tidak relevan.

Ong memberitahu, gabungan BN itu tidak memperlihatkan pelaksanaan pembaharuan selepas ia hilang 25 daripada 40 kerusi Parlimen dan 59 daripada 80 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ia tandingi pada pilihan raya umum 2008.

Katanya, MCA masih meneruskan polemik lama daripada membawa dan mengadakan pembaharuan yang diharapkan oleh para pengundi.

"Jika MCA terus menggunakan laluan dan jiwa yang lama, maka sudah pasti ia menuju situasi tidak relevan. Sesetengah sudah pun dengan terus-terang mengatakan bahawa kami sudah pun tidak relevan," kata Ong yang ditewaskan oleh Dr Chua ketika krisis kepimpinan parti itu 18 bulan yang lalu.

Ong, Ahli Parlimen Pandan, memberikan contoh kenyataan-kenyataan kosong dibuat oleh penggantinya, mahu keluar BN jika Umno melaksanakan hukum hudud dan tidak menyertai Kabinet ataupun menerima jawatan kerajaan jika parti tidak memperbaiki kedudukan dalam pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun Liow dan Wee mengetepikan dakwaan Ong itu.

Hari ini, Ong juga mengecam Wee ekoran jumlah kehadiran tidak menggalakkan pada perhimpunan agung sayap itu semalam.

"Wow, MCA telah mendaftarkan 27,000 ahli baru, tetapi hanya 30 peratus perwakilan hadiri perhimpunan agung Pemuda Ka Siong. Masa bagi beliau untuk menangis dengan ikhlas," katanya lagi.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saman sivil keluarga Altantuya masih tertangguh.

Posted: 03 Oct 2011 12:29 AM PDT

Peguam Karpal Singh berkata beliau kecewa kerana pengurusan kes saman sivil yang difailkan keluarga Altantuya Shaaribu kepada kerajaan masih tertangguh.

Tidak ada perkembangan berhubung saman sivil terhadap kerajaan dan mereka yang bertanggungjawab atas kematian warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006. mongolian woman bombed altantuya 081106Peguam Karpal Singh berkata permohonan saman yang difailkan oleh bapanya Setev pada 4 Jun 2007 telah ditangguhkan kerana kedua-dua anggota polis yang didapati bersalah dalam pembunuhan itu telah memfailkan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Hakim berkenaan, menurut Karpal, juga masih belum menyerahkan penghakiman bertulis. "Saya tidak nampak mengapa hakim masih belum selesai menulis hujah penghakimannya... ia telah masuk dua tahun," katanya.

"Saya telah bangkitkan isu ini di Parlimen tetapi hanya mendapat jawapan bertulis, yang tiada gunanya." Karpal berkata kelewatan yang berlarutan dalam menyediakan penghakiman bertulis boleh menimbulkan masalah kerana tertuduh boleh memfailkan rayuan di mahkamah.

NONE"Mereka boleh membuat aduan prejudis - dan sama ada hakim mampu ingat apa yang beliau dengar semasa perbicaraan dulu... dan sebab ini penghakimannya dilambatkan. "Jika mereka boleh membuktikan ada prejudis, maka mahkamah akan timbang semula kes itu. Saya pernah ada kes di mana, akhirnya, hukuman lebih berat yang dijatuhkan digantikan dengan yang lebih ringan."

Karpal berkata beliau telah berulang kali menulis kepada mahkamah untuk pengurusan kes saman itu, tetapi masih belum menerima jawapan. Justeru, beliau merancang untuk menimbulkan perkara itu sekali lagi semasa persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

altantuya trial 160707 azilah"Keluarga (Altantuya) telah banyak kali menulis untuk bertanya bila kes itu akan dibicarakan tetapi saya terpaksa terus beritahu mereka bahawa ia akan mengambil masa. Malah kes rayuan daripada kedua-dua (anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar) masih tidak diselesaikan lagi," katanya.

Sekiranya kedua-dua anggota polis itu menerima keputusan yang tidak memihak mereka, mereka masih boleh membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan dan seterusnya melambatkan lagi perbicaraan saman sivil.

Setev dan isterinya, Altantsetseg Sanjaa, kini adalah penjaga bagi anak-anak Altantuya. Mereka menyaman defendan RM100 juta kerana menimbulkan penderitaan fizikal dan mental terhadap keluarga itu. Mereka juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan teladan.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: