shalehudin |
- Menteri mana bengong sangat nih...
- Harapkan BN, BN gila babi...
- Mampuih la hang Berahim oii... haha...
- Umno memang geng jahat... kahkahkah...
- Bila nak juai Rosmah... kahkahkah...
- Macam la nyawa orang kat tangan depa...
- Dah lama mati dahhh... haha...
- Tulang sapa pulak dahh...
Menteri mana bengong sangat nih... Posted: 29 Oct 2011 10:40 AM PDT Bekas editor dakwa ditukar atas tekanan menteri Wong Teck Chi Bekas editor sebuah majalah berita tempatan dalam bahasa Cina -Special Weekly - mendakwa dia telah ditukarkan dari majalah tersebut tahun lalu selepas tekanan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Bercakap dalam sidang akhbar semalam, Seow Kuwing Leong berkata, dia ditukar selepas Hishammuddin melawat pejabat akhbarSin Chew Daily di Petaling Jaya Ogos tahun lalu dan didakwa meminta dia ditukar. Editor kanan itu mendakwa Hishammuddin melawat Sin Chew Dailypada 16 Ogos tahun lalu dan isu pertukarannya dibangkitkan dalam pertemuan tersebut. Sin Chew Daily dan Special Weekly dimiliki Chinese Media International Limited, sebuah konglomerat media yang dikuasai jutawan Sarawak, Tan Sri Tiong Hiew King. Bagaimanapun, menurut Seow, arahan yang diberikan oleh menteri tersebut bukan dalam bentuk bertulis, tetapi hanya secara lisan. Menurutnya, dia dimaklumkan oleh pegawai atasannya, Law Beng Cheee mengenai keputusan tersebut beberapa hari selepas lawatan itu, dan sejak itu dia telah ditukar ke meja advertorial. Seow mendakwa, pegawai berkenaan memberitahunya yang dia telah disenaraihitamkan dan mesti menghentikan kerjanya. Walaupun Law tidak mengulas lanjut mengenai sebab di sebalik pertukarannya, Seow berkata dia dimaklumkan oleh orang lain bahawa ia adalah disebabkan oleh isu-isu dalam Special Weekly. "Oleh kerana Special Weekly menghadapi masalah memperbaharui permitnya, maka pihak pengurusan membangkitkan perkara itu dalam pertemuan dengan Hishammuddin. Beliau kata, anda sepatutnya tahu bagaimana untuk menanganinya. " Bagaimanapun, Seow berkata dia tidak pasti kebenaran alasan yang diberitahu kepadanya itu. |
Posted: 29 Oct 2011 06:30 AM PDT HISHAMUDIN Dan NAJIB Perlu Dikalahkan PRU13. HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI, HARAPKAN NAJIB DAN HISYAMMUDDIN PATI DIUTAMAKAN. MEMANG PENGKHIANAT BANGSA DAN TANAH AIRKU MALAYSIA. Jika benar apa yang diperkatakan oleh media cetak alternatif, Satu hari nanti rakyat Malaysia khasnya bangsa Melayu bakal merepat dan tiada kuasa politik dek kenakalan kerajaan BN/UMNO dalam kes dan isu pemberian IC/KAD PENGENALAN ATAU MYKAD KEPADA PENDATANG ASING ATAU PATI. Di Selangor dikatakan kerajaan UMNO/BN mengadakan program perhimpunan pendatang asing atas alasan keselamatan kononnya, namun ada udang disebalik batu, KERAJAAN BN/UMNO DIKHABARKAN MEMBERI IC/MYKAD KEPADA PENDATANG ASING DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA. Datuk Hisyamuddin (menteri dalam negeri) dan PM Datuk Najib Razak perlu memberhentikan kerja kerja jahat demi untuk menang dalam PRU13 di negeri Selangor. Di Sabah kerajaan BN/UMNO telah memberi IC/MYKAD kepada pendatang asing (puluhan ribu) untuk memang dalam pilihanraya. Malah kerajaan BN/UMNO gagal mengawal kemasukkan pendatang asing di Sabah. Hampir satu juta pendatang asing berada di Sabah. Di Semenanjung Malaysia pendatang asing PATI sekitar satu juta orang berada tinggal bebas.Belum lagi diambil kira warga asing yang sah ada ada kebenarn tinggal dan bekerja. Terengganu menjadikan bukti dalam isu warga asing atau warga bukan rakyat Terengganu menjadi pemilih berdaftar dalan SPR, tujuan untuk menumbangkan kerajaan PAS, akhirnya terbukti berjaya dalam era DS Idris Jusoh. Hisyamuddin dan Najib Razak seharusnya menyekat kemasukkan warga asing secara tidak sah memasuki Malaysia. Hentikan kerja kotor dan jahat BN/UMNO dalam isu memberi taraf warga dan pemberian IC/MYKAD . Kerajaan BN/UMNO sellau menafikan dalam isu warga asing dan isu IC/MYKAD DENGAN PENDATANG ASING, NAMUN HAKIKATNYA SATU PENIPUAN DAN PEMBOHONGAN YANG NYATA. KERJASAMA JABATAN PENDAFTRAN NEGARA DIJADIKAN PENGKALAN BN/UMNO. Jangan jadikan bumi Malaysia dipenuhi pendatang asing yang ada IC/MYKAD dan PENDATANG ASING TANPA DOKUMEN YANG SAH. Kerajaan BN/UMNO telah memberi taraf warga Malaysia hampir setiap tahun seramai 10,000 orang. Bayangkan betapa mudah dan ada niat jahat dan politik yang dirancang oleh kerajaan BN/UMNO. Marilah rakyat Malaysia yang tulin JANGAN UNDI BN/UMNO PRU13, DAN HISYAMUDDIN BERSAMA NAJIB RAZAK WAJIB DITUMBANGKAN DEMI KEBAIKKAN RAKYAT MALAYSIA. Jangan biarkan anjing makan/menyalak tuanya atau si anjing menyalak tuan walaupun diberi makan dalam masa menjelir lidah si anjing kepada tuannya. Renunglah pepatah melayu "HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI" HARAPKAN HISYAMUDDIN DAN NAJIB MALAYSIA DIPENUHI WARGA ASING DAN PERLU BERUNDUR ATAU BERSEDIA UNTUK KALAH. |
Mampuih la hang Berahim oii... haha... Posted: 29 Oct 2011 05:00 AM PDT Ibrahim Ali akan tewas pada PRU 13 Muhammad Yusri Amin PASIR MAS, 29 Okt: Datuk Ibrahim Ali akan tumpas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti di parlimen Pasir Mas. Justeru, jentera pilihan raya PAS kawasan tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional bagi Parlimen Pasir Mas. Yang Dipertua PAS kawasan, Hanipa Ahmad berkata keyakinan itu disebabkan pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah 'kubu' PAS. "Kita yakin kali ini kalau kita berhadapan dengan BN walau siapa pun calon BN, kita yakin insya Allah kita akan menang," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Dividen Ladang Rakyat Kawasan Parlimen Pasir Mas di pejabat PAS kawasan di sini kelmarin. Turut hadir Timbalan dan Naib Yang Dipertua PAS kawasan, Abdul Halim Abdul Rahman yang juga Adun Chetok dan Dr Muhammad Mat Daud yang juga Adun Tendong. Hanipa yang juga Adun Pengkalan Pasir berkata parlimen Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum lalu ditandingi Ibrahim Ali dengan menggunakan tiket PAS dan itu kira 'selesai'. Beliau berkata, pimpinan PAS sentiasa patuh kepada arahan daripada pimpinan. "Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam PRU-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan 'dacing'. Itu kemungkinan besar. "Jadi kita sudah bersip sedia untuk menghadapi segala kemungkinan. "Kita telah membuat persiapan rapi, kita menguatkan jentera Dun masing-masing, di samping menguatkan jentera pilihan raya kawasan dengan mengadakan siri kursus tertentu," katanya. |
Umno memang geng jahat... kahkahkah... Posted: 29 Oct 2011 03:30 AM PDT |
Bila nak juai Rosmah... kahkahkah... Posted: 29 Oct 2011 02:32 AM PDT APA BOLEH JUAL - JUAL - BILA NAK JUAL ROSMAH? SUKAN UNTUK DUIT KENYATAAN MEDIA Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 27 Oktober 2011 Walaupun diasak oleh peminat sukan tanahair terutamanya penyokong bolasepak kedua-dua pasukan finalis yang merebut Piala Malaysia, FAM selaku badan induk sukan bolasepak negara tetap tidak berundur dari keputusan meletakkan harga tiket dengan harga yang tidak munahsabah iaitu RM50 bagi seorang penonton. Harapan peminat bolasepak tanahair supaya FAM pertimbang harga tiket hancur lebur apabila langsung tidak diendahkan malah peminat dilayan seumpama pengemis sukan. Sukan bolasepak adalah sukan rakyat, juga sukan utama bagi anak muda. Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) selaku kumpulan anak muda penggempur apa jua kebiadapan entiti terhadap rakyat, memberi amaran kepada FAM supaya tidak terlalu ghairah mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat. Peminat bolasepak tersepit di antara cinta terhadap sukan bolasepak dan tekanan kewangan dari FAM. Tindakkan FAM meletakkan harga RM50 adalah sama sekali tidak wajar. Harga tersebut adalah di luar kemampuan rakyat terbanyak dan FAM seolah-olah menafikan harga yang lebih selesa buat penonton yang selama ini banyak memberi sokongan terhadap sukan bolasepak negara, setelah banyak perbelanjaan lain seperti kos perjalanan termasuk petrol dan tol perlu dikorbankan peminat. Tidakkah timbul rasa kasihan FAM kepada penyokong bolasepak negara untuk mengurangkan sedikit kenaikkan harga tiket berbanding harga tahun sebelumnya? Dalam final Piala Malaysia edisi yang lalu, FAM telah memperkenalkan harga baru iaitu RM30 bagi setiap penonton. Ia merupakan kenaikkan 50% daripada edisi sebelumnya dari RM20 kepada RM30. Harga tiket RM30 hanya kekal setahun sahaja dan edisi kali melihatkan FAM sekali lagi menaikkan harga tiket dari RM30 kepada RM50 untuk satu kepala. Kenaikkan harga tiket hampir 70% ini membunuh mood rakyat untuk terus menyokong bolasepak negara di masa akan datang. Peminat terasa dipermainkan oleh FAM. Di manakah Presiden FAM ketika ini? Tidakkah berita kenaikkan harga tiket hampir 70% tidak sampai ke pengetahuan Presiden FAM? Tidakkah Presiden FAM mempunyai sedikit ehsan memayungi peminat bolasepak negara yang juga rakyat Malaysia dengan mempertimbangkan harga tiket yang lebih rendah? Atau adakah Presiden FAM sendiri yang menetapkan harga tiket RM50 hingga harga tersebut tidak langsung boleh dibahas atau dibincangkan? SAMM ingin menegaskan bahawa sukan bolasepak bukanlah sukan elit mahupun sukan untuk para kerabat atasan tetapi sukan bolasepak diangkat oleh rakyat biasa. Kebanyakkan penonton yang turun ke stadium juga adalah dari kalangan rakyat yang serba sederharna. Oleh demikian, demi kemajuan sukan bolasepak tanahair SAMM akan bersama golongan muda peminat sukan dalam membendung mana-mana tindakkan FAM yang ditakrif mengambil kesempatan serta melampaui batasan kemampuan. Jangan dilupa bagaimana FAM merayu-rayu agar peminat bolasepak membanjiri stadium di setiap negeri beberapa tahun lalu ketika kegelapan melanda era bolasepak negara. Kesediaan peminat untuk kembali memenuhi stadium telah dibalas dengan kegilaan harga tiket berganda setara dengan harga tiket sebuah konsert! Apakah pemain liga BPL turut beraksi dalam final kali ini kerana harga tiket hampir menyamai tiket perlawanan jemputan Malaysia dengan pasukan BPL. Keadaan padang di stadium Shah Alam yang berlopak dan berbukit juga menjadi satu kecacatan bila dibandingkan dengan harga tiket yang ditawarkan FAM. FAM harus malu apabila masih berkeras tidak mahu mempertimbang harga tiket menyamai tahun sebelumnya sedangkan harga tiket bagi perlawanan separuh akhir di Stadium Paroi yang mempunyai kondisi padang lebih baik dari stadium Shah Alam, hanya RM8 ringgit berbanding harga RM50 bersamaan 6 kali ganda lebih tinggi untuk perlawanan akhir. Difahamkan juga, terdapat sejumlah tiket yang disubsidi oleh persatuan bolasepak negeri. Selain mengoyak kantung kewangan persatuan negeri, tindakkan seperti ini mengundang penjualan tiket 'black market' berpandukan harga asal yang ditetapkan oleh FAM. Jika sebelum ini menjadi satu isu besar bilamana harga tiket dijual lebih mahal dari harga asal, kini FAM seperti memberi kelulusan kepada aktiviti jenayah ulat tiket yang pastinya memperaga harga RM50 walaupun tiket tersebut asalnya dibeli dengan harga subsidi. FAM secara tidak langsung merancakkan lagi fenomena perniagaan 'keuntungan atas angin' yang sangat tidak beretika. Sesungguhnya FAM telah mengkapitaliskan sukan bolasepak tanahair. Ingatlah, walaupun perlawanan akhir Piala Malaysia edisi kali ini adalah pertembungan antara Negeri Sembilan dan Terengganu, tidak mustahil nasib yang sama menimpa peminat finalis Piala Malaysia bagi musim depan. SAMM memandang serius ketelanjuran FAM yang meletakkan harga tiket luar biasa dan memastikan FAM akhirnya akan tunduk kepada peminat bolasepak negara biarpun dengan desakkan keras supaya Presiden FAM meletakkan jawatan. Demi kemajuan sukan paling popular di kalangan anak muda, SAMM akan sedia ke hadapan! EDYES SAMM Pengarah Propaganda SAMM www.anakmudamalaysia.com edyesdotcom@gmail.com Bro TT |
Macam la nyawa orang kat tangan depa... Posted: 29 Oct 2011 01:54 AM PDT Prof Aziz Bari terima peluru, nota ugutan bunuh KUALA LUMPUR, 29 Okt — Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari yang sedang disiasat oleh tiga pihak berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor menerima peluru dengan ugutan bunuh hari ini. Aziz menerima sebutir peluru yang dihantar menerusi sampul surat ke rumahnya di Bandar Baru Selayang dekat sini kira-kira 11.45 pagi tadi. "Saya menerima sampil surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata 'jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti'," kata Aziz kepada The Malaysian Insider. Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis. "Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut," kata beliau yang disiasat oleh pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentangt titah Sultan Selangor awal bulan ini. Dalam pada itu peguamnya Dr Zulqarnain Lukman berkata laporan polis akan dibuat esok. "Saya sudah menghubungi Prof Aziz, dan beliau berkata laporan polis akan dibuat esok," jelas beliau. Siasatan polis dan SKMM dijalankan ekoran beberapa laporan polis. Aziz dilaporkan berkata, tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu Gereja Methodist Damansara Utara bukan tindakan yang lazim. Menurutnya, walaupun sebagai ketua agama Islam negeri baginda mempunyai hak itu, tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam. Laporan polis itu juga mendakwa kenyataan Aziz boleh mengundang kemarahan umat Islam di selangor serta boleh mencetuskan suasana tidak harmoni, kacau bilau dan tidak tenteram di negara ini. Sultan sebelum itu bertitah, siasatan Jabatan Agama Islam Selangor mendapati cubaan memesongkan akidah umat Islam dibuktikan tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang. |
Dah lama mati dahhh... haha... Posted: 28 Oct 2011 08:43 PM PDT |
Posted: 28 Oct 2011 05:00 PM PDT SIAPAKAH PEMILIK TULANG INI?? Suatu masa dahulu, ada seorang raja berasal dari salasilah raja-raja. Dia sangat kagum pada dirinya seolah-olah tiada makhluk ciptaan Allah yang lebih baik daripada dirinya. Dia sering berbicara tentang kebangsawanan darah yang mengalir di dalam tubuhnya. Di mana saja dia berada, dia dikelilingan oleh para penyair yang memuji-muji kehebatannya. Mereka mengarang syair, prosa serta puisi khusus untuk memuji dan memujanya. Namanya terpahat di semua dinding-dinding istana, gambarnya tertera di mata wang emas dan perak kerjaannya. Pada suatu hari, ketika angkatannya sedang berarak menuju ke satu destinasi, dia terpandang seorang lalaki sedang tekun menggali lubang-lubang kubur. Di sekelilingnya bertimbun-timbun tulang dan tengkorak manusia yang mana daging dan kulit yang membalutnya telah hancur di mamah bumi. Dia berhenti lalu bertanya lelaki itu, apa yang sedang dilakukannya? Lelaki itu berkata: "Patik berada di sini adalah semata-mata untuk berkhidmat kepada tuanku." Jawapan itu menimbulkan kehairanan yang tak terkira di hati raja. Dia berkata: "Bagaimana?" Lelaki itu menghampirinya dan menjelaskan: "Tuanku, di tempat ini dulu telah berlaku satu pertempuran sengit yang menyebabkan ayahanda Tuanku terbunuh. Patik ingin mencari dan mengecami tulangnya untuk ditanam di tempat yang sesuai dengan kebesarannya. Namun, anehnya patik menemui sesuatu yang menakjubkan!" Lelaki itu mengambil tulang-tulang dan membawanya ke hadapan raja sambil berkata: "Tuanku, ini semua tulang-tulang yang patik temui. Perhatikan betul-betul. Adakah tuanku dapat membezakan antara tulang raja dengan tulang rakyat jelata? Antara tulang orang kaya dengan tulang orang papa? Antara tulang panglima dengan tulang tentera biasa? Sesungguhnya tulang-tulang semuanya sama di sisi tanah, wahai tuanku!" Memang benar.. "Bumi sentiasa menanti.. Perutnya sentiasa bersedia untuk menelan orang besar, yang sombong dan tertipu, yang berasa megah dengan apa yang dimilikinya di atas muka bumi. Namun tidak ada satu pun daripada semua itu dapat dibawa bersama ke dalam perut bumi!.. Kerana TANAH tidak kenal SIAPA PEMILIK TULANG... Semuanya sama. Semuanya akan dimamahnya.." Fikir2kanlah..."Dari Allah Kita Datang,,Kepada Allah kita Kembali.."-) - FB |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan