Sabtu, 29 Oktober 2011

Addin

Addin


Rahsia Gaddafi Yang Kita Tidak Tahu.. (4)

Posted: 29 Oct 2011 10:17 AM PDT

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri.

Ia membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat! Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba  tengok apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5. Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percuma;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10.Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;
13.Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14.Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15. Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik./ppim

Addin :

Wallahualam..



(Video) Kekejaman Rejim Bashar Asad Terhadap Rakyat Syria

Posted: 29 Oct 2011 06:59 AM PDT

Innalillahi waa inna ilaihi rojiun, Inilah salah satu fakta kekejaman pemerintah Bashar Asad terhadap rakyat Syria. Seorang anak laki-laki yang ditembak di kepala ketika ia bermain di depan rumahnya sehingga ia menemui ajal, begitu kejam dan sadis perlakuan terhadap kaum muslimin di Syiria. Semoga revolusi rakyat Syria  diberikan kemenangan oleh Allah S.W.T sehingga  menumbangkan rejim yang zalim ini. Insya Allah.. Perbanyak doa kita dalam sujud buat kaum muslimin yang tertindas di seluruh dunia Islam.




Arab Saudi Hukum Pancung 2 Orang Pembunuh

Posted: 29 Oct 2011 05:06 AM PDT

Gambar Hiasan
RIYADH – Arab Saudi para hari Kamis (27/10/2011) memancung dua laki-laki yang terjerat kasus pembunuhan, salah satu pelaku menabrak korban dan yang lainnya menabrak mobil korban, kementerian dalam negeri Arab Saudi menyatakan. Mohammed al-Harbi, seorang warga negara Saudi, dihukum karena "sengaja" menabrak dan membunuh pasangan Rabih al-Asiri dan istrinya, Nasila Asiri, Kementerian Dalam Negeri Saudi mengatakan dalam sebuah pernyataan yang disiarkan oleh kantor berita negara, SPA.

Ia dipenggal di provinsi Qunfudah, bagian barat kerajaan. Dalam pernyataan terpisah, kementerian itu mengatakan bahwa satu orang lainnya, Abdullah al-Jahdali, juga dipenggal di provinsi barat Al-Laith, setelah ia dinyatakan bersalah karena sengaja menabrak mobil Fahd al-Jahdali dan membunuhnya.

Eksekusi dua orang ini menggenapkan jumlah orang yang dipenggal menjadi 67 orang selama satu tahun ini. Awal bulan ini, kantor hak asasi manusia PBB menyatakan keprihatinan atas tingkat eksekusi di Arab Saudi, dan menyerukan untuk segera menghentikan praktek tersebut.

Pernyataan PBB ini datang setelah kerajaan memenggal 10 orang laki-laki, delapan orang dari Bangladesh dan dua orang dari Saudi, pada hari yang sama. Pemerkosaan, pembunuhan, murtad, perampokan bersenjata, dan perdagangan narkoba semua dihukum mati berdasarkan interpretasi ketat hukum Syariah ala negara penghasil minyak yang memiliki hubungan khusus dengan Amerika Serikat ini./arrahmah

(Gambar) Sekitar Kemenangan Parti Islam Ennahda Di Tunisia

Posted: 29 Oct 2011 03:20 AM PDT

Alhamdulillah..Umat Islam Tunisia berasa puas sekarang setelah parti islam Tunisia telah memenangi pilihanraya negara itu baru-baru ini.Kita sudah ketahui bahawasanya Tunisia sebelum ini diperintah oleh seorang pemimpin korup dan sekular seperti Umno@apco.Kini rakyat Tunisia patut bersyukur kerana syiar islam akan tertegak dibumi mereka insyallah.

 Parti Islam Tunisia iaitu Parti Nahdhoh dilaporkan telah memenangi pilihanraya negara itu baru-baru ini. Alhamdulillah dengan kemenangan ini,Ia akan membuka ruang kemenangan kepada parti-parti islam diseluruh dunia setelah selama ini dipadamkan kemenangan oleh penipuan-penipuan pilihanraya yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti sekular yang memerintah negara.

Dengan kemenangan parti islam ini mungkin akan memberi kemenangan kepada parti-parti islam di negara lain seperti parti ikhwanul muslimin mesir dan Parti Islam Semalaysia yang masing-masing akan menjalani pilihanraya dalam masa terdekat ini..Insyallah..

Allahuakbar.......... 







Tu.. celup dakwat.. SPR bila lagi??



Siasahkini

Malaysia, Negara Paling Korup Di Dunia?

Posted: 29 Oct 2011 12:38 AM PDT

Bagaimana anda rasa sebagai pembayar cukai jika seseorang memberitahu anda bahawa Kementerian Pertahanan (Kementah) membayar sebanyak RM7.55 bilion untuk membeli kereta perisai yang harga sebenar hanya seperempat dari jumlah itu? Jika anda benar-benar tahu berapa nilai RM7.55 bilion (atau RM7,550 juta) itu, anda mungkin terperanjat dan sukar untuk mempercayai dan memekik: "Adakah kerajaan kita begitu teruk? Adakah mereka begitu berani?"

Jawapannya ialah ia; dan tirai drama mula dibuka di parlimen kita, tidak seperti di setengah-setengah laman web yang membuat dakwaan yang tidak berasas. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyoal Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kenapa Kementah membayar harga yang sangat mahal, sebanyak RM7.8 bilion untuk 257 buah kereta perisai.

Zahid menjawab bahawa kementeriannya tidak tahu bahawa harganya RM7.8 bilion seperti mana yang didakwa oleh Pua dan harga kontrak muktamad ialah RM7.55 bilion. Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang urusniaga yang membolehkan pembekal mendapatkan kenderaan- kenderaan tersebut dari Turki pada harga seperempat dari harga yang dibayar oleh Kementah.

Namun penafian Zahid itu akhirnya terbongkar apabila Pua mendedahkan bahawa Zahid sendiri menyaksikan majlis menandatangani perjanjian urusniaga itu di Ankara, Turki pada bulan Februari lalu. Perjanjian itu ditandatangani di antara syarikat pembekal Malaysia, Deftech dan pengeluar kenderaan pertahanan Turki FNSS, syarikat usahasama di antara BAE Systems Inc. dari United Kingdom dan Nurol Holding dari Turki.

Perjanjian ini dilaporkan dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 3 Jun 2011 di laman web BAE System Inc. melibatkan kontrak bernilai USD559 juta yang diberi kepada FNSS untuk "merekabentuk, membangun dan mengeluarkan" sebanyak 257 DEFTECH AV-8 8X8 kereta perisai beroda dan Sokongan Logistik Berintergrasi untuk Angkatan Tentera Malaysia.

Kenderaan-kenderaan tentera yang diberi nama 'DEFTECH', sebenarnya direkabentuk oleh FNSS PARS 8X8, kenderaan serbaguna, pelbagai misi, kenderaan beroda lengkap dengan peralatan senjata.

Harga melambong

Ini bermakna Kerajaan Malaysia membayar Deftech sebanyak RM7.55 bilion (RM29.4 juta untuk sebuah), yang kemudian membayar FNSS sebanyak RM1.7 bilion untuk 257 buah kereta perisai itu (RM6.6 bilion sebuah). Jika anda seorang pembayar cukai yang marah dengan 'rompakan di siang hari' melibatkan RM6 bilion dari dana awam, tunggu dulu sehingga anda mendengar harganya di pasaran, yang jauh lebih rendah dari yang ditawarkan oleh FNSS.

Pua dalam satu kenyataannya bertarikh 9 Mac 2011, dalam blognya melaporkan bahawa harga-harga berikut untuk kereta perisai yang setanding yang ditawar dan diurusniagakan dalam pasaran. 0 Pasukan tentera Portugal membayar RM4.4 juta sebuah untuk kereta perisai Pandur II 8X8 (EUR364 juta untuk 353 buah)

0 Model terbaru Pirahan III 8X8 kereta perisai beroda yang dikeluarkanoleh Swiss MOWAG GmBH bernilai RM3.9 juta (USD1.2 juta) untuk tiap-tiap sebuah. Dengan harga-harga ini sebagai rujukan, adalah wajar untuk kita mengharapkan supaya Kementah membuat tawaran tender terbuka dan mencapai keputusan muktamad.

Kita boleh mengurangkan harga tidak melebihi RM4.5 juta dari RM30 juta untuk sebuah kenderaan pada ketika ini dan mengurangkan nilai kontrak kepada RM1.15 bilion dari RM7.55 bilion. Ini bermakna kerajaan Barisan Nasional telah melambongkan harganya sebanyak enam hingga tujuh kali ganda mengikut dasar pembelian peralatan pertahanan yang sama sekali tidak bersifat telus dan bertanggungjawab.

Jumlah yang sebegitu tinggi amat memeranjatkan yang mungkin tidak pernah kita dengar walaupun dalam sebuah negara yang paling korup di dunia sekali pun.

Perbelanjaan yang menggila

Urusniaga ini adalah salah satu dari kes bagaimana Kementah membelanjakan wang berbilion ringgit untuk membeli bot peronda dan helikopter dengan harga yang begitu tinggi. Sebagai contoh, Kementah membeli enam buah kapal peronda luar pantaidari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga sebuah RM1 bilion (jumlah RM6 bilion).

Harga yang dibayar ini adalah lima kali ganda dari apa yang dibayar oleh Royal New Zealand Navy untuk pembelian OPV, diperolehi pada harga hanya RM210 juta sebuah (NZ$90 juta) dari syarikat kedua terbesar di dunia, BAE Systems.

Begitu juga dengan pembelian helikopter jenis Eurocopter EC725 pada harga RM190 juta setiap sebuah (RM2.3 bilion untuk 12 buah) manakala Brazil membeli helikopter jenis yang sama pada harga hanya RM82 juta sebuah.

Melihat kepada tiga kontrak ini sahaja – kereta perisai, kapal peronda dan helikopter – menyaksikan ketirisan sebanyak RM12 bilion ekoran transaksi Kementah ini.

Dengan wang sebanyak ini, kita boleh membina rumah kos rendah untuk 250,000 keluarga, menyediakan kemudahan perumahan kepada sejuta rakyat yang tidak mampu.

Dasar pembelian pihak pertahanan melibatkan rasuah yang begitu bermaharajalela sememangnya diketahui ramai di kalangan para pegawai dan eksekutif pertahanan antarabangsa seperti mana yang didedahkan oleh Wikileaks.

Wikileaks mendedahkan kabel dari Kedutaan Amerika Syarikat tentang rakaman perbualan di antara saudara mara dan rakan-rakan ahli-ahli politik ketika pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku perdana menteri dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai timbalannya pada sekitar tahun 2004 hingga 2009.

Di samping mendedahkan jenis rasuah secara spesifik, kabel Amerika itu juga mendedahkan bahawa rasuah menjadi sumber pendapatan utama sebagai dana politik bagi mengekalkan kuasa pihak pemerintah.

Melihat dari perspektif yang lebih besar, ketirisan akibat tiga kontrak ini merupakan sebahagian kecil sahaha dari ketirisan-ketirisan yang berlaku dalam sistem pembelian kerajaan Barisan Nasional, sebagaimana didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Laporan-laporan tahunan seperti ini, yang mendedahkan amalan rasuah dan salah guna pengurusan (hingga ada yang sukar dipercayai) sering menjadi peringatan bahawa kita terperangkap dengan sistem tadbir urus yang buruk dan akibatnya akan terus menerus mengeringkan sumber dana negara.

Tetapi jika kita menyedari bahawa Laporan Ketua Audit itu adalah sebahagian kecil dari ketirisan yang berlaku setiap tahun, kerana ianya meliputi laporan sebahagian kecil sahaja dari jumlah ratusan jabatan-jabatan kerajaan yang ada maka tentu kita amat bimbang dengan keadaan ini.

Dan adakah perubahan terhadap institusi-institusi telah dan akan berlaku di bawah pimpinan politik sekarang?/fmt

Addin :

Jikalau macam ni punya ketirisan sehingga mencecah RM12 bilion, Malaysia boleh di nobatkan negara paling korup di dunia. Negara bakal bankrap!! Rakyat wajib menukar kerajaan korup seperti Umno BN ni. Akibat tadbir urus yang membabi buta, kita semua rakyat menanggungnya dengan kenaikan segala kos sara hidup. Adakah anda semua sanggup melihat negara ini jahanam di tangan Umno BN yang korup? Sedarlah.. Umno BN memperbodohkan rakyat sehingga tahap tidak di duga.. jangan jadi mangsanya..Umno BN tak mampu buat tranformasi dalam pentadbiran, yang perlu hanyalah tranformasikan kerajaan yang sedia ada ke kerajaan baru yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti.


Libya Janji Akan Adili Pembunuh Gaddafi

Posted: 28 Oct 2011 11:38 PM PDT

Bukti Gaddafi masih hidup ketika di tangkap
BENGHAZI -  Penguasa baru Libya mengatakan, Kamis (27/10/2011), mereka akan mengusut pembunuh mantan pemimpin Libya Moammar Khadafy menyusul kecaman internasional atas kematiannya. "Berkenaan dengan Khadafy, kami tidak akan menunggu siapa pun untuk memberitahu kami," kata Abdel Hafiz Ghoga, wakil pemimpin Dewan Transisi Nasional (NTC) pada konferensi pers di Benghazi.

"Kami telah melakukan penyelidikan. Kami telah mengeluarkan kode etik dalam menangani tawanan perang. Ada beberapa pelanggaran oleh orang-orang, yang sungguh disayangkan menyebut dirinya sebagai revolusioner. Saya yakin itu aksi individual dan bukan aksi revolusioner atau tentara nasional," kata pejabat penting pemerintah sementara itu.

"Kami telah mengeluarkan pernyataan yang mengatakan bahwa suatu pelanggaran hak asasi manusia akan diselidiki oleh NTC. Siapapun yang bertanggung jawab atas hal itu (pembunuhan Khadafy) akan diadili."

Ghoga, yang berbicara dalam bahasa Arab, Khadafy dan diterjemahkan oleh seorang penerjemah pemerintah, sedang menanggapi pertanyaan khusus mengenai kematian Khadafy dan kemungkinan penganiayaan Khadafy .

Pernyataannya itu dibuat ketika NATO mempertimbangkan kemungkinan peran baru di Libya menyusul kematian Khadafy yang kontroversial. Sementara Prancis mengatakan PBB akan mengadakan pemungutan suara, Kamis, untuk mengakhiri mandat aliansi itu untuk melakukan perang udara di Libya pada 31 Oktober.

PBB dengan suara bulat, Kamis, telah mengesahkan resolusi yang mengakhiri mandat NATO itu. Kegelisahan global meningkat perihal bagaimana Khadafy menemui ajalnya di tangan tentara NTC, yang menangkapnya di luar sebuah gorong-gorong tempat ia bersembunyi menyusul serangan udara NATO.

Gambar video ponsel menunjukkan ia masih hidup pada waktu itu. Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin, Rabu, telah menyampaikan rasa muaknya kepada media global atas liputannya mengenai kematian pemimpin terguling itu.

"Hampir seluruh keluarga Khadafy tewas. Jenazahnya ditayangkan semua saluran televisi dunia. Anda tidak dapat menyaksikan tanpa rasa muak," kata Putin sebagaimana dikutip oleh kantor-kantor berita."Buat apa itu?" kata Putin. "Mereka menunjukkan seorang pria berdarah, terluka, masih hidup tapi dipukuli hingga tewas. Dan mereka menaruh itu semuanya di layar./kompas

Selamat Ber Ijtima'.. Gua Akan Ikut Enta!!

Posted: 28 Oct 2011 11:26 PM PDT

Addin mengucapkan tahniah kepada Pemuda PAS kerana berjaya mengadakan program tarbiah seperti ini kepada pemuda-pemuda PAS. Di alu-alukan jua supaya program tarbiah seperti ini akan sentiasa diadakan. Program seperti akan menguatkan lagi semangat perjuangan para pemuda dalam menegakkan Daulah Islamiah di bumi tercinta ini terutamanya menghampiri PRU 13 nanti. Addin sebagai ahli pemuda PAS sekali lagi mengucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat pemuda yang hadir di program ini. Di bawah ini disertakan tentatif program dan filem pendek 'Gua Ikut Enta' yang di terbitkan Dewan Pemuda PAS sempena Ijtima Tarbawi ini... Selamat Ber Ijtima!!



Tentatif Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS
Peringkat Kebangsaan 2011.
KUIZM Taman Melewar.

Tema : Mantapkan Tarbiyah Menangi Pilihanraya.

Hari Pertama : 28 Oktober 2011 - Jumaat
________________________

3.00 - 4.00 pm : Pendaftaran peserta
4.20 - 5.00 pm : Solat Asar dan Al Mathurat
5.15 - 5.45 pm : Taklimat program oleh Pengarah Akademi Tarbiyah
5.50 - 6.30 pm : Urus dan Hemat diri
6.35 - 7.10 pm : Tafakkur dan Munajat
7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7.35 - 8.30 pm : Kuliah Maghrib

Kuliah Maghrib:
Oleh: Al Fadhil Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Aam PAS

8.40 - 8.55 pm : Solat Isyak berjamaah
9.00 - 9.30 pm : Makan Malam

9.40 - 11.40 pm : Majlis Perasmian
Oleh:
Syeikh Ahmad Najjar [ HAMAS Palestine ]
Yb Salahudin bin Ayub
Ustaz Nasrudin Hassan
Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

12.00 am : Program ditangguhkan dan tidur

HARI KEDUA 29 OKTOBER 2011 - sabtu
____________________________

4.30 - 5.10 am : Qiamullail dan munajat
5.30 - 6.00 am : Solat Subuh berjamaah dan Al Mathurat

6.10 - 6.50 am : Kuliah Subuh:
Oleh: al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

7.00 - 8.00 am : Khidmat Diri dan Sarapan Pagi

8.30 - 9.20 am : Taujihat Amal Tarbawi 1:
Oleh: Dr. Mahdi Akif mantan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimeen

9.30 - 10.20 am : Rehat

10.30 - 11.45 am : Pembentangan Kertas Kerja 1: PAS dan Tahaluf Siyasi
Pembentang : Ustaz Dr. Khairudin Aman Razali at Takiri
Pengerusi : Ust Syed Abdul Kader

12.00 - 12.50 pm : Makan Tengahari
1.00 - 1.20 pm : Solat Zuhur berjamaah.

2.00 - 3.30 pm : Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS dalam Lanskap Politik Semasa
Ahli Panel :
Dato' Mustafa Ali
Ustaz Dato' Abu Bakar Chik
Moderator: Dr. Aminurrasyid Yatiban

4.30 - 5.10 pm : Solat Asar berjamaah dan Al Mathurat

5.15 - 6.10 pm : Bina jaringan Ukhuwwah

6.15 - 7.10 pm : Rehat dan Makan Malam

7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah

7.35 - 8.35 pm : Kuliah Khas : PAS dan Ijtihad Politik
Oleh : al Fadhil Yb. Ustaz Nasharudin bin Mat Isa
[ Ahli Majlis Syura Ulama' ]

8.40 - 9.00 : Solat Isyak berjamaah

9.30 - 11.30 pm : Ceramah Pentas Pemuda
Penceramah:
Dr. Kamal Al Helbawi
Tuan Haji Muhammad bin Sabu - Timbalan Presiden PAS Pusat
Mahfuz Umar - Naib Presiden PAS
Ustazah Siti Zailah - Ketua Muslimat PAS Malaysia
Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda DPPM) - Alu-aluan
Ustaz Riduan Mohamad Nor (ketua Penerangan DPPM) - Pengerusi

12.00am : Program ditangguhkan

HARI KETIGA 30 OKTOBER 2011 - ahad
_____________________________

4.30 - 5.40 am : Qiamullail dan munajat

5.50 - 6.30 am : Solat Subuh berjamaah dan al Mathurat

6.35 - 7.20 am : Kuliah Subuh:
Oleh : Ustaz Idris Ahmad [Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat]

7.30 - 8.30 am : Khidmat Diri dan Sarapan pagi

9.00 - 10.00 am : Wacana Khas Pemuda :
Pemuda PAS Memimpin Kebangkitan Anak Muda
bersama : Ust Nasrudin Tantawi, Ust Nik Mohd Abduh dan Dr. Raja Iskandar al Hiss

10. 05 - 11.00 am : Rehat

11.05 am - 12.35 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 1
oleh YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

12.40 - 1.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjamaah

1.40 - 3.30 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 2
oleh Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

3.40 - 4.40 pm : Perasmian Penutup:
oleh Ustaz Nasrudin Tantawi , Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz & Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss dan Sany Hamzan [Pengarah JPP DPPM ]

4.45 pm . Solat Asar berjamaah, Al Mathurat , Doa Wehdah dan Bersurai








Gambar-Gambar Yang Mengaibkan Najib!!

Posted: 28 Oct 2011 09:20 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Perth Rabu lepas bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM) dan mesyuarat berkaitan. Delegasi dari 54 negara Komanwel menghadiri persidangan 3-hari di Pusat Konvensyen Perth pada Okt 28 dan kesempatan tersebut diambil oleh, Rangkaian Tindakan CHOGM (CAN), untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa terhadap situasi politik di Malaysia. CAN dianggotai oleh serangkaian besar gerakan sosial termasuklah Bersih.

Najib yang mengetuai delegasi Malaysia ke CHOGM yang disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Mustapa Mohamed serta pegawai kementerian berkenaan telah diberikan sambutan hangat oleh rakyat Malaysia yang berada di Australia yang berpakaian kuning berhampiran pusat konvensyen berkenaan.

"CHOGM adalah satu persidangan antarabangsa dan ini merupakan masa terbaik untuk memberitahu dunia apa yang sebenarnya yang berlaku Malaysia," kata Chom Lee told FMT, jurucakap CAN. "Masyarakat luarnegara telah terpedaya dengan penipuan kerajaan dan ramai beranggapan Malaysia mengamalkan demokrasi yang sebenarnya, sedangkan kikatnya adalah disebaliknya."

Beliau berkata CAN berharap agar ketua-ketua Komawel menyoal Najib mengenai tuntutan Bersih 2.0 mengenai 8 perkara dan juga mengenai rasuah dan isu pengasingan kuasa di Malaysia. Beliau memberikan beberapa contoh penyalahgunaan kuasa dan rasuah termasuk kematian mereka yang disoalsiasat SPRM dan polis, pembelian kapalselam Scorpene dan kekayaan luarbiasa Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud.

Lee, yang kini menetap di Perth sejak 10 tahun lalu, menyatakan keluarganya menghantar beliau keluar dari Malaysia kerana mendakwa beliau menjadi mangsa kepada sistem yang korup. "Saya kini telah bekerja sepenuh masa di sini disamping memperjuangkan hak generasi yang akan datang kembali ke tanahair," Lebih seribu orang beratur dan membuat demonstrasi aman dengan mendapat kerjasama baik dari polis Australia.










BlogList Malaysia
  

Tiada ulasan: