shalehudin |
- Gaddafi pada pandangan Dr Asri
- Betoi la tu kalau Muhyiddin menggelabah biawak pun...
- 'Abang Umno' pun dah pokai... haha...
- Ustazah cukuq bulu kening...
- Hukum curi cincin 24 juta...
- Pusing kot mana pun, Mahathir gak puncanya... haha...
- Sah, Najib takut demam... haha...
- Khasiat kopi
Gaddafi pada pandangan Dr Asri Posted: 28 Oct 2011 08:50 AM PDT 'Harapan' dan kebangkitan Arab Muammar Gaddafi telah dibunuh dengan cara yang dahsyat dan tidak disangka. Seorang yang sebelum ini digeruni dan ditakuti, telah diheret dan dihina bagaikan binatang yang hendak disembelih. Bahkan lebih buruk daripada itu. Siapa sangka? Seorang manusia yang sebelum ini tiada siapa dapat membantahnya dibunuh demikian rupa. Gaddafi bukan tiada langsung jasa. Banyak juga pihak yang ditolongnya. Namun, kekejamannya melebihi jasanya. Saya masih terkenang ramai kawan-kawan dari Libya yang amat ketakutan terhadap regim Gaddafi sekalipun berada di luar Libya. Mereka kelihatan risau jika kita bertanya atau mengkritik Presiden mereka. Apa tidak, banyak siri pembunuhan rakyat Libya yang berada di luar negara yang dituduh membangkang kerajaan. Sejak memerintah dari tahun 1969, ribuan rakyat telah dibunuh atas tuduhan "tidak setia". Pada tahun 1973, Gaddafi mengistiharkan hukuman mati kepada sesiapa yang menubuhkan parti politik. Sejak itu ramai tokoh-tokoh pemikir Libya yang dibunuh dalam dan luar negaranya. Ramai yang diseksa sehingga mati, termasuk aktivis-aktivis pelajar. Pada tahun 1983, Gaddafi menggantung mati pelajar di hadapan khalayak ramai dalam College of Engineering, Tripoli. Dalam 1984, Gaddafi menggantung mati pelajar Sadiq Shwehdi dalam bulan Ramadan dan keluarga dipaksa menonton hukuman itu. Demikian Mustafa al-Nuwairy dihukum mati di hadapan pelajar dan pensyarah di Benghazi University. Hafed al-Madani menerima nasib yang sama di hadapan pensyarah dan rakan di College of Agriculture, Tripoli. Demikian juga nasib pelajar di College of Pharmacy, Tripoli. Begitu ramai aktivis pelajar dan pemikir yang dihukum mati di khalayak ramai. Keluarga dan taulan dipaksa menonton kekejaman itu. Bahkan ada yang disiarkan melalui siaran TV Libya, kononnya sebagai pengajaran kepada rakyat yang tidak setia. Kesemuanya atas "jenayah" dituduh tidak setia kepada Muammar Gaddafi. Puluhan ribu nyawa rakyatnya yang dibunuh dan diseksa sepanjang lebih 42 tahun menjadi rejim negaranya. Hilang tanpa berita, sudah menjadi perkara biasa bagi rakyat Libya. Dibunuh, dirogol dan pelbagai lagi hanya kerana bercakap tentang hak bersuara. Anak-anaknya begitu bermaharaja lela dengan hasil minyak Libya, dan kejam dengan kuasa yang ada. Mana kemuliaan Mungkin kita juga tidak suka cara rakyatnya membunuh beliau. Mereka pun barangkali sudah terikut-ikut dengan perangai bekas pemimpin mereka itu, lalu mereka menyeksa dan membunuhnya serta disebarkan untuk menjadi tontonan ramai. Alangkah baik, jika dia ditangkap dan diserahkan kepada pengadilan, kemudian dihukum. Dalam usaha mereka hendak menegakkan negara yang adil, mereka sepatutnya melakar sikap baru yang berperaturan dan meninggal budaya lama yang merosakkan. Namun, Gaddafi mengingatkan kita bahawa Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Allah memuliakan siapa yang Dia kehendaki dan menghina siapa yang Dia kehendaki. Pada tanganNya kerajaan dan kekuasaan hakiki. Pernahkah Gaddafi, bahkan rakyat Libya sendiri bayangkan pada suatu hari pemimpin mereka yang begitu berkuasa dan megah akan dibunuh demikian rupa. Bukan di istananya, tetapi dalam lubang kotoran yang terpencil dalam negaranya yang porak peranda atas kekejamannya. Dia memanggil rakyatnya "tikus" yang cuba menentangnya, akhirnya dialah yang bersembunyi dalam lubang tikus sebelum dibunuh oleh rakyatnya. Perasaan saya bercampur baur apabila membaca akhbar-akhbar di UK mengenai pembunuhan Gaddafi. Mereka bagaikan meraikan kematian Gaddafi, bahkan meraikan cara dia dibunuh. Sentiment Lockerbie mungkin menguasai mereka. Akhbar-akhbar menggelar Gaddafi sebagai "dead dog", "mad dog", "the rat" dan pelbagai lagi. Satu perasaan aneh menjelma apabila melihat seorang wartawan akhbar The Sun UK, yang berada di tepi mayat Gaddafi dengan penuh bangganya. Alangkah hinanya dunia Islam ini. Kita menjadi bahan sendaan orang lain. Di manakah ayat Allah (maksudnya): "Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat wasata (adil dan contoh), supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang kebenaran) dan Rasul itu (Muhammad) pula akan menjadi saksi ke atas kamu". (Surah al-Baqarah: 143). Apakah keindahan politik di dunia umat Islam yang dapat dicontohi oleh orang lain?! Di manakah kita sebagai saksi kebenaran?! Gaddafi ketika membunuh rakyatnya menggunakan nama Islam sebagai tiket yang menghalalkan tindakannya. Anaknya pun bernama Saif al-Islam (Pedang Islam). Mereka yang membunuhnya juga menggunakan nama Islam. Laungan takbir "Allahu Akbar" dilaporkan oleh media Barat dan Timur mengiringi pembunuhan ke atas Gaddafi. Di manakah Islam yang sebenar? Orang Barat mungkin bertambah keliru. Tuduhan Islam agama darah bertambah kukuh dalam benak mereka yang gagal memahami hakikat agama ini. Benaissa Dalam dua minggu di sini, saya bersahabat baik dengan seorang yang berpengalaman. Mohammed Benaissa. Beliau bekas menteri luar, Morocco (1999-2007). Pernah berkhidmat dengan PBB selama 11 tahun. Mendapat pelbagai anugerah antarabangsa, termasuk Aga Khan Award pada tahun 1989. Beliau turut menjadi fellow di OCIS, Oxford. Saya simpulkan beliau memang seorang yang "terbuka" atau liberal. Saya ramai kenalan Arab, tetapi ramai yang stereotype saja. Beliau agak lain. Mungkin pengalamannya yang panjang menjadikan beliau mempunyai kesimpulan-kesimpulan yang menarik. Beliau ke sini untuk membahaskan tentang "Arab Spring" ataupun kebangkitan Arab yang sedang berlaku. Sudah ada beberapa pembentang yang lain. Hari pertama saya jumpa beliau ketika sessi minum kopi di OCIS. Dalam diskusi tidak formal itu, beliau menegaskan kepada fellow yang lain tentang kepentingan memisahkan agama daripada politik. Baginya, agama telah mengelirukan keadaan politik. Sering dijadikan alat untuk menghalalkan pelbagai kehendak dan kerakusan. Ya, kerangka fikir ini, biasanya akan dicop oleh sesetengah sebagai sekularisma. Namun, saya cuba memahaminya dengan lebih mendalam. Saya anggap itu sebagai keluhan kecewa seorang insan arab yang gagal melihat peranan hakiki agama dalam penegakan keadilan dan kemajuan umat dalam politik. Entah bagaimana, beliau kemudian, begitu baik dengan saya. Setiap kali waktu minum dan makan, beliau akan menelefon saya. Saya ambil peluang itu untuk berdiskusi dengan beliau. Banyak manfaat dari pengalamannya yang saya kutip. Beliau sekali menyatakan kepada saya bahawa ulama telah banyak mengelirukan rakyat Arab. Pelbagai fatwa untuk pelbagai kepentingan dikeluarkan. Rakyat Arab dikhayalkan dengan pelbagai pandangan jumud agama yang gagal membawa mereka ke hadapan. Di kala rakyat susah dan miskin, golongan agama ada yang sibuk mengajak supaya orang Islam kembali memakai pakaian zaman Nabi s.a.w, meyingsing singkat kain dan menutup wajah. Kemiskinan dan kelaparan dihalalkan dengan nas-nas yang mengkhayalkan. Beliau seakan bersetuju dengan Karl Marx: "Religion is the sigh of oppressed creature...it is the opium of the people". Saya kata kepada beliau: "Itu agama palsu, atau yang disalahgunakan oleh golongan yang berkepentingan. Adapun Islam yang sebenar, yang diturunkan oleh Allah sebagai petunjuk untuk manusia, ia merentasi batasan kepentingan individu dan parti politik tertentu. Malangnya, Islam seperti itu jarang dizahirkan kerana manusia ramai yang berkepentingan". Beliau jawab: "Ya, itu maksud saya". Dalam tempoh dua minggu bersahabat dengannya, ada perkara saya setuju dan ada yang saya kurang setuju. Namun saya hormati hak beliau dalam memberikan pandangan. Rabu baru ini beliau membentangkan kertasnya dalam seminar yang berkaitan dengan Arab Spring. Tajuk beliau "The Economic and Political Causes of Change". Ada beberapa perkara yang saya suka petik dari pembentangan itu. Antaranya beliau menyatakan bahawa Arab sedang menuju ke arah perubahan, namun memerlukan masa. Demokrasi dan kedamaian yang dinikmati oleh Eropah tidak datang dalam satu malam, sebaliknya setelah 200 tahun berperang antara satu sama lain, terhasillah keadaan sekarang. Arab juga barangkali memerlukan keadaan yang sama untuk menghasilkan kesimpulan yang terbaik. Beliau menyentuh tentang kepentingan "hope" atau harapan dalam jiwa rakyat tentang politik. Apabila hilangnya harapan atau impian rakyat maka segalanya mungkin berlaku. Perkara penting bagi sesebuah pemerintahan adalah menempatkan harapan dalam jiwa rakyat. Harapan Saya ingin mengembangkan nota ini. Ya, insan hidup dengan harapan atau cita-cita. Kecil atau besar tidak penting. Selagi ada harapan, insan akan cuba bangun dan meneruskan hidup. Jika putus asa mengambil tempat harapan, maka pelbagai perkara buruk akan dilakukan. Putus asa boleh membawa insan membunuh diri dan mengganas. Sanggup memusnahkan apa sahaja kerana segalanya sudah tidak bernilai lagi. Justeru, akidah Islam melarang putus asa terhadap Tuhan. Pintu harapan terhadap Tuhan sentiasa dibuka. Firman Allah (maksudnya): "Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Az-Zumar:53). Dalam politik, sesebuah kerajaan yang gagal memberikan harapan dan menimbulkan putus asa dalam jiwa rakyat — seperti di beberapa negara Arab sekarang- akan menyebabkan rakyatnya bangkit mengorbankan apa saja. Apabila harapan sudah tiada, kekecewaan menyelubungi hidup maka manusia akan bertindak dengan cara yang tidak dijangka. Mati dan hidup sudah tiada bezanya. Tiada siapa hendak mengadu, maka tindakan atas apa saja harga akan dilakukan. Inilah yang berlaku dalam Dunia Arab hari ini. Kembalinya sebahagian rakyat kepada agama dalam tempoh kekecewaan politik juga hendaklah dinilai dengen teliti; apakah kerana mereka benar-benar memahami ajaran agama, atau kerana mereka sudah hilang harapan melainkan mengadu kepada Tuhan. Apabila mereka kembali mempunyai harapan, jika mereka kekal atas agama, itu pengembalian yang tulen. Jika tidak, itu sebaliknya. Dalam negara kita, bagi saya mana-mana parti politik yang paling boleh memberikan harapan impian dalam kerangka hari ini, akan mendapat tempat dalam jiwa rakyat terutama golongan muda yang mempunyai banyak harapan dan cita. * Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah ahli akademik dan bekas Mufti Perlis. |
Betoi la tu kalau Muhyiddin menggelabah biawak pun... Posted: 28 Oct 2011 02:30 AM PDT Muhyiddin dalam kebimbangan. - Tak boleh salahkan beliau. Tan Sri Muhyiddin berkata beliau bimbang dengan berbalahan yang berlaku dalam komponen BN yang berlaku pada hari ini. Apa yang dimaksudkan oleh Timbalan Pengerusi BN itu ialah masalah 'intra-party' dalam komponen itu nampak serius sedangkan pilihanraya sudah hampir tiba. Tan Lian Ho Ketua Wanita Gerakkan telah meminta supaya Koh Tsu Koon untuk memperbaiki kepimpinannya dan jika Koh tidak berkemampuan Tan Lian Ho supaya menarik diri dari kepimpinan Gerakkan. MCA pula menghadapi masalah kerana ramai dari penyokong MCA itu adalah penyokong kepada Ong Tee Kiat dan beliau telah menyatakan secara terbuka bahawa CSL merupakan seorang calun yang tidak 'winnable'. Semuanya ini merupakan barah-barah yang ada di alam parti-parti komponen BN dan keadaan ini jika tidak dikawal, Muhyiddin beranggapan isu ini akan menjejaskan prestasi BN dalam PRU nanti. Masalah ini bukan sahaja berlaku di dalam 6 komponen parti-parti BN terbesar di Semenanjung ini tetapi merupakan satu isu besar di dalam parti-parti dalam BN keseluruhannya. UMNO memang menghadapi masalah ini dimana-mana. Kepimpinan UMNO di bahagian-bahagian kebanyakannya menghadapi masalah calun kerana kepimpinan bahagian-bahagian dalam UMNO itu tidak semestinya diterima oleh masyarakat ramai untuk mewakili mereka di dalam dewan-dewan legislatif di negeri-negeri masing-masing tetapi juga di dalam dewan Parlimen. Itulah sebabnya Najib berkata UMNO akan turunkan hanya calun boleh menang dan tidak semestinya dari kalangan kepimpinan bahagian. Tetapi jika calun yang di anggap boleh menang bukan di kalangan pemimpin bahagian yang dipilih oleh bahagian maka calun yang di anggap boleh menang itu tidak akan menang kerana jentera parti dalam pilihanraya itu datangnya dari bahagian. Di mana-mana kita pergi kita akan mendengar rungutan dalam isu calun ini. Ada yang menyatakan kepada saya yang mereka tidak tahan lagi dengan berbagai-bagai kenyataan kepimpinan yang mengguris hati mereka di peringkat bahagian. "Habis kita nak jadi apa bang?" seorang yang berjawatan besar bahagian dari Perak mengadu kepada saya. "Kalau gitu biarlah pembangkang sahaja yang mentadbir Perak kerana pentadbiran pimpin BN Perak hari ini pun bukannya 'legitimate' pun" sambungnya lagi. Saya hanya menjawab, "Nasib you all lah! Masalah ini sudah lama. Tetapi baru sekarang nampak jelas. UMNO sudah terabai sejak 30 tahun lalu lagi. Sekarang sudah payah nak betulkan" "Kat NS macam mana abang nampak?" tanyanya lagi. Saya jawab, "tak tau. Abang tak tau. Yang abang tahu the war-lords are fighting each other. Sudah jadi kanser, the cells are killing each other. All good cells are destroyed. I think they need chemotherapy. Lain-lain abang tak tau". Keadaan ini kita dengar di mana-mana, dari utara ke selatan, dari timur ke barat. Itu masalah 'intra-party', belum lagi di pandang dari sudut 'inter-party'. Masalah yang paling besar ialah perhubungan di antara parti-parti dalam BN itu tidak sebaik dahulu. Ahli-ahli UMNO masih terluka dengan kenyataan MCA dan Gerakkan yang menyalahkan UMNO kerana kekalahan banyak kerusi dalam pilihanraya yang lalu sehingga tidak dapat mengekalkan majoriti dua par tiga kerusi di dewan parlimen serta di beberapa buah negeri yang di menangi oleh BN. Selain dari itu lima negeri telah jatuh ketangan PR dan hampir kesemua kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan telah jatuh ke tangan pembangkang. Rakyat sudah biasa dan tidak lagi kekok untuk menyokong pembangkang kerana pembangkang telah terbukti sentiasa berkembang pengaruh mereka di mana-mana. Rakyat sedar mereka selama ini telah diperdaya oleh BN melalui media masa perdana dan sekarang ini jika media memainkan isu panas terhadap pembangkang rakyat tidak lagi mahu menerima apa yang di siarkan oleh media perdana itu bulat-bulat. Mereka tahu itu adalah semata-mata propaganda politik untuk parti-parti yang memerintah. Perbalahan 'intra-party' dan 'inter-party' dalam BN ini, jika dibuat kajian sedalam-dalamnya, ia tidak dapat di sembuhkan lagi. Bagi setengah pihak hanya setelah BN berada di luar kerajaan sahaja penyakit yang dihadapi mereka akan sembuh. Ini akan berlaku kerana yang akan tinggal bersama UMNO dan BN itu sahaja yang akan berkeupayaan untuk memperbaiki penyakit yang di hadapi oleh UMNO/BN itu. Buat masa ini 'krisis keyakinan' terhadap UMNO dan BN itu merupakan persepsi yang begitu 'conclusive' oleh rakyat yang bakal memilih pada PRU yang akan datang. Pemimpin-pemimpin tidak mungkin mampu memperbaiki keadaan ini. Hanya rakyat sahaja yang bakal memberikan penyelesaianya nanti. Apa yang dibimbangi oleh Muhyiddin itu memang satu hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. |
'Abang Umno' pun dah pokai... haha... Posted: 28 Oct 2011 01:00 AM PDT Apabila kantung rakyat jagaan 'Abang Umno' kian pokai Oleh SHIRZAD LIFEBOAT Suatu ketika dulu, ada ungkapan popular berbunyi, "Ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang." Maka besar kebarangkalian berdasarkan ungkapan klasik ini, Abang Umno-BN mengumumkan dua tiga jenis 'pemberian-sekali sahaja' atau dalam bahasa Perdana Menteri/Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Tun Razak, oneoff payment kepada adik-adik sekalian agar Abang Umno-BN tak melayang dalam pilihan raya umum akan datang. Politik kuasa ini kadang-kadang ibarat orang bercinta. Sebab itu mereka yang telah dan sedang menerima pelbagai ganjaran daripada Umno-BN dalam bentuk kontrak, komisyen, lesen, konsesi dan seumpama dengannya terus mencintai Abang Umno-BN. Kalau boleh tak mahu berpisah sampailah ketikanya untuk dimasukkan ke dalam liang lahad. Bagi rakyat biasa penyokong dan pengundi parti tersebut, sayangnya mereka terhadap Abang Umno-BN kerana kepandaian si abang bermain 'tanam tebu di bibir'. Namun mereka tidaklah mencinta si abang bagaimana segelintir kecil yang menerima pelbagai hadiah dan habuan. Tapi hari ini tanda abang sayang akan melayang sudah semakin jelas. Dengan hutang negara yang dalam liga menghampiri setengah trilion dan begitu juga hutang isi rumah yang sudah melepasi angka 500 bilion ringgit, Abang Umno-BN sudah mula pening kepala. Tapi ibarat lelaki yang suka memperdaya wanita, Abang Umno- BN terus membuat seribu jenis janji, terus mengayat rakyat dan terus memutar-belitkan isu itu dan ini yang membabitkan ekonomi. Walaupun pertumbuhan ekonomi negara menunjukkan kadar hanya empat peratus berbanding lebih daripada lima peratus sebagaimana yang diramalkan oleh maha guru ekonomi, Abang Umno-BN masih lagi menjaja kononnya ekonomi negara adalah baik, kukuh dan abang cukup pandai mengurus kewangan negara. Cakaplah apa pun dan pusinglah ikut mana sekalipun, namun tembelang Abang Umno- BN sudah tidak dapat ditutup lagi. Ibarat orang yang melepaskan angin, bau pekongnya semerbak menusuk ke seluruh negara. Dulu kebanyakan rakyat tak pandai sangat, tak ramai yang berpendidikan tinggi dan tak ada Internet. Bahan rujukan utama balik-balik adalah akhbar seperti Utusan Malaysia dan sumber berita muktahir semata-mata 'TV Tiga Untuk Anda'. Maka mudah sahaja mereka kelentongkan oleh para pemimpin berkuasa yang tidak bertanggungjawab dan lebih mementingkan kedudukan politik daripada kedudukan rakyat. Tapi hari ini semuanya sudah berubah. Kalau Abang Umno-BN mendabik dada kononnya pandai sangat menguruskan ekonomi negara dan mengaku tanpa segan silu betapa ikhlas dan jujur mereka, rakyat sana sini sudah mula bertanya, 'betulkah' apa yang dikatakan itu. Dan persoalan yang berlegar di ruangan minda, cukup mudah. Kenapa kedudukan tunai mereka kian hari kian parah walaupun ada di antara mereka yang telah menerima kenaikan gaji dan sebagainya. Kebanyakannya menuding jari kepada faktor harga barangan keperluan utama yang naik pada kadar cukup fenomenal serta semakin kedekutnya kerajaan terhadap pemberian subsidi. Kedudukan inilah yang telah mengakibatkan rakyat Malaysia mencatatkan jumlah hutang isi rumah (kad kredit, pinjaman peribadi, ansuran pembayaran rumah, kereta, motosikal, TV, peti sejuk dan pelbagai lagi) ketiga tertinggi di dunia. Menurut CIMBResearch, hutang isi rumah atau house hold debt meningkat begitu cepat pada kadar 11.1 peratus setahun dari 2004- 2009, dan daripada RM516.6 bilion pada akhir tahun 2009 kepada RM560 bilion pada akhir Ogos 2010. Dan nisbah hutang tersebut kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) melonjak daripada 66.7 peratus kepada 76 peratus pada tahun 2009. Itu cerita beberapa tahun lalu, cerita sekadar menggambarkan betapa 'terror'nya Abang Umno-BN menguruskan ekonomi negara. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2010 pula menunjukkan pada akhir tahun fiskal berkenaan, hutang isi rumah sudah menjadi RM581 bilion atau 76 peratus daripada KDNK. Dalam bahasa harian ini bermakna rakyat Malaysia terpaksa menggunakan separuh daripada pendapatan mereka untuk membayar hutang. Justeru sebab itulah semakin ramai yang mengeluh, "kerja macam nak mati pun dapat gaji semuanya habis bayar hutang." Setakat ini, kecuali gimik transformasi, tidak jelas apakah langkah konkrit kerajaan Abang Umno-BN untuk mengatasi masalah ini. Apa yang jelas, Abang Umno-BN terus mengambil sikap 'relaks' – ekonomi kita ok, rakyat kita hidup makmur, krisis kewangan Eropah tidak akan menjejaskan kita dan dan blah blah. Mungkin inilah yang mendorong BNM negara, dalam laporan berkenaan mendakwa bahawa paras hutang isi rumah itu masih lagi boleh ditangani kerana paras penabungan tinggi rakyat, peluang pekerjaan yang cukup baik dan pertumbuhan pendapatan. Tak tahulah berapa banyakkah pertumbuhan pendapatan rakyat dalam sebutan sebenar. Tapi di sebalik jaminan jangan susah hati kerana krisis kewangan di tempat lain tidak akan, jangan kata turut menjejaskan kita malah tempias pun kita tak kena, krisis kewangan terbaru Eropah sudah mula memberi kesan kepada nilai tukaran ringgit berbanding dolar Amerika, Yen Jepun dan sebagainya. Ketika kolum ini ditulis satu dolar Amerika adalah bersamaan RM3.13. Maknanya kalau dulu anda hanya memerlukan, barangkali RM2.93 untuk membeli satu dolar Amerika, kini anda harus membayar RM3.13 untuk nilai sama mata wang dolar. Bayangkanlah sekiranya ada yang perlu membayar AS$100 juta dan sebagainya untuk melunaskan hutang dan sebagainya. Atas sebab yang sama, kuasa dan nilai muka ringgit di negara sendiri juga terus menguncup mengakibatkan penderitaan rakyat dari segi ekonomi ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. |
Posted: 27 Oct 2011 11:00 PM PDT |
Posted: 27 Oct 2011 09:00 PM PDT HUDUD : Curi CINCIN 24 JUTA kena POTONG TANGAN Oleh Sofi Wahab Ramai orang termasuk orang Islam jahil tentang hukum hudud. Sehingga ada yang memandang hudud sebagai satu hukum yang zalim dan ganas. Ada orang Islam yang jahil menyatakan bahawa kalau hudud dilaksanakan maka ramai orang Islam akan kudung tangan dan sesiapa yang ingin makan sup tangan boleh pergi ke Kelantan. Ada juga yang berani menyatakan hukum hudud tidak sesuai dijalankan di negara kita. Tanpa mereka sedar pandangan dan kenyataan mereka itu adalah serius dan boleh menjejaskan akidah mereka sendiri. Semuanya dilakukan kerana memang jahil atau mereka mempunyai niat jahat terhadap hudud. Kita tidak hairan kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin atau orang bukan Islam tetapi malangnya ia keluar dari mulut umat Islam malah pemimpin umat Islam sendiri. Sebagaimana yang kita tahu bukan mudah untuk sesuatu hukum Islam itu dijatuhkan. Contoh bukan mudah untuk dijatuhkan hukuman potong tangan atas kesalahan mencuri. Seperti kata Ulama Islam tersohor, bahawa terdapat 20 syarat yang perlu dipenuhi jika hukuman potong tangan hendak dilaksanakan kepada si pesalah. Contohnya seperti kata Ustaz Nik Amar, kalau curi maggi (mee segera) sudah tentu ia tidak akan dipotong tangan. Tetapi jika curi cincin berharga RM24 juta maka ia layak dijatuhkan hukuman potong tangan. "Kalau si pencuri itu mencuri tetapi beliau ada anak 12 orang dan gajinya RM150 sebulan, orang ini tidak akan dipotong tangan, tetapi kalau gaji RM5000. RM6000 maka ia layak dijatuhkan hukuman setelah sabit kesalahan" ujar Nik Amar dalam debat mengenai hudud anjuran Sinar Harian 2 hari lepas. "Hudud ini sebenarnya tidak perlu ditakuti kerana hanya orang jahat sahaja yang takut kepada hudud, orang baik tidak takut" tambah Nik Amar. Turut menjadi ahli panel pada program tersebut ialah Pensyarah Universiti Pertahanan Nasioanl, Dr Ridhuan Tee Abdullah dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Ralit. Program tersebut dipengerusikan oleh Dr Maszlee Malik. |
Pusing kot mana pun, Mahathir gak puncanya... haha... Posted: 27 Oct 2011 07:00 PM PDT 'Dr M punca Kabinet campur tangan dalam laporan audit' Kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara adalah kerana kelemahan institusi yang disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi perdana menteri, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari. Pakar undang-undang UIA itu berkata Mahathir telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dengan melucutkan raja-raja daripada kekebalan mereka dan menyediakan peruntukan bagi kerajaan untuk "memberi arahan" kepada Yang di-Pertuan Agong. Ini dilakukan dengan cara memasukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa Seri Paduka perlu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri. "Pada dasarnya ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh pentadbiran Mahathir, yang mahu monarki disenyapkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini. Menurut beliau, pada masa yang sama, negara mempunyai seorang eksekutif yang tidak memperdulikan kuasa badan yang lain dan monarki yang tidak pasti peranannya. Kenyataan Abdul Aziz itu dibuat bagi mengulas kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang tertangguh dua minggu. Laporan itu biasanya dibentangkan pada hari yang sama dengan pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bajet 2012 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu. Kelewatan itu dikatakan kerana jemaah menteri mahu meneliti laporan berkenaan sebelum ia dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana kebimbangan bahawa laporan audit tersebut akan mencuri tumpuan berbanding Bajet 2012. Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mengemukakan laporan kepada jemaah kabinet sebelum diperkenan oleh Seri Paduka adalah amalan yang diguna-pakai sejak 1982, iaitu sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kata beliau, ia bertujuan untuk membolehkan kabinet membiasakan diri dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu dan menjelaskannya di Dewan Rakyat.- M'kini |
Sah, Najib takut demam... haha... Posted: 27 Oct 2011 05:00 PM PDT Debat: Mengapa Najib enggan sahut cabaran Anwar Harakahdaily KUALA LUMPUR 27 Okt: Keengganan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin kerana bimbang rakyat akan mengetahui belanjawan Pakatan Rakyat jauh lebih baik. KeadilanDaily melaporkan, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin (gambar) berkata, seperti mana dalam perdebatan harga minyak antara Anwar dan bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, rakyat akhirnya mengetahui fakta sebenar. "Selepas perdebatan Anwar-Shabery, akhirnya rakyat mengetahui bahawa harga minyak di Malaysia memang boleh diturunkan sekaligus membidas dakwaan Umno BN kononnya jika harga diturunkan negara ini akan bankrap. "Begitu juga jika Najib berdebat dengan Anwar, beliau mungkin 'demam' selepas itu," katanya dihubungi Keadilandaily.com. Shamsul memberi contoh bagaimana Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 misalnya membuktikan betapa teruknya pentadbiran Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan. Mengulas lanjut, Shamsul berkata pelbagai Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) sepakat dan bersetuju agar perdebatan antara Najib dan Anwar harus diadakan segera supaya rakyat boleh membuat pertimbangan. Katanya, beberapa NGO yang terdiri dari pelbagai latar belakang seperti mahasiswa, pertubuhan Islam dan gerakan anak muda akan terus membuat desakan tersebut. "Mesyuarat antara NGO itu juga bersetuju untuk menghantar memorandum khas secara terus kepada pejabat Datuk Najib dalam masa terdekat. "Memorandum itu juga adalah susulan surat jemputan yang sudah pun diserahkan Akademi Pak Sako sebelum ini," katanya dihubungi Keadilandaily.com. Pada 17 Oktober lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012 ekoran kritikan Najib terhadap Belanjawan Pakatan Rakyat kononnya tidak memahami kehendak rakyat. Anwar berkata, debat itu harus diadakan segera dan secara terbuka kerana perbahasan belanjawan di Parlimen tidak mendapat liputan meluas. |
Posted: 27 Oct 2011 03:30 PM PDT Kopi kurangkan risiko kanser kulit WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Meminum kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya dalam kalangan wanita. Kajian mengenainya yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama AS di bandar raya Boston kelmarin menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko mereka menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus. Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus. "Ekoran hampir sejuta kes baharu BCC dicatat di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian tersebut, Fengju Song. Beberapa kajian sebelum ini juga membuktikan mereka yang kerap minum kopi kurang dijangkiti kanser payu dara, prostat, kolon dan uterus. - AFP |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan