Jumaat, 28 Oktober 2011

Addin

Addin


Selepas Gaddafi , Kini Timbul Masalah Dinasti

Posted: 28 Oct 2011 06:00 PM PDT

Meski mantan penguasa Libya, Moammar Khadafy telah tewas hari Kamis (20/10), yang menandakan berakhirnya era Khadafy di Libya, masa depan negeri itu masih penuh spekulasi. Di antaranya yang dipertanyakan adalah peluang bagi sisa anggota keluarga Dinasti Senussi yang masih hidup saat ini untuk berkuasa kembali di Libya. Dinasti Senussi adalah penguasa Libya sebelum ditumbangkan Kolonel Moammar Khadafy pada 1 September 1969. Di antara anggota keluarga Dinasti Senussi yang masih hidup adalah Pangeran Idris bin Abdullah al-Senussi yang lahir pada 18 Januari 1957. 

Pangeran Idris yang selama ini menekuni bisnis tiba-tiba aktif melakukan wawancara dan berbicara politik dengan media Barat ataupun Arab menyusul revolusi Libya pada 17 Februari lalu. Ia selalu menegaskan siap kapan saja kembali ke Libya.

Pangeran Idris sering memperkenalkan diri sebagai tokoh oposisi Libya di pengasingan sekaligus pemimpin gerakan Sanusiyah. Ia lebih banyak tinggal di Inggris, Spanyol, dan Italia. Ia mulai mengklaim sebagai pemegang sah takhta Libya pada tahun 1989.

Pangeran Idris kini mendapat saingan dari saudara sepupunya, Mohammed al-Senussi (49), yang juga mengklaim berhak atas takhta Libya.

Idris al-Senussi yang lahir di Benghazi adalah putra ketiga dari pasangan Pangeran Sayyid Abdalla Abed al-Senussi (1919-1988) dan istri keduanya, Ghalia binti Nur Saleh. Ia berusia 12 tahun dan menempuh pendidikan sekolah dasar di Inggris ketika terjadi kudeta pada 1 September 1969. Saat itu ia diberi tahu tentang berita berakhirnya Dinasti Sanusiyah di Libya. Idris al-Senussi kemudian melanjutkan ke sekolah tinggi Brummana di Lebanon.

Idris al-Senussi menikah dua kali. Pernikahan pertama dengan Cindy Heles dan berakhir dengan perceraian pada tahun 1986 dengan memiliki seorang putri, Sayyida Alia binti Sayyid Idris al-Senussi.

Setelah itu, dia menikahi wanita aristokrat Spanyol, Ana Maria Quinones de Leon, 23 Maret 1987, dan dikaruniai putra bernama Sayyid Khalid bin Sayyid Idris al-Senussi.

Dinobatkan

Saat ayahnya, Abdalla Abed al-Senussi pada tahun 1988 wafat, keluarga besar Senussi menobatkan Pangeran Idris sebagai wakil keluarga melanjutkan perjuangan melawan kekuasaan Khadafy. Keluarga Senussi selama ini mengklaim bahwa gerakan Sanusiyah dianut dan menjadi payung sebagian besar suku-suku di Libya. Gerakan tersebut mengklaim akan memperjuangkan pembentukan pemerintahan yang dipilih secara demokratis di bawah sistem monarki konstitusional.

Pada tahun 1991, Pangeran Idris mengklaim telah merekrut 400 mantan anggota militer Libya yang mendapat latihan dari dinas intelijen AS untuk melawan rezim Khadafy. Pada Maret 2011 menjelang revolusi Libya, Idris al-Senussi mengadakan serangkaian pertemuan dengan sejumlah pejabat dan kongres AS. Ia juga melakukan komunikasi dengan pejabat Perancis dan Arab Saudi.

Ketika ditanya apakah dia atau Mohammed al-Senussi yang berhak naik takhta sebagai raja, ia menjawab, dewan keluarga besar Senussi yang akan memutuskan siapa yang akan menjadi raja.

Akan tetapi, wacana kembalinya sistem monarki di Libya sama sekali tak terdengar dari para pemimpin ataupun rakyat Libya. Suatu hal yang pasti, Dewan Transisi Nasional (NTC) telah mengumumkan akan menggelar pemilu demokratis dalam kurun 8 bulan mendatang. Siapa pun warga Libya tanpa pandang bulu, termasuk Pangeran Idris, berhak menjadi kandidat dalam pemilu mendatang. 

Pangeran Idris tentu harus menerima realitas bahwa sistem monarki sudah menjadi bagian sejarah Libya. Jika ingin kembali ke Libya, Pangeran Idris tampaknya harus mengakui proses baru lewat sistem republik demokratis. Ia bisa menjadi presiden atau perdana menteri jika disukai dan dipilih rakyat./kompas
 

Apa Ke Hal Yop?? Dah Bersara Tapi Masih Di Bayar Gaji..

Posted: 28 Oct 2011 09:26 AM PDT

Seramai lapan pegawai dari tiga jabatan kerajaan di Perak dibayar emolumen sebanyak RM18, 768  walaupun tidak berhak dibayar kerana bersara, meletak jawatan, cuti tanpa gaji dan ditahan emolumen. Ia berlaku kerana bahagian kewangan lewat mengambil tindakan, silap mengira jumlah pelarasan dan tiada tindakan untuk mengutip semula.

Bagaimanapun, setelah jabatan audit membuat teguran, Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) telah mengutip RM1, 619 dari seorang kaki tangan manakala seorang kaki tangan lain diberi peringatan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga mendapati 11 pegawai kerajaan kumpulan sokongan membabitkan tujuh jabatan terlebih bayar sebanyak RM9, 234 imbuhan tetap khidmat awam (ETKA) tahun 2006. Bagi tahun 2007, empat pegawai dari dua jabatan didapati terkurang bayaran ETKA berjumlah RM1, 500.

Dibayar 2 kali

Semakan audit terhadap enam jabatan kerajaan mendapati, 14 pegawai terlebih bayar imbuhan tetap perumahan (ITP) dan bantuan sara hidup (Cola) sebanyak RM32, 977. Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010, RM631, 24 juta dibayar kepada pegawai kerajaan negeri Perak. 

Lapuran audit juga mendedahkan 13 pegawai dari 10 jabatan memerima bayaran emolumen dua kali berjumlah RM49, 333. Perkara ini berlaku kerana jabatan tidak mengemaskini rekod emolumen, kawalan dalaman tidak berkesan dan kurang pemantauan./fmt

Addin :

Apa ke hal ni yop?? Seronok ler macam ni..teman pun nok.. gaji buta..


Kerajaan Johor Labur RM1.78 Juta Tetapi Website Tidak Aktif

Posted: 28 Oct 2011 08:45 AM PDT

Kerajaan Johor membelanjakan jutaan ringgit untuk menubuhkan e-portal yang masih belum aktif sejak empat tahun lalu.Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, Portal 'e-nikah Cerai-Rujuk' (e-NCR) yang menyemak status nikah, cerai dan rujuk individu Islam itu sepatutnya boleh dilayari pada Januari 2008.Namun, pemindahan atau migrasi data masih belum siap, meskipun Unit Sains Teknologi dan ICT Johor (Ustict) telah membayar RM1.78 juta untuk tujuan itu.

"Tiada tarikh akhir yang diberikan untuk kontraktor untuk menyiapkan kerja," petik laporan itu seperti disiar media. Aplikasi e-NCR bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan pengurusan keluarga Islam dengan menyediakan sistem pendaftaran dan penyemakan pelbagai urusan nikah, cerai dan rujuk secara online.

Ia mempunyai enam modul utama iaitu Modul Profil, Pra Perkahwinan, Nikah Cerai Rujuk, Khidmat Nasihat (kaunseling), Kamus Jawi dan Laporan. Kos pembangunan keseluruhan projek bernilai RM2.93 juta dan sepatutnya siap dalam tempoh sepuluh bulan iaitu bermula April 2007.

Kerajaan juga digesa menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran Kementerian Pertahanan yang membeli kenderaan berperisai berjumlah RM7.55 bilion.Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, ia penting kerana pembaziran itu berterusan sejak Datuk Seri Najib Razak memimpin kementerian itu.

Najib ialah menteri pertahanan sehingga 2009 sebelum kementerian itu diterajui Datuk Ahmad Zahid Hamidi. "Jumlah pembaziran yang didedah itu cukup tinggi malah Ketua Audit Negara sebelum ini mendesak segala pembaziran yang berlaku itu segera diperbetulkan.

Pada perbahasan di Parlimen sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoal tindakan kementerian Pertahanan membeli 257 kenderaan perisai berharga RM7.5 bilion, iaitu enam hingga tujuh kali lebih mahal berbanding harga pasaran.

Tony Pua dalam kenyataannya berkata, beberapa kenderaan berperisai yang hampir sama, memiliki harga yang lebih rendah di pasaran. Antaranya, tentera Portugal yang membayar RM4.4 juta untuk setiap satu kenderaan berperisai model Pandur II 8×8. Manakala versi terkini kenderaan berperisai model Pirahan III 8×8 yang dibangunkan Swiss MOWAG GmBH pula hanya berharga RM3.9 juta setiap satu. 
 
Kementerian Pertahanan juga sebelum ini dilaporkan membeli helikopter Eurocopter EC275 pada harga RM190 juta setiap satu berbanding Brazil yang hanya membeli helikopter itu hanya RM82 juta setiap satu. Ini bermakna kementerian itu membazirkan wang rakyat sebanyak RM108 juta.
 
 

Projek Makmal Komputer Sekolah Berjumlah RM160.74 Juta Gagal

Posted: 28 Oct 2011 08:20 AM PDT

Peralatan komputer yang tersadai
Projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010. Ini kerana hanya dua daripada 300 makmal komputer sahaja yang dapat digunakan manakala lawatan audit ke SK Kepayan, Kota Kinabalu, mendapati stok peralatan ICT yang dibekalkan hampir tiga tahun lalu masih tidak digunakan.

"Peralatan ICT disimpan di dalam kotak asalnya dan tidak diageh. Keadaan ini berlaku kerana 99.3 peratus makmal yang dibina gagal disiap dan diserahkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Adalah juga didapati sebahagiannya telah mengalami kerosakan fizikal akibat daripada serangan anai-anai," petik laporan itu.

Projek makmal komputer yang ditugaskan kepada syarikat TimeCom Holdings Sdn Bhd itu sepatutnya bermula pada 31 Oktober, 2006 tetapi tellah mengalami kelewatan yang berpanjangan dan hanya siap pada 30 April, 2008.

Malaysia Bakal Bankrap Di Tangan Najib

Posted: 28 Oct 2011 07:47 AM PDT

Hutang negara berkurang pada zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, namun melonjak selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kementerian itu. Sepanjang Anwar menjadi menteri kewangan dari tahun 1991 hingga 1998, beliau berjaya mengurangkan hutang negara dan menukar kepada lebihan belanjawan (surplus) dalam masa dua tahun sahaja. Belanjawan itu berterusan sehingga beliau dipecat secara tidak adil pada 1998 oleh pentadbiran Mahathir.

Sebelum pelantikannya sebagai menteri kewangan, Malaysia mengalami belanjawan defisit selama hampir 20 tahun, namun selepas pemecatannya, Malaysia sekali lagi berdepan Belanjawan defisit 14 tahun berturut-turut. Kajian itu dikeluarkan badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) dalam satu analisa perbandingan antara pentadbiran Anwar dan juga Najib sebagai Menteri Kewangan.

Kajian itu menunjukkan semasa pentadbiran Anwar, hutang domestik berjaya dikekang di bawah RM80 bilion sehingga tahun 1997 dan RM88.197 bilion pada tahun 1998. "Rekod Anwar sebagai Menteri Kewangan amat impresif. Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan sebenarnya berkurang antara tahun 1992 sehingga tahun 1996 selepas meningkat secara berterusan selama hampir 20 tahun.

"Secara perbandingan, hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan meningkat secara tekal pada kadar lebih 10 peratus setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2008," kata KPRU dalam analisa itu yang dibuat bersama Ahli Parlimen Selayang, William Leong.


Menurut KPRU lagi, hutang negara yang meningkat secara berterusan itu diburukkan lagi oleh Barisan Nasional yang cenderung meluluskan belanjawan tambahan untuk menyorokkan angka hutang dan defisit negara yang terus meningkat saban tahun.

Belanjawan tambahan itu, kata KPRU, sepatutnya hanya perlu diluluskan untuk perkara-perkara yang bersifat kecemasan seperti sekiranya berlaku bencana alam di Jepun.

"Sebagai contoh, dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) dibentangkan Jun tahun ini, pentadbiran Najib dikritik kerana memanipulasi peruntukan emolumen RM1 bilion untuk Kementerian Kesihatan kerana emolumen sepatutnya tidak tergolong sebagai perbelanjaan di luar jangka," kata KPRU.

Ini menyebabkan hutang negara semakin meningkat setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan, kata KPRU. "Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan adalah RM306.437 bilion pada tahun 2008 apabila Najib mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, Ia meningkat kepada RM362.387 bilion pada tahun 2009 dan RM407.101 bilion pada tahun 2010. Ia diunjurkan mencecah RM455.745 bilion pada tahun 2011.

"Menurut laporan terkini Bank Negara Malaysia pada 30 Jun 2011, hutang Kerajaan Persekutuan kini sudah mencecah RM437 bilion," kata KPRU./kd

Addin :

Jikalau macam ni gaya pemerintahan Najib dan kuncu-kuncunya.. Malaysia akan jadi negara bankrap menjelang 2020..



 

Rahsia Gaddafi Yang Kita Tidak Tahu.. (3)

Posted: 28 Oct 2011 06:38 AM PDT

Muammar Gaddafi telah dibunuh dengan cara yang dahsyat dan tidak disangka. Seorang yang sebelum ini digeruni dan ditakuti, telah diheret dan dihina bagaikan binatang yang hendak disembelih. Bahkan lebih buruk daripada itu. Siapa sangka? Seorang manusia yang sebelum ini tiada siapa dapat membantahnya dibunuh demikian rupa. Gaddafi bukan tiada langsung jasa. Banyak juga pihak yang ditolongnya. Namun, kekejamannya melebihi jasanya. Saya masih terkenang ramai kawan-kawan dari Libya yang amat ketakutan terhadap regim Gaddafi sekalipun berada di luar Libya.

Mereka kelihatan risau jika kita bertanya atau mengkritik Presiden mereka. Apa tidak, banyak siri pembunuhan rakyat Libya yang berada di luar negara yang dituduh membangkang kerajaan. Sejak memerintah dari tahun 1969, ribuan rakyat telah dibunuh atas tuduhan "tidak setia". Pada tahun 1973, Gaddafi mengistiharkan hukuman mati kepada sesiapa yang menubuhkan parti politik. Sejak itu ramai tokoh-tokoh pemikir Libya yang dibunuh dalam dan luar negaranya.

Ramai yang diseksa sehingga mati, termasuk aktivis-aktivis pelajar. Pada tahun 1983, Gaddafi menggantung mati pelajar di hadapan khalayak ramai dalam College of Engineering, Tripoli. Dalam 1984, Gaddafi menggantung mati pelajar Sadiq Shwehdi dalam bulan Ramadan dan keluarga dipaksa menonton hukuman itu. Demikian Mustafa al-Nuwairy dihukum mati di hadapan pelajar dan pensyarah di Benghazi University. Hafed al-Madani menerima nasib yang sama di hadapan pensyarah dan rakan di College of Agriculture, Tripoli.

Demikian juga nasib pelajar di College of Pharmacy, Tripoli. Begitu ramai aktivis pelajar dan pemikir yang dihukum mati di khalayak ramai. Keluarga dan taulan dipaksa menonton kekejaman itu. Bahkan ada yang disiarkan melalui siaran TV Libya, kononnya sebagai pengajaran kepada rakyat yang tidak setia.

Kesemuanya atas "jenayah" dituduh tidak setia kepada Muammar Gaddafi. Puluhan ribu nyawa rakyatnya yang dibunuh dan diseksa sepanjang lebih 42 tahun menjadi rejim negaranya. Hilang tanpa berita, sudah menjadi perkara biasa bagi rakyat Libya. Dibunuh, dirogol dan pelbagai lagi hanya kerana bercakap tentang hak bersuara. Anak-anaknya begitu bermaharaja lela dengan hasil minyak Libya, dan kejam dengan kuasa yang ada.

Mana kemuliaan

Mungkin kita juga tidak suka cara rakyatnya membunuh beliau. Mereka pun barangkali sudah terikut-ikut dengan perangai bekas pemimpin mereka itu, lalu mereka menyeksa dan membunuhnya serta disebarkan untuk menjadi tontonan ramai.

Alangkah baik, jika dia ditangkap dan diserahkan kepada pengadilan, kemudian dihukum. Dalam usaha mereka hendak menegakkan negara yang adil, mereka sepatutnya melakar sikap baru yang berperaturan dan meninggal budaya lama yang merosakkan.

Namun, Gaddafi mengingatkan kita bahawa Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Allah memuliakan siapa yang Dia kehendaki dan menghina siapa yang Dia kehendaki. Pada tanganNya kerajaan dan kekuasaan hakiki.

Pernahkah Gaddafi, bahkan rakyat Libya sendiri bayangkan pada suatu hari pemimpin mereka yang begitu berkuasa dan megah akan dibunuh demikian rupa. Bukan di istananya, tetapi dalam lubang kotoran yang terpencil dalam negaranya yang porak peranda atas kekejamannya.

Dia memanggil rakyatnya "tikus" yang cuba menentangnya, akhirnya dialah yang bersembunyi dalam lubang tikus sebelum dibunuh oleh rakyatnya. Perasaan saya bercampur baur apabila membaca akhbar-akhbar di UK mengenai pembunuhan Gaddafi. Mereka bagaikan meraikan kematian Gaddafi, bahkan meraikan cara dia dibunuh. Sentiment Lockerbie mungkin menguasai mereka.

Akhbar-akhbar menggelar Gaddafi sebagai "dead dog", "mad dog", "the rat" dan pelbagai lagi. Satu perasaan aneh menjelma apabila melihat seorang wartawan akhbar The Sun UK, yang berada di tepi mayat Gaddafi dengan penuh bangganya.

Alangkah hinanya dunia Islam ini. Kita menjadi bahan sendaan orang lain. Di manakah ayat Allah (maksudnya): "Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat wasata (adil dan contoh), supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang kebenaran) dan Rasul itu (Muhammad) pula akan menjadi saksi ke atas kamu". (Surah al-Baqarah: 143).

Apakah keindahan politik di dunia umat Islam yang dapat dicontohi oleh orang lain?! Di manakah kita sebagai saksi kebenaran?! Gaddafi ketika membunuh rakyatnya menggunakan nama Islam sebagai tiket yang menghalalkan tindakannya. Anaknya pun bernama Saif al-Islam (Pedang Islam). Mereka yang membunuhnya juga menggunakan nama Islam. Laungan takbir "Allahu Akbar" dilaporkan oleh media Barat dan Timur mengiringi pembunuhan ke atas Gaddafi.

Di manakah Islam yang sebenar? Orang Barat mungkin bertambah keliru. Tuduhan Islam agama darah bertambah kukuh dalam benak mereka yang gagal memahami hakikat agama ini.

Benaissa

Dalam dua minggu di sini, saya bersahabat baik dengan seorang yang berpengalaman. Mohammed Benaissa. Beliau bekas menteri luar, Morocco (1999-2007). Pernah berkhidmat dengan PBB selama 11 tahun. Mendapat pelbagai anugerah antarabangsa, termasuk Aga Khan Award pada tahun 1989. Beliau turut menjadi fellow di OCIS, Oxford. Saya simpulkan beliau memang seorang yang "terbuka" atau liberal.

Saya ramai kenalan Arab, tetapi ramai yang stereotype saja. Beliau agak lain. Mungkin pengalamannya yang panjang menjadikan beliau mempunyai kesimpulan-kesimpulan yang menarik. Beliau ke sini untuk membahaskan tentang "Arab Spring" ataupun kebangkitan Arab yang sedang berlaku.

Sudah ada beberapa pembentang yang lain.

Hari pertama saya jumpa beliau ketika sessi minum kopi di OCIS. Dalam diskusi tidak formal itu, beliau menegaskan kepada fellow yang lain tentang kepentingan memisahkan agama daripada politik. Baginya, agama telah mengelirukan keadaan politik.

Sering dijadikan alat untuk menghalalkan pelbagai kehendak dan kerakusan. Ya, kerangka fikir ini, biasanya akan dicop oleh sesetengah sebagai sekularisma. Namun, saya cuba memahaminya dengan lebih mendalam. Saya anggap itu sebagai keluhan kecewa seorang insan arab yang gagal melihat peranan hakiki agama dalam penegakan keadilan dan kemajuan umat dalam politik.

Entah bagaimana, beliau kemudian, begitu baik dengan saya. Setiap kali waktu minum dan makan, beliau akan menelefon saya. Saya ambil peluang itu untuk berdiskusi dengan beliau. Banyak manfaat dari pengalamannya yang saya kutip.

Beliau sekali menyatakan kepada saya bahawa ulama telah banyak mengelirukan rakyat Arab. Pelbagai fatwa untuk pelbagai kepentingan dikeluarkan. Rakyat Arab dikhayalkan dengan pelbagai pandangan jumud agama yang gagal membawa mereka ke hadapan.

Di kala rakyat susah dan miskin, golongan agama ada yang sibuk mengajak supaya orang Islam kembali memakai pakaian zaman Nabi s.a.w, meyingsing singkat kain dan menutup wajah. Kemiskinan dan kelaparan dihalalkan dengan nas-nas yang mengkhayalkan. Beliau seakan bersetuju dengan Karl Marx: "Religion is the sigh of oppressed creature...it is the opium of the people".

Saya kata kepada beliau: "Itu agama palsu, atau yang disalahgunakan oleh golongan yang berkepentingan. Adapun Islam yang sebenar, yang diturunkan oleh Allah sebagai petunjuk untuk manusia, ia merentasi batasan kepentingan individu dan parti politik tertentu. Malangnya, Islam seperti itu jarang dizahirkan kerana manusia ramai yang berkepentingan".

Beliau jawab: "Ya, itu maksud saya".

Dalam tempoh dua minggu bersahabat dengannya, ada perkara saya setuju dan ada yang saya kurang setuju. Namun saya hormati hak beliau dalam memberikan pandangan. Rabu baru ini beliau membentangkan kertasnya dalam seminar yang berkaitan dengan Arab Spring. Tajuk beliau "The Economic and Political Causes of Change".

Ada beberapa perkara yang saya suka petik dari pembentangan itu. Antaranya beliau menyatakan bahawa Arab sedang menuju ke arah perubahan, namun memerlukan masa.

Demokrasi dan kedamaian yang dinikmati oleh Eropah tidak datang dalam satu malam, sebaliknya setelah 200 tahun berperang antara satu sama lain, terhasillah keadaan sekarang. Arab juga barangkali memerlukan keadaan yang sama untuk menghasilkan kesimpulan yang terbaik.

Beliau menyentuh tentang kepentingan "hope" atau harapan dalam jiwa rakyat tentang politik. Apabila hilangnya harapan atau impian rakyat maka segalanya mungkin berlaku. Perkara penting bagi sesebuah pemerintahan adalah menempatkan harapan dalam jiwa rakyat.

Harapan

Saya ingin mengembangkan nota ini. Ya, insan hidup dengan harapan atau cita-cita. Kecil atau besar tidak penting. Selagi ada harapan, insan akan cuba bangun dan meneruskan hidup. Jika putus asa mengambil tempat harapan, maka pelbagai perkara buruk akan dilakukan.

Putus asa boleh membawa insan membunuh diri dan mengganas. Sanggup memusnahkan apa sahaja kerana segalanya sudah tidak bernilai lagi. Justeru, akidah Islam melarang putus asa terhadap Tuhan. Pintu harapan terhadap Tuhan sentiasa dibuka.

Firman Allah (maksudnya): "Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Az-Zumar:53).

Dalam politik, sesebuah kerajaan yang gagal memberikan harapan dan menimbulkan putus asa dalam jiwa rakyat — seperti di beberapa negara Arab sekarang- akan menyebabkan rakyatnya bangkit mengorbankan apa saja. Apabila harapan sudah tiada, kekecewaan menyelubungi hidup maka manusia akan bertindak dengan cara yang tidak dijangka. Mati dan hidup sudah tiada bezanya. Tiada siapa hendak mengadu, maka tindakan atas apa saja harga akan dilakukan. Inilah yang berlaku dalam Dunia Arab hari ini.

Kembalinya sebahagian rakyat kepada agama dalam tempoh kekecewaan politik juga hendaklah dinilai dengen teliti; apakah kerana mereka benar-benar memahami ajaran agama, atau kerana mereka sudah hilang harapan melainkan mengadu kepada Tuhan. Apabila mereka kembali mempunyai harapan, jika mereka kekal atas agama, itu pengembalian yang tulen. Jika tidak, itu sebaliknya.

Dalam negara kita, bagi saya mana-mana parti politik yang paling boleh memberikan harapan impian dalam kerangka hari ini, akan mendapat tempat dalam jiwa rakyat terutama golongan muda yang mempunyai banyak harapan dan cita.

* Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah ahli akademik dan bekas Mufti Perlis. 

Keluarga Gaddafi Akan Seret NATO Ke ICC

Posted: 28 Oct 2011 03:32 AM PDT

ALGIERS -  Keluarga Moammar Khadafy kemungkinan bakal mengajukan NATO ke Mahkamah Kriminal Internasional (ICC), AFP melaporkan, Rabu (26/10/2011).  NATO menjadi target keluarga Khadafy karena perannya dalam terbunuhnya mantan pemimpin Libya itu. "Pembunuhan yang disengaja (terhadap seseorang yang dilindungi Konvensi Jenewa) ditetapkan sebagai kejahatan perang berdasarkan artikel 8 pada Statuta Roma ICC," papar Marcel Ceccaldi, pengacara Perancis yang mewakili keluarga Khadafy.

"Pembunuhan terhadap Khadafy menunjukkan bahwa tujuan negara-negara anggota (NATO) bukanlah untuk melindungi warga sipil, tetapi untuk menggulingkan sebuah rezim," lanjut Ceccaldi. Khadafy tewas pada Kamis (20/10/2011) setelah para petempur Libya merebut kota kelahirannya, Sirte. Para petempur berhasil menyusul konvoi Khadafy yang berusaha keluar dari Sirte setelah konvoi itu dihantam serangan udara NATO.

Pemerintah sementara Libya, Dewan Transisi Nasional (NTC) mengatakan pemimpin Libya selama 42 tahun itu terbunuh dalam baku tembak meskipun masih hidup saat ditangkap. Namun video-video yang beredar bertentangan dengan pernyataan resmi NTC. Khadafy tewas setelah ditangkap. Bahkan sejumlah video menunjukkan lelaki 69 tahun itu dihajar beramai-ramai.

Khadafy tewas bersama putranya Mutassim dan mantan menteri pertahanan Libya Abu Bakar Younis. Ketiganya sudah dimakamkan di sebuah lokasi di gurun yang dirahasiakan. Kuburan mereka pun tidak ditandai.Pihak NTC sendiri menyatakan akan menyelidiki cara kematian Khadafy seperti yang didesakkan oleh PBB, sejumlah negara Barat, dan lembaga hak asasi manusia./kompas

(Video) Saat - Saat Jenazah Gaddafi Di Solatkan

Posted: 27 Oct 2011 11:16 PM PDT

MISRATA - Sebuah video amatir yang diduga menunjukkan prosesi shalat jenazah Moammar Khadafy, Mutassim Khadafy, serta Abu Bakar Younis beredar. Video itu tampaknya diambil menggunakan ponsel. Di dalamnya terlihat tiga peti kayu sederhana yang berisi tiga jenazah yang sudah berkafan. Televisi Dubai Al Alaan mengklaim video itu sebagai upacara menjelang Khadafy dimakamkan yang dilakukan di dekat Misrata. Dalam video itu tampak empat orang yang menyalatkan jenazah, salah satunya diyakini adalah Khaled Tantoush, ustaz pribadi Khadafy yang ditangkap bersamanya pekan lalu.

Juga dua sepupu Khadafy, Mansour Dhao Ibrahim dan Ahmed Ibrahim.Selama shalat berlangsung, sejumlah orang hanya menyaksikan upacara itu, termasuk seseorang berpakaian militer. Salah seorang di antaranya mengabadikan peristiwa itu dengan kamera video profesional. Video itu berhenti setelah shalat jenazah selesai dilaksanakan. Tidak jelas apa yang terjadi setelah itu.

Namun dalam laporan-laporan sebelumnya, ketiga jenazah itu kemudian dibawa ke sebuah lokasi yang dirahasiakan di gurun. Bahkan semua yang ikut memakamkan mantan pemimpin Libya itu, termasuk dua pejabat Dewan Transisi Nasional, disumpah di bawah Al Quran untuk merahasiakan lokasi itu.

Pihak NTC beralasan kerahasiaan itu diperlukan agar makam Khadafy tidak dikeramatkan para pendukung setianya ataupun dirusak orang-orang yang membencinya./kompas

 

Skim Bantuan Sekolah Terengganu Di Seleweng

Posted: 27 Oct 2011 08:00 PM PDT

Lapuran Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa kerajaan negeri Terengganu tidak membuat perjanjiandengan syarikat pembekal pakaian dan alatan sekolah untuk tahun 2008 hingga 2010. Menurut lapuran itu, RM28.47 juta telah dibelanjakan untuk 282,966 pelajar di seluruh Terengganu. Selain itu, proses rundingan harga kontrak tidak memenuhi garis panduan; kajian pasaran tidak dijalankan; bon pelaksanaan tidak dikeluarkan; pemeriksaan barangan yang diterima tidak dibuat; kelewatan agihan; bantuan tidak diagih ke semua daerah dan keluarga tidak layak turut menerima bantuan.

Kerajaan negeri telah membuat tawaran kepada dua buah syarikat pembekal secara runding terus atas alasan keperluan mendesak. Hasil tinjauan audit pada 3 November tahun lalu di beberapa buah kedai pakaian dan alatan sekolah di Kuala Terengganu mendapati harga lebih rendah dari yang ditawarkan.

Harga di pasaran ialah RM26.70 dan RM76.50 berbanding harga pembekal antara RM73.50 dan RM123.30 dan ini bermakna kerajaan dapat berjimat sebanyak RM1.42 juta.

Tidak diperiksa

"Semakan audit mendapati tidak ada bukti pemeriksaan dan pengesahan terhadap barangan dibuat dan kami mendapati 284 beg sekolah bernilai RM10,762 mengalami kerosakan zip. "Akibatnya ia tidak dapat diagihkan dan ia disimpan di setor dan makmal sekolah serta setor Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)," kata lapuran audit itu.

Cadangan asal kerajaan negeri ialah bantuan itu cuma kepada 53,000 pelajar tetapi bertambah kerapa 10,616 berikutan pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu pada bulan Januari 2009.

Lapuran ketua audit juga mendapati 89,162 item pakaian dan alatan sekolah bernilai RM1.45 juta membabitkan sekolah di Kuala Terengganu, Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman masih belum diagihkan.

Ia berlaku kerana senarai nama penerima berbeza antara pihak sekolah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)./fmt

Tiada ulasan: