Sabtu, 22 Oktober 2011

shalehudin

shalehudin


Jangan dok mengusik Hassan Ali camni, tak baik... kahkahkah...

Posted: 22 Oct 2011 10:04 AM PDT

Hasan Ali Mahu Berjuang Akidah tapi Mengapa Berbohong?

Dalam satu temuramah dengan TVS, Hasan Ali dilaporkan berkata:





HAbis tu saya nak tanya Hasan Ali, bukankah tempahan stadium Shah Alam untuk program ini dibuat oleh Hasan Ali? Bukankah Hasan Ali sendiri yang menelefon pihak MBSA untuk menempah bagi pihak HIMPUN?

Malahan, Dato' Bandar MBSA sendiri pada mulanya ingat ia adalah program rasmi Kerajaan Negeri kerana yang menelefon itu adalah Hasan Ali.

Tulang Besi sanggup bertanggungjawab di atas maklumat ini kerana ia datang dari sumber yang tak mungkin salah.

Malahan, saya yakin Hasan Ali sendiri tidak akan berani menafikan maklumat ini.

Bagaimana nak berjuang Akidah kalau dari mula lagi sudah berbohong?

Tulang Besi

Pasai apa Hassan Ali tidoq tak lena...

Posted: 22 Oct 2011 07:28 AM PDT

Hassan Ali Sertai HIMPUN

Oleh Naeem Raffi

Malam ni lagi tidoq tak lena dia pasai yang mai tak sampai 5,000 orang... haha...

SHAH ALAM, 21 OKT : Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bakal berlangsung esok di Stadium Shah Alam.

Hassan Ali berkata kehadirannya itu bukan atas kapasiti rasmi atau mewakili PAS namun sebagai individu beragama Islam.

"Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir."

Hassan Ali berkata demikian dalam program bual bicara fokus berita terbitan TvSelangor di sini hari ini.

Terdahulu, PAS mencapai kata sepakat untuk tidak menyertai HIMPUN. Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat biro politik di pejabat agung PAS Selasa malam lalu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan PAS bersikap berkecuali kerana menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan mana-mana parti politik.

Menurut penganjur HIMPUN, yang merupakan badan bukan kerjaan (NGO) Islam, perhimpunan tersebut bertujuan menentang apa yang dikatakan percubaan untuk menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam.

Hassan dengan tegas mengulangi pendiriannya untuk menyertai HIMPUN sebagai individu.

Menurutnya lagi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut memberi kelepasan kepada mana-mana penjawat kerajaan Selangor yang mahu menyertai perhimpunan atas dasar individu.

"Kita harus bersyukur kerana masih ada dari kalangan kita yang tampil untuk membela, berjuang dan individu ini telah membuka langkah, takkanlah Hassan Ali yang berumur 64 sebagai seorang muslim tidak tergerak untuk hadir."

Mengulas lanjut, Hassan Ali menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang pengerak HIMPUN.

"Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak."jelasnya.

Tegasnya, HIMPUN bukan bertujuan menimbulkan ketengangan mahupun meniup api kemarahan dikalangan umat Islam dan penganut Kristian. Katanya kesempatan perjumpaan ini adalah untuk menyedarkan serta umat Islam tentang kebejatan isu keruntuhan aqidah.

Hassan Ali berkata masyarakat bukan Islam turut mempunyai hak untuk berhimpun secara aman. Beliau turut mengalukan dialog antara agama lebih giat diadakan dari kalangan pakar.

"Ini adalah perhimpunan yang aman, berbudaya dan sopan, yang penting penganjuran ini bukalah untuk menimbulkan ketegangan dan emosi yang tidak terkawal antara penganut Islam dan bukan Islam."katanya.

Detik-detik terakhir Gaddafi

Posted: 22 Oct 2011 05:00 AM PDT

SIRTE - Imej ngeri menunjukkan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berlumuran darah dan ketakutan semasa diheret oleh pemberontak tersebar dengan cepat di seluruh dunia selepas kematian dramatik pemimpin itu di bandar kelahirannya di Sirte, kelmarin.

Walaupun cerita tepat mengenai kematian Gaddafi masih kabur dengan pelbagai kenyataan bercanggah dikeluarkan pemberontak dan kerajaan baru Libya, rakaman detik-detik terakhir hidup Gaddafi yang penuh kekecohan memberi sedikit petunjuk mengenai apa yang berlaku.

Berdasarkan rakaman itu, Gaddafi masih hidup semasa ditangkap sedang bersembunyi di dalam terowong air di Sirte. Video dirakam seorang pemberontak itu menunjukkan Gaddafi seperti dalam keadaan keliru dan tercedera semasa rambutnya ditarik dan diheret turun dari bonet sebuah kenderaan.

"Pastikan dia hidup, pastikan dia hidup!" adalah antara jeritan yang dapat didengar di dalam rakaman itu sebelum Gaddafi hilang dari pandangan kamera dan bunyi tembakan kedengaran.

"Mereka menangkapnya hidup-hidup dan semasa dia dibawa pergi, mereka memukul dan membunuh Gaddafi. Mungkin dia melawan," menurut seorang pemberontak.

Bercanggah dengan rakaman ditunjukkan, kerajaan baru Libya, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengeluarkan kenyataan ramsi bahawa Gaddafi terbunuh semasa tembak-menembak berlaku antara penyokongnya dan pemberontak selepas beliau ditangkap.

Menurut siasatan forensik yang dibacakan pemimpin NTC, Gaddafi maut terkena tembakan di kepala. Namun kerajaan sementara Libya itu menegaskan tiada sebarang arahan dikeluarkan supaya Gaddafi dibunuh.

Hari terakhir Gaddafi bermula sebelum Subuh apabila dia dengan ditemani pengawal peribadi berjaya melepaskan diri daripada kepungan pemberontak di Sirte dan bergerak menuju ke barat. Mereka tidak sempat pergi jauh.

Ini kerana konvoi itu diserang jet pejuang Perancis berhampiran Sirte. Kesan serangan dapat dilihat lebih kurang tiga kilometer di barat Sirte, apabila wartawan menyaksikan 15 trak dipenuhi senjata api terbakar berhampiran stesen janakuasa elektrik kira-kira 20 meter dari jalan raya utama.

Menurut pemberontak, Gaddafi dan tenteranya kemudian meninggalkan kenderaan mereka dan berjalan kaki, dengan berlindung di belakang pokok sebelum bersembunyi di dalam dua terowong di saluran air bawah tanah.

Pemberontak yang memburu kemudian menjumpai terowong itu dengan seorang daripada pengawal Gaddafi menjerit memaklumkan 'Tuan saya ada di sini' dan meminta bantuan kerana Gaddafi cedera.

"Kami pergi ke arah longkang itu dan membawa Gaddafi keluar. Dia berkata 'Apa masalahnya? Apa yang sedang berlaku?' dan kami membawanya masuk ke dalam kereta. Semasa ditangkap, Gaddafi telah pun cedera ditembak di kaki dan belakang badan," menurut seorang pemberontak, Bakeer.

Cerita Bakeer itu disahkan beberapa pemberontak lain yang bersama-sama menangkap Gaddafi tetapi ada pula yang mendakwa tentera Gaddafi sendiri menembak pemimpin itu di dada.

Pegawai NTC, Abdel Majid Mlegta pula berkata, Gaddafi cedera selepas pertempuran dengan pemberontak di Sirte dan meninggal dunia semasa di dalam ambulans kerana pendarahan di perut.

Seorang lagi pemberontak yang ditemui menunjukkan pistol emas berukir didakwa dirampas dari Gaddafi semasa penangkapan pemimpin itu.

Sehingga semalam, pengebumian Gaddafi ditangguhkan beberapa hari sehingga lokasi terakhir ditentukan.

"Saya mengarahkan mayat Gaddafi, yang kini berada di Misrata, disimpan di dalam peti sejuk untuk beberapa hari, untuk memastikan semua orang tahu Gaddafi telah meninggal dunia," menurut Menteri Petroleum NTC, Ali Tarhouni semalam.

Walaupun pelbagai cerita mengenai pembunuhan Gaddafi tersebar, namun kenyataannya, pemimpin yang menjadi ikon negara Afrika itu telah pun meninggal dunia dan kematiannya membuka episod baru di dalam kehidupan rakyat Libya.

Kematian Gaddafi mungkin disambut dengan sorakan rakyat Libya, tetapi adakah mereka akan terus bersorak selepas ini apabila ekonomi negara mereka dicengkam kuasa Barat dan adakah mereka akan terus bersorak apabila kerajaan baru negara tidak dapat dibentuk akibat pergaduhan pelbagai puak berbeza di Libya?

Hanya masa akan menentukan. - SH

Malunya jadi bangsa UMNO...

Posted: 22 Oct 2011 03:30 AM PDT


Malaysia kilang fitnah - sekarang sudah sampai keperingkat antarabangsa.

Pemimpin UMNO dan BN sangat hebat melakukan fitnah dan sekarang sudah sampai ke peringkat antarabangsa. Anya Corke seorang pelajar Wellesley College AS semalam menyfatkan fitnah yang di sabitkan terhadap dirinya sebagai satu insiden yang sangat hina dan mengejutkan.

Pelajar perempuan kelahiran Amerika ini menyatakan yang dia tidak pernah mengenali anak Guan Eng dan sesiapa sahaja di dalam keluarga Guan Eng itu. Anya menambah dia tidak pernah diperkosa oleh sesiapa dan lawatan terakhirnya keMalaysia ialah tujuh tahum yang lalu.

Anya Corke merasa simpati terhadap anak Guan Eng yang telah dijadikan mangsa fitnah itu yang dipalitkan dengan dirinya yang beliau tidak pernah berjumpa, mengenali dan mendengar nama yang disebutkan oleh pemfitnah itu.

Sebagai seorang yang berakhlak pelajar perempuan ini telah meminta media di Malaysia supaya menghormati privacy nya supaya tidak menjejaskan nama baik kolejnya, keluarganya serta Chess Federation serta badan-badan gabungannya. Anya adalah 'Grand Chess Master kelas pertama dari Hong Kong yang kini mewakili England.

Kenyataan Anya Corke ini membayangkan betapa akhlak itu menjadi elemen utama dalam kehidupan mereka walaupun beliau masih muda. Beliau memberi pengajaran kepada kita yang akhlak itu penting dan boleh menjejaskan nama baik kolejnya serta badan Chess antarabangsa yang beliau menjadi ahlinya.

Nilai inilah yang sepatutnya diambil oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan mengakui jika perlakuan kita itu tidak baik ianya akan menjejaskan nama baik parti yang mereka anggotai. Di sini UMNO tidak pernah mahu belajar yang rasuah itu akan menjejaskan nama baik parti dan perjuangannya.

Jika Anya Corke yang masih dalam belasan tahun boleh menjiwai moral yang tinggi untuk menjaga nama baik badan yang di anggotainya kenapa pemimpin dan anggota UMNO yang semuanya beragama suci Islam itu tidak mampu untuk menahan nafsu untuk mengilang fitnah yang tidak ada tolok bandingnya itu. Di sini kita lihat bukti bahawa moral itu merupakan elemen sejagat yang tidak hanya di percayai oleh mereka yang beragama Islam.

Kes memfitnah anak Guan Eng dan pelajar perempuan yang tidak dikenalinya itu merupakan fitnah yang telah dapat di kesan dengan cepat. Kita tidak tahu berapa ratuskah fitnah yang telah dilakukan oleh setengah pihak dalam kerajaan yang tidak dapat dikesan dan diketahui umum.

Sekarang orang ramai telah mula sedar yang UMNO dan BN hanya mampu untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai pemerintah dengan melakukan fitnah yang tidak terperi hinanya seperti isu yang sedang diperkatakan ramai ini.

Sekarang orang ramai sudah 'conclusive' tentang satu persepsi mereka terhadap UMNO; iaitu pengarang dan pengilang fitnah sepenuh masa untuk mempastikan musuh politiknya tersungkur.

Dalam kes ini, pengarang fitnah ini hanya ambil mana-mana gambar secara rambang dan siarkan dalam internet dan kaitkan nama anak Guan Eng dengan gambar itu. Silapnya pemfitnah ini salah langkah dengan menyatakan perempuan itu adalah seorang pelajar SMK Heng Ee, George Town.

Ramai juga yang bertanya kepada saya bila Utusan akan membuat komen terhadap isu ini. Saya hanya menjawab, "tak taulah, kalau boleh dia nak tutup isu ini cepat-cepat". Utusan itu hanya alat propaganda sahaja"

Yang sudah pasti fitnah yang dilakukan oleh beberapa pemimpin UMNO itu sudah sampai keperingkat antarabangsa. Nama Malaysia dalam bidang fitnah memfitnah sudah menjadi terbilang. Itulah kejayaan slogan 'Malaysia Boleh'.

Berbohong boleh, memfitnah boleh, rasuah boleh dan menyalah gunakan kuasa boleh! Yang tidak boleh hanya melawan presiden UMNO, membetulkan senarai pengundi dan berkata benar. Berkata benar adalah dosa yang amat besar dalam UMNO.

Macam kisah Hang Nadim la pulak... haha...

Posted: 22 Oct 2011 02:00 AM PDT

Isu Aziz Bari :Bercakap benar dan berani telah difitnah

Oleh Husam Musa

Saya rakamkan ucapan takziah kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari, yang telah dikenakan tindakan separa Barbaric oleh UIA, bagi pihak kerajaan Umno-BN.

Tidak syak lagi tindakan itu, mengembalikan kita kepada zaman Singapura dilanggar todak, di mana Hang Nadim yang bercakap benar dan berani telah difitnah, dinafikan kebebasannya serta dihapuskan.

Saya berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari terus gigih di atas landasan keberanian demi kebenaran. Dalam masa yang sama, saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana telah menjadi ikon kebebasan akademik pada era kongkongan ke atas mahasiswa dan pensyarah di negara ini begitu mencengkam.

Kebangkitan mahasiswa untuk bersuara dalam perhimpunan di UIA tengahari tadi, disertai dengan kenyataan beberapa badan akademik universiti-universiti, membuktikan bahawa dunia akademik tidak boleh menerima budaya sempit yang ditunjukkan oleh kerajaan di negara ini.

Saudara Mohamad Sabu didakwa oleh polis hanya kerana atas polemik sejarah, pensyarah UIA digantung hanya kerana beliau memberi lontaran pandangan.

Selain daripada berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari tidak menggadaikan kejujuran dan keberanian akademiknya, saya cadangkan jika perlu, Kerajaan Negeri Kelantan boleh menawarkan kedudukan seperti profesor pelawat bagi beberapa buah IPT di bawah kerajaan negeri seperti KIAS.

Sekian, terima kasih

DATO' HUSAM MUSA
Naib Presiden PAS Exco Kerajaan Negeri Kelantan

3 Nov ni debat Najib - Anwar?

Posted: 22 Oct 2011 12:30 AM PDT

Program Debat Anwar dan Najib di Universiti Malaya?

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Akademi Pak Sako menawarkan diri untuk bertindak sebagai Penganjur jika benar mahu merealisasi Program Debat Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.

Ini disahkan oleh Jurucakap Akademi Penulisan tersebut, Hilman Idham yang mendakwa debat sedemikian bakal membuka minda rakyat Malaysia agar dapat menilai keadaan ekonomi semasa.

"Justeru Akademi Pak Sako bersedia untuk menjadi penganjur kepada Debat Belanjawan Negara 2012; di antara YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim," kata Hilman dalam satu kenyataan media.

Sekiranya kedua-dua tokoh itu bersetuju, debat berkenaan akan ditetapkan pada hari Khamis, 3 November pada jam 9 malam dan bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.

"Kami berharap kedua-dua tokoh ini bersedia untuk menerima undangan debat daripada pihak kami. Semoga debat ini berlangsung dengan baik dan berhemah demi manfaat dan kesejahteraan rakyat," ujar Hilman.

Ketua Pembangkang sebelum ini telah mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyertai Debat secara terbuka berkenaan soal Ekonomi dan Bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru ini.- KLpos

Baca sudah, jangan dok kata apa...

Posted: 21 Oct 2011 11:00 PM PDT

Jangan cuba sabotaj!

SHAH ALAM – "Jangan cuba sabotaj perhimpunan esok (hari ini). Saya tidak mahu ada pihak tertentu mengganggu kelancaran majlis ini yang bertujuan menyelematkan akidah umat Islam."

Demikian tegas Pengerusi Bersama Himpunan Sejuta Umat (Himpun), Mohd Azmi Abdul Hamid dan Dr Yusri Mohamad mengenai perhimpunan di Stadium Shah Alam, hari ini.

Mohd Azmi berkata, semua pihak perlu melihat pehimpunan hari ini dari positif bertujuan meluahkan keresahan umat Islam terhadap situasi semasa agama rasmi negara dan bukannya bermotifkan ugutan kepada sesiapa.

Beliau berkata, perhimpunan diadakan juga bakal mencatat sejarah kepada kesatuan dan perpaduan umat Islam tanpa mengira fahaman politik dan kaum.

"Himpun akan mencatat sejarah kerana sepanjang kemerdekaan, belum ada percubaan menghimpunkan umat Islam sebesar ini untuk membuktikan iltizam, menegakkan Islam sebagai agama rahmat.

"Pihak lain perlu terima dan menghormati hasrat ini kerana umat Islam mempunyai hak menunjukkan keresahan terhadap kedudukan agamanya yang terus tercabar bukan sahaja dalam negara malah di dunia," katanya, semalam.

Menurutnya, perhimpunan hari ini juga menjadi titik permulaan membersihkan segala konflik dalaman sesama Islam dan juga perasaan curiga bukan Islam terhadap kesucian agama rasmi negara ini.

Sementara itu, Yusri pula berkata, lebih 500 anggota keselamatan terdiri daripada sukarelawan pelbagai pertubuhan, pasukan Rela dan polis ditempatkan di beberapa lokasi, bagi mengawal sebarang kejadian tidak diingini.

"Orang awam yang merancang untuk hadir diminta mematuhi nasihat dan larangan ditetapkan penganjur seperti di laman Himpun di :http://himpun.org.:

"Kita mohon peserta mematuhi panduan ditetapkan bagi memastikannya kelancar.annya. Kita menganggarkan peserta bakal hadir antara 80,000 hingga 100,000 orang," katanya.

Beliau turut mengingatkan peserta tentang matlamat dan hala tuju Himpun agar mendapatkan maklumat sebenar daripada sekretariat.

"Usah tanya orang lain kerana mungkin ada pihak mempunyai propaganda dan persepsi negatif tentang program ini," katanya.

Naik lunyai Zul Kulim kena... kahkahkah...

Posted: 21 Oct 2011 09:00 PM PDT

Zulkifli Noordin 'jahil murakkab' tentang hudud

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Noordin menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.

Menurut beliau berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.

"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat."

Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Noordin yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.

Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang syariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Noordin.

Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut.

Pertamanya seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan "Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Jika dilihat kepada seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut.

Seksyen 15 Enakmen yang sama memperuntukkan " Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.

Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang ghayru muhsan ( lihat seksyen 13 (2) Enakmen yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang Muhsan (lihat seksyen 12 ( 2 ) Enakmen yang sama.

Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang syariah Terengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan "li wujudin ma'na al-zina fihi" ( kerana kewujudan makna zina padanya) .

Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 14 Enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa "selain daripada isterinya" suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd.

Kebodohan hujah tersebut timbul kerana beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan takzir. Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud?

Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah di dalam bukunya yang terkenal "Tasyri' Janaie" terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia "menggunapakai hartanya " mengikut kehendaknya. Dan prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd (idraul hudud bisyubhah).

Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman takzir.

Jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh gapah membaca keseluruhan Enakmen tersebut dia akan pasti dapat melihat seksyen 3 Enakmen yang sama (apa yang dipanggil proviso ) yang menyatakan secara jelas.

"Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian."

Seksyen 3 Enakmen tersebut sekaligus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli Noordin cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ianya hanya satu kesalahan takzir. Dan Zulkifli juga kena faham hukum takzir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud.

Jika Zulkilfli jujur dalam hujahnya beliau sepatutnya mengkritik "hudud Umno". Dalam undang-undang yang Umno gubal di Wilayah Persekutuan liwat hanya salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain.

Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum

Renungan kepada Zulkifli Noordin: Undang-Undang mana yang lebih melindungi wanita? Ingatlah saudara Zulkifli hanya kerana anda berkopiah bukan bermakna anda layak bercakap tentang undang-undang hudud. Berhentilah jadi jahil murakkab (orang jahil yang tidak tahu dia jahil).

Hampa pelik dak, video Gaddafi ditengah pekan...

Posted: 21 Oct 2011 08:28 PM PDT

Macam tak percaya pulak kan?
Kita nak tengok gambaq Osama bin Laden yang kononnya terbunuh dalam satu serangan di Pakistan ari tu punya la susah, video lagi la payah...

Tapi apasal mayat Gaddafi dah berselerak didalam internet?

Hmm.... hampa tak rasa pelik ka... Ca pikiaq pikiaq tengok, apa yang hampa nampak...

Malaysia BOLEH... kahkahkah...

Posted: 21 Oct 2011 07:34 PM PDT

'Malaysia Boleh'.

Berbohong boleh...
Memfitnah pun boleh...
Merasuah jugak boleh...
Menyalah gunakan kuasa lagi la boleh!

Yang tak boleh...
Yang tak boleh hanya melawan presiden UMNO...
Yang tak boleh ialah membetulkan senarai pengundi
Yang tak boleh adalah berkata benar.

Berkata benar adalah dosa yang amat besar dalam UMNO...
UMNO BOLEH... BOLEH... BOLEH BELAH... kahkahkah...

Woii... ada tauliah ka...

Posted: 21 Oct 2011 06:10 PM PDT

Umno buat semua tak pa... orang lain buat semua tak boleh... piirraahhhh.... Jangan dok buat tak paham pulak, ceramah Ust MB haram Perak ni bukan buat kat dewan memana, tapi kat dalam masjid...  seterusnya...

Penembak Gaddafi

Posted: 21 Oct 2011 06:04 PM PDT

Diceritakan seantero dunia bahawa pemuda inilah yang telah membunuh Diktator Libya Muammar Gaddafi.


Pemuda yang dikenali sebagai Shebani telah dilaporkan menembak Gaddafi dengan pistol emasnya sendiri. Bekas pemimpin Libya Kolonel Muammar Ghadafy bertanya kepada para penangkapnya, setelah dia ditangkap kelmarin "Apa yang kamu semua mahu dari saya?", ketika mereka mengerumuninya, Khamis (20/10/2011). itulah yang dipaparkan dalam video seorang wartawan Libya setelah Ghaddafi ditembak di kaki

Selepas itu Ghadafy disahkan meninggal dunia. Namun bagaimana dia meninggal masih meninggalkan tandatanya. Seorang seorang doktor mendampingi jenazah ghadafy di ambulans mengatakan kepada AP, Bekas diktator itu mati akibat dua tembakan, masing-masing di dada dan di kepala.

Satu lagi berita mengatakan, Ghadafy ditembak tak lama setelah dia ditangkap. Penembaknya adalah seorang pejuang remaja berusia 18 tahun yang bernama Ahmed Shebani.

Dalam sekeping gambar, Shebani dijulang oleh pejuang lain setelah menembak Ghadaffi. Tangan kiri Shebani mengangkat sepucuk pistol emas yang disebut-sebut milik Ghadafy. Remaja itu mengaku dialah yang merampas pistol kaliber 9 mm itu dari tangan Ghadafy lalu menembaknya.

Boleh Klik SIni

Umno kilang fitnah...

Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT

Malaysia kilang fitnah - sekarang sudah sampai keperingkat antarabangsa.

Pemimpin UMNO dan BN sangat hebat melakukan fitnah dan sekarang sudah sampai ke peringkat antarabangsa. Anya Corke seorang pelajar Wellesley College AS semalam menyfatkan fitnah yang di sabitkan terhadap dirinya sebagai satu insiden yang sangat hina dan mengejutkan.

Pelajar perempuan kelahiran Amerika ini menyatakan yang dia tidak pernah mengenali anak Guan Eng dan sesiapa sahaja di dalam keluarga Guan Eng itu. Anya menambah dia tidak pernah diperkosa oleh sesiapa dan lawatan terakhirnya keMalaysia ialah tujuh tahum yang lalu.

Anya Corke merasa simpati terhadap anak Guan Eng yang telah dijadikan mangsa fitnah itu yang dipalitkan dengan dirinya yang beliau tidak pernah berjumpa, mengenali dan mendengar nama yang disebutkan oleh pemfitnah itu.

Sebagai seorang yang berakhlak pelajar perempuan ini telah meminta media di Malaysia supaya menghormati privacy nya supaya tidak menjejaskan nama baik kolejnya, keluarganya serta Chess Federation serta badan-badan gabungannya. Anya adalah 'Grand Chess Master kelas pertama dari Hong Kong yang kini mewakili England.

Kenyataan Anya Corke ini membayangkan betapa akhlak itu menjadi elemen utama dalam kehidupan mereka walaupun beliau masih muda. Beliau memberi pengajaran kepada kita yang akhlak itu penting dan boleh menjejaskan nama baik kolejnya serta badan Chess antarabangsa yang beliau menjadi ahlinya.

Nilai inilah yang sepatutnya diambil oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan mengakui jika perlakuan kita itu tidak baik ianya akan menjejaskan nama baik parti yang mereka anggotai. Di sini UMNO tidak pernah mahu belajar yang rasuah itu akan menjejaskan nama baik parti dan perjuangannya.

Jika Anya Corke yang masih dalam belasan tahun boleh menjiwai moral yang tinggi untuk menjaga nama baik badan yang di anggotainya kenapa pemimpin dan anggota UMNO yang semuanya beragama suci Islam itu tidak mampu untuk menahan nafsu untuk mengilang fitnah yang tidak ada tolok bandingnya itu. Di sini kita lihat bukti bahawa moral itu merupakan elemen sejagat yang tidak hanya di percayai oleh mereka yang beragama Islam.

Kes memfitnah anak Guan Eng dan pelajar perempuan yang tidak dikenalinya itu merupakan fitnah yang telah dapat di kesan dengan cepat. Kita tidak tahu berapa ratuskah fitnah yang telah dilakukan oleh setengah pihak dalam kerajaan yang tidak dapat dikesan dan diketahui umum.

Sekarang orang ramai telah mula sedar yang UMNO dan BN hanya mampu untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai pemerintah dengan melakukan fitnah yang tidak terperi hinanya seperti isu yang sedang diperkatakan ramai ini.

Sekarang orang ramai sudah 'conclusive' tentang satu persepsi mereka terhadap UMNO; iaitu pengarang dan pengilang fitnah sepenuh masa untuk mempastikan musuh politiknya tersungkur.

Dalam kes ini, pengarang fitnah ini hanya ambil mana-mana gambar secara rambang dan siarkan dalam internet dan kaitkan nama anak Guan Eng dengan gambar itu. Silapnya pemfitnah ini salah langkah dengan menyatakan perempuan itu adalah seorang pelajar SMK Heng Ee, George Town.

Ramai juga yang bertanya kepada saya bila Utusan akan membuat komen terhadap isu ini. Saya hanya menjawab, "tak taulah, kalau boleh dia nak tutup isu ini cepat-cepat". Utusan itu hanya alat propaganda sahaja"

Yang sudah pasti fitnah yang dilakukan oleh beberapa pemimpin UMNO itu sudah sampai keperingkat antarabangsa. Nama Malaysia dalam bidang fitnah memfitnah sudah menjadi terbilang. Itulah kejayaan slogan 'Malaysia Boleh'.

Berbohong boleh, memfitnah boleh, rasuah boleh dan menyalah gunakan kuasa boleh! Yang tidak boleh hanya melawan presiden UMNO, membetulkan senarai pengundi dan berkata benar. Berkata benar adalah dosa yang amat besar dalam UMNO.

Menghadapi Seorang Yang Nazak

Posted: 21 Oct 2011 03:30 PM PDT

Apabila seseorang itu dilihat dalam keadaan sedang nazak iaitu hampir tiba ajal mautnya, harapan hidup dirasakan tidak ada lagi, maka hendaklah sentiasa diperhatikan jangan ditinggalkan begitu sahaja bahkan tenangkan hatinya. Ingatlah dia kepada Allah, minta ampun dan bertaubat. Rela atas apa jua kehendak dan takdirNya, mohon agar ditetapkan iman dan husnul khatimah.

BACA SURAH YAASIN

Bacakan Surah Yaasin terhadap orang yang sedang nazak itu supaya mudah keluar rohnya dan terampun dosa-dosanya. Hendaklah dibaca dengan suara yang perlahan dan bacaan yang sederhana. Sementara itu, basahkan kapas serta diletakkan dibibirnya untuk menolong rasa dahaga yang amat sangat ketika ia sedang nazak itu. Janganlah disudukan air ke dalam mulutnya kerana ia tidak dapat lagi minum.

AJAR KALIMAH TAUHID

Apabila orang yang sedang nazak itu bertambah lemah dan tanda-tanda mati seperti hidungnya layu, kakinya kaku dan dingin, nadi bertambah lemah, segeralah ajarkan kalimah tauhid dengan perlahan dan ringkas jua. Apabila dilihat bergerak lidah seperti menuturkannya, maka memadailah dengan lafaz kalimah LAA ILAA HA ILLALLAH kali terakhir di dunia ini, nescaya tempatnya di Syurga.

PERINGATAN

Para Ulamak menerangkan ketika seseorang itu akan menemui ajal mautnya, ia semata-mata ingat sesuatu yang sering disebut dan dituturkannya, begitu juga ingatannya ialah jadikanlah ucapan kalimah tauhid itu sentiasa dibibir dan dihati. Menuturkannya mudah dan timbangan pahalanya berat.
SAH MATI

Apabila diketahui seseorang itu sah mati, maka ucapkanlah INNAA LILLAAHI WAINNAAHI RAAJIUUN. Ertinya ialah bahawa kita semua adalah kepunyaan Allah dam kepadaNyalah kita semua kembali. Hendaklah kita mendoakan agar roh simati itu dicucuri rahmat dan keampunan.

DISEGERAKAN SESUDAH MATI
  1. Dirapatkan matanya dengan diurut perlahan hingga pejam.
  2. Dilembutkan sendi-sendinya kemudian diletakkan dua tangannya diatas dada. Tangan kanan menindih tangan kiri seperti dalam sembahyang.
  3. Luruskan kedua kakinya dan dirapatkan.
  4. Rapatkan mulutnya dengan diikat bawah dagunya dengan kepala.
  5. Tukar pakaian yang sedang dipakainya jika kotor dengan yang bersih.
  6. Sediakan tempat seperti katil dimana jenazah dibaringkan.
  7. Para Ulamak berkata supaya jenazah itu dibaringkan dengan kakinya kearah kiblat sebagaimana sembahyang menelentang.
  8. Diletakkan benda yang berat sedikit diatas perutnya seperti sepasang gunting supaya perutnya tidak kembung.
  9. Tutuplah jenazah itu dengan kain bersih, tipis dan yang cantik sebagai menghormatinya.
  10. Ditempatkan jenazah itu ditempat yang mudah diziarahi ramai untuk membaca ayat-ayat suci dan juga berdoa.
  11. Simpanlah gambar-gambar dan yang berupa patung dan sebagainya.
  12. Kalau ada cermin, hendaklah ditutup dengan kain.
Sumber...

Tiada ulasan: