shalehudin |
- Nampak sangat orang tak berkenan kat hang Berahim oii... kahkahkah...
- Sapa tak kenai Mahathir Mohamad
- Buang masa betoi la Anwar nih... haha...
- Berita yang gerun bila pikiaq...
- Buatlah sementara hampa belum mampoih... huhu...
- Tak baik woii dok gempaq Najib camni... haha...
- Bolehkah berkahwin dengan orang bunian?
- Kita ni sapa nak kata TUNGGU...
Nampak sangat orang tak berkenan kat hang Berahim oii... kahkahkah... Posted: 19 Oct 2011 08:51 AM PDT Kesian kat Berahim, kesian lagi aku kat PERKASA... kahkahkah... Orang bila dah pelawa mai rumah, tapi habaq awai awai jangan bersembang... nampak sangat la kata orang meluat atau tak suka ngan perangai kita... haha... Camtu la jugak bila PERKASA dijemput sertai HIMPUN tapi boss dia tak boleh berucap... Kahkahkah... Buat malu ja, join tapi tak boleh nak berucap. Tak tau sebab musabab yang sebenar lah pasai apa si Berahim ni tak dibenarkan berucap dalam himpunan sejuta umat nih... Takkan pasai mulut berbau kot... kahkahkah... Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali kata beliau tiada masalah dengan penganjur Perhimpunan Sejuta Umat yang tidak mahu beliau berucap dalam perhimpunan 22 Oktober. Yang syok tu, dan lagi kata dia pun tak minat nak berucap... sedangkan seantero Malaya dah tau, si Berahim ni pantang jumpak pentas, mesti nak angkat keris punya... kahkahkah... |
Sapa tak kenai Mahathir Mohamad Posted: 19 Oct 2011 04:40 AM PDT Antara Kisah Silam Mahathir Dan Pelacur.... Akhirnya manusia bernama Mahathir bersuara,barangkali kerana merasakan suara itu ada sakti untuk memperbodohkan mereka yang sudah lama bodoh kerana membiarkan BN terlalu lama memerintah.Apa lagi yang ingin Mahathir suarakan pasal raja-raja Melayu kerana selama ini Mahathirlah raja segala raja.Rajanya Mahathir kerana tidak ada rakyat dibawah yang pernah mendengar Raja menegur Mahathir selama dia menjadi Perdana Menteri. Bahkan sewaktu Mahathir menjadi Presiden UMNO, terpahatlah sebuah filem panjang pada perhimpunan agung UMNO bila habis segala yang ada pada tubuh Raja-Raja Melayu cuba ditelanjangkan.Walaupun sebelum tahun 1983 dalam era 70an Mahathir cukup lantang membicarakan soal Melayu.Antaranya dalam buku The Malay Dilemma kata Mahathir:"Pertama kali terlintas difikiran ialah kebanyakan orang Melayu berfikiran feudal dan senang dengan keadaan demikian.Satu revolusi yang bermula dengan menyebarkan fahaman menghancurkan institusi Raja yang sudah lama wujud akan gagal.Ia tidak akan dapat sokongan majority dari orang-orang Melayu yang berfikiran kolot.Bagaimana pun,Raja-raja Melayu tidak menyusahkan orang Melayu dan orang-orang lain.Perbelanjaan memanglah tinggi untuk mengekalkan institusi Beraja ini,tapi oleh kerana dipisahkan dari kuasa,Raja-raja ini tidaklah melakukan kezaliman.Disamping itu,Malaya tanpa Raja-raja akan memungkinkan kegerhanaan penuh terhadap nasib bangsa Melayu." Kalau perhatikan kata di atas sewaktu Mahathir dipecat dari UMNO dan berceramah atas pentas PAS maka barangkali jika ada anak yang selain keturunan Sultan yang layak menjadi raja maka Mahathirlah orangnya.Tapi selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri dan merangkap pula sebagai Menteri Kehakiman (sebelum peristiwa pemecatan Tun Salleh Abbas dan hakim-hakim lain) sayu sudah nada perjuangan Melayu beliau. Isu Gomez yang bukan Melayu diangkat dan dijulang buat menghilang dan menelanjangkan kuasa Raja-raja Melayu. Isu Al-Marhum Sultan Johor memukul Gomez ditimbul buat memukul kekebalan seluruh Raja-raja Melayu. Natijahnya hilanglah sudah kekebalan Sembilan Raja-raja Melayu yang berdaulat. Kata-kata Al-Marhum Ust Fadhil Noor benar: "Jangan kita buang baju besi yang ada pada Sultan dan pakaikan pada UMNO kerana UMNO memang sudah kebal."Lalu berulanglah sejarah Raja Melaka, kerana Si Ketol dan Raja Mandaliar yang menjadi biang keladi habis luluh lantak seluruh pemerintahan! Bayangkanlah sebuah parti yang terkenal dengan Hidup Melayu akhirnya sanggup menjadikan medan perhimpunan agungnya untuk menghimpunkan segala kalimah caci maki pada Raja-raja Melayu!Tidakkah ini merupakan pengkhianatan UMNO pada Raja-raja Melayu.Barangkali Mahathirlah yang paling kurang ajar kerana menjadikan ahli UMNO juga kurang ajar sepertinya yang sanggup menghina Raja-raja Melayu.Bahkan ada pemimpin UMNO yang lebih dahsyat kurang ajarnya bila melarikan anak raja,yang tidak pernah dipanggil kurang ajar oleh Mahathir kerana Mahathir memang kurang ajar untuk menilai mana yang baik dan juga buruk! Kata Mahathir,Dr Aziz Bari kurang ajar,memang Aziz Bari kurang ajar kerana kurang tahunya pensyarah undang-undang itu untuk mengajar Mahathir yang paling biadap itu.Aziz Bari ialah orang akademik yang telus,yang bukan seperti sesetengah sejaratawan(sejarah tak ketahuan) yang boleh digelapkan dengan fulus.Barangkali Mahathir sangat dendam pada Aziz Bari yang berjuang meletakkkan undang-undang pada tempatnya.Melalui buku dan syarahannya Dr Aziz Bari banyak mencelekkan mereka yang telah dibutakan oleh UMNO tentang undang-undang.Termasuklah beliau barangkali yang pertama telah menyebutkan frasa Islam agama bagi persekutuan dalam perlembagaan itu sudah cukup kuat untuk membolehkan perlaksanaan hukuman Hudud,Qisas dan Takzir. Bagi penulis Aziz Bari itu ditakuti bukan sekadar kerana keberanian menegur dan pada ilmu beliau jujur, tetapi juga kerana beliau ialah ahli akademik yang cakna pada apa yang sedang berlaku pada Negara.Beliau terlalu sensitive terhadap masa depan bangsa,tanah air dan juga Islam terutamanya.Bahkan dalam soal PAS juga Aziz Bari mahu lihat parti ini lebih kompetitif untuk berhadapan dengan UMNO hingga mengundang kritikan yang terlalu pedas dari SEGELINTIR ahli PAS yang berfikirnya malas!Mungkin Aziz Bari itu benar tulin Melayunya hingga tidak sanggup melihat Melayu itu dimanipulasikan oleh politikus yang terlalu rakus,kerana itulah beliau sangat sensitif dan responsif. Bukan seperti Mahathir yang memang tidak terluka dengan kehancuran Melayu kecualilah bila menganggu kroni politik atau kerabatnya sahaja,barangkali kerana 'negaratawan'(orang yang menjadikan Negara tak ketahuan) itu bukan asli Melayunya! Bahkan bukan cerita baru bila Mahathir bertindak secara jalan belakang dalam membelakangi kebenaran dengan mematikan karier individu yang cuba menegakkan kebenaran.Antaranya ialah pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara.Dato Seri Anwar Ibrahim lebih teruk lagi,bukan sekadar dipecat dengan jalan belakang,bahkan dituduh main belakang. Mungkin Mahathir lupa untuk pandang belakang,kerana barangkali dia lebih rela generasi depan meludah dalam lonkang bila mendengar namanya suatu hari nanti! Mahathir merasakan dirinya terlalu tinggi hingga kalamnya barangkali lebih mulia dari kalam Allah.Sebab itulah banyak pasal hukum dan sunnah sanggup dicaci tanpa taubat dan penyesalan.Kata Tok Guru, sayang kerana dia hanya pandai dunia,tapi tidak akhirat,pandai bab ekonomi tetapi tidak ada Islam.Mungkin doa Al-Marhum Ust Fadhil sudah diangkat tinggi dan diperkenankan Allah,agar nanti Mahathir tahu tingginya kuasa Allah untuk menghancurkan Ahzab moden yang bernama UMNO.Mahahtir pasti menjadi saksi,betapa UMNO pasti akan lebih hina dari nasi yang basi,orang bukan takkan sanggup suap,dengar bunyi UMNO pu n nanti orang akan meluat. Ketahuilah Mahathir betapa mungkin pelacur di Lorong Hj Taib pun akan sumpah seranah UMNO,kerana hebatnya Negara kebajikan UMNOlah akhirnya mereka melarat sampai jual tubuh.Setidaknya mereka lebih mulia dari UMNO kerana apa yang mereka lakukan hanyalah melibatkan kezaliman pada diri mereka sendiri,tetapi pemimpin UMNO itu zalimnya bukan pada diri sendiri,tapi pada hampir 27juta Rakyat Malaysia!Banyak lagi sebab kenapa pelacur di situ lebih mulia dari Mahathir,kerana mereka hanya jual tubuh,tapi UMNO jual agama,bangsa dan Negara!Barangkali pelacur di Lorong HJ Taib melacur kerana jahil atau ada kisah silam mereka yang tidak diketahui kenapa mereka jadi begitu,tetapi kisah silam Mahathir yang memuramkan Islam di Malaysia barangkali semua orang dah tahu….Bertaubatlah Mahathir,pintu taubat Allah MASIH terbuka luas untuk anda!!! http://kiyaiharaki.blogspot.com |
Buang masa betoi la Anwar nih... haha... Posted: 19 Oct 2011 01:00 AM PDT |
Berita yang gerun bila pikiaq... Posted: 18 Oct 2011 11:00 PM PDT Anggota polis hadapi dua pertuduhan KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis Methamphetamine ke dalam badannya. Bagi pertuduhan pertama Rozali Hassan, 38, didakwa melakukan kesalahan itu di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Brickfields pada 10 pagi, 25 Okt tahun lepas mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan. Rozali, yang kini digantung tugas, juga menghadapi pertuduhan gagal menyerahkan semula sepucuk pistol jenis Stayer bersama 12 butir peluru kepada pegawainya di Stor Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada 8.45 pagi 19 Mei lepas. Dia dituduh mengikut Seksyen 8 (6) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Peguam M. Mathavan, yang mewakili Rozali, merayu dikurangkan wang jaminan RM3,000 dikenakan ke atas tertuduh untuk tuduhan pertama dan RM6,000 tuduhan kedua kerana anak guamnya tidak berkemampuan. Majistret Siti Shakirah Mohtarudin kemudian membenarkan Rozali diikat jamin RM2,000 bagi pertuduhan pertama dan RM4,000 tuduhan kedua dengan seorang penjamin serta menetapkan 18 Nov untuk sebutan semula kes. - Bernama |
Buatlah sementara hampa belum mampoih... huhu... Posted: 18 Oct 2011 09:00 PM PDT Pi mai pi mai isu sex juga jadi bahan fitnah, otak UMCO penuh dengan sex Agaknya semua dah dengar fitnah terbaru UMCO mengenai kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah membayar kepada seorang budak perempuan sebanyak RM200 ribu. Bayaran tersebut ialah untuk dua belah buah dada yang diramas oleh anak Guan Eng. Sebelah buah dada dinilai RM100 ribu. Wang itu dibayar oleh pemaju perumahan. Kah kah kah... Cerita yang direka tu bodo takdak dah, tapi tetap dijaja dalam semua blog-blog UMCO dalam usaha untuk menipu rakyat menjelang pilihanraya. Macam kita dok kata, FITNAH adalah rukun nombor satu UMCO... depa kalau tak fitnah untuk satu tempoh masa rosaklah aqidah UMCO depa, macam orang Islam kalau tolak kalimah shahadah maka jatuh murtad. TS tak tertarik langsung cerita isu buah dada bernilai RM200 ribu tu, tapi yang TS tertarik ialah.. semua isu yang UMCO main, alih pi alih mai..SEX SEX SEX. Dalam kepala hotak UMCO penuh dengan sex. Kisah Anwar tak terkiralah semuanya sex, lagi dakwaan dua ADUN PAS berzina dalam keretapi, lepas tu phone sex Mat Sabu... semua jalan cerita bangang dan bengong, jangankan kepala hotak, kepala lutut pun takleh nak terima... Kesianlah aku tengok UMCO makin dekat dengan pilihanraya makin jadi sasau merapu meraban. Jangan terkejut kalau lepas ni ada pulak video sex Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Hadi Awang... ehhh jangan pelik, puak2 tu sanggup buat apa saja untuk fitnah Pakatan Rakyat, tak dak dalam perkiraan mereka dosa pahala. Buatlah sementara hangpa belum mampoih.. masuk kubog baru hangpa tahawan... |
Tak baik woii dok gempaq Najib camni... haha... Posted: 18 Oct 2011 07:00 PM PDT |
Bolehkah berkahwin dengan orang bunian? Posted: 18 Oct 2011 05:00 PM PDT Datuk Dr Haron Din Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian. 1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku? 2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam? Halimatussaadiah Bota, Perak Jawapan 1 Puan, Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya): "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T." Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia. Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility). Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba' (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya. Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra' ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan berbagai-bagai cara. Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan tadi (ibu bapa Puteri Balqis). Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud, "Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin." Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus. Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah s.a.w untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan. Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 87 (mahfumnya): "Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya". Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan. Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia. Jawapan 2 Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma' bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh. Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas. Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah SWT. Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka? Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Wallahu a'lam. |
Kita ni sapa nak kata TUNGGU... Posted: 18 Oct 2011 03:30 PM PDT Hudud: Bertanyalah pada yang arif ALLAH SWT berfirman menerusi ayat 43 surah an-Nahl dan ayat 7 surah al-Anbiya yang bermaksud: "Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli ilmu (tentang urusan agama) jika kamu tidak mengetahuinya." Ahli ilmu agama boleh dikategorikan sebagai para alim ulama seperti para mufti, ustaz/ustazah yang berkebolehan, para pendakwah, pensyarah universiti/kolej, para imam yang berkelayakan dan apa pun namanya, asalkan mereka mampu memberi jawapan atau tunjuk ajar yang betul untuk memahami Islam. Ia merupakan perintah Allah SWT agar umat Islam berbuat demikian bagi menjernihkan keadaan untuk merungkai sesuatu permasalahan bersifat sejagat agar dapat mengelak daripada disalah-tafsirkan oleh individu yang tidak berkenaan yang tidak memahami tuntutan ajaran agama dengan gambaran yang sebenar seperti yang dikehendaki al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. Ajaran Islam Banyak isu yang membabitkan persoalan agama sejak akhir-akhir ini khususnya berkaitan isu hukum Hudud yang cuba ditafsirkan oleh golongan tertentu seperti artis, budayawan dan sebagainya. Penyalahtafsiran mengenai hukum itu akan menyebabkan implikasi terhadap institusi keagamaan dalam negara kita ini seperti Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu di seluruh negara. Ini kerana mereka adalah ketua agama dan juga menyeret para mufti atau alim ulama dalam pelbagai disiplin ilmu mereka yang sepatutnya diberi penghormatan dan diterima segala nasihat dan pandangan mereka selagi mana ia tidak menyanggah dan menyalahi ajaran agama Islam yang menjadi teras kepada negara. Inilah kesalahan pemimpin yang memerintah sejak merdeka, mereka gagal untuk memberi penjelasan sebenar mengenai hudud hingga ia dijelaskan oleh golongan artis, sedangkan zaman canggih ini dengan pelbagai teknologi IT, kerajaan mampu mendepani isu hudud dengan memberi penerangan dan penjelasan sewajarnya. Apa yang dikesalkan ialah sikap wartawan yang cuba mendapatkan komentar para artis seperti dalam laporan di muka surat Zass Cer Cerita bertarikh 5 Oktober 2011 (Rabu) iaitu lampiran daripada akhbar Sinar Harian dengan tajuk perbincangan; Hudud: Wajar atau tidak? Ruangan yang dikendalikan oleh Marina Sahabudin, penulis tidak berniat untuk memperkecil peranan wartawan, tetapi isu hudud ini agak sensitif dan berkait dengan masalah agama, justeru sepatutnya pandangan artis tidak boleh dijadikan ukuran untuk menyelesaikan polemik ini. Sepatutnya soalan seumpama itu yang menanyakan wajar atau tidak, bukan hak mutlak individu manusia untuk mempertikaikannya, kerana ia adalah hukum Allah, yang terima dapat pahala yang menolak berdosa besar dan bermasalah pada hari kiamat. Terdapat enam artis termasuk yang bertudung kepala yang ditanyakan masalah hudud dengan jawapan yang sungguh mengecewakan banyak pihak terutama mereka yang berlatarbelakangkan bidang keagamaan dalam pelbagai disiplin ilmu agama. Apa yang dikesalkan dan dibimbangi pandangan artis itu mungkin sebahagiannya akan dijadikan rujukan anak-anak muda yang mengambil jalan singkat untuk menolak hudud. Justeru, tanyalah kepada ahli ilmu jika benar-benar kamu mahu mengetahui jawapannya. Tanpa mereka bahawa banyak jenayah melibatkan pembunuhan dan sebagainya adalah kerana kegagalan undang-undang manusia untuk menanganinya. Apa pun penulis ingin menegaskan di sini, bahawa pelaksanaan hukum hudud bukanlah agenda politik PAS, akan tetapi ia adalah satu arahan yang wajib dilaksankan oleh segenap individu Muslim tanpa mengira latar belakang kedudukan, jawatan, pangkat, pemimpin, rakyat biasa, kerana ia telah ditegaskan Allah dalam al-Quran lebih 14 abad lalu, lebih lama daripada masa Malaysia mendapat kemerdekaan daripada British yang menjangkau 54 tahun. Penulis ucapkan syabas kepada ABIM dan PKPIM yang mengambil peranan dan kesempatan menganjurkan seminar hudud bagi member penjelasan sebagai satu badan bukan kerajaan yang bebas daripada pengaruh PAS, semoga ia dapat diteliti oleh umat Islam agar memudahkan kita semua untuk menjawab persoalan Allah pada hari kiamat kelak, di bawah ini adalah kenyataan rasmi ABIM-PKPIM: "Bagi kaum Muslimin yang menginsafi hakikat bahawa al-Islam adalah al-din yang harus diterima secara kaffah, utuh dan menyeluruh (akidah dan syariatnya), pelaksanaan hukum hudud adalah suatu tanggungjawab keagamaan. Justeru, ia adalah bahagian daripada undangundang jenayah (al-'uqubat) yang menjadi salah satu komponen utama syariat Islam. Demikianlah hakikatnya, pelaksanaan hukum hudud harus dilihat sebagai bahagian integral daripada proses pelaksanaan syariat (tatbiq al-shariah) keseluruhannya, meliputi segala bidang cakupannya. "Syariat adalah cara hidup yang lengkap (the complete way of life) yang mengatur segala dimensi kehidupan manusia: hubungannya dengan Tuhan dan hubungannya dengan sesama manusia sebagaimana yang diperincikan dalam pelbagai disiplin ilmu seperti ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. Hukum-hakam "Dengan demikian konsep pelaksanaan syariat harus difahami dalam pengertian luas, termasuk dimensi hukumhakamnya, semangatnya, akhlaknya, dan maqasidnya iaitu objektif pemeliharaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Malang sekali andainya pelaksanaan syariat direduksikan menjadi hanya sekadar hukum "potong tangan" dan "rejam". Dalam menyikapi hukum Ilahi (termasuk hudud) umat Islam tidak mempunyai pilihan selain patuh (sami 'na wa ata 'na), menepati ikrar raditu bi 'llahi Rabban (aku reda dengan Allah sebagai Tuhan) yang berimplikasi kerelaan menerima hukum-hakam-Nya, dan pengakuan bahawa ia adalah hukum yang terbaik dan teradil. "Dalam hal ini akal manusia harus tunduk kepada wahyu, menerima hukum Tuhan seadanya, bukan memandaimandai memperlekeh dan mempersenda hukum yang telah ditanzilkan oleh Tuhan Ahkam al-hakimin sebagai hukum yang barbarik dan zalim. Manusia mukmin sebijak mana pun seharusnya menerima hakikat bahawa Tuhanlah yang Maha Tahu apa yang membawa kebaikan dan apa yang membawa keburukan (…ya 'lamu al-mufsida min al-muslih). "Apa yang ditentukan oleh Tuhan, itulah keadilan. Tuhan tidak berkepentingan ketika menentukan sesuatu hukum, tidak seperti manusia yang selalu membuat peraturan-peraturan yang didasari motif memelihara kepentingan diri dan kelompok." |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan