Rabu, 19 Oktober 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Lawak Bajet 2012

Posted: 19 Oct 2011 07:39 AM PDT


Siang tadi singgah minum kopi di warung berdekatan pasar, terdengar perbualan beberapa rakyat marhaen yang muda-muda. Mereka bersembang tentang bajet 2012. Mereka duduk di meja berdekatan dan membicarakan secara santai tentang bajet bebaru ni.

Isu yang masih panas beb!! Panas, rancak dan lawak.... Hahahaha... geli hati aku dengar komen-komen mereka tentang bajet tu.

Antara yang menggelikan hati ialah perumpamaan yang mereka berikan kepada Bajet Najib dan Bajet Pakatan Rakyat. Kata deme...

Bajet Najib macam Bajet ED@Erectile dysfunction. Mati Pucuk beb!! Manakala, bajet Pakatan Rakyat pulak Bajet Tongkat Ali.

Ada ler pulak soalan yang dikemukakan. Mengapa kamu kata Bajet Najib macam tu??

Bajet Najib.... nampak macam gagah tetapi sebenarnya misi sukar untuk dilaksanakan dalam keadaan semua orang tahu kerajaan tengah pokai. Nampak jer gah sebenarnya layu... Bajet untuk eksen jer. Nak pilihan raya ler katakan.

Sebaliknya, kata mereka... Bajet Pakatan Rakyat pulak lebih realistik. Lebih berhemah. Jika mereka dapat rampas Putrajaya dalam PRU13 nanti... pasti melotop punyer, jika semua perancangan dapat dieksekuitkan. Bajet Pakatan Rakyat.... POWER beb!! Power Tongkat Ali!! Semua orang dapat merasainya nikmatnya nanti.

Mereka kata, contoh dah ada depan bijik mata. Kejayaan Pakatan Rakyat mengurus ekonomi di negeri-negeri yang mereka kuasai amat meyakinkan dan menbanggakan. Tabik Hitler demer pada kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat tu yob!!

Ituler bualan anak-nak muda... tetapi orang-orang tua mencemik muka. Dulu, kini dan selamanye, demer ini nyokong timbang karat parti tong taik. Tapi bukan ler semua.... ramai juga yang udah sedor. Ramai yang udah beralih ke PAS. Agaknya dah sedor... Maklumler, rumah udah suruh pergi, kubor pulak dah kata mari. Tak nak bersubahat dengan parti najis mughalazah dah kot??

Apa-apa pun, persoalannya sekarang.... bolehkah dan mampukan Pakatan Rakyat merampas Putrajaya??

Berusaha keras, doa bebanyak dan bertawakkal... insyaAllah, Putrajaya akan menjadi milik kita.

SIL tak cerdik SIL akal pendek

Posted: 18 Oct 2011 08:23 PM PDT

Khairy menulis:"mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada." - Bloglist Malaysia

Ek ele... Aku ingat dia ni ler beruk yang cerdik sikit yang dok ada dalam UMPORNO, tapi rupanya akal amat pendek. Alahai... Berok Oxpod akal pendek!!

Dan, sekarang baruler aku paham, mengapa Najib tak pilih dia untuk menjadi Timbalan Menteri dalam Kabinet Dapurnya. Pendek Akei aka Bangang rupanyer!!

Hok oloh... kalau ya pun nak burukkan Guan Eng dengan tujuan untuk menjatuhkannya, gunalah fitnah lain. Jangan ler asyik-asyik guna fitnah berbaur porno. Jemu arrr....

Ater, pesen lain ler pulak. Tepu betoi ler otak puak-puak dan juak-juak UMNO ni. Itulah bahananyer, otak kena bonsai.... tepu-bantut jadinyer!!

Weh hangpa.... sebelum nak fitnah anak Guan Eng, bukak mata dan pi google dan tengok dulu perangai anak-anak para pemimpin UMNO. Hancoq.... wa kasi tau lu!!

Lagi hangpa fitnah Guan Eng... lagi popular dia di sana. Sokongan rakyat bersamanya... Melayu, Cina India dan lelainnya, semua berada di belakangnya. Merenyut sokong dia.

Hidup Guan Eng!! Hidup Pakatan Rakyat Pulau Pinang!!

As for UMPORNO..... Mampooosss UMNO!!

Akta Hasutan untuk yang tak senada

Posted: 18 Oct 2011 06:23 PM PDT


KUALA LUMPUR, 19 Okt — Profesor Dr Abdul Aziz Bari dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis berkaitan pandangan beliau tentang titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini.

Aziz yang dihubungi memberitahu bahawa beliau telah dihubungi polis Shah Alam semalam dan diminta untuk hadir memberi kenyataan berhubung isu tersebut di bawah Akta Hasutan.

"Saya ada dipanggil polis semalam, mereka mahu menyiasat saya di bawah Akta Hasutan . . . saya akan pergi bersama peguam saya hari ini," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini kepada The Malaysian Insider. [Klik dan teruskan membaca]

Weh... laju nyer mereka panggil Dr Aziz untuk siasatan?? Mentang-mentang ler dia bercakap tak se'bahasa' dengan mereka, maka diugut ler kawan tu dengan Akta Hasutan.

Sesiapa juga yang cakap tak se'bahasa' dengan mereka ituler padahnya. But... mereka lupa, rakyat tak payah dihasut-hasut lagi. Rakyat sudah cerdik dan ada pendirian sendiri tentang isu tersebut. Rakyat sependapat dengan Dr Aziz. Dia tak buat apa-apa kesalahan pun. Saja depa nak gertak dia jer. Weh... dia bukan Profesor kangkung, ya?? Dia ada kredibiliti dan ada integriti maaa.. Dan, dia berani!! Tabik spring Prof!!

Orang macam ni ler yang mereka takut dan bikin mereka fenin kepala. Dan, mentang-mentang ler kuasa di tangan mereka, sikit-sikit guna Akta Hasutan untuk ugut rakyat yang berani seperti prof kita ini.

Isy.... tak malu betoi!! Lagi-lagi mereka guna kuasa dan guna isu yang ada kaitan dengan institusi diraja untuk aniaya rakyat yang lantang bersuara menyatakan kebenaran..... hanya kerana kebenaran itu tidak berpihak kepada mereka dan tidak menguntungkan mereka.

Weh, sudah-sudah ler tu.... Tak payah ler nak tunjuk yang korang tu setia sangat dan bertindak mempertahankan golongan raja ni. Hipokrit namanya. Raja ke, marhaen ke... kita semua hamba Allah SWT. Kita semua sama disisiNYA. Allah SWT tidak men'double standard'kan hamba-hambaNYA, baik di dunia maupun di 'sana' nanti.

Kalau di dunia, kita berdosa dan bersikap munafik, mati kalu.... hukumannya standard, beb!! Korang kena.... aku kena dan raja pun kena. Jam tu....tak der raja, tak der Piem... kita serupa beb!!

Di dunia... just becoz ada kuasa, maka bolehlah berlindung di sebalik kuasa tersebut. Tapi ingat.... dunia ini fana. Lepas tu ke alam kubur dan ke alam akhirat ler kita semua.... Dan sekecil zarah apa yang kita lakukan pun.... balasannya menanti kita di 'sana'. Tunggu jer ler habuan masing-masing.

Haisyyy..... takutnya!! Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, sesungguhnya KAU-lah yang maha Pengasih lagi maha Pengampun. Ameen.

Tiada ulasan: