Selasa, 18 Oktober 2011

shalehudin

shalehudin


Anggota polis hadapi dua pertuduhan

Posted: 18 Oct 2011 06:55 AM PDT

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis Methamphetamine ke dalam badannya.

Bagi pertuduhan pertama Rozali Hassan, 38, didakwa melakukan kesalahan itu di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Brickfields pada 10 pagi, 25 Okt tahun lepas mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Rozali, yang kini digantung tugas, juga menghadapi pertuduhan gagal menyerahkan semula sepucuk pistol jenis Stayer bersama 12 butir peluru kepada pegawainya di Stor Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada 8.45 pagi 19 Mei lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 8 (6) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam M. Mathavan, yang mewakili Rozali, merayu dikurangkan wang jaminan RM3,000 dikenakan ke atas tertuduh untuk tuduhan pertama dan RM6,000 tuduhan kedua kerana anak guamnya tidak berkemampuan.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin kemudian membenarkan Rozali diikat jamin RM2,000 bagi pertuduhan pertama dan RM4,000 tuduhan kedua dengan seorang penjamin serta menetapkan 18 Nov untuk sebutan semula kes. - Bernama

Mahathir fana dalam nikmat nyanyuk...

Posted: 18 Oct 2011 05:48 AM PDT

Apabila nyanyuk menjadi suatu kenikmatan......

Bila Dr Mahathir melabel Pakar Undang-Undang Dr Aziz Bari sebagai "kurang ajar" kerana sikapnya menegur Sultan Selangor, ini semacam satu "lawak jenaka" bagi politik Malaysia.

Pelik betul perangai Mahathir. Semua orang tidak betul. Dia sahaja betul dan bagus. Adakah ini tanda umurnya diambang sore. Mengidap sindrom kenyanyukkan?

Selama 22 tahun berkuasa, boleh dikatakan sifat dan perangai ini ada pada Mahathir. Antaranya:

Pembunuh - 14 ulamak dan orang kampung syahid di Memali.

Pendendam - 3 Timbalan Perdana Menteri dibuang. Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim.

Pelondeh - Raja Melayu dilondeh dan diaibkannya semasa krisis Perlembagaan.

Pengugut - Kerajaan Kelantan diugut kes Hudud.

Perompak - Royalti Minyak Terengganu dirompak tahun 2000.

Nyanyuk Mahathir berbeza dengan orang biasa di Malaysia. Orang biasa nyanyuknya bercakap merapu, berak kencing merata dan ingatannya sudah pudar.

Nyanyuk Mahathir pelik. Dia bercakap umpama jilat kahak hijaunya semula.

Kita bimbangkan satu masa nanti rakyat melihat Mahathir berucap di mana-mana umpama ucapan "mahasiswa Universiti Tanjung Rambutan atau Universiti Tampoi".Ya Allah...adakah ini kifarat untuk Mahathir atau doa arwah Ustaz Fadhil semakin menjadi kenyataan?"

Dr Asri ni kenen sapa pulak dahh... haha...

Posted: 17 Oct 2011 09:00 PM PDT

‎..antara perkara yang boleh mengancam akidah orang melayu ialah menganggap titah sultan atau raja itu mesti ditaati secara mutlak..tidak boleh derhaka..tidak mungkin salah..raja dan sultan diberikan kemaksuman sehingga titah mereka bagai al-Quran dan as-Sunnah yang tidak boleh dipertikaikan..ini seakan akidah yang menganggap raja adalah dewa..dalam Islam selain Allah dan rasulNya; boleh dikritik dan dipertikaikan..

Malang tak berbau...

Posted: 17 Oct 2011 07:00 PM PDT

Takkan Anwar dah merajuk kot...

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pihak pembelaan kes liwat II melibatkan Anwar ngan si Saiful, budak bancuh kopi dia hari ni mengambil keputusan utnuk tidak memanggil saksi baru.

Pihak pembela yang dah macam ngan tak sabaq sabaq untuk memenjarakan Anwar sebaliknya membuat permohonan untuk memanggil 4 orang saksi bagi menyanggah keterangan yang dibuat oleh pakar ortopedik Dr Thomas Hoogland.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata beliau akan mendengar keterangan itu esok.

Takkan Anwar dah merajuk ngan keADILan mahkamah 1Malaysia kot...

Tiada ulasan: