Selasa, 18 Oktober 2011

Addin

Addin


Akibat Berterusan Di Tindas Umno BN, 27 Orang Sertai PAS

Posted: 18 Oct 2011 06:00 AM PDT

Seramai 27 orang penduduk kampung Sungai Koyah, DUN Sukau menyertai PAS kerana tidak sanggup terus ditindas dan dirampas hak mereka. Bagi membuktikan kesungguhan dan keinsafan, mereka telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah. "Tanah yang kami terokai, hutan belantara yang kami bersihkan, pokok-pokok yang kami tebang , lalu kami tanam dengan pokok sawit dan kami menetap di sini, selama lebih 20 tahun, tiba-tiba dikatakan ini hak orang lain, hak taukeh Cina," kata Udin Yunos yang mengetuai 27 penduduk menyertai PAS.

Tambah Udin, pendudu kampung dianggap sebagai penceroboh sedangkan mereka yang memasuki tanah dengan cara yang ditetapkan oleh Jabatan Tanah; memohon pemilikan ke atas tanah serta membayar premium yang sewajarnya, mendapat kebenaran dan sokongan JKKK dan mantan Adun Sukau, Datuk Zaki Gusmiah di era pemerintahan BERJAYA.

"Ketika itu, Datuk Zaki kata, siapa buka tanah dengan memohon di Jabatan Tanah Kota Kinabatangan; dia tanam dan dia tinggal di situ, maka dialah punya tanah itu. Tetapi setelah tanah yang kami usahakan dengan kudrat dan airmata kami mendatangkan hasil, macam mana boleh menjadi hak orang lain? Lagipun kami juga selalu berurusan di pejabat tanah, bukan di kaki lima," jelas seorang rakannya.

Tanah yang dibuka pada tahun 1987 dan telah ditanam sawit sejak 1991 dan telah mendatangkan hasil itu kini dikatakan menjadi milik individu Cina dan mereka dipaksa keluar daripada tanah tersebut. Lebih menyedihkan lagi, individu Cina yang mengatakan tanah yang telah diusahakan dan dipohon penduduk kampung sebagai milik mereka, telah menggunakan pihak keselamatan untuk menganiaya dan menghalau pendudu.

Sejak tahun 2001, sejarah hitam mula terlakar apabila 13 buah rumah penduduk kampung Koyah Bersatu telah dirobohkan dan kayunya diangkut keluar; hasil tanaman dirampas oleh individu Cina berkenaan yang kononnya mendapat perintah mahkamah. "Kerajaan selalu janji mau basmi kemiskinan, tapi kalau rumah yang kami duduk pun di roboh, sedangkan kalangan kami ini mempunyai anak-anak yang masih belajar dan anak yatim, macam mana mau basmi kemiskinan?" soal Udin dengan nada kesal.

Sementara itu, Haji Hamzah, dalam ucapannya menyeru penduduk Koyah Bersatu bangkit menentang kezaliman UMNO dan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh pemimpin yang mengutamakan kekayaan peribadi dan membiarkan rakyat bawahan terus ditindas. "Dalam kepayahan tuan-tuan mempertahankan hak, mana pemimpin Barisan Nasional? Berapa kali ADUN Sukau yang ada sekarang ini datang untuk membantu tuan-tuan? SedangKAN sudah puluhan tahun tuan-tuan bergelut dengan kezaliman ini?" soal Hj Hamzah.

Kata Haji Hamzah, umat Islam jangan terlalu dayus dengan membiarkan diri mereka diperhambakan untuk pemimpin Barisan Nasional yang hidup serba mewah di dalam genangan kolam air mata rakyat yang serba serbi miskin. "Kita yakin dengan penyertaan dan keazaman tuan-tuan untuk bersama dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), akan membuka mata pemimpin BN," jelas Haji Hamzah lagi.

Haji Hamzah yang diiringi Yang Dipertua PAS Kinabatangan dan Setiausaha Pemuda PAS Sandakan, Mustaman Mustin turut menyakini dokongan ini akan melonjakkan PAS untuk lebih gagah menentang BN di DUN Sukau pada pilihanraya Umum ke 13 nanti./sabahkini


BN Pulau Pinang Makin Berpecah

Posted: 18 Oct 2011 12:49 AM PDT

Ketua Umno : Rakyat Tolak MCA Dan Gerakan

PETALING JAYA - Umno Pulau Pinang menegaskan BN tidak akan mampu merampas Pulau Pinang jika Gerakan dan MCA terus ditolak pengundi dalam pilihan raya ke 13 nanti. Ketua Umno Bukit Gelugor Datuk Omar Faudzar berkata, Gerakan dan MCA kalah besar dalam pilihan raya umum 2008.

Menurutnya, Umno cuma kalah empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 15 yang ditandingi dan dua dari empat kerusi Parlimen pada 2008. "Tetapi kemenangan Umno sendirian tidak cukup kerana Gerakan dan MCA kalah semua kerusi yang mereka bertanding.

"Prestasi kedua-dua parti itu sangat buruk dalam pilihan raya umum 2008. Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN" katanya hari ini. Omar mengulas keyakinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BN mampu merampas Pulau Pinang dalam pilihan raua umum akan datang.

Najib membuat kenyataan demikian ketika berucap merasmikan perasmian perhimpunan agung Gerakan di Kuala Lumpur semalam.

Janji Umno kepada Gerakan, MCA

Ketua Umno Bukit Gelugor itu juga mengulas kenyataan Najib bahawa pemimpin Umno tidak akan dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang dalam pilihan raya umum akan datang. Omar berkata, Umno telah membuat perjanjian dengan Gerakan dan MCA bahawa parti orang Melayu itu tidak akan menjadi Ketua Menteri.

"Umno akan berpegang teguh dengan janji yang telah dibuat dengan Gerakan dan MCA itu," tambahnya. Sementara itu, Ketua Umno Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Umno bercadang bertanding lebih banyak kerusi DUN dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, ini kerana prestasi baik yang ditunjukkan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang. Mengenai Gerakan dan MIC, Musa berkata, kedua-dua parti berkerja kuat untuk mendapatkan semula sokongan pengundi Cina.

"Ada kemungkinan mereka akan menang semula dalam pilihan raya umum ke 13 kelak," tambahnya. Pakatan Rakyat merampas Pulau Pinang setelah menang besar dalam pilihan raya 2008./fmt

Addin :

Umno cakap berdolak dalik..dulu tuntut jawatan KM. Sekarang tidak pulak.. tapi cadang Umno tanding banyak kerusi. Apa makna semua ni?? Eloklah MCA dan Gerakan keluar BN, biar tinggal Umno sendirian. Umno kaki kelentong!!

Peneroka Buat Aduan Perlantikan Isa Samad Kepada SKM

Posted: 18 Oct 2011 12:21 AM PDT

KUALA LUMPUR - Sebuah NGO pro peneroka – Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) – membuat aduan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berhubung perlantikan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang baru. Presiden Bangkit, Abdul Rahman Ramli dalam aduannya berkata Isa tidak layak memegang jawatan itu kerana beliau bukan ahli KPF yang keahliannya hanya terhad kepada peneroka atau kakitangan tetap Felda sahaja.

"Kedudukan Tan Sri Isa hanyalah bertaraf kontrak, justeru perlantikan beliau adalah bertentangan dengan undang-undang koperasi dan menyalahgunakan kuasa," katanya dalam memorandum aduan yang difailkan di pejabat SKM di sini pagi tadi. Katanya, perlantikan itu bertentangan dengan Akta Koperasi 1993 (pindaan 2007) kerana mengangkat dirinya sendiri dan mengambil alih jawatan yang sebelum ini disandang Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.

Beliau turut mempersoalkan tindakan KPF menerima Isa sebagai ahli pada 22 Jun lalu sedangkan matlamat asal penubuhan KPF adalah memberi peluang secara adil kepada warga Felda untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat Felda. Kira-kira 20 peneroka Felda sekitar Pahang, Negeri Sembilan, dan Terengganu turut tampil ke pejabat SKM dan aduan itu diterima pegawai SKM, Mulidan Ilyas.

Mahu Isa disiasat

Mereka turut mengemukakan tuntutan tribunal supaya SKM menyiasat pelantikan dan kedudukan Isa dalam KPF. Sementara itu, Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata pihaknya akan melancarkan 'Gerakan Mansuh Tan Sri Isa Samad' (ISA 2) bagi membantah perlantikan Isa sekaligus mendesak supaya kontraknya ditamatkan serta-merta.

"Kita akan mengumpul beberapa tanda tangan daripada peneroka dan kemudiannya akan serahkan memorandum berkenaan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebelum sidang Parlimen selesai bulan depan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Isa sebelum ini dipersoalkan perlantikannya sebagai Pengerusi KPF kerana tidak menepati syarat walaupun dipersetujui melalui mesyuarat Lembaga Pengarah. Lantikan itu juga menjadi kontroversi apabila jawatan asal yang disandang Dzulkifli yang ketika itu sedang menunaikan umrah diketepikan sama sekali.

Mazlan sebelum ini juga menyatakan kebimbangannya pelantikan Isa itu dikhuatiri menjadi 'pintu belakang' bagi membolehkan 51 peratus ekuiti KPF bernilai RM398.32 juta dalam Felda Holding dibawa masuk kedalam Felda Global Ventures Holding (FGVH) untuk pelaburan luar negara./fmt


Najib Razak Anak Derhaka?

Posted: 17 Oct 2011 11:39 PM PDT

Pada 27 November 1975 Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussien memberitahu parlimen setiap negeri yang ditemui minyak sama ada di laut atau daratan berhak mendapat royalti 5 peratus. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, sepatutnya Perdana Menteri yang ada sekarang menghormati pendirian dibuat bapanya sendiri."Kalau bapa sendiri tidak dihormati apa pula orang lain. Sepatutnya dengan slogan 1Malaysia hak kepada Kelantan patut diberi. "Ketika Kelantan menyertai Tanah Melayu pada 1957 ada hak-hak yang diberi kepada Kelantan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohamad Mustafa (PAS-Demit) pada persidangan Dun hari ini.

Manakala Tan Sri Ghasitah Ghadam ketika menjawab soalan Senator Datuk Hassan Harun di persidangan Dewan Negara juga pernah memberitahu royalti menjadi hak Kelantan sekiranya minyak dan gas ditemui di mana-mana kawasan pelantar benua negeri berkenaan. Malah ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada 21 November 1983, Tan Sri Muhamad Yaacob pula menyebut negeri ini dan pusat berhak mendapat royalti petroleum 5 peratus.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan berkata, ucapan Menteri Besar Kelantan dan Tun Razak boleh dilihat pada hansard Dewan. Oleh itu katanya berdasar kepada laporan Petronas dan laman web Malaysia Thailand Joint Authority pada 6 Mei 2005 nilai pengeluaran minyak dan gas di perairan Kelantan sebanyak RM175 juta.

Dan pada 2010 pengeluaran minyak meningkat kepada 60,000 tong sehari. Manakala pengeluaran minyak dan gas di kawasan Joint Development Area (JDA) pula dalam tempoh enam tahun sebanyak RM22.7 bilion. "Berdasar kepada jumlah pengeluaran itu dan royalti sebanyak 2.5 peratus bermakna Kelantan akan mendapat sebanyak RM567 juta. "Itu belum lagi diambil kira dengan kawasan carigali minyak perairan Kelantan yang bertindih dengan Vietnam. Tentunya jumlah tunggakan lebih besar lagi," katanya.

Husam juga mendedahkan kerajaan Malaysia sehingga kini tidak menetapkan garis sempadan perairan di antara Kelantan dan Terengganu sehingga menyebabkan banyak telaga minyak berada di kawasan bertindih. Menurutnya telaga Bintang, Lawik yang sudah diteroka sejak 25 tahun berada di kawasan bertindih di antara Kelantan dan Terengganu.

Dan baru-baru ini kerajaan Terengganu mendapat royalti sebanyak RM936 juta, yang sepatutnya juga diberi kepada Kelantan. "Manakala telaga PM301 dan PM302 benar-benar berada di perairan Kelantan tidak bertindih dengan mana-mana pihak lain kini mempunyai 16 telaga. "Sebanyak 12 telaga telah digerudi dan empat lagi dijadikan rezab untuk carigali pada masa akan datang," ujarnya pada penjelasan terperinci kepada ahli Dewan.

Menurutnya juga berdasar kepada penemuan minyak tersebut jumlah tunggakan royalti yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan sebanyak RM6 bilion. Kata beliau juga usaha kerajaan negeri untuk mendapatkan dokumen lengkap mengenai pengeluaran minyak di perairan Kelantan ditolak Mahkamah Tinggi baru-baru ini.

Bagaimanapun Husam berkata, tuntutan mendapat royalti bukan perkara mustahil memandangkan wilayah Bengkalis di Indonesia juga tidak pernah bermimpi mendapat royalti sehingga 70 peratus seperti dinikmati sekarang. Menurutnya selepas berlaku reformasi di Indonesia peratusan royalti kepada Bengkalis dinaikkan kepada 70 peratus.

Begitu juga katanya Kelantan akan mendapat hak royalti sebanyak 20 peratus sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada masa akan datang. Husam juga mendedahkan kerajaan Malaysia sehingga kini tidak menetapkan garis sempadan perairan di antara Kelantan dan Terengganu sehingga menyebabkan banyak telaga minyak berada di kawasan bertindih.

Menurutnya telaga Bintang, Lawik yang sudah diteroka sejak 25 tahun berada di kawasan bertindih di antara Kelantan dan Terengganu. Dan baru-baru ini kerajaan Terengganu mendapat royalti sebanyak RM936 juta, yang sepatutnya juga diberi kepada Kelantan. "Manakala telaga PM301 dan PM302 benar-benar berada di perairan Kelantan tidak bertindih dengan mana-mana pihak lain kini mempunyai 16 telaga.

"Sebanyak 12 telaga telah digerudi dan empat lagi dijadikan rezab untuk carigali pada masa akan datang," ujarnya pada penjelasan terperinci kepada ahli Dewan. Menurutnya juga berdasar kepada penemuan minyak tersebut jumlah tunggakan royalti yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan sebanyak RM6 bilion.

Kata beliau juga usaha kerajaan negeri untuk mendapatkan dokumen lengkap mengenai pengeluaran minyak di perairan Kelantan ditolak Mahkamah Tinggi baru-baru ini. Bagaimanapun Husam berkata, tuntutan mendapat royalti bukan perkara mustahil memandangkan wilayah Bengkalis di Indonesia juga tidak pernah bermimpi mendapat royalti sehingga 70 peratus seperti dinikmati sekarang.

Menurutnya selepas berlaku reformasi di Indonesia peratusan royalti kepada Bengkalis dinaikkan kepada 70 peratus. Begitu juga katanya Kelantan akan mendapat hak royalti sebanyak 20 peratus sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada masa akan datang./kl-today

Kenyataan Mahathir Melucukan - Prof. Aziz Bari

Posted: 17 Oct 2011 08:22 PM PDT

Profesor Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan respons bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam kononnya kenyataan beliau tentang titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini sebagai kurang ajar adalah "agak melucukan.""Saya lihat pandangan itu (Dr Mahathir) agak melucukan… saya tidak tahu nak kata apa… tengok siapa yang bercakap," kata Aziz (gambar) dengan merujuk kepada perkembangan berkaitan dengan isu-isu istana ketika kepimpinan Dr Mahathir, yang juga bekas presiden Umno. "Saya sebenarnya tidak mahu kata apa-apa, tidak mahu beri respons mengenai kenyataan Dr Mahathir ini… kita tahu siapa beliau," kata beliau sambil menambah.

Semua pihak tahu pendirian Dr Mahathir dan kandungan ucapannya semasa hendak mengkaji semula kekebalan raja-raja. "Saya hanya sentuh mengenai kaedah tindakan sultan, dan jika kita melihat ucapan dan kenyataan semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri, ia menjangkaui aspek itu, beliau telah menyentuh asas institusi diraja… tengok balik kenyataan dan ucapan-ucapan beliau," kata Aziz.

Semalam Dr Mahathir menyifatkan kenyataan Aziz berhubung titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama "sebagai kurang ajar." Beliau berkata, kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu bertentangan dengan moral masyarakat timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam budaya Melayu.

"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Dr Mahathir dipetik Bernama. Dr Mahathir diminta mengulas kenyataan Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin Umno membuat laporan polis agar dikenakan tindakan ke atas Aziz.

Dalam kenyataannya semalam, Aziz ada memberitahu bahawa beliau sedang mengkaji dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan media lain yang menurut beliau telah memutar belit kenyataannya tentang titah Sultan Selangor. Kata pakar perlembagaan ini, pihak-pihak terbabit sepatutnya mengulas dan menganalisis pendapat beliau, bukannya menuduh "derhaka" dan meminta pengurusan Universiti Islam Antabangsa mengambil tindakan ke atasnya.

"Saya tidak pernah menafikan kuasa Sultan sebagai ketua agama; malah saya akui kuasa itu. Saya hanya komen bagaimana kuasa itu digunakan," kata beliau. Aziz berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar. "Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf," kata beliau lagi.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Dr Mahathir, Aziz berkata, kemungkinan negarawan itu sudah lupa dengan apa yang beliau telah lakukan semasa menjadi perdana menteri dan presiden Umno. "Beliau sudah lupa, mungkin sudah tidak ingat… sudah lupa," katanya dengan merujuk kepada perkembangan kes meminda Perlembagaan Persekutuan tahun 1983 dan 1993 selain respons berkaitan dengan krisis politik Perak 2009 dan isu berkaitan dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor akhir tahun lalu.

Siapa Dalang Penjualan Pulau-Pulau Di Sabah??

Posted: 17 Oct 2011 07:00 PM PDT

Sempena kempen 'Selamatkan Pulau-Pulau Sabah,' Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) telah melancarkan Petisyen Online bagi mengumpul sebanyak 100,000 sokongan rakyat bagi membantah penjualan pulau-pulau yang ada di Negeri Sabah. Petisyen tersebut boleh dilayari dilaman seperti berikut: SAVE SABAH ISLANDS. DPPNS mengharapkan agar Saudara/Saudari dapat menghebahkan petisyen ini kepada seluruh kenalan media/ blogger yang lain. Semoga dengan usaha yang sekecil ini mampu mendaulatkan kembali maruah negara yang kian tercemar.

Addin :

Siapa dalang penjualan pulau-pulau di Sabah?? Adakah dalangnya yang sama dalam projek IC palsu dan kebanjiran ratusan ribu PATI di Sabah yang tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang?? Untuk membongkarnya kita perlukan 'kuasa'. Kuasa rakyat bakal di perolehi sekiranya kita dapat menumbangkan Umno BN pada PRU 13 akan datang.. Berubah untuk masa depan yang lebih cerah.. Baca di SINI.

Tiada ulasan: