shalehudin |
- Malaysia dijajah lagi... dan lagi... dan lagi...
- Ajak Ezam ngan Zul Kulim berdebat? Kahkahkah...
- Apek!! Jaga depan ada longkang.. aiyaa... kahkahkah...
- Baca ni kalau nak kenai Yahudi Malaysia
- Ajak Ezam ngan Zul Kulim berdebat? Kahkahkah...
- Bangkok tenggelam hari ni? (bergambar)
- Panas!! Puak Umno wajib tonton nih...
- Penting!!! Semua rakyat wajib baca nih...
- Bangang memang dicipta khas untuk Umno...
- Piramid bawah tanah
- Video ni masih relevan dan terbaik... kahkahkah...
- Melayu tak semestinya Islam...
- Sedih la pulak...
Malaysia dijajah lagi... dan lagi... dan lagi... Posted: 17 Oct 2011 07:05 AM PDT |
Ajak Ezam ngan Zul Kulim berdebat? Kahkahkah... Posted: 17 Oct 2011 05:00 AM PDT Debat Prof Aziz Bari Dngan Ezam Dan Zul Kulim APABILA Prof Dr Abdul Aziz Bari mengeluarkan pendapat beliau tentang kuasa raja-raja, maka melalak-melolong lah puak-puak yang pernah menghilangkan kuasa raja ini menghentam Pakar Perlembagaan ini. Golongan yang bersekongkol dengan puak yang pernah menaikkan sepanduk " Kami mahu Deris, Natang" di depan Istana Terengganu dahulu berlakon seolah-olah mereka lah yang paling taat setia kepada institusi raja. Ini bukan zaman masyarakat jahil dan bengap, jika ada pun puak-puak mereka sahaja yang masih ketinggalan zaman. Orang seperti Ezam sesumpah dan Zul Kulim dan beberapa orang pencacai itu kehabisan modal maka dikutipnya modal dari Utusan dan TV 3 suku. Betapa rendahnya moral mereka. Jangan lupa kisah ini..... Prof Dr Aziz Bari tetap mempertahankan kenyataannya sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991, Aziz menambah, "orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku." Hebat mereka masa itu....kini mahu bercakap pasal raja? Di dalam masa yang sama, Prof Dr Aziz Bari dengan tegas dan berani menyatakan kesanggupan beliau untuk berdebat dengan puak-puak itu. Masalahnya, ada sejarahkah puak-puak seperti itu berani berdebat? Zul Kulim pernah dicabar untuk berdebat oleh YB Khalid Samad dahulu di dalam isu Kalimah Allah. Zul Kulim terkedu kerana standard beliau hanya bercakap seorang diri umpama orang gila di depan TV sahaja. Kali ini, saya yakin tiada seekor pun di antara mereka itu yang berani termasuk Ezam sesumpah. Paling kuat, Ezam sesumpah akan bersumpah lagi di depan TV menyatakan beliau benar. Apa yang penting.....cuppsss..cuppsss..meleleh air liur kat tangan... Di sini, rakyat boleh melihat secara jelas siapa yang benar dan siapa yang bacul. Akhirnya seperti biasa puak ini akan mengadu kepada Istana, Polis dan mahkamah. Itu saja standard mereka./wfauzdin.blogspot.com |
Apek!! Jaga depan ada longkang.. aiyaa... kahkahkah... Posted: 17 Oct 2011 04:41 AM PDT Terkini!!!Kesian Sama Ini Apek.Kena terajang Dengan Wanita... Tsu Koon Buat Muka Walfare. 1- Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe mendesak supaya Presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak bertanding pada PRU 13 akan datang. Gesaan dibuat semasa persidangan perwakilan kebangsaan Wanita Gerakan, di ibunegara hari ini. "Saya tidak memaksa beliau berundur tetapi Wanita berharap beliau tidak akan jadi calon pada PRU itu nanti. Saya yakin beliau akan jadi lebih baik jika tidak bertanding" - Bernama Kalau Wanita sendiri pun dah reject muka Tsu Koon, beliau harus cermin diri dan akur dengan kehendak akar umbi. Bukan sahaja orang Umno meluat dan lantang mengkritik Tsu Koon, orang China pun sudah menyampah dengan beliau. Ayat yang digunakan oleh Wanita ialah ayat bangun jatuh terduduk seperti yang di amalkan oleh Guan Eng Dap Komunis. Tsu Koon betul-betul kena penyepak dengan Wanita. Lihat ayat di atas betul-betul. Ayat 'Agree to disagree' atau 'tidak memaksa berhenti tetapi berharap berambus lah cepat-cepat' kepada Tsu Koon. Ini muka reject yang katakan Melayu Pendatang. 2- Di ramalkan lepas hari ini Tsu Koon akan tidur tidak lena kerana beliau sudah tidak dikehendaki wanita kerana sudah terlalu lama. Beliau akan announce dan berundur diri dari bertanding pada PRU13 nanti. |
Baca ni kalau nak kenai Yahudi Malaysia Posted: 17 Oct 2011 02:00 AM PDT Yahudi berjuang agar Muslim jadi kafir by tokdalang MEMANGLAH orang Yahudi berusaha supaya kita orang Islam menjadi kafir. Antaranya yang kita telah buat dengan terang dan jelas sekali ialah teori-teori politik, ekonomi, pendidikan yang dilaksanakan pada hari ini atau yang dipanggil sosialisme, kapitalisme, pragmatisme, demokrasi dan lain-lain seumpamanya, jika dikaji teori teori ini adalah dilahirkan oleh orang Yahudi atau Nasrani. Merekalah yang mencipta teori-teori dan falsafah ini, di mana kebanyakan orang Islam percaya kepada teori ini sehingga sanggup menolak Islam sekali gus tidak menyedari diri telah menjadi kafir. Inilah apa yang dikehendaki oleh orang kafir yang Allah Taala sebut di dalam ayat yang kita mesti menyedarinya. Apa yang berlaku itu adalah kerana hasad dengki mereka selepas ternyata bagi mereka kebenaran. Mereka sudah mengetahui bahawa Islam itu agama yang benar, memang ramai kita mendengar orang yang tidak percaya kepada Islam dengan mengaku bahawa Islam itulah yang betul. Perintah Allah Kalau ditanya mengapa tidak mahu ikut Islam? Mereka menjawab Islam tidak boleh dan tidak sesuai dilaksanakan pada zaman sekarang. Kenyataan itu serupa dengan apa yang disebut di dalam ayat al-Quran. Kepada ahli kitab pada zaman Nabi, Allah memerintahkan supaya memaafkan mereka dan membiarkan mereka sehingga Allah Taala mendatangkan perintah-Nya sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu, maksud ayat 109 surah al-Baqarah. Ayat memaafkan mereka dimansuhkan hukumnya. Kalau kita lihat Allah menyatakan di dalam ayat itu – "Sehingga Allah mendatangkan perintah-Nya." Apakah perintah-Nya? Perintah-Nya ialah firman Allah Taala dalam ayat 29 surah at-Taubah, maksudnya: "Perangilah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah." Firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan. Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani." Yang demikian itu hanyalah angan angan mereka sahaja. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar." |
Ajak Ezam ngan Zul Kulim berdebat? Kahkahkah... Posted: 17 Oct 2011 01:00 AM PDT Debat Prof Aziz Bari Dngan Ezam Dan Zul Kulim APABILA Prof Dr Abdul Aziz Bari mengeluarkan pendapat beliau tentang kuasa raja-raja, maka melalak-melolong lah puak-puak yang pernah menghilangkan kuasa raja ini menghentam Pakar Perlembagaan ini. Golongan yang bersekongkol dengan puak yang pernah menaikkan sepanduk " Kami mahu Deris, Natang" di depan Istana Terengganu dahulu berlakon seolah-olah mereka lah yang paling taat setia kepada institusi raja. Ini bukan zaman masyarakat jahil dan bengap, jika ada pun puak-puak mereka sahaja yang masih ketinggalan zaman. Orang seperti Ezam sesumpah dan Zul Kulim dan beberapa orang pencacai itu kehabisan modal maka dikutipnya modal dari Utusan dan TV 3 suku. Betapa rendahnya moral mereka. Jangan lupa kisah ini..... Prof Dr Aziz Bari tetap mempertahankan kenyataannya sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991, Aziz menambah, "orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku." Hebat mereka masa itu....kini mahu bercakap pasal raja? Di dalam masa yang sama, Prof Dr Aziz Bari dengan tegas dan berani menyatakan kesanggupan beliau untuk berdebat dengan puak-puak itu. Masalahnya, ada sejarahkah puak-puak seperti itu berani berdebat? Zul Kulim pernah dicabar untuk berdebat oleh YB Khalid Samad dahulu di dalam isu Kalimah Allah. Zul Kulim terkedu kerana standard beliau hanya bercakap seorang diri umpama orang gila di depan TV sahaja. Kali ini, saya yakin tiada seekor pun di antara mereka itu yang berani termasuk Ezam sesumpah. Paling kuat, Ezam sesumpah akan bersumpah lagi di depan TV menyatakan beliau benar. Apa yang penting.....cuppsss..cuppsss..meleleh air liur kat tangan... Di sini, rakyat boleh melihat secara jelas siapa yang benar dan siapa yang bacul. Akhirnya seperti biasa puak ini akan mengadu kepada Istana, Polis dan mahkamah. Itu saja standard mereka./wfauzdin.blogspot.com |
Bangkok tenggelam hari ni? (bergambar) Posted: 17 Oct 2011 12:00 AM PDT Air banjir dari wilayah utara dan tengah dijangka tiba di ibu kota Bangkok sama ada esok atau Isnin ini. Ketua Pengarah Pengairan Chalit Damrongsak malam ini berkata air banjir itu dijangka pada ketinggian antara 2.3 dan 2.4 meter di atas paras purata laut. Ketinggian tembok banjir di Bangkok ialah 2.5 meter. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar negara itu mengunjurkan sebelum ini bahawa 16 bilion meter padu air banjir akan tiba di Bangkok. Lapan bilion meter padu air adalah dari wilayah Nakhon Sawan, enam bilion meter padu dari Ayutthaya, manakala dua bilion meter padu dari Phatum Thani. Chalit juga berkata keadaan air pasang laut yang tinggi ketika ini akan berterusan bagi tempoh dua hari akan datang. Kira-kira satu pertiga daripada Thailand masih dibanjiri, dengan 2.3 juta penduduk dari lebih 10,000 kampung di 24 wilayah di utara dan tengah terjejas akibat banjir yang melanda negara itu secara berperingkat sejak 25 Julai lepas, dengan 297 kematian dicatat setakat ini. - Bernama |
Panas!! Puak Umno wajib tonton nih... Posted: 16 Oct 2011 11:00 PM PDT |
Penting!!! Semua rakyat wajib baca nih... Posted: 16 Oct 2011 09:00 PM PDT Perihal Wakil Rakyat: Maklumat Yang Rakyat Perlu Tahu Oleh: setisab Sumber dari sini Sebenarnya semua Wakil Rakyat dan ADUN, kehidupan mereka senang dan mewah. Justeru kemewahan itulah, ramai yang tergila-gila hendak jadi wakil rakyat. Slogan berjuang demi rakyat hanya mainan bibir wakil rakyat dan ADUN sahaja! Sudah jadi Wakil Rakyat, mereka menyundal. Cerita waris Kg. Baru ~ Apa berlaku di Tanjung Pagar sekarang? |
Bangang memang dicipta khas untuk Umno... Posted: 16 Oct 2011 08:00 PM PDT Warga asing bakal usahawan negara? "Alasan yang dikemukakan oleh OCPD Serdang sungguh tidak masuk akal. Warga asing diberi kursus keusahawanan?," soal Nasrudin. PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang kali menafikan bahawa wujudnya nama pemilih yang bertindih, pemilih yang tidak dikenal pasti dan pelbagai lagi kekeliruan seperti mempunyai kad pengenalan (IC) yang hampir sama dalam keadaan yang sangat meragukan. Tetapi beberapa hari selepas penafian dilakukan, 50,000 nama dikeluarkan dari senarai pemilih sedangkan peraturan yang ada menyebut nama pemilih hanya boleh dikeluarkan apabila ianya dibantah dengan bayaran dan bantahan itu diterima. Menurut Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi, terbaru pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula dijangkiti sindrom penafian apabila OCPD Serdang Superitenden Imran Abdul Rahman menafikan sindiket penganugerahan IC kepada 240 warga asing dari Johor. Beliau memberi alasan kononnya mereka dibawa ke Selangor untuk mengikuti Kursus Keusahawanan, sedangkan mereka telah berjaya dikesan dan dikepung oleh Pemuda PAS dan akhirnya mereka terpaksa bersidai di Istana Dugang Country Resort, katanya. Nasrudin menegaskan setelah rakyat menyaksikan rendahnya tahap integriti Pengarah SPR dan Timbalannya, kini pihak PDRM pula merosakkan reputasi pihak keselamatan yang sepatut dan selayaknya menjaga kedaulatan dan keamanan negara bukan bersubahat dengan sindiket yang mengancam kedaulatan. "Alasan yang dikemukakan oleh OCPD Serdang sungguh tidak masuk akal. Warga asing diberi kursus keusahawanan? Inilah kali pertama saya mendengar dan melihatnya. "Tapi dengan semangat Malaysia boleh, barangkali semua boleh berlaku. Asal mereka boleh buat penafian, mereka nafi walaupun dengan alasan yang mempersenda nilai intelek rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Beliau menyoal, "kursus usahawan jenis apa ni, penuh dengan kawalan ketat pihak polis? Kursus usahawan atom ke atau kursus usahawan untuk melahirkan pengusaha-pengusaha baru bagi memenangkan Umno dalam pilihan raya umum akan datang?" Mutaakhir ini katanya, DPPM melalui Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat yang dipengerusikan oleh Suhaizan Kaiat bersama Timbalannya Mohd Adram Musa, banyak membuat pendedahan berkait penyelewengan dan kepincangan sistem urus demokrasi serta sistem pengendalian pilihan raya. Pendedahan tersebut dituruti dengan penyerahan memorandum kepada pihak berwajib seperti SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara malahan laporan polis turut dilakukan. Di Hotel Vistana Kuantan pada 28 September, satu Kursus Pemantapan Warga Pendidik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia diadakan bagi mengelabui pandangan umum sedang pengisiannya adalah untuk doktrin pemikiran para pendidik atau guru agar menyokong Umno dengan pelbagai maklumat salah, fitnah dan palsu yang disogok. Sebelum ini, negara gempar dengan kenyataan Parlimen Malaysia bahawa terdapat 27,293 warga asing telah dilulus menjadi warganegara, hanya dalam tempoh tidak sampai empat tahun (2008 – 2011).- FMT |
Posted: 16 Oct 2011 07:00 PM PDT TIDAK MENGANCAM... pembinaan piramid terbalik ini membolehkan bangunan warisan di sekitar Mexico City terus terpelihara. JIKA bandar raya lain berbangga dengan pembinaan menara pencakar langit, di tengah Mexico City, arkitek kini sibuk merealisasikan pembikinan bangunan lebih luar biasa - pencakar bumi. Mengikut rancangan, mereka mahu membina bangunan 65 tingkat sehingga 300 meter ke dalam tanah. Berbentuk seperti piramid terbalik, bangunan itu bakal dibina di ibu negara Mexico dan sepatutnya memiliki ketinggian kira-kira sama dengan bangunan lain di situ. Daripada 65 tingkat itu, setiap 10 daripadanya dikhaskan untuk kediaman dan kedai, selain sebuah muzium serta 35 tingkat lagi untuk dijadikan pejabat. Di bahagian paling atas bangunan ini dipasang lapisan kaca untuk menutup lubang empat segi sama seluas 240 meter x 240 meter. Selain bertindak sebagai bumbung, ia juga membolehkan cahaya matahari digunakan bagi menerangi bahagian lebih rendah di dalam tanah. Pegawai firma arkitek BNKR Arquitectura, Esteban Suarez, berkata bangunan itu turut menempatkan sebuah pusat kebudayaan baru untuk Mexico. Katanya, permintaan untuk ruang pejabat, pusat komersial dan kediaman sentiasa tinggi di Mexico City tetapi pada masa sama, tiada kekosongan ketika ini. "Undang-undang Pusat dan kerajaan tempatan pula melarang sebarang bangunan bersejarah dimusnahkan. "Jika ia dibenarkan pun, peraturan semasa mengehadkan pembinaan bangunan hanya setinggi lapan tingkat," katanya. Di sebalik kekangan itu, katanya, pusat bandar raya Mexico City yang bersejarah itu perlukan perubahan. Justeru, kata Suarez, mereka tidak ada pilihan kecuali satu - membina bangunan jauh ke dalam tanah. "Pencakar bumi ini mengekalkan kewujudan bangunan yang menjadi mercu tanda Mexico City dan bangunan bersejarah lain di sekitarnya," katanya. Melalui lubang yang ada di tengah-tengah piramid terbalik itu, kata Suarez, semua penghuni bangunan berkenaan dapat menikmati cahaya semula jadi dari matahari. Aspek pengudaraan juga diberi perhatian dengan mengekalkan sistem sedia ada, membolehkan penghuni menggunakan sumber semula jadi. "Apabila bangunan ini siap nanti, pelbagai aktiviti masih boleh terus dilangsungkan di tengah bandar raya, seperti konsert, pameran terbuka dan perarakan tentera," katanya. Piramid memang memainkan peranan besar dalam sejarah seni bina Mexico. Ribuan tahun lalu, pembangunan di negara itu banyak dipengaruhi struktur piramid. Ketika kaum Aztec tiba di Lembah Mexico, mereka membina piramid di atas tasik yang mereka temui di situ. Sejajar dengan perkembangan dan pengaruh empayar Aztec, mereka membina piramid baru dengan saiz lebih besar - bukan di kawasan baru, sebaliknya di sekitar piramid asal. Piramid tradisional merangkumi pelbagai lapisan sejarah, sesuai dengan era tertentu. Apabila penjajah Sepanyol tiba di Amerika dan akhirnya menguasai Aztec, mereka membangunkan gereja Kristian di atas piramid berkenaan. Akhirnya, seluruh bandar raya kolonial itu dibina di atas tapak tamadun Aztec. Pada abad ke-20, banyak bangunan kolonial diruntuhkan untuk memberi ruang kepada pembinaan bangunan moden di atas tapak bersejarah. Justeru, Suarez berkata, pihaknya mahu mengelak kesilapan itu berulang. "Bangunan pencakar bumi ini dibina jauh ke dalam tanah untuk membolehkan kami menemui asal usul tamadun Mexico," katanya. |
Video ni masih relevan dan terbaik... kahkahkah... Posted: 16 Oct 2011 06:00 PM PDT |
Melayu tak semestinya Islam... Posted: 16 Oct 2011 05:00 PM PDT Sambut Birthday dengan Guinness |
Posted: 16 Oct 2011 03:30 PM PDT Mana Mak?' Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, "Along mana?' Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan." Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?" Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola." Ayah tanya Mak, "Ateh mana?" Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?" Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?" Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik." Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. Dua puluh tahun kemudian Jam 6.30 petang Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, "Mana Mak?" Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, "Tak tahu." Ayah tanya Angah, "Mana Mak?" Angah menonton tv. Angah jawab, "Mana Angah tahu." Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?" Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, "Entah." Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. Ayah tanya Alang, "Mana Mak?" Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!" Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut. Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya. Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni." Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak. Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka." Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. Beberapa tahun kemudian Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?". Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada." Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" " Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal." "Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab? |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan