shalehudin |
- Muhyiddin menderhaka fatwa kangkung... kahkahkah...
- Ya, ya... hihi, terima kasih... padan muka Anwar... kahkahkah...
- Mampukah Anwar lakukannya? Tinggal misteri
- Kanak-kanak 8 tahun mati lemas dalam manhole
- Jamban dulu ngan jamban laa... haha...
- Jangan tak percaya, Umno yang haramkan purdah...
- Lawak!! JAKIM diminta ambil tindakan terhadap Zul Kulim...
- Muhyiddin menderhaka fatwa kangkung... kahkahkah...
- Jamban dulu ngan jamban laa... haha...
- Pasai apa dewan rakyat kecoh nii... haha...
- Najib dah maafkan dah Cina nii... haha...
- Mai kita sekolahkan SIS...
- Mangkok yang tembak jurugambar Bernama didedah
- Depa dah hilang arah dahh... haha...
- Lawak gila... Jakim diminta ambil tindakan kat Zul Kulim... kahkahkah...
- Jangan tak percaya, Umno yang haramkan purdah...
Muhyiddin menderhaka fatwa kangkung... kahkahkah... Posted: 06 Oct 2011 11:00 AM PDT Muhyiddin sahkan Malaysia pernah dijajah British KUALA LUMPUR, 5 Okt — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa Malaysia pernah dijajah — bertentangan dengan penegasan beberapa profesor bulan lalu bahawa negara hanya menjadi naungan British. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyatakan pendirian tersebut sekali gus menafikan pandangan Majlis Profesor Negara bahawa Malaysia tidak pernah dijajah. "Sama ada negara kita dijajah atau tidak, jawapannya, ya. "Saya mengambil pendirian begitu walaupun ada beberapa pihak yang memberikan pandangan bahawa kita tidak dijajah," kata beliau di Dewan Rakyat hari ini. Tambah beliau, "kalau kita kaji sejarah, kita tahu bahawa kita sambut kemerdekaan setiap tahun, takkanlah sia-sia... tapi kerana kita tahu kita dijajah. (Selama) 54 tahun kita menyambut perayaan ini mestilah ada signifikannya." Jelas Muhyiddin (gambar), penasihat British pada waktu itu sebenarnya memberikan nasihat kepada Raja-raja Melayu, dalam konteks itu, nasihat yang diberi harus diikut. "Ia tidak bebas dan terpaksa mengikut apa yang dinasihat," jelas beliau ketika menjawab soalan tambahan Azmin Ali (PKR-Gombak) pada sesi soal jawab lisan hari ini. Azmin dalam soalannya meminta Muhyidin menyatakan pendirian kerajaan berhubung isu yang didakwa menimbulkan kekeliruan rakyat khususnya pelajar sekolah. "Masyarakat hari ini keliru, anak-anak di sekolah diajar Malaysia merdeka pada 31 Ogos, (tapi) ada tokoh sejarah kata Malaysia tidak pernah dijajah," kata Azmin. Tambah beliau, para pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan dan jika soalan ini dilontarkan, maka mereka akan celaru. "Maka sekiranya anak-anak ini gagal maka tanggungjawab Umno untuk memberikan penjelasan," katanya yang juga Timbalan Presiden PKR.- TMI | ||||||||||||||||||||||||||||
Ya, ya... hihi, terima kasih... padan muka Anwar... kahkahkah... Posted: 06 Oct 2011 09:00 AM PDT Najib dan Rosmah diberi kebenaran mengetepikan sepina untuk muncul ke mahkamah. KUALA LUMPUR, 6 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya tidak akan memberi keterangan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini. Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata peguam-peguam Anwar telah gagal membuktikan elemen "kerelevanan" apabila mengeluarkan sepina kepada Najib dan Datuk Seri Rosmah Mansor agar muncul di mahkamah untuk memberi keterangan. - TMI | ||||||||||||||||||||||||||||
Mampukah Anwar lakukannya? Tinggal misteri Posted: 06 Oct 2011 07:30 AM PDT Persoalan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim "boleh melakukannya" terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, tinggal misteri, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya prosiding itu didengar secara tertutup selama kira-kira 10 minit, dalam perbicaraan kes liwat Anwar hari ini. NONEBagaimanapun, dari keterangan pakar bedah ortopedik Belanda dan pakar sakit belakang, Dr Thomas Hoogland sejak pagi tadi, pihak pembelaan telah menegaskan bahawa secara logik ataupun fizikal, aksi sedemikian tidak mampu dilakukan. Galeri awam mahkamah telah dikosongkan sebelum Hoogland memberi keterangan selama 10 minit, dan selepas itu prosiding hari ini tamat, dan akan disambung pagi esok. Malah, Presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beredar dari galeri itu selepas polis mengarahkan ia dikosongkan. Saiful juga telah memberikan keterangan secara tertutup mengenai dakwaan tersebut apabila dia menjadi saksi pendakwa tahun lepas. Hoogland, 66, yang melakukan pembedahan ke atas Anwar pada September 2004 dan memeriksanya sekali lagi pada bulan lepas, berkata Anwar mengalami masalah untuk melutut dan tidak boleh melakukan aktiviti yang lasak. Pakar sakit belakang itu juga menyenaraikan tiga masalah dalam diagnosis ke atas Anwar bulan lalu dalam jawapan kepada soalan-soalan dari peguam Sankara Nair.- BlogList Malaysia | ||||||||||||||||||||||||||||
Kanak-kanak 8 tahun mati lemas dalam manhole Posted: 06 Oct 2011 05:46 AM PDT Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun mati lemas selepas dia terjatuh ke dalam luring (manhole) sedalam 15 kaki di batu 7 dekat kolombong,Inanam pada Ahad. Chua Mui Chee,30 berkata anaknya itu, Chua Soon Lee sedang berjalan di belakangnya apabila dia tergelincir dan termasuk ke dalam luring itu yang tidak mempunyai penutup. Dia berkata Soon Lee menjerit meminta tolong dan ternampak Soon Lee Bergelut di dalam air di dalam lurang itu. Menurut Mui Chee, dia dan anaknya itu menaiki bas di kokol, Mengatal pada jam 9 pagi untuk melawat kakaknya di Kolombong. Mereka pulang pada sekitar jam 3 petang dengan berjalan kaki, katanya. Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut talh menghubungi Jabatan Bomba dan penyelamat. Anggota Bomba Berjaya mengeluarkan mayat mangsa setelah menyedut keluar air di dalam lurang tersebut. | ||||||||||||||||||||||||||||
Jamban dulu ngan jamban laa... haha... Posted: 06 Oct 2011 05:37 AM PDT Cerita Tandas Dalam Dua Era KALAU cerita bersunat atau, macam kata pembahas Hanezam, masuk jawi, zaman dulu kala asing kepada generasi Dasar Ekonomi Baru, bayangkan pula cerita buang air besar. Buang air kecil, tak payah ceritalah. Di mana ada belukar atau semak, di situlah kita lakukan. Lelaki perempuan sama saja. Yang berbeza, sejenis berdiri, sejenis lagi bercangkung. Daripada situlah agaknya datang ungkapan, guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Tapi memang pun kita kencing berlari iaitu sewaktu dikejar kerbau atau lembu jantan tengah mengawan, dihambat orang gila dan anjing gila. Dulu, di kampung ada ramai orang gila dan banyak anjing gila – rabid dogs. Sekarang anjing liar banyak di pekan-pekan manakala kampung-kampung pula dicerobohi babi hutan. Zaman saya kanak-kanak dulu, ramai orang kampung pelihara kerbau dan lembu sabung. Haiwan "macho" ini cukup garang. Semua hendak dikejar dan ditanduknya. Ada pun yang kena tanduk sampai mati. Jadi, bila kita buang air kecil tepi belukar, kita kena berhati-hati dan bersedia untuk lari lintang pukang bila kerbau atau lembu pelaga muncul. Itu belum diambil kira tebuan tanah dan penyengat. Kalau kena sengat di tangan atau dahi bolehlah sapu minyak cap kapak atau minyak geliga. Tapi kalau yang kena sengat itu senjata sulit kita, pilihlah antara sakit kena toksin penyengat atau panas minyak cap kapak. Yang rumit ialah buang air besar. Sebab buang air besar ambil masa dan banyak anggota sulit yang terdedah, kita kenalah lebih berhati-hati pilih tempat. Masa itu mana ada tandas tetap. Hanya bila Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein memperkenalkan Rancangan Pembangunan Luar Bandar dan beri subsidi tandas curah barulah kita bina tandas kekal dan sempurna. Pada zaman pra-Rancangan Pembangunan Luar Bandar, kita sahut panggilan alam semula jadi di tebing sungai, di atas jambatan buluh, di pangkal pokok, di dalam hutan mengkuang dan di atas batas bendang. Selain berjaga-jaga takut ada orang nampak, kita kena berhati-hati takut dipatuk ular, digigit pacat dan diserbu ayam yang kelaparan. Dulu itulah antara sumber makanan utama ayam. Sekarang ayam dah jadi ayam ponen, ayam pondan dan ayam darai. Dah naik tocang sebab makan makanan import – jagung dari Thailand, gandum dari Australia dan kacang soya dari Brazil. Harga mahal tapi daging tak sedap macam ayam lepas bebas – free ranging chicken – zaman dulu kala yang makan makanan asli dan organik. Di kampung pun dah ramai yang pakai "flush toilet" dalam rumah. Dulu jijik guna tandas duduk. Sekarang tandas cangkung tak "cool" lagi. Sebenarnya tandas duduk berguna. Tunggulah bila dah tua -- bila lutut, tumit dan punggung dah tak kuat lagi. Akhir kalam, terima kasih dan didoakan keampunan untuk roh Tun Abdul Razak kerana memperkenalkan Rancangan Pembangunan Luar Bandar dan memberikan subsidi tandas curah. Benda kecil tapi faedahnya besar. http://kadirjasin.blogspot.com/ | ||||||||||||||||||||||||||||
Jangan tak percaya, Umno yang haramkan purdah... Posted: 06 Oct 2011 03:30 AM PDT Umno Haramkan Purdah!!! Di bawah adalah artikel dari The Star bertarikh 12 March 1985. Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khalil Yaakob, telah mengeluarkan arahan supaya semua wanita2 yang bekerja dengan kerajaan tidak memakai purdah. Walaupun purdah ini hukumnya tidak wajib dalam Islam, namun ia tetap sebahagian dari syariat Islam. Terdapat wanita2 Islam yang telah dibuang kerja dari perkhidmatan kerajaan. Terdapat pelajar-pelajar universiti yang dibuang universiti kerana memakai purdah. Kes yang paling popular adalah kes Halimatusaadiah Kamaruddin. Beliau bertugas sebagai Kerani Umum di Pejabat Penasihat Undang-Undang Perak. Pada 6 August 1986, Halimatusaadiah telah dibuang dari jawatan kerani umum kerana beliau memakai purdah. Halimatusaadiah kemudiannya telah menyaman Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau telah diwakili oleh peguam Karpal Singh. ya benar, Karpal Singh pernah membela seorang mangsa kezaliman UMNO kerana memakai purdah. Yang hairannya, UMNO tidak pernah pula ambil tindakan pada pekerja2 Islam yang memakai pakaian seksi dan terdedah. Hanya mereka yang memakai purdah sahaja yang dizalimi oleh BN. Tapi, bekas diktator Tunisia juga pernah mengharamkan purdah. Akhir sekali, beliau terpaksa mencari perlindungan di negara yang mewajibkan purdah pada semua perempuan. Mungkin UMNO juga bakal mengikut jejak langkah bekas diktator Tunisia itu. Juga, ia menunjukkan sikap anti Islam UMNO ini sejak zaman berzaman. Bermula dgn Loteri UMNO 1951, lepas tu pembukaan kilang2 arak dan pada tahun 80'an pengharaman purdah. Ini adalah identiti sebenar UMNO. Mereka adalah puak2 yang anti kepada ISlam dan benci kepada Islam. Mereka lebih suka menyembah seorang pelakon porno dari melaksanakan hukum hudud. - Siasahkini | ||||||||||||||||||||||||||||
Lawak!! JAKIM diminta ambil tindakan terhadap Zul Kulim... Posted: 06 Oct 2011 02:30 AM PDT JAKIM DIMINTA AMBIL TINDAKAN TERHADAP ZULKIFLI: TUKAR TIUB Tukar Tiub mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang tidak membayar hutang sebanyak 15 ribu ringgit yang dipinjam untuk membayar cagaran ketika bertanding dalam pilihanraya lalu. Tukar Tiub juga meminta JAKIM menyiasat kehilangan 30 ribu ringgit dari tabung rumah anak yatim Perkid di Hulu Selangor. Zulkifli didakwa cuba menyebarkan ajaran meminjam tak bayar dan merembat duit di negara ini. Tukar Tiub berkata, tindakan Zulkifli itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh memesongkan akidah umat Islam. "Fahaman meminjam duit kemudian tidak membayar kembali dan merembat duit tabung anak yatim dikategorikan sebagai sesat oleh JAKIM. Ini tidak boleh diterima...soal akidah tidak boleh dipermainkan. "Terdapat dua perbezaan besar di antara meminjam duit kemudian tidak bayar dan merembat duit anak yatim . Meminjam duit kemudian tidak dibayar adalah menipu orang yang kita kenali ini tidak sama seperti merembat duit tabung anak yatim yang anak anak yatim ini tidak kita kenali' kata Tukar Tiub Kahkahkah... Kahkahkah... | ||||||||||||||||||||||||||||
Muhyiddin menderhaka fatwa kangkung... kahkahkah... Posted: 06 Oct 2011 01:30 AM PDT Muhyiddin sahkan Malaysia pernah dijajah British KUALA LUMPUR, 5 Okt — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa Malaysia pernah dijajah — bertentangan dengan penegasan beberapa profesor bulan lalu bahawa negara hanya menjadi naungan British. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyatakan pendirian tersebut sekali gus menafikan pandangan Majlis Profesor Negara bahawa Malaysia tidak pernah dijajah. "Sama ada negara kita dijajah atau tidak, jawapannya, ya. "Saya mengambil pendirian begitu walaupun ada beberapa pihak yang memberikan pandangan bahawa kita tidak dijajah," kata beliau di Dewan Rakyat hari ini. Tambah beliau, "kalau kita kaji sejarah, kita tahu bahawa kita sambut kemerdekaan setiap tahun, takkanlah sia-sia... tapi kerana kita tahu kita dijajah. (Selama) 54 tahun kita menyambut perayaan ini mestilah ada signifikannya." Jelas Muhyiddin (gambar), penasihat British pada waktu itu sebenarnya memberikan nasihat kepada Raja-raja Melayu, dalam konteks itu, nasihat yang diberi harus diikut. "Ia tidak bebas dan terpaksa mengikut apa yang dinasihat," jelas beliau ketika menjawab soalan tambahan Azmin Ali (PKR-Gombak) pada sesi soal jawab lisan hari ini. Azmin dalam soalannya meminta Muhyidin menyatakan pendirian kerajaan berhubung isu yang didakwa menimbulkan kekeliruan rakyat khususnya pelajar sekolah. "Masyarakat hari ini keliru, anak-anak di sekolah diajar Malaysia merdeka pada 31 Ogos, (tapi) ada tokoh sejarah kata Malaysia tidak pernah dijajah," kata Azmin. Tambah beliau, para pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan dan jika soalan ini dilontarkan, maka mereka akan celaru. "Maka sekiranya anak-anak ini gagal maka tanggungjawab Umno untuk memberikan penjelasan," katanya yang juga Timbalan Presiden PKR.- TMI | ||||||||||||||||||||||||||||
Jamban dulu ngan jamban laa... haha... Posted: 06 Oct 2011 12:30 AM PDT Cerita Tandas Dalam Dua Era KALAU cerita bersunat atau, macam kata pembahas Hanezam, masuk jawi, zaman dulu kala asing kepada generasi Dasar Ekonomi Baru, bayangkan pula cerita buang air besar. Buang air kecil, tak payah ceritalah. Di mana ada belukar atau semak, di situlah kita lakukan. Lelaki perempuan sama saja. Yang berbeza, sejenis berdiri, sejenis lagi bercangkung. Daripada situlah agaknya datang ungkapan, guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Tapi memang pun kita kencing berlari iaitu sewaktu dikejar kerbau atau lembu jantan tengah mengawan, dihambat orang gila dan anjing gila. Dulu, di kampung ada ramai orang gila dan banyak anjing gila – rabid dogs. Sekarang anjing liar banyak di pekan-pekan manakala kampung-kampung pula dicerobohi babi hutan. Zaman saya kanak-kanak dulu, ramai orang kampung pelihara kerbau dan lembu sabung. Haiwan "macho" ini cukup garang. Semua hendak dikejar dan ditanduknya. Ada pun yang kena tanduk sampai mati. Jadi, bila kita buang air kecil tepi belukar, kita kena berhati-hati dan bersedia untuk lari lintang pukang bila kerbau atau lembu pelaga muncul. Itu belum diambil kira tebuan tanah dan penyengat. Kalau kena sengat di tangan atau dahi bolehlah sapu minyak cap kapak atau minyak geliga. Tapi kalau yang kena sengat itu senjata sulit kita, pilihlah antara sakit kena toksin penyengat atau panas minyak cap kapak. Yang rumit ialah buang air besar. Sebab buang air besar ambil masa dan banyak anggota sulit yang terdedah, kita kenalah lebih berhati-hati pilih tempat. Masa itu mana ada tandas tetap. Hanya bila Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein memperkenalkan Rancangan Pembangunan Luar Bandar dan beri subsidi tandas curah barulah kita bina tandas kekal dan sempurna. Pada zaman pra-Rancangan Pembangunan Luar Bandar, kita sahut panggilan alam semula jadi di tebing sungai, di atas jambatan buluh, di pangkal pokok, di dalam hutan mengkuang dan di atas batas bendang. Selain berjaga-jaga takut ada orang nampak, kita kena berhati-hati takut dipatuk ular, digigit pacat dan diserbu ayam yang kelaparan. Dulu itulah antara sumber makanan utama ayam. Sekarang ayam dah jadi ayam ponen, ayam pondan dan ayam darai. Dah naik tocang sebab makan makanan import – jagung dari Thailand, gandum dari Australia dan kacang soya dari Brazil. Harga mahal tapi daging tak sedap macam ayam lepas bebas – free ranging chicken – zaman dulu kala yang makan makanan asli dan organik. Di kampung pun dah ramai yang pakai "flush toilet" dalam rumah. Dulu jijik guna tandas duduk. Sekarang tandas cangkung tak "cool" lagi. Sebenarnya tandas duduk berguna. Tunggulah bila dah tua -- bila lutut, tumit dan punggung dah tak kuat lagi. Akhir kalam, terima kasih dan didoakan keampunan untuk roh Tun Abdul Razak kerana memperkenalkan Rancangan Pembangunan Luar Bandar dan memberikan subsidi tandas curah. Benda kecil tapi faedahnya besar. http://kadirjasin.blogspot.com/ | ||||||||||||||||||||||||||||
Pasai apa dewan rakyat kecoh nii... haha... Posted: 05 Oct 2011 11:00 PM PDT Ops Lalang: Dewan Rakyat kecoh Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 5 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencabar kerajaan khususnya ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendakwanya di mahkamah jika mendapati beliau mengeluarkan kenyataan menghasut. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga enggan menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat bahawa Pemuda Umno menghasut orang Melayu menyertai himpunan sejuta umat Melayu pada tahun 1987. Mahfuz membangkitkan perkara tersebut sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan menimbulkan kemarahan Tajuddin yang memintanya menarik balik dakwaan tersebut. Beliau mendakwa Pemuda Umno ketika itu menghasut Orang Melayu menyertai himpunan tersebut dengan membawa senjata tajam untuk membasahkan darah Orang Cina dan membawa mancis untuk membakar rumah mereka. Menurut Mahfuz, kejadian tersebut menyebabkan Ketua Polis Negara ketika itu terpaksa menghalang himpunan tersebut dengan melakukan operasi lalang yang menyebabkan beliau dan beberapa yang lain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Operasi Lalang tahun 1987 yang menyebabkan ramai yang menjadi mangsa ISA termasuk saya sendiri dan beberapa orang yang ada dalam Parlimen hari ini, ekoran ketegangan kaum yang berpunca daripada kenyataan Najib mewakili Pemuda Umno dan Lim Kim Sai mewakili MCA. "Berlaku cabar mencabar hingga kepada peringkat nak mengadakan perhimpunan sejuta umat melayu, dibuat road show dengan membuat kenyataan hasut Orang Melayu hadir perhimpunan dan bawa senjata tajam untuk basahkan darah Orang Cina dan bawa mancis api untuk bakar rumah orang cina," katanya. Tajuddin terus bangun meminta beliau menarik balik kenyataan tersebut namun ditegur oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menyuruhnya duduk. Ekoran itu juga Tajudin yang kecewa dengan tindakan Speaker, keluar meninggalkan dewan. Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu, Mahfuz sekali lagi menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu kerana mempunyai bukti. "Saya tidak menarik balik kenyataan saya dalam dewan tadi, sebaliknya kalau itu dianggap kenyataan menghasut boleh heret dan dakwa saya di mahkamah. "Saya hanya menyebut sejarah bagaimana isu salah guna kuasa apabila Menteri Dalam Negeri diberi kuasa dan menyalahgunakan kuasanya," katanya yang pernah menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini. | ||||||||||||||||||||||||||||
Najib dah maafkan dah Cina nii... haha... Posted: 05 Oct 2011 09:00 PM PDT Pengarah filem Nasi Lemak 2.0 yang beberapa kali mencetuskan kontroversi, Namewee memohon maaf atas tindakannya menerbitkan klip video lagu Negarakuku yang jelas menghina Raja dan negara ini beberapa tahun lalu. Permohonan maaf itu dibuat Ahad lepas melalui laman Facebook miliknya. Dalam permohonan maaf itu, Namewee menyatakan bahawa dia telah beberapa kali berbuat demikian tetapi media Malaysia tidak berminat untuk menyiarkan perkara itu. Namewee juga meminta agar masyarakat tidak mengutuk rakan-rakannya yakni Afdlin Shauki dan Adibah Noor sebagai pengkhianat Melayu kerana bersetuju untuk berlakon dalam filem Nasi Lemak 2.0. "Perkara "Negarakuku", saya sudah menjelaskan dan meminta maaf banyak kali di media, tapi media kita "tak suka" melaporkan (terutama Utusan) …Jika anda masih mahu benci saya pun tak apa…,tapi sila jangan menghina kawan-kawan saya. "Tujuan Afdlin Shauki & Adibah Noor menyertai filem "Nasi lemak 2.0″ ialah menghantar mesej patriotik dan bersatu padu kepada semua rakyat Malaysia, tetapi ada beberapa 'Extremist' cakap meraka ialah "pengkhianat melayu" …..=="… saya hanya harap ramai orang boleh cuba pergi tengok "Nasi lemak 2.0″, beli pirated DVD pun ok lah…:)," katanya. Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee menghasilkan Negarakuku pada tahun 2007 dan sejak itu namanya menjadi cemuhan dan sanjungan pelbagai lapisan masyarakat negara ini. Lagu berkenaan memiliki elemen yang ditafsir pihak tertentu sebagai bukan sahaja menghina Malaysia tetapi juga menghina bangsa Melayu dan Islam. Sejak klip berkenaan, beberapa klip lagi dimuatnaik Namewee ke Youtube yang memiliki unsur-unsur yang mencetuskan rasa tidak puas hati anggota masyarakat terhadap dirinya. Terbaru, dia menghasilkan klip Namewee FxxK Utusan, sebagai reaksi balas terhadap sebuah rencana bertajuk Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee… Siasahkini | ||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 05 Oct 2011 08:00 PM PDT Hudud: Pemuda PAS jawab SIS Dr Ghazali Hasbullah Bagi pihak Pemuda PAS, kenyataan Zainah Anwar (dari Sister In Islam) dalam The Star Online pada 2 Oktober 2011 merupakan kekeliruan yang nyata dari seorang pemimpin NGO Islam yang kurang memahami falsafah hukum dalam syariah Islam. Islam merupakan agama Allah yang diturunkan kepada seluruh manusia sehingga akhir zaman. Ia merupakan agama yang membawa rahmat, agama kasih-sayang, agama yang halus dan lemah-lembut agama yang membawa kejayaan untuk dunia dan akhirat. Kekeliruan dalam melihat hukum Islam dengan gambaran salah seperti membesar-besarkan tentang potong tangan, potong kaki, rejam sampai mati dan sebagainya samalah seperti memberi gambaran salah kepada bukan Islam bahawa masuk Islam nanti kena potong anunya (berkhatan). Apakah itu caranya kita melihat Islam dan memberi penjelasan tentang Islam? Kenyataan itu hanya menakut-nakutkan manusia yang belum Islam tentang Islam. Kenapa kita tidak menjelaskan bahawa berkhatan itu adalah untuk mencegah dari kekotoran dan boleh membawa kepada penyakit kanser yang merbahaya, sebab itu Islam mahukan umatnya bersih dan bebas dari segala penyakit. Bukankah amalan berkhatan itu juga wujud sebelum Rasulullah SAW diutuskan membawa Islam lagi? Ia juga menjadi amalan biasa kepada kaum India yang menganut agama Hindu di Malaysia. Begitulah juga halnya dengan hukuman-hukuman yang terdapat dalam syariat Islam. Gambaran yang salah seperti hukuman sebat seratus rotan dan rejam sampai mati juga tidak harus menjadi bahan untuk menakut-nakutkan sedangkan hukuman rotan dan bunuh dengan cara yang lebih kejam juga terdapat dalam sistem perundangan penjajah. Kenapa rakyat Malaysia boleh terima? Menjelaskan tentang kebaikan akan hukum Islam secara akademik dengan sokongan statistik seharusnya menjadi keutamaan kerana Islam merupakan agama kesejahteraan. Sudah tentulah hukum-hakamnya untuk memelihara dan memberikan kesejahteraan kepada manusia sejagat. Selain itu Islam juga merupakan agama fitrah. Syariat dan hukum-hakamnya merupakan sesuatu yang selari dengan jiwa manusia. Sebagai contoh, apabila barang anda dicuri dengan jumlah yang besar (yang melayakkan hudud dilaksanakan), apakah hukuman yang anda harapkan dari pemerintah? Apakah anda berharap agar si pencuri itu hanya didenda dan dipenjara? Sudah tentu anda sangat gembira jika tangan si pencuri itu dipotong sahaja. Bagi seorang pemimpin masyarakat yang perihatin pula, apakah yang mereka harapkan akan hukuman yang patut diberikan kepada si pencuri itu? Sudah tentu potong tangan juga agar si pencuri itu tidak melakukannya lagi dan menjadi pengajaran kepada masyarakat agar takut dengan perbuatan yang mengganggu keharmonian itu. Tapi perlu diingat, bukan semua perbuatan curi terpaksa dipotong tangannya. Tempat simpanan, nilai yang rendah, orang yang miskin, bukan terpaksa, isteri yang mengambil barang suami dan banyak lagi faktor akan diambil kira sebelum hukuman dijalankan. Malah, jika si pemilik barangan tersebut memberi maaf sebelum dilaporkan kepada pihak pemerintah, hukuman itu juga tidak perlu dilaksanakan. Oleh itu, semua kenyataan yang dikeluarkan oleh oleh Zainah Anwar itu akan terjawab dengan sendiri apabila kita memahami bahawa Islam itu adalah agama yang adil, agama pemelihara, agama kasih sayang, agama fitrah di mana segala hukum-hukumnya termasuk hukum jenayah (Hukum Hudud) juga adalah untuk keadilan dan kesejahteraan masyarakat. Melihat hukum Islam dari sudut kekerasan perlaksanaan hukumannya adalah satu kekeliruan yang hanya akan menjauhkan manusia dari Islam sedangkan hakikat sebenarnya adalah ia suatu keadilan yang tiada taranya dan membawa manfaat serta pengajaran yang besar kepada masyarakat seluruhnya. Sejarah telah membuktikan jumlah jenayah yang sangat rendah dengan perlaksanaan syariat Allah itu.
Dalam keadaan jenayah di Malaysia tidak terkawal, Pemuda PAS menyokong penuh agar perlaksanaan Hukum Hudud dapat dilaksanakan di Kelantan sebagai negeri pemula bagi mengembalikan keharmonian negara dan rakyatnya. Justeru, seorang Islam yang mukalaf, malah beliau sedar bahawa kenyataannya itu merendah-rendahkan Islam seperti yang dilakukan oleh Zainah Anwar, ("It's okay to implement the hudud law because it doesn't affect non-Muslims." So it's okay for Muslims to be brutalised? Ertinya : Tidak mengapa untuk melaksanakan hukum hudud sebab ia tidak melibatkan non-muslim. Jadi tidak mengapalah untuk umat Islam dizalimi?) boleh menjejaskan akidah. Oleh itu, Pemuda PAS menyeru agar Zainah Anwar kembali bertaubat. Malah kita juga bersedia untuk bermuzakarah secara terbuka atau tertutup jika beliau inginkan penjelasan tentang hukum Islam (Hukum Hudud). Penulis adalah Pengerusi Lajnah Pekerja dan Profesional Muda Dewan Permuda PAS Malaysia | ||||||||||||||||||||||||||||
Mangkok yang tembak jurugambar Bernama didedah Posted: 05 Oct 2011 07:00 PM PDT Media: Gambar anggota Amisom tembak jurugambar Bernama TV didedah KUALA LUMPUR, 5 Okt — Gambar empat anggota tentera misi pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (Amisom) yang bertanggungjawab melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd. Nor didedahkan apabila ia dihantar menerusi e-mel kepada Bernama semalam. Berdasarkan gambar yang dihantar oleh Agensi Keselamatan Somalia itu, mereka yang sebelum ini dilaporkan sebagai tentera Burundi dan bertugas dalam Amisom dilihat berjalan tanpa sebarang kelengkapan senjata namun dikawal oleh beberapa tentera lain ke suatu tempat yang tidak dinyatakan, lapor Utusan Malaysia hari ini. Laporan polis Somalia memberitahu, pihak Amisom telah menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian berkenaan dan mendapati keempat-empat tentera yang dituduh itu didapati bersalah kerana melepaskan tembakan berkenaan. Amisom pada 26 September lalu secara rasminya telah menyempurnakan siasatan penuh terhadap empat tertuduh yang sebelum ini dikatakan menembak dan menyebabkan kematian Allahyarham Noramfaizul dan mencederakan jurukamera TV3, Ajis Saregar Mazlan. Pasukan keselamatan itu juga telah memohon maaf atas kejadian tersebut serta melucutkan mereka yang terlibat daripada menjalankan tugas pasukan pengaman dan menghantar mereka pulang ke Burundi untuk dibicarakan. Noramfaizul (gambar), 39, terkorban setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putra 1 Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 3 September lalu.- TMI | ||||||||||||||||||||||||||||
Depa dah hilang arah dahh... haha... Posted: 05 Oct 2011 06:00 PM PDT BN hilang arah dan hilang tumpuan Aspan Alias Isu bertambah-tambah sekarang ini. Isu klip video "Undilah" sedang diperkatakan dengan hebat di mana-mana. Arahan MCMC untuk menarik balek penyiarannya di TV saluran perdana merupakan satu tindakan yang membayangkan kerajaan sedang begitu takut dengan keadaan politik sekarang. Ahli Parlimen Kota Belud memberi ulasan yang video itu mengandungi unsur anti BN dan beliau menyokong tindakan mengarahkan saluran-saluran TV untuk tidak menayangkan video itu. Apa kandungan yang dianggap sebagai anti BN tidak dapat di ketahui tetapi orang ramai berpendapat yang kata-kata Tengku Razaleigh yang menyebut negara kita ada masalah merupakan penyebab kenapa video itu di katakan anti BN. Pemimpin BN minta semua orang berkata yang BN tidak ada masalah. Bagi setengah pemimpin berpendapat BN merasa pedasnya dengan kata-kata itu kerana mereka yang paling banyak memakan cili itu. Kata-kata Tengku Razaleigh itu merupakan kata-kata yang amat ditakuti dan sekali gus ianya dianggap sebagai anti BN sedangkan Tengku Razaleigh tidak pun menyebut apakah masalah-masalah yang beliau maksudkan. Itu menunjukan yang pemimpin Umno sedar yang mereka sedang menghadapi masalah. Hakikatnya BN memang bermasalah khususnya Umno. Kalau tidak ada pun kata-kata Tengku Razaleigh itu rakyat tahu BN berada dalam masalah besar yang belum pernah dialaminya sebelum ini. Kalau tidak ada masalah masakan keadaan haru biru yang di alami negara sekarang ini wujud. Saya selalu menyebut dalam tulisan saya sebagai seorang yang telah begitu lama menyertai Umno bercakap benar itu seolah-olah menjadi cegahan dan sesiapa bercakap secara jujur dan terbuka orang itu akan menghadapi masalah dan ditekan dan diketepikan. Pemimpin BN hanya mahu pujian walaupun tidak betul. BN bermasalah dengan keyakinan rakyat terhadapnya. Krisis keyakinan ini sangat besar yang datang dari setiap sudut. BN sudah diketahui rakyat sebagai pentadbir yang melakukan "stripping" terhadap aset negara kepunyaan rakyat untuk kepentingan beberapa orang tertentu dalam kerajaan. Ramai kroni kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara menyelesaikan masalah hutang mereka dengan menggunakan wang dan harta rakyat dan negara secara sistematik dan akhirnya ramai pula rakyat yang menyokongnya kerana menipu mereka. Orang Melayu dan Umno akan menyokong siapa sahaja yang menipu dan membohongi mereka. "Corporate Exercise" AirAsia dan MAS adalah isu yang besar dan sudah diketahui umum sebagai satu tindakan yang amat buruk padahnya kepada kerajaan BN pimpinan Umno ini. "Share swap" di antara AA dan MAS ini merupakan penipuan terancang bagi kepentingan orang-orang dan pihak tertentu dalam persekitaran pihak berkuasa. Urusan yang sebesar ini tentunya telah mendapat persetujuan Kabinet dan kita tidak tahu kenapa kerajaan yang menjaga amanah kepada harta rakyat melalui Khazanah itu tidak bertanggungjawab terhadap isu ini. Apa yang berlaku di antara AirAsia dengan MAS merupakan satu kes pemindahan harta rakyat kepada beberapa individu yang berkepentingan serta satu "exercise" untuk menyelesaikan hutang beberapa orang kroni dengan menggunakan harta rakyat pembayar cukai. Tuntutan Bersih untuk pihak kerajaan melaksanaan 8 tuntutan dalam pengendalian pilihanraya masih lagi menghantui pimpinan sehinggakan pimpinan kita menghadapi pandangan serong oleh masyarakat antarabangsa kerana kegagalan menyelesaikan masalah tuntutan ini. Perpecahan di dalam Umno di setiap peringkat akan menjadi penghalang yang terbesar dalam usaha Umno mendapatkan keyakinan rakyat keseluruhan untuk terus memberikan sokongan terhadapnya. Telah di sebut acapkali yang Umno akan menurunkan calon-calon yang "winnable" tetapi sehingga hari ini parti itu menghadapi kesulitan untuk mencari calon yang "winnable" itu kerana "winnable" atau tidaknya seseorang calun itu merupakan elemen intrepitasi masing-masing. Saya tidak nampak Umno akan mampu melaksanakan pencarian calon-calon "winnable" itu kerana Umno itu sudah terlalu dipersoalkan oleh rakyat untuk kekal sebagai sebuah parti yang "winnable". Dalam definasi "winnable" itu ianya mesti seorang calon dari parti yang "winnable" serta calon yang akan diberikan sokongan dan dukongan oleh parti dan pimpinan setempat. Ramai yang berpendapat yang calon-calon yang dikatakan sebagai calon yang "winnable" itu sebahagiannya adalah calon "payung terjun" yang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan. Dalam parti sedang berkecamuk di peringkat bahagian-bahagian ini untuk meletakan calon payung terjun itu akan hanya memberikan padah yang lebih buruk terhadap parti Umno itu sendiri. Dulu-dulu calon-calon payung terjun ini mudah diterima kerana semasa itu sikap perjuangan masih menebal dan rakyat tahu turunnya calon payung terjun itu adalah untuk kebaikan perjuangan parti. Tetapi perjuangan itu sudah lama hilang dan orang ramai menerimanya sebagai tindakan yang hanya memberikan kepentingan beberapa kelompok dalam pimpinan parti dan calon-calon itu adalah calon kepada kelompok di dalam Umno sahaja. Najib pastinya akan hanya menurunkan payung terjun dari mereka yang menyebelahi beliau kerana isu ini penting bagi menjaga keselesaan beliau sebagai pemimpin utama. Keadaan ini lebih lagi menjadi perhatian kerana tindakan secara senyap-senyap mereka di dalam Umno untuk menurunkan Najib dari kepimpinan itu adalah real dan nyata kepada mereka yang memerhatikan politik Umno secara detail. Di kalangan pemimpin Umno di peringkat tertinggi bukannya baik sangat sebenarnya. Masing-masing mahukan calon-calon yang di turunkan nanti adalah dari kelompok mereka dalam parti. Dalam proses pemilihan calon-calon ini lah akan timbul permasalahan yang besar di dalam Umno kerana masing-masing akan mengaku dan yakin yang setiap di antara yang bercita-cita itu merasakan yang mereka adalah calon-calon yang "winnable". Tetapi tidak kurang pemimpin-pemimpin yang adalah di dalam barisan kepimpinan bahagian-bahagian Umno sekarang ini mempunyai "apprehension" untuk menjadi calon Umno pada masa ini kerana belum pasti menang dalam pilihanraya kali ini. Ahli-ahli Umno tidak sehaluan dengan ahli-ahli dari MCA dan Gerakkan dan saya pernah menulis yang BN di Semenanjung itu adalah Umno tanpa parti-parti komponen yang lain. Jika keadaan ini berlaku BN itu Umno, Umno itu adalah BN di Semenanjung ini yang dijangkakan akan hanya mempunyai kurang dari 70 kerusi selepas pilihanraya yang akan datang. Sesungguhnya Umno telah terlalu lama terabai kerana sudah terlalu lama dikuasai oleh manusia pemimpin yang terlalu mementingkan kuasa peribadi. Ketagihan mendapat kuasa menyebabkan parti menjadi korban dan budaya perjuangan yang ada di dalam Umno sudah terlalu jauh dan menyimpang dari matlamat asal perjuangannya. Sesuatu parti politik itu selalunya ada budaya yang menyebabkan parti itu tertubuh. Tetapi apabila budaya yang selama ini telah memperkuatkan perjuangan parti itu sudah hilang, maka identiti parti itu dengan sendirinya hilang. Apabila identitinya hilang maka parti itu akan dengan sendirinya lemah dan tersasar dari matlamat asalnya. Banyak bangsa di dunia ini telah hilang dan hanya tinggal di kawasan-kawasan terpencil di banyak negara dan ketinggalan di dalam pembangunan dunia sejagat ini. Semuanya berlaku bermula dengan kehilangan identiti bangsa mereka. Umno dan pemimpin-pemimpinnya sedang menjurus ke arah itu….maruah boleh dijual beli. Yang penting mereka menjadi pemimpin. Samada mereka dihormati atau dipandang rendah oleh rakyat tidak menjadi isu. Sekarang ini Najib sedang menjelajah negara dan ber "shopping" undi. Beli sana dan beli sini. Jika menang lagi boleh cari lagi wang untuk menggantikan yang telah di belanjakan dalam masa sibuk membeli undi sebelum PRU itu. Keadaan akan menjadi seperti biasa kembali....pemimpin sibuk menyaingi rakyat untuk berniaga dengan bermodalkan kuasa yang di berikan rakyat tadi. Walaupun "Melayu tidak akan hilang di dunia ini" tetapi "Melayu akan hilang dunianya". Syabas Umno kerana Melayu sudah beransur-ansur hilang dunianya hasil dari perjuangan parti ini. — aspanaliasnet.blogspot.com | ||||||||||||||||||||||||||||
Lawak gila... Jakim diminta ambil tindakan kat Zul Kulim... kahkahkah... Posted: 05 Oct 2011 05:00 PM PDT JAKIM DIMINTA AMBIL TINDAKAN TERHADAP ZULKIFLI: TUKAR TIUB Tukar Tiub mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang tidak membayar hutang sebanyak 15 ribu ringgit yang dipinjam untuk membayar cagaran ketika bertanding dalam pilihanraya lalu. Tukar Tiub juga meminta JAKIM menyiasat kehilangan 30 ribu ringgit dari tabung rumah anak yatim Perkid di Hulu Selangor. Zulkifli didakwa cuba menyebarkan ajaran meminjam tak bayar dan merembat duit di negara ini. Tukar Tiub berkata, tindakan Zulkifli itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh memesongkan akidah umat Islam. "Fahaman meminjam duit kemudian tidak membayar kembali dan merembat duit tabung anak yatim dikategorikan sebagai sesat oleh JAKIM. Ini tidak boleh diterima...soal akidah tidak boleh dipermainkan. "Terdapat dua perbezaan besar di antara meminjam duit kemudian tidak bayar dan merembat duit anak yatim . Meminjam duit kemudian tidak dibayar adalah menipu orang yang kita kenali ini tidak sama seperti merembat duit tabung anak yatim yang anak anak yatim ini tidak kita kenali' kata Tukar Tiub Kahkahkah... Kahkahkah... | ||||||||||||||||||||||||||||
Jangan tak percaya, Umno yang haramkan purdah... Posted: 05 Oct 2011 03:30 PM PDT Umno Haramkan Purdah!!! Di bawah adalah artikel dari The Star bertarikh 12 March 1985. Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khalil Yaakob, telah mengeluarkan arahan supaya semua wanita2 yang bekerja dengan kerajaan tidak memakai purdah. Walaupun purdah ini hukumnya tidak wajib dalam Islam, namun ia tetap sebahagian dari syariat Islam. Terdapat wanita2 Islam yang telah dibuang kerja dari perkhidmatan kerajaan. Terdapat pelajar-pelajar universiti yang dibuang universiti kerana memakai purdah. Kes yang paling popular adalah kes Halimatusaadiah Kamaruddin. Beliau bertugas sebagai Kerani Umum di Pejabat Penasihat Undang-Undang Perak. Pada 6 August 1986, Halimatusaadiah telah dibuang dari jawatan kerani umum kerana beliau memakai purdah. Halimatusaadiah kemudiannya telah menyaman Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau telah diwakili oleh peguam Karpal Singh. ya benar, Karpal Singh pernah membela seorang mangsa kezaliman UMNO kerana memakai purdah. Yang hairannya, UMNO tidak pernah pula ambil tindakan pada pekerja2 Islam yang memakai pakaian seksi dan terdedah. Hanya mereka yang memakai purdah sahaja yang dizalimi oleh BN. Tapi, bekas diktator Tunisia juga pernah mengharamkan purdah. Akhir sekali, beliau terpaksa mencari perlindungan di negara yang mewajibkan purdah pada semua perempuan. Mungkin UMNO juga bakal mengikut jejak langkah bekas diktator Tunisia itu. Juga, ia menunjukkan sikap anti Islam UMNO ini sejak zaman berzaman. Bermula dgn Loteri UMNO 1951, lepas tu pembukaan kilang2 arak dan pada tahun 80'an pengharaman purdah. Ini adalah identiti sebenar UMNO. Mereka adalah puak2 yang anti kepada ISlam dan benci kepada Islam. Mereka lebih suka menyembah seorang pelakon porno dari melaksanakan hukum hudud. - Siasahkini |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan