Senyum Tangis Sendu |
- Isteri Dibakar
- Mogok Seks Tuntut Jalan Raya
- Hati-hati Bro! Sekarang Musim Isteri Potong Kemaluan Suami
Posted: 16 Oct 2011 11:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam 'meletupkan' isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di sini, tengah malam kelmarin. Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur. Gambar hiasan Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan. Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan. "Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku. "Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan daripada suami," katanya. |
Posted: 16 Oct 2011 07:30 PM PDT BOGOTA: Golongan wanita di Barbacoas, Colombia, menamatkan mogok seks selama tiga bulan, 19 hari selepas desakan supaya jalan raya dibina di tempat mereka ditunaikan selepas pegawai berjanji untuk melabur dalam projek berkenaan. "Malam itu kami taat kepada suami kami. Keinginan amat bagus dan kami manfaatkan kesempatan itu," kata pemimpin mogok berkenaan, Luz Marina Castillo kepada akhbar Bogota, El Tiempo menerusi komen yang disiarkan semalam selepas mogok berkenaan dihentikan. Gambar hiasan Menteri Pengangkutan, German Cardona berjanji sebanyak AS$21 juta akan dibelanjakan untuk membina jalan sejauh 27 kilometer daripada 57 kilometer keseluruhan dan kajian sedang dijalankan bagi menilai jumlah dan rekaan bagi fasa kedua laluan berkenaan. Kira-kira 300 wanita menyertai mogok berkenaan sejak 22 Jun lalu, enggan melakukan hubungan seks dengan suami mereka sehingga kerajaan bersetuju untuk membina jalan di laluan kuda berusia 163 tahun di bandar Narino. - AFP |
Hati-hati Bro! Sekarang Musim Isteri Potong Kemaluan Suami Posted: 16 Oct 2011 05:00 PM PDT TAIPEI: Seorang wanita menggunting kemaluan suaminya sebelum mencampakkan organ itu ke dalam sungai. Wanita warga Vietnam berusia 30 tahun itu bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap suaminya kerana menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain serta penderaan fizikal yang dilakukan ke atasnya. Gambar hiasan Si isteri yang hanya dikenal pasti dengan nama keluarganya, Pan, memotong hampir separuh kemaluan suaminya di rumah mereka di Tainan, selatan Taiwan, ketika lelaki itu tidur selepas mengambil dadah dan pil tidur. Dia kemudian mencampakkan organ seks suaminya, warga Taiwan berusia 29 tahun ke dalam sungai sebelum menyerah diri kepada polis. "Dia ditahan atas tuduhan menyerang," kata seorang anggota polis yang enggan namanya disiarkan. Wanita itu memberitahu polis, dia tidak menyesal dengan perbuatan terhadap suaminya yang menganggur dan penagih dadah. Polis berkata, Pan mendakwa menderita kerana sering dipukul walaupun dia bekerja di sebuah kelab karaoke untuk menyara keluarganya sejak pasangan itu berkahwin dua tahun lalu. Hubungan sulit lelaki itu dengan wanita lain, yang sengaja tidak disembunyikannya, mendorong Pan bertindak demikian. Dia boleh dihukum penjara sehingga 12 tahun jika sabit kesalahan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan