Isnin, 17 Oktober 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Muhyiddin!! Bukan semua rakyat Malaysia BODOH macam pencacai UMNO!

Posted: 17 Oct 2011 03:53 AM PDT



Muhyiddin menyeru supaya rakyat berterima kasih kepada BN kerana BN telah mengubah taraf kehidupan mereka selama ini. Beliau membuat seruan ini di Seremban semalam dalam lawatan kerja sehari beliau ke Negeri Sembilan. BN telah memerintah negara lebih dari 5 dekad terus menerus dan tidak pernah kita mendengar pemimpin BN mengucapkan terima kasih kepada rakyat.


Sepatutnya BNlah yang berterima kasih kerana rakyat selama ini telah memberikan sokongan kepada BN selama 5 dekad sehinggakan BN merasakan hak untuk berkuasa itu hanyalah untuk BN sahaja. Oleh kerana berkuasa terlalu lama secara terus menerus BN menyangka yang hak untuk berkuasa itu adalah hak mereka sahaja.

Bagaimana mereka yang telah dimandatkan untuk memerintah meminta rakyat berterima kasih sedangkan merekalah yang sepatutnya berterima kasih kepada rakyat kerana telah diberikan mandat itu sebegitu lama kepada BN. Bagaimana mereka yang memberi itu mesti mengucapkan terima kasih kepada yang menerima? Selama ini BNlah penerima kuasa yang rakyat berikan dan BN jugalah yang tidak berterima kasih kerana tidak lagi menjaga pemberi mandat dengan jujur dan telus.

Dalam pilihanraya ini pemberi mandat itu adalah rakyat dan jika BN masih ingin berkuasa BN khususnya Umno patut mengucapkan terima kasih kepada rakyat bukannya mundar mandir minta rakyat yang berterima kasih kepada BN pula. Hakikatnya bukan BN yang memberi mandat kepada rakyat tetapi sebaliknya rakyat yang akan memilih kepada siapa yang mandat itu hendak diberikan.

Oleh kerana sifat BN yang tidak berterima kasih kepada rakyat itulah yang menyebabkan Umno dan BN semakin hari semakin lemah. Umno sudah begitu tidak terurus kerana sokongan rakyat terhadap parti itu sudah berkurangan dengan begitu nyata sekali.

Rakyat ramai sudah merasakan yang mereka hanya diperkudakan oleh BN untuk kepentingan kroni dan "warlords" dalam Umno sahaja dan ini adalah sikap tidak berterima kasih kepada rakyat. Rakyat telah memberikan mandat bukan untuk membina kumpulan "warlords" tetapi untuk memerintah mengikut kehendak dan cita rasa mereka.

Yang melakukan rasuah bukannya rakyat tetapi pemimpin-pemimpin, "warlords" serta kroni di dalam pentadbiran kerajaan BN itu. Rakyat. Merasa "fed-up" mendengar pemimpin Umno macam Muhyiddin supaya rakyat berterima kasih sedangkan kita tahu yang mereka tidak pernah berterima kasih kepada rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka selama ini.

Sebaliknya mereka salah gunakan kepercayaan rakyat dengan melakukan rasuah dan menyalah gunakan kuasa dan seterusnya menyalahkan semua pihak yang lain kerana masalah keresahan yang dihadapi rakyat. Bagaimana rakyat hendak berterima kasih kerana sumbangan BN dalam menyusahkan rakyat?

Pemimpin kita tidak pernah mengaku bersalah tetapi kesalahan mereka akan sentiasa dilemparkan kepada pihak lain pula. Umno patut berusaha untuk menunjukan rasa terima kasih kepada rakyat tetapi bukannya dengan memberikan tunai secara "one off" yang tidak seberapa untuk melekakan orang Melayu dan seterusnya melakukan segala perkara yang tidak senonoh itu secara berterusan. Rakyat sedar seribu ringgit bantuan "one off" itu hanya menambah pendapatan rakyat sebanyak RM2.73 sen sehari dalam setahun itu. Kenaikan pedapatan sebanyak itu tidak akan menjayakan niat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebuah negara rakyat yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bila hendak bercakap itu elok berfikir dahulu. Rakyat tidak lagi pekak dan bisu seperti anggapan setengah pemimpin kita. Rakyat pun sudah ke sekolah sikit-sikit. Setakat hendak membahagikan RM1,000 dengan 365 hari dalam setahun itu sudah boleh sekarang.

Untuk mendapatkan mandat rakyat hanya dibayar RM2.73 sen sehari sahaja bagi tahun 2012. Hebat kan? Untuk itu rakyat mesti berterima ksih kepada BN.


aspanaliasnet.blogspot.com

Anak VVIP ramas buah dada? Siarlah dalam Lidah Rasmi UMNO.. cabar Guan Eng.

Posted: 17 Oct 2011 02:33 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan mengulas laporan dalam blog pro-Umno yang mendakwa anak lelaki seorang kenamaan di negeri itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanitanya.

Sebaliknya, Lim yang juga setiausaha agung DAP mencabar Umno supaya menerbitkan dakwaan itu di akhbar-akhbar dan media milik mereka.

"Biarkan Umno menerbitkan berita itu dulu, kemudian anda boleh saksikan apa yang akan kami buat.


"Apa yang berlaku sekarang, mereka baling batu, sembunyi tangan. Mengapa harus saya menjawab mereka setiap kali?" soalnya pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Menurut Lim, beliua mempunyai tugas lain yang lebih mendesak bagi menguruskan kerajaan negeri daripada menjawap tohmahan seumpama itu.

Awla hari ini, isteri Lim, Betty Chew, juga enggan mengulas dan hanya berkata, "Tolong kemukakan soalan kepada KM".

Media di Pulau Pinang hari ini kecoh apabila blog pro-Umno mendakwa anak pemimpin tinggi politik mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 didakwa disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.

Pindahkan anak

"Dek tidak dapat menanggung malu, bapa VVIP itu telah memindahkan anak beliau ke sekolah lain. Dan perkara ini hanya diketahui oleh mereka yang terlibat sahaja dan juga pegawai-pegawai penting VVIP tersebut!

"Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?" tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.

Berikutan pendedahan itu, blog pro-Umno terus membuat spekulasi bahawa identi orang kenamaan yang dimaksudkan itu adalah Lim.

Anak lelaki ketua menteri itu yang berusia 16 tahun itu didakwa baru-baru ini dipindahkan dari sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St Xavier's Institution baru-baru ini keraja masalah disiplin.

Bagaimanapun pihak sekolah telah menafikan dakwaan berkenaan.

Sumber dari sekolah Heng Ee mengesahkan anak Lim memang dipindahkan ke sekolah lain dan proses dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau menafikan dakwaan pemindahan ke St Xavier's Institution adalah kerana masalah disiplin seperti yang didakwa itu.

"Dia adalah seorang pengawas di sekolah dan mempunyai prestasi yang agak baik dalam bidang akademik. Kami tidak mahu dia meninggalkan sekolah ini.

"Malah ibu bapanya juga tidak mahu dia meninggalkan sekolah ini tetapi dia memilih untuk belajar di sekolah lain," kata sumber yang tidak mahu identitinya didedahkan.


Malaysiakini

MyKad Baru : Dulu bagi setiap keping, RM2.60 masuk poket.. kali ni berapa pula?

Posted: 17 Oct 2011 01:07 AM PDT



Ketika MyKad yang memiliki cip diperkenalkan suatu masa dulu, kontrak pembikinannya telah diserahkan kepada sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia iaitu IRIS Corporation Berhad melalui perjanjian pada 13 Ogos 2003.


Menurut perjanjian tersebut IRIS melalui anak syarikatnya GMPC Corporation Sdn. Bhd. akan membekalkan sejumlah 9 juta keping MyKAD kepada Jabatan Pendaftaran Negara selama tempoh dua tahun dengan kontrak bernilai RM 216 juta.

Bermakna melalui perjanjian itu sekeping MyKad jatuh RM24.00.

Tetapi ketika Menteri Dalam Negeri ketika itu iaitu Azmi Khalid mengumumkan kos pembikinannya belia menyatakan bahawa kos untuk sekeping MyKad pada ketika itu adalah RM28.60.

Kenapa ada perbezaan sebanyak RM2.60 tu.. korang faham-fahamlah sendiri..

Itu adalah perbezaan harga yang dinyatakan untuk sekeping MyKad dan perbezaan harga untuk 9Juta MyKad ialah RM23.4Juta.. betulkan kalau aku silap..

Kemudiannya difahamkan pada 29 Ogos 2005 IRIS dan kerajaan menandatangani empat lagi perjanjian kali ini untuk membekalkan dalam tempoh 4 bulan MyKad, MyKid dan MyPR dengan kontrak bernilai RM92 juta!

Berapa pula yang diperolehi oleh mereka dari RM92Juta tu?

Tiba-tiba pula semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baharu yang dipertingkatkan tahap kualiti dan ciri-ciri keselamatan bermula Januari depan.

Kononnya "MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan.

Hishammuddin berkata, kelebihan MyKad baru itu adalah diperbuat daripada bahan 'polycarbonate' yang lebih tahan dan menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan.

Tambahnya, MyKad itu juga mengandungi cip yang telah diuji kualiti ketahanan di Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia (SIRIM) serta makmal-makmal semi konduktor yang diiktiraf.

Hmmm… Siapa pula yang akan kaya kali ini??


*******************


Who's got contract for new MyKad?

KUALA LUMPUR: Opposition MP for Teluk Intan M Manogaran wants the government to reveal the name of the company which was awarded the contract to print the new set of MyKad, scheduled to be launched in January next year.

He also wants Home Minister Hishammuddin Hussein to reveal "who owns the company and the cost of (producing) each of the new MyKad".

"We want Hishammuddin to reveal the name of the company awarded the contract, who owns the company and the cost of (producing) each of the new MyKad," he said.

Manogaran was responding to the minister's announcement that beginning next year the National Registration Department (NRD) will issue new MyKads that will have several hi-tech security features.

According to Hishammuddin the advantages of the new MyKad is that "it will be made of polycarbonate which will be much more durable and the new chip was tested at Sirim."

"There is no point in you having the best security featured identity card but corrupted officers," countered Manogaran

How did Bangladeshis get citizenships?

On a separate matter, Manogaran criticized Hishammuddin for threatening to expose opposition leaders who has also received citizenships.

Hishammuddin was reported in Malay daily, Sinar Harian as saying that families of opposition leaders were also recipients of Malaysian citizenships.

"That's not what we asked the Home Minister in Parliament. What we asked was how is it that thousands of foreigners that were allegedly registered as voters got their citizenship at the first place.

"Are they professionals? Have they lived in Malaysia for more than 10 years and did they get their Permanent Residence (PR) status first?

"In the same Sinar Harian report Hishammuddin said that only 30 Bangladeshis were given citizenship during a seven-year period.

"Can Hishammuddin divulge the qualification and personal details of the 30 Bangladeshis that were granted the citizenship?

"How long did the 30 Bangladeshis live in Malaysia and were they given PR before being entitled for citizenship?" he asked, adding that it was of no interest to them if the person who gets the citizenship is related to a Pakatan Rakyat or Barisan Nasional leader.

Free Malaysia Today

Negara Kristian: Utusan terbukti menyebar fitnah lagi...

Posted: 16 Oct 2011 10:19 PM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan bahawa tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan konspirasi oleh kumpulan-kumpulan Kristian untuk menjadikan agama itu sebagai agama rasmi Malaysia.

Akhbar The Sun melaporkan bahawa perkara itu didedahkan oleh ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi pada sidang akhbarnya di Georgetown semalam yang memetik jawapan bertulis di Dewan Rakyat oleh menteri berkenaan.


Menurut Ooi, yang juga dituduh terbabit dengan plot itu, jawapan itu soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin.

Akhbar itu memetik Ooi berkata kes berkenaan telah diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut) oleh timbalan pendakwa raya selepas kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara

Isu itu timbul apabila blogger Zakhir Mohamad yang menulis dengan nama Big Dog memuat-naikkan di blognya mengenai desas-desus ada perancangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini dan melantik seorang perdana menteri yang beragama Kristian.

Artikel itu kemudian dipetik akhbar Utusan Malaysia pada 7 Mei di halaman utamanya sehingga menyebabkan polis menyoal siasat lapan paderi berhubung perkara itu.

Ahli DAP Mohamed Razali Abdul Rahman, 42, yang hadir pada majlis tertutup paderi-paderi berkenaan juga tampil membuat laporan polis.

Berikutan itu, Hishammuddin berkata bahawa terdapat "beberapa asas" kepada tuntutan 'konspirasi Christian' itu.


Malaysiakini

Siapa kurang ajar pada raja-raja Melayu kalau bukan Mahathir?

Posted: 16 Oct 2011 06:25 PM PDT

Pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, hari ini, menempelak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membidasnya kerana mendakwa tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah adalah perlakuan kurang ajar.

"Kata Mahathir saya bersifat kurang ajar, tidak bermoral terhadap raja-raja. Adakah beliau betul?


"Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 19993," kata Aziz dalam satu kenyataan.

Sebagai mengimbas semula, kenyataan Aziz yang bertajuk "Ehhh....look who's talking?" menceritakan bagaimana pada 1983, Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, kuasa menggistiyharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri. Semua pindaan itu mencetuskan krisis, katanya.



Menurut Aziz lagi, pada 1993, Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.

"Semua pindaan itu juga menimbulkan krisis.

"Dalam kedua-dua peristiwa itu, beliau juga menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja (agar rakyat bangkit menyokongnya)," katanya.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-11 Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Parit, semalam dilaporkan berkata tindakan Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

Ahkbar milik Umno, Utusan Malaysia juga memetik mantan perdana menteri itu berkata, walaupun ia mungkin tidak menyalahi undang-undang, tindakan Aziz yang enggan meminta maaf atas kesilapannya itu jelas bertentangan dengan prinsip moral.

"Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Mahathir.

Bagaimanapun menurut Aziz, terpulang kepada rakyat menentukan siapa sebenarnya yang bersikap kurang ajar kepada raja-raja Melayu kerana umum tahu pendirian Dr Mahathir dan Umno yang seringkali tidak tetap dan akan memihak kepada keputusan yang menguntungkan mereka.

"Dua tahun lalu, dia (Dr Mahathir) kata OK bagi pihak Istana menyingkirkan (Menteri Besar Perak Datuk Seri) Nizar (Jamalauddin).

"Dan awal tahun ini pula, beliau berkata dirinya tidak pernah merampas kuasa sultan dalam pelantikan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) Selangor (selepas Sultan bertitah baginda tidak lagi mempunyai kuasa melantik SUK)."

Pada 11 Oktober lalu, kenyataan Aziz yang berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim mencetuskan kontroversi.

Katanya, tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam.

Berikutan itu, pemimpin BN, khususnya Umno dan media-media miliknya memperhebatkan bidasan mendesak Aziz memohon maaf dan dikenakan pelbagai tindakan kerana didakwa biadap dan derhaka kepada institusi raja-raja.


Malaysiakini

Tiada ulasan: