Senyum Tangis Sendu |
Posted: 09 Oct 2011 11:00 PM PDT JASIN: Ibarat pesta. Itu suasana aktiviti penjualan daging babi bersalut madu secara terbuka di sebuah kawasan perkampungan di Bandar Merlimau, di sini, apabila lebih 100 pelanggan menyerbu sebuah lori membawa daging haiwan itu yang dijual pada harga serendah RM5 sekilogram. Berbanding RM15 hingga RM18 di pasar basah, aktiviti menjual daging itu berhampiran rumah penduduk beragama Islam menimbulkan keresahan mereka yang mahu perbuatan itu dibendung pihak berkuasa. Justeru, mereka meminta Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) turun padang dan memantau keadaan itu serta mengambil tindakan tegas kepada peniaga sekiranya melanggar undang-undang. Penduduk, Eby, 29, berkata kegiatan itu berlarutan sejak tiga bulan lalu apabila terdapat seorang 'ejen' yang memaklumkan kepada penduduk mengenai penjualan daging babi itu. "Ejen terbabit akan pergi ke setiap rumah penduduk bukan Islam dan memberitahu 'pesta' menjual daging babi bersalut madu akan diadakan pada hari tertentu. "Pelanggan dinasihatkan datang ke lokasi ditetapkan itu setengah jam lebih awal kerana menurut ejen terbabit, bekalan habis sekiranya mereka datang lewat," katanya. Menurutnya, penjualan daging babi bersalut madu itu dilakukan peniaga menggunakan sebuah lori sejuk beku dan makanan berkenaan siap dibungkus selain bahagian tulang dan kaki serta kepala dijual berasingan. "Keadaan ketika itu seperti pesta kerana orang ramai menyerbu lori terbabit untuk membeli bekalan daging babi bersalut madu itu," katanya yang juga pekerja swasta, ketika ditemui di sini, baru-baru ini. Tinjauan Metroplus ke satu lokasi penjualan daging babi itu, baru-baru ini mendapati, tidak kurang daripada 80 penduduk bukan Islam menunggu lebih setengah jam bagi mendapat bekalan daging itu. Sementara itu, jurucakap MPJ ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penjualan daging babi secara terbuka itu dan tindakan segera sudah diambil oleh anggota penguat kuasa bagi menghalang kegiatan terbabit. "Kami sudah menghantar anggota penguat kuasa ke lokasi dilaporkan penduduk dan mendapati kegiatan itu berlaku. Kami bertindak menghalang pihak yang cuba menjualnya kepada orang ramai. "MPJ akan sentiasa memantau supaya kegiatan seperti itu tidak berulang dan bersedia dengan tindakan tegas sekiranya ada pihak yang cuba melanggar undang-undang majlis," katanya yang mengesahkan menjual babi secara terbuka salah daripada segi undang-undang pihak berkuasa tempatan. |
Posted: 09 Oct 2011 08:00 PM PDT EAST BETHEL, (Minnesota): Seorang wanita berusia 18 tahun mengaku memecah masuk rumah jirannya sebanyak tiga kali untuk mencuri dan mencari barang yang boleh dijual untuk memuaskan ketagihan pornonya. Sherif di Anoka berkata, jirannya membuat laporan polis kerana mempunyai rakaman video menunjukkan Amanda Rose Owens menyelinap masuk ke rumahnya melalui lubang anjing di pintu belakang. Jirannya itu memasang kamera litar tertutup di rumahnya apabila wang tunai AS$300 (RM947) dan barang lain kepunyaannya, dicuri. Pegawai penyiasat berkata, Owens mengaku mencuri masuk ke rumah jirannya itu sebanyak tiga kali. Katanya, dia mencuri masuk kerana dia memerlukan wang untuk membeli 20 hingga 30 DVD pornografi. Sehingga semalam, tidak dapat dipastikan sama ada dia mempunyai peguam untuk membelanya di mahkamah. - AP |
Bro, Airport Menatang Apa Lagi Kat Melaka Ni? Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT Bro, gua tidak faham dengan Ketua Menteri Melaka ni. Setahu gua sudah ada landasan kapal terbang di Melaka, itu pun antarabangsa pergi Indon untuk kerahan pegawai kerajaan pergi melancong. Tidak silap gua, bulan November nanti akan beroperasi laluan domestik penerbangan dari Melaka ke Kota Bharu dan Melaka ke Pulau Pinang. Apa kejadah semua ni Ali Rustam? Dulu gua ingat masa di tempat ceramah Ali Rustam menghentam Kelantan yang mundur dari Melaka namun kemunduran itu membuatkan Ali Rustam menjilat semula kencingnya kerana membuka aluan penerbangan ke negeri paling dia benci iaitu Kelantan dan Pulau Pinang. Menagapa Ali Rustam pilih negeri Pakatan Rakyat dan tidak pilih negeri jajahan UMNO/BN? Adakah Ali Rustam mahu masuk Pakatan Rakyat sama ada PAS ataupun DAP? Apakah motif beliau membuka laluan di dua negeri yang ditadbir oleh PAS dan DAP itu. Gua ada dengar juga bahawa kerajaan Melaka terpaksa mengepam RM10 juta setiap bulan untuk menghidupkan laluan penerbangan di dua laluan tersebut. Kalau lapangan terbang itu antarabangsa, kerajaan Melaka tidak perlu mengepam RM10 juta tersebut kerana keuntungan boleh dipungut. Gua ada dengar cakap-cakap orang atasan Air Asia bahawa mereka tidak berani membuka laluan Air Asia di Melaka kerana akan mengalami defisit yang teruk. Itulah sebab kerajaan Melaka memilih Firefly dan dipam RM10 juta tersebut. Berbalik kita kepada lapangan terbang 'simpanan' yang terletak di Sungai Rambai. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa lapangan terbang ini menelan kos RM2juta semata-mata untuk persembahan pesawat ringan nyamuk iaitu Eagle150, pesawat Cesna, Christaine Eagle dan pesawat mikro sempena Sungai Rambai Melaka International Fly In 2011 dari 10 hingga 12 Jun lalu. Papan tanda Airstrip di Kg Tasek Lapangan Terbang Microlight Sungai Rambai ialah pertunjukan pasukan aerobatik dari Persekutuan Udara Malaysia (MSAF) yang menggunakan pesawat jenis Eagle di samping aksi dua juruterbang persendirian dari Thailand yang menggunakan pesawat Christaine Eagle serta Extra 300. Ia merupakan karnival kali kedua dianjurkan di Sungai Rambai. Sempena pelancaran tersebut dua pesawat jenis Cesna daripada Kelab Penerbangan Diraja Selangor yang berpengkalan di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi telah mendarat di sini. Namun sekarang ia telah jadi seperti kawasan padang ragut memandangkan tempat tersebut jadi tempat lembu menginap dan membuang najis. Tompokan najis dan keadaan pagar yang berkarat membuktikan projek itu hanyalah untuk membazirkan duit rakyat. Keadaan landasan serta jalan tidak seperti dalam keadaan baik dan seperti jalan-jalan kampung. Jalan projek RM2juta bro Projek RM2juta ni bro Projek tahi lembu bro Macam ni je bro pagar projek.. Macam sial Dawai pagar dah berkarat bro Jalan kampung ke lapangan terbang ni bro? Ada chalet la bro.. RM60 semalaman.. ada bajet tak bro?? |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan