Senyum Tangis Sendu |
- Yahudi Bakar Masjid
- Cungkil Mata Dalam Gereja
- Paksa Murid Tanggalkan Pakaian Sekolah
- Makhluk Aneh Dalam Dewan Peperiksaan
Posted: 04 Oct 2011 12:30 AM PDT BAITULMAQDIS: Masjid di sebuah perkampungan Badwi dibakar sementara temboknya diconteng semalam, dipercayai perbuatan kumpulan pelampau Yahudi. "Seluruh masjid, termasuk permaidani dan kitab suci al-Quran dibakar," kata imam kampung itu, Fuad Zangariya. Dalam kenyataannya kepada Radio Tentera Israel, beliau berkata, perkataan 'Palmer' dan 'balas dendam' diconteng pada tembok masjid. Minggu lalu, polis berkata, sebuah kereta melanggar seorang penduduk Yahudi, Asher Palmer dan anaknya berusia setahun menyebabkan mereka mati. Polis menyalahkan penduduk Palestin yang melontar batu ke arah kereta itu hingga menyebabkan kemalangan berkenaan. Dalam pada itu, polis rejim Zionis mengesahkan masjid itu terbakar teruk dan perkataan 'Tanda Harga' dalam bahasa Ibrani diconteng pada tembok masjid. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengecam serangan itu dengan berkata ia bertentangan dengan nilai asas rejim itu. Bagi sebahagian pelampau Yahudi, slogan 'Tanda Harga' melambangkan bayaran balik bagi setiap kekangan Israel terhadap penempatan di Tebing Barat yang ditawan Israel selepas Perang 1967 dan wilayah rakyat Palestin berharap dapat membentuk sebuah negara merdeka. Bulan lalu, dua masjid menjadi sasaran serangan penduduk Yahudi berikutan tindakan tentera Israel merobohkan sebuah rumah yang dibina tanpa kebenaran rejim itu di penempatan Yahudi. "Serangan semalam mempunyai ciri-ciri 'Tanda Harga' dan kami membentuk pasukan khas untuk menyiasatnya," kata Ketua Polis tempatan, Ran Levi. Penduduk, Jamal Zangriya memberitahu Radio Israel: "Kami percaya pelampau dari luar kampung ini yang melakukannya." Dia merujuk kepada kegiatan rabbi Yahudi dari Safed, sebuah bandar berhampiran yang bertanggungjawab meghasut pendatang Yahudi menyerang penduduk keturunan Arab. - AP |
Posted: 03 Oct 2011 10:30 PM PDT ROME: Seorang pengunjung gereja mengejutkan orang ramai apabila dia tiba-tiba mencungkil kedua-dua bola matanya ketika paderi melangsungkan upacaranya di situ, semalam. Lelaki kelahiran Britain, Aldo Bianchini, dilaporkan berdiri perlahan-lahan dan mencungkil matanya sebelum terjatuh berlumuran darah. Gambar hiasan Ibu Bianchini cuba membantunya tetapi doktor berkata, mata lelaki itu tidak dapat diselamatkan. Menurut Bianchini, dia terdengar suara mengarahkannya mencungkil mata sendiri. Dalam Bible, ada petikan menyatakan: "Jika mata kanan anda menyebabkan anda berdosa, cungkil dan buangkan ia. Lebih baik hilang sebahagian daripada anggota badan daripada seluruh tubuh anda ke neraka. - TS |
Paksa Murid Tanggalkan Pakaian Sekolah Posted: 03 Oct 2011 07:30 PM PDT BANDAR RAYA MEXICO: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Mexico menyiasat sebuah sekolah rendah yang memaksa murid gred enam menanggalkan pakaian selepas wang sebanyak AS$13 (RM42) hilang. Suruhanjaya itu melakukan siasatan ekoran aduan ibu bapa dan laporan suruhanjaya hak asasi manusia negeri di Michoacan. Gambar hiasan Suruhanjaya kebangsaan berkata dalam satu kenyataan, semalam, pengetua dan guru sebuah sekolah di La Piedad mengarahkan murid menanggalkan pakaian pada 23 September lalu ketika mereka mencari wang yang hilang di dalam kelas. Suruhanjaya berkenaan menghantar kakitangan mereka bagi menyoal siasat murid dan pihak berkuasa tempatan. Panggilan telefon ke sekolah terbabit bagi mendapatkan ulasan mengenai insiden itu, bagaimanapun, tidak dijawab. - AP |
Makhluk Aneh Dalam Dewan Peperiksaan Posted: 03 Oct 2011 05:00 PM PDT TUMPAT: "Anak saya memberitahu, dia tergamam dan menggeletar sebaik melihat satu lembaga besar memerhatikannya ketika di dalam dewan peperiksaan semalam. "Selepas menjerit ketakutan, anak saya pengsan sebelum dibawa mendapatkan rawatan oleh guru," kata Rozali Abdul Rahim, 46, bapa kepada Sara, 11, yang diserang histeria di sekolahnya jam 10 pagi semalam. Gambar hiasan Rozali berkata, ketika kejadian, anaknya yang belajar di Tahun Lima Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Pengkalan Kubor 1 sedang menduduki peperiksaan penggal akhir tahun bersama beberapa rakannya sebelum tiba-tiba menjerit ketakutan. Katanya, selain anaknya, kira-kira 10 lagi murid di dalam dewan itu turut menjerit seolah-olah ternampak sesuatu yang menakutkan sebelum tidak sedarkan diri. "Nasib baik dia dapat dipulihkan dengan bantuan pengamal perubatan tradisional yang didatangkan dari Pengkalan Chepa," katanya, semalam. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan