Pahang Daily Online |
- ADUN Johol 'Meninggal Dunia', SPR Sahkan Tidak Akan Mengadakan Pilihan Raya Kecil Kawasan Itu
- UMNO Tidak Kecewa Atas Tindakan 'Bekas' Ketua Cawangan Indera Mahkota Satu Menyertai PKR !!
- Tamparan Hebat Buat BN, 'Peguam MCA' Bersama Para Penyokongnya 'Sertai Parti DAP' Di Temerloh
- Panas: Saksi Misteri, Najwan Ali Dedah Saiful Ada Nyatakan Beliau Membenci Anwar Selepas PRU-13
- Gempar: 'Saksi Misteri' Bakal Beri Keterangan Kes Liwat 'Anwar Ibrahim' Di Mahkamah Tinggi Esok !
ADUN Johol 'Meninggal Dunia', SPR Sahkan Tidak Akan Mengadakan Pilihan Raya Kecil Kawasan Itu Posted: 04 Oct 2011 02:53 AM PDT KUALA LUMPUR, 4 Okt - Pilihanraya kecil tidak akan diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri Johol, Negeri Sembilan biarpun ada kekosongan di kerusi tersebut akibat kematian wakil rakyatnya. Di dalam laporan Bernama Online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ini kerana tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah melepasi tiga tahun pada April lepas. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jika Speaker DUN Negeri Sembilan menghantar notis kekosongan sekalipun, pilihanraya kecil tetap tidak akan diadakan. Wan Ahmad berkata sebarang kekosongan kerusi hanya akan diisi pada pilihanraya umum akan datang. Penyandang kerusi Johol Datuk Roslan Md Yusof (foto), 58,meninggal dunia pada kira-kira pukul 4.45 pagi tadi. Pada masa itu, Roslan sedang menerima rawatan di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah kerana mengadu sesak nafas. [Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Roslan Md Yusof atas apa yang terjadi ini. Semoga roh Allahyarham akan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Kami cuba menjengok blog ADUN terbabit di SINI, yang kali terakhir dikemaskini pada 12 Januari 2011 yang lalu. Daripada apa yang dilihat, ternyata Allahyarham merupakan seorang wakil rakyat yang amat disenangi di kawasannya. Berbagai aktiviti kemasyarakatan yang disertainya membuktikan dia adalah salah seorang tokoh yang cuklup berharga buat penduduk setempat. Al-Fatihah buat roh arwah. Amin]. |
UMNO Tidak Kecewa Atas Tindakan 'Bekas' Ketua Cawangan Indera Mahkota Satu Menyertai PKR !! Posted: 04 Oct 2011 02:02 AM PDT KUANTAN, 4 Okt - Rata-rata pemimpin UMNO Indera Mahkota yang dihubungi menyatakan mereka tidak perlu gusar dengan penyertaan bekas Ketua UMNO Cawangan Indera Mahkota I, Hasanuddin (foto) ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ini kata mereka, Hassan bukanlah seorang tokoh pemimpin yang besar dalam UMNO bahagian itu, malahan beliau sebenarnya tidak mempunyai penyokong seperti yang dilaporkan. Semalam PDO telah menyiarkan artikel berkenaan tindakan Hassan menyertai PKR akibat kecewa dengan UMNO. Beliau telah menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dalam satu majlis di Restoran Saji Rahmat pada Ahad lalu (klik sini). Menurut seorang pemimpin UMNO setempat yang tidak mahu identitinya dikenali berkata "Hassan adalah virus dalam Pilihanraya Umum. Pada tahun 1990 di bergaduh dengan arwah Sahar sampai sanggup nak berparang-parang. Pada PRU 2004 pula dia bergaduh dengan arwah Aziz Dolah, maka pada PRU-13 ini nanti biarlah dia bergaduh pula dengan Dato' Fauzi yang merupakan boss lamanya dulu. Saya tidak hairan dengan tindakannya menyertai PKR kerana dia langsung tidak pengaruh. Biarkan dia keluar UMNO dan masuk PKR. Kita tidak perlu pujuk orang seperti itu", katanya. Beliau turut menegaskan, kemasukkan Hassan sebenarnya bukanlah membawa penyokongnya yang ramai. "Dia tiada penyokong dan kemasukan itu hanyalah gimik yang dilakukan oleh PKR untuk menunjukkan kononnya UMNO sudah ditolak di Indera Mahkota. Sebenarnya PKR yang berpecah belah di Indera Mahkota dan bukannya UMNO. Lihat apa yang berlaku kepada Dato' Fauzi dan YB Azan Ismail?. Hingga sekarang Anwar gagal mendamaikan mereka berdua, akhirnya Azan ditendang ke Terengganu. Kami yakin, kerusi parlimen Indera Mahkota dan DUN Beserah akan ditawan oleh BN pada PRU13 nanti", katanya. [Nampaknya, Hassanuddin terpaksa membuktikan kemasukannya ke dalam PKR itu bernilai buat parti terbabit. Jika tidak, sia-sia sahaja PKR menerima Hassan. Tambahan pula terdapat banyak laporan negatif yang diterima berkenaan sikap "panas baran" pemimpin terbabit sebelum ini. PKR sendiri kini masih lagi bergolak dengan kemelut kepimpinan yang masih tiada kesudahannya. Difahamkan, kini banyak pihak yang melihatkan peluang UMNO BN untuk merampask kembali kerusi parlimen Indera Mahkota nampak kian cerah apabila PKR tersilap membuat percaturan memilih pemimpin tertentu di parlimen Indera Mahkota dan juga bagi kerusi DUN Semambu. Undi protes akan bergema jika perkara ini tidak ditangani dengan betul. Oleh itu, PKR wajar bersedia untuk mengatasi masalah ini sebelum bercita-cita pertahankan kerusi parlimen tersebut. Jika tersilap, maka kemungkinan akan jatuh ke tangan BN pada PRU-13 nanti]. |
Tamparan Hebat Buat BN, 'Peguam MCA' Bersama Para Penyokongnya 'Sertai Parti DAP' Di Temerloh Posted: 04 Oct 2011 01:35 AM PDT TEMERLOH, 4 Okt - Pakatan Rakyat Parlimen Temerloh mendapat suntikan semangat baru apabila seorang peguam bekas pemimpin MCA bahagian ini bertindak menyertai DAP bersama 200 penyokong. Lai Chee Ming (foto) mengisytiharkan demikian semasa majlis jamuan makan anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Kuala Semantan di Kg.Baru Cina di sini, kelmarin. Lai yang mempunyai firma guaman di negeri ini dan Kuala Lumpur ketika diberi peluang berucap dalam majlis berkenaan berkata, beliau menyertai DAP kerana merasakan berlaku terlalu banyak ketidakadilan kepada rakyat tetapi didiamkan oleh pihak yang menyokong kerajaan. "Sebab itulah saya ambil keputusan menyertai PR setelah melihat sistem penyampaian dalam kerajaan tidak efisyen. Tetapi apabila berada di sebelah kerajaan kita tidak mungkin dapat menegur dengan baik tambahan ahli-ahli politik komponen BN dilantik menduduki jawatan di majlis umpamanya, sebagai kuota pelengkap saja. "Hari ini kita boleh melihat penjawat awam kadang-kadang bekerja dengan arahan orang politik, menyebabkan rakyat yang sepatutnya mendapat manfaat daripada jabatan-jabatan kerajaan semakin susah," kata beliau. [Dalam pada itu Lai turut menyatakan beliau juga kesal dengan pendirian Kerajaan Negeri Pahang yang membenarkan kilang Lynas yang memproses nadir bumi dibenarkan beroperasi di Gebeng, Kuantan tanpa mempedulikan keluhan rakyat dan penduduk yang terlibat. Turut berucap dalam majlis santai dihadiri lebih 1,000 orang itu ialah Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad dan Adun Triang Leong Ngah Ngah dan Pengerusi DAP Temerloh Woo Chee Wan. Penyertaan Lai ke dalam DAP merupakan tamparan hebat kepada BN, tambahan pula PM Najib Razak baru saja menyatakan bahawa beliau amat memerlukan sokongan undi kaum Cina dalam MCA bagi pastikan kemenangan BN pada PRU-13 nanti]. |
Panas: Saksi Misteri, Najwan Ali Dedah Saiful Ada Nyatakan Beliau Membenci Anwar Selepas PRU-13 Posted: 04 Oct 2011 12:59 AM PDT KUALA LUMPUR 4 Okt - Kredibiliti saksi utama Saiful Bukhari Adzlan terus dipertikai apabila bekas rakan universitinya menyatakan bahawa beliau membenci Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum 2008. Perkara itu bertentangan dengan pengakuan Saiful sebelum ini yang menyatakan Ketua Umum itu sebagai pemimpin idolanya. Dia (Saiful) membenci Anwar. Saya terkejut mengapa dia bekerja dengan Anwar, kerana dia membenci beliau (Anwar) kata Mohd Najwan Ali (foto) yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi hari ini. Najwan yang dibawa peguambela dalam perbicaraan kes fitnah liwat kedua memberitahu bahawa beliau mengenali Saiful sejak tahun 2003 ketika menuntut di Unitersiti Tenaga Nasional (Uniten). Katanya Saiful adalah seorang individu yang bergiat aktif dalam program Baktisiswa di Uniten dan mempunyai sifat kepimpinan. Najwan berkata beliau pernah melihat gambar Saiful di laman rangkaian sosial Friendster bersama-sama dengan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman. Malah jelasnya, beliau turut pernah bertemu dengan Saiful di ceramah politik termasuk mendakwa berkempen untuk parti Barisan Nasional. Pada tahun 2008, Saiful meletakkan (status) bahawa dia adalah penyokong BN dan mengisytiharkan bahawa Anwar adalah munafik kata Najwan di hadapan hakim Zabidin Mohd Diah ketika di soal Peguam Sankara Nair. [Najwan yang kini bertugas sebagai pegawai khas kepada pejabat penasihat ekkonomi negeri Selangor berkata Saiful sentiasa dikenali sebagai penyokong pro-Barisan Nasional sewaktu di universiti. Beliau kemudian berkata terkejut apabila mengetahui Saiful diterima sebagai pekerja di pejabat Anwar pada tahun 2008 walhal telah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang itu tentang personaliti pengadu. "Saya memberi amaran kepada Anwar kerana saya fikir Saiful tidak sesuai untuk bekerja untuknya," kata beliau apabila diperiksa balas oleh pendakwa membawa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Najwan kemudian bertegas menyatakan kepada pendakwaraya bahawa kenyataan beliau bukan spekulasi. Hakim Zabidin kemudian menangguhkan perbicaraan itu pada jam 9 pagi esok]. |
Gempar: 'Saksi Misteri' Bakal Beri Keterangan Kes Liwat 'Anwar Ibrahim' Di Mahkamah Tinggi Esok ! Posted: 03 Oct 2011 07:20 AM PDT Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan, semakin panas nampaknya, bila dilaporkan seorang saksi misteri dijadual memberi keterangan pada perbicaraan kes itu esok (4 Oktober 2011). Peguambela Anwar enggan mendedahkan identiti individu berkenaan ketika ditanya oleh pihak pendakwaan dan mahkamah. Peguam Sankara Nair hanya berkata individu itu akan memberi keterangan selepas ketua pengarah Jabatan Kimia Lim Kong Boon berbuat demikian. Sankara yang ditemui wartawan di luar mahkamah berkata saksi berkenaan bukan saksi alibi dan tidak berada di senarai saksi pendakwaan. "Saya tak boleh dedahkan nama orang itu atau beritahu siapa dia kerana bimbang dia mungkin ditekan daripada sekarang sehingga esok," katanya. "Ini saksi kami. Apa yang saya boleh beritahu adalah saksi itu akan datang esok untuk memberi keterangan." katanya. Peguam pembelaan sebelum ini pernah memberitahu sesi perbicaraan bahawa saksi tambahan akan dipanggil untuk memberi keterangan. Mereka termasuk, pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland, yang melakukan pembedahan ke atas Anwar (2004). [Persoalannya sekarang, siapakah "saksi misteri" yang dimaksudkan itu. Senario terbaru ini pastinya akan menggemparkan kes liwat terbabit sebenarnya. Tambahan pula kini kes tersebut sudah menghampiri ke penghujungnya. Ramalan yang dibuat oleh ramai pihak mengatakan, Anwar Ibrahim bakal disabit dengan kesalahan ini dan bakal dihantar semula untuk mendiami Penjara Sg.Buloh buat kesekian kalinya. Namun, apakah saksi mistei yang diperkatakan itu dapat menyelamatkan masa depan politik Anwar?. Apa yang pasti, pilihanraya umum ke-13 ini nanti pasti akan menguji sejauh mana rakyat percaya dengan kes liwat II ini. Jika pembangkang terus mendapat sokongan, maka ternyata mereka menolak apa yang terjadi dan begitulah sebaliknya. Sama-sama kita nantikan apakah adengan seterusnya yang bakal berlaku dalam kes tersebut nanti]. |
You are subscribed to email updates from PDO :: Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan