Sabtu, 1 Oktober 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Siri 2: ADUN PAS Zuhud? Pergi Mampus

Posted: 01 Oct 2011 07:14 AM PDT


Ketika gua duduk bersembang dengan dua orang member gua yang bekerja dengan ADUN PAS, gua kasihan melihat mereka dan gua turut bersedih dangan apa yang dilaluinya bekerja dengan ADUN PAS. Member gua ni memang rajin buat kerja tidak kira siang dan malam sehingga dia bekerja menjejaskan kesihatan mereka. Namun, ADUN ini tidak pernah mempedulikan mereka sama ada dari segi kesihatan mahupun kewangan.

Apa yang ADUN ini tahu ialah, menekan pekerjanya untuk melakukan kerja walaupun pekerjanya itu telah jelaskan bahawa mereka tidak sihat namun soalan yang ditanya oleh ADUN itu ialah "dah siap belum?". Sepatutnya ADUN tersebut bertanyakan khabar berita dan bukannya bertanya pasal tugasan memandangkan pekerjanya itu tidak sihat.

Namun ditekannya habis-habisan sehinggakan menjejaskan kesihatan dua orang pekerjanya itu. Yang penting bagi ADUN itu ialah kerja siap. Akibat tiada jentera yang ramai dan menjadi mangsa adalah dua pekerjanya itu. Dilanyaknya cukup-cukup tanpa ada rehat. Apa ke tidaknya, dua minggu rancang untuk buat program tetapi nak siap dalam masa yang singkat. Tak ke tertekan dua pekerjanya itu.

Mendengar luahannya member aku itu, aku rasa ini tidak patut berlaku seorag ADUN PAS yang dikatakan zuhud namun tidur pun di tempat mewah. Yang zuhud ialah pekerjanya yang terpaksa bertungkus lumus. Bagi ADUN tersebut yang penting adalah populariti dan bukannya kebajikan pekerja. Aku boelh sifatkan ADUN ini gila populariti. Senyum pun boleh sampai ke telinga.

Cara kerja yang dilakukan oleh dua pekerjanya itu bolehlah di nisbahkan untuk seorang pekerja tetapi buat kerja untuk 20 orang. Sebab itu sampai menjejaskan kesihatan dua pekerjanya itu namun ADUN tersebut tidak pernah mengambil berat pasal kesihatan atau bertanyakan khabar. Inikah yang dikatakan ADUN zuhud tetapi pada masa yang sama menindas pekerjanya sendiri.

Begitu malang gua melihat nasib yang dialami oleh dua pekerja ADUN tersebut. Apakan daya yang boleh mereka lakukan? Walaupun ditekan habis-habisan, namun mereka tetap bekerja untuk menaikkan imej ADUN tersebut namun apa yang mereka dapat ialah cacian dan makian. Apa yang dilakukan oleh dua pekerjanya itutidak pernah dihargai atau mengucapkan terima kasih.

Bagi gua, berat sangatkah untuk mengucapkan terima kasih. Mengikut apa yang diperkatakan oleh pekerjanya itu, ADUN ini ada sikap ego dan tidak mahu dengar nasihat orang. Bagi ADUN itu, apa keputusan adalah di tangannya dan tidak pernah berbincang dengan serius sebelum melakukan program. Semua main arah-arah dan jika silap, maka dua pekerjanya itu bersiap sedia dengan maki dan cacian.

Hasil kerja tidak pernah dihargai sebaliknya suka 'kondem' pekerjanya. Bagi gua, boleh naik gila kalo sikap ADUN ini kepada dua pekerjanya itu berterusan. Kasihan aku melihat pekerjanya yang menjadi sasaran sekiranya program ADUN tersebut tidak berjaya. Mereka jadi mangsa kerana ADUN tersebut tidak berpuas hati. Sudahlah yang buat kerja itu dua orang dan bukannya 40 orang.

Namun ADUN tersebut tidak kisah apa yang berlaku kepada dua pekerjanya sebaliknya populariti yang mahu dikejarnya. ADUN ini juga tidak mempunyai pasukan jentera yang mantap dan jenteranya pun mengharapakan kepada dua pekerjanya itu. ADUN itu buat pekerjanya seperti paria atau hamba dan menekan secukupnya sehinggakan pekerja sering dalam keadaan tertekan.

Sampai bila mereka akan dilanyak seperti itu? Bukan senang nak lihat sikap pekerjanya yang bertungkus lumus menyiapkan kerja walau ditekan dengan begitu teruk. Namun, tiada penghargaan dari seorang yang bernama bos. Harapkan bercakap sahaja seperti seorang yang zuhud namun perangai seperti gologan kelas bangsawan menindas hamba. Pekerjanya itu bukannya hamba tetapi ditekan seperti hamba abdi.


Tiada ulasan: