Roslan SMS Corner |
Menanti waris Omar Mokhtar di Libya Posted: 22 Oct 2011 08:21 PM PDT Apa iktibar dari semua ini? Rakyat yang tertekan tidak akan terus membiarkan diri mereka ditekan, satu dua atau tiga empat dekad, akhirnya dengan izin Allah pasti akan bangkit jua cepat atau lambat. Apa yang berlaku di Libya bukan sesuatu yang baru. Demikianlah di Negara-negara lain, Mesir dan sebelumnya Iran. Benarlah bahawa Allah yang member dan meminjamkan kuasa dan Dia jugalah menarik dan merampas kembali kuasa itu atas kehendak Nya. Cuma mungkin cara Gadaffi diperlakukan di saat-saat akhir itu rasanya agak kejam dan diluar batas syarie. Benar beliau zalim benar beliau pernah membunuh, menyiksa dan macam-macam yang buruk-buruk. Tetapi zalim bukan zalim lawannya. Satu kejahatan tidak wajar dibalas dengan kejahatan melainkan disabit dan diputuskan. Yang menjadi kebimbangan kini adalah bagaimana Libya mahu dibina dan bangkit kembali. Yang dapat kita lihat beberapa hari sebelum Fadaffi tumbang Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton telah membuat lawatan mengejut ke Libaya. Apakah regim Gadaffi akan diganti dengan satu pentadbiran yang didalangi dan pro Amerika? Rakyat Libya perlu diberi kebebasan menentukan nasib dan masa depan mereka. Semoga berkekalan begitu. Bumi Libya ini telah menyaksikan ramai syuhada yang mati syahid menegakkan Islam. Di bumi inlah syuhada terbilang mereka Omar Mokhtar disemadikan pada tahun 1931, bangkit memperjuangkan Islam menentang penjajah Itali sehingga syahid di tali gantung. Semoga bangkit waris-waris Omar Mokhtar menegakkan Islam di bumi Libya. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan