Memalukan:'Himpunan Sejuta Umat' Gagal Tepati Sasaran, Tidak Sampai Lima Ribu Umat Islam Pun Hadir Dalam Stadium Shah Alam Petang Semalam! Posted: 22 Oct 2011 10:42 PM PDT SHAH ALAM, 23 Okt - Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) "Selamatkan Aqidah" yang dianjurkan oleh beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Stadium Shah Alam petang semalam, ternyata gagal mendapat sambutan seperti yang diharapkan dari kalangan umat Islam sebenarnya. Biar pun himpunan itu pada awalnya berhasar mengumpulkan sejuta umat Islam, jika dilihat pada temanya. Namun kemudian pihak penganjur menetapkan sasaran sekitar 100,000 orang sahaja dan apa yang disaksikan jelas menggambarkan Himpun yang diwar-warkan itu ternyata tidak berupaya menarik perhatian umat Islam sebanyak itu sebenarnya. Apa yang jelas dapat dilihat, tidak sampai lima ribu orang Islam pun yang hadir dan itu pun mereka tidak menunggu dari awal hingga ke akhir program berkenaan. Ramai yang meninggalkan majlis selepas menyaksikan persembahan daripada beberapa buah kumpulan nasyid terkenal tanahair. Biarpun kehadiran tidak menepati sasaran, namun penganjur program terbabit menyifatkan acara mereka hari ini mendapat perhatian umum dan berjaya. Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid (foto). Beliau berkata, perhimpunan itu adalah simbol kesatuan umat Islam terhadap isu-isu yang menyentuh aqidah walaupun ia tidak mencapai sasaran kehadiran. Malah katanya apa yang penting adalah mesej dan hasrat di sebalik acara itu, iaitu usaha-usaha untuk memurtadkan orang Islam, diketahui oleh masyarakat.
Sebahagian daripada peserta yang hadir ke Perhimpunan Sejuta UmatAntara peserta wanita yang turut hadir memeriahkan progam tersebutLihat, mereka yang hadir ini pun tidak tutup aurat yang wajib dalam Islambagaimana mereka mahu selamatkan akidah umat itu sendiri gamaknya "Saya tidak kecewa dengan kehadiran. Sebelum ini kita kata satu juta. Kita kata ada yang dah beri janji bahawa dia nak bawa orang sebanyak ini, tetapi kalau mereka tak boleh datang, kita terima sajalah. "Jadi kalau ada yang mengatakan stadium itu suku sahaja penuh, pada kita bukan satu masalah. Kita tidak khuatir tentang jumlah orang yang hadir. Mereka boleh tak ramai tapi semangat dan mesej adalah sama. Samada sejuta, sepuluh ribu atau seribu," katanya. Tambah mengejutkan walaupun penganjur mengatakan perhimpunan tersebut bukan untuk mencetuskan ketegangan di dalam masyarakat berbilang agama tetapi ada penceramah yang berucap kerap mengecam segilintir mubaligh Kristian yang yebarkan agama mereka kepada orang Islam.
Himpun Berjaya Mengeluarkan Sepuluh Deklarasi Himpun mengeluarkan sepuluh deklarasi yang antaranya meminta undang-undang pencegahan digubal bagi membanteras individu yang didapati mengancam kemulian Islam. "Dalam undang-undang itu, kita minta supaya butir pasal sensitiviti agama, kedudukan istimewa Islam mesti di masukkan dalam undang-undang itu. Itu sebab kita kata adakan undang-undang pencegah itu kalau mereka nak gubal undang-undang selain dari ISA. "Kita mahu ingkatkan segelintir orang bukan Islam di negara ini yang telah ganggu Aqidah orang Islam yang negara sudah 54 tahun bergelar negara Islam. Dan harus difahami yang tiada siapa boleh langgar prinsip ini. Dan kita mahu mereka hormati hal ini," tambah Mohd Azmi. Deklarasi lain juga mahu kerajaan adakan program penerangan supaya masyarakat bukan Islam faham akan kedudukan Islam di dalam negara ini. Perhimpunan selama tiga jam itu tampilkan lebih kurang tujuh penceramah termasuk seorang bekas Mubaligh Kristian Farhan Abdullah dan penulis buku tentang kes "Natrah" Datin Seri Fatini Yaakob. Turut hadir, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Pengerusi NGO Islam Pembela Dr Yusri Mohamad serta Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hassan Ali.[Apa yang jelas dapat dilihat, Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang diadakan petang semalam itu ternyata telah gagal sebenarnya. Dengan kehadiran yang jauh dari angka seratus ribu, apatah lagi sejuta seperti yang diharapkan membuktikan umat Islam sebenarnya mahu sesuatu yang lebih baik dari perhimpunan itu dilakukan. Mereka mahu hukum Islam dimartabatkan, barulah akidah umat Islam itu boleh diselamatkan. Jika ini keadaannya, buatlah apa jua tindakan nescaya perkara yang sama akan terus berlaku. Ini kerana undang-undang Islam di Malaysia ini longgar dan boleh diperkotak-katikkan sesuka hati oleh agama lain. Paling mendukacitakan, mereka yang hadir berbondong-bondong ke Stadium Shah Alam petang semalam juga ramai yang membuka aurat dan berpakaian menjolok mata, Apakah ini nilai-nilai Islam?. Sedangkan kawalan ketat diadakan di pintu masuk ke stadium berkenaan sebenarnya]. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan