Roslan SMS Corner |
- Majikan Malaysia yang "haiwan'
- The Brunei Times
- Brunei sudah bersedia.......kita belum?
- Yang Dipetuan Agong ke 14
- Orang Melayu biar bijak memilih
- Melayu akan berpecah kata Tun Dr M
- Ulangtahun ke 9 pengeboman Bali
- Orang Melayu Melaka amalkan hukum Islam 132 tahun lalu
- Alfatihah
- Aduhai lagi tentang Melaka
- Ya Allah peliharalah aqidah kami
- Tulis kembali sejarh Kesultanan Melayu Melaka
- "Sin taxes" terlepas lagi
- Bajet: Dari padang bola lebih baik bina rumah kos murah
- Apabila orang Islam pun keliru dan mengeliru
- Mari ajar kembali sejarah
- Melayu di Singapura 1880an
- Singapura majoriti Cina lebih 100 tahun dahulu
- Terlaksanalah hudud di Kelantan
- Hudud tenggelam dengan letupan di Empire
- Menghargai versi sahih Memali
- Bajet 2012 jangan menghampakan rakyat lagi
Majikan Malaysia yang "haiwan' Posted: 16 Oct 2011 08:07 PM PDT Kemboja membekukan penghantaran tenaga pembantu rumahnya ke Malaysia dan kita jadi gempar. Ini setelah Indonesia melakukan perkara yang sama sebelumnya. Kedua-dua Negara menggunakan alasan terlalu banyak kes penderaan dan penganiayaan ke atas warga mereka. Menurut Duta Kemboja ke Malaysia ini termasuk kes rogol dan kematian , dimana 3 pembantu Kemboja telah meninggal dalam tempoh seminggu. Hari ini Menteri Luar Malaysia mengatakan jika dakwaan itu benar beliau sanggup terbang ke Phnom Penh memohon maaf bagi pihak kerajaan Malaysia. Sementara itu PAPA atau Persatuan Agensi Pembantu rumah Asing Malaysia menyatakan bahawa mereka telah mencadangkan untuk mewujudkan satu mekanisma bagi melindungi kebajikan pekerja asing ini terutama setelah bangkit kes Kemboja ini. Apa sudah jadi dengan majiklan Malaysia? Sebelum kita marah-marah pada Indonesia dan Kemboja, kita sesungguhnya perlu meneropong ke dalam diri kita sendiri. Kita marah dengan keganasan dan penindasan yang berlaku di Negara luar di Eropah Timur di Afrika, Nigeria, Somalia di Timur Tengah tetapi rupanya kita juga tidak kurang dengan perangai kehaiwanan kita sendiri. Memang bukan semua kita, tetapi sahihnya memang ada segelintir warga Malaysia yang mendiskriminasi, menindas, memperkosa warga asing yang datang ke sini untuk mencari rezeki yang halal. Mengambil kesempatan atas kesempitan hidup dan kesusahan mereka. Mereka ini harus dihukum. Lihatlah dengan mata kepala kita sendiri. Kalau anda lihat nasib pembantu rumah Indonesia contohnya, ada diantara mereka bukan sekadar menjaga hal ehwal rumah, memasak, mencuci pakaian, menjaga kebersihan rumah, jaga anak-anak sampaikan berkebun dan mencucui kereta pun mereka dikerah. Tidakkah anda simpati bila melihat pagi-pagi warga Indonesia ini mencuci kereta tuannya, bagi saya menucuci kereta ini di luar skop pembantu rumah! Saya pernah menerima aduan dari seorang petugas masjid bahawa pembantu rumah jirannya yang bukan Melayu mendakwa bahawa beliau sukar untuk solat kerana tidak diberi waktu, terpaksa menjaga anjing dan seumpamanya. Saya yakin kita juga pernah melihat warga Indonesia bekerja direstoran-restoran tidak halal, memegang daging khinzir dan binatang yang tidak disembelih kerana mencari rezeki. Ringkasnya memang tiada mekanisma yang meyakinkan yang benar-benar melindungi nasib dan kebajikan pekerja-pekerja asing ini yang walaupun setakat tahap buruh tetapi adalah manusia sebagaimana kita juga. Kalau mereka yang datang ke sini ditapis dengan cermat dan teliti mengapa majikannya juga tidak ditapis?! Kalau majikan yang bukan Islam, perlu ada aku janji atau ikatan yang memastikan mereka menghormati anutan pembantunya. Kalau majikan yang ada walau rekod jenayah yang kecil mana sekalipun samada suami atau isterinya atau anak-anaknya, jangan dibenar mereka menggaji warga asing terutama yang wanita. Saya dan saya yakin ramai kita pasti malu dengan nasib yang menimpa warga asing khasnya pembantu rumah akibat penderaan dan kezaliman majikannya. Kes seumpama Nirmala Bonet dan ramai lagi adalah berpunca dari akhlak warga Malaysia yang "sakit" dan harus dibiarkan menjaga dirinya sendiri dan tidak mengambil pembantu. Jangan kerana kita ada wang maka kita berhak menggaji mereka. Ramai kita yang ada pembantu memang menjaga dan memelihara adab dan peraturan sehingga ada pembantu yang merasakan diri mereka sebagai sebahagian dari keluarga majikannya, memang ramai. Masalahnya segelintir kecil "hiawan" dikalangan kita inilah yang perlu dikawal. Oleh itu wajar sangat kerajaan memperkenalkan mekanisma yang ketat demi melindungi maruah dan nama baik Negara kita. Tiada guna terbang meminta maaf menyembah kaki sekalipun tetapi perangai kita tetap seperti itu juga. Fikirkanlah........ |
Posted: 15 Oct 2011 07:12 AM PDT |
Brunei sudah bersedia.......kita belum? Posted: 15 Oct 2011 06:49 AM PDT Ramai dikejutkan dengan perkembangan terbaru di Negara jiran Brunei Darul Salam. Isunya Paduka Seri Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dalam satu majlis bertitah bahawa masanya sudah tiba untuk Brunei melaksanakan undang-undang Islam. Baginda bertitah demikian dalam persidangan bersama Majlis Ugama Islam Brunei dan Pejabat Peguam Negara Brunei. Menurut Baginda sebagaimana dipetik dari The Brunei Times: "We have the (Syariah) court building, in its grandeur, intellectuals and experts are also in abundance, and the country is independent, what more are we waiting for?" (Kita telah ada Bangunan Mahkamah Syariah yang tersergam indah, cerdik-pandai dan pakar juga ramai, dan Negara ini Merdeka, apa lagi yang kita tunggu?) Who are we, in the presence of Allah (SWT), to say 'no or wait'; considering that (Islamic) law was not only just formulated, but has been stated in Al-Quran and Al-Hadiths for more than 1,400 years." (Siapa kita di hadapan Allah swt untuk mengatakan "tidak" atau :tunggu" memandangkan hukum Islam bukannya baru, tetapi telah tercatat di dalam al Quran dan Hadis sejak lebih 1400 tahun) Titah Baginda lagi Baginda sering menuntut agar mahkamah Syariah ditubuhkan diperingkat tertinggi, untuk memikul tugas dan tanggungjawab bukan sekadar mentadbir undang-undang keluarga tetapi juga sudah tiba masanya melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam. Titah baginda lagi: "Fifteen years has since passed, and there are still some that would say, 'we are not ready, we are still unable to' and 'there is still much to do' and that our preparations would require another eight or five years and so on "After that (five to eight years) there will be others who will immediately say we require a further five to eight years. If that is the case, when will the additional timeframes mentioned end?" (15 tahun telah berlalu namun masih ada sebahagian yang mengatakan bahawa kita masih belum bersedia, kita masih belum mampu dan masih banyak yang perlu dilakukan dan bahawa persediaan kita masih memerlukan antara 5 ke 8 tahun dan seterusnya. Selepas itu nanti ada pula lagi yang lain yang akan mengatakan kita perlu lagi 5 ke 8 tahun. Jika begitulah keadaannya sampai bila ia akan berakhir?) "Those who are caught drinking alcohol or drinks that intoxicate, if there is enough evidence why not carry out the law of God, if there is not enough evidence or something that prevents a Syariah ruling then the case can be linked to the original case and judged with takzir" (Mereka yang ditangkap meminum arak, jika cukup bukti, mengapa tidak laksanakan hukum Allah, jika tidak cukup bukti atau ada sesuatu yang menghalang perlaksanaan Syariah maka dalam hal itu bolehlah kita kembali kepada kes asal dan dihukum menggunakan takzir) Dengan perkembangan ini tuntutan melaksanakan hukum Iaslam khasnya Hudud nampaknya dengan takdir Allah swt telah merebak di rantau sebelah sini. Semoga perkembangan terbaru ini akan membawa ramai di antara kita khasnya umat Islam berfikir dengan masak dan panjang. Kebetulan MStar online sebentar tadi memetik Presiden PAS sebagai berkata bahawa kerajaan Negeri Kelantan akan tetap melaksanakan Hukum Hudud. Jelas beliau, niat untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud sentiasa menjadi misi PAS sejak ia ditubuhkan. Tambah Tuan Guru: "Pandangan kami terhadap undang-undang itu termasuk hudud sentiasa konsisten" Dan malah seakan seiringan dengan hasrat Sultan Brunei, Tuan Guru menyatakan: "Hudud adalah undang-undang yang tertulis dalam Al-Quran...bukannya ditulis oleh PAS atau para ulama," Semoga Allah swt membantu kita semua.
|
Posted: 14 Oct 2011 11:54 PM PDT Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah,83, diputuskan oleh Majlis Raja-raja Melayu sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke 14 menggantikan Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh penggalnya pada 13 Disember ini. Penggiliran Yang Dipertuan Agong seperti ini unik kerana ia hanya berlaku di Malaysia. Jawatan tertinggi Negara ini digilir-gilirkan antara lapan Raja-raja Melayu yang memilih antara mereka untuk jawatan berkenaan setiap penggal lima tahun. Bermula dengan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Abdul Rahman sebagai Yang Dipertuan Agong yang pertama dan kini sudah mahu masuk yang ke 14. Malah bagi Sultan Abdul Halim ini adalah kali kedua beliau naik sebagai Agong setelah memegang jawatan berkenaan dari Septembr 1970 sehingga September 1975 (ketika itu saya masih di sekolah rendah). Di ketika banyak kritikan dan komentar dibuat berkenaan institusi Raja-raja Melayu ini, proses pemilihan dan penggiliran Agong berjalan dengan sempurna menepati peraturan Perlembagaan Negara. Sesungguhnya sebagaimana pemimpin-pemimpin politik, Raja-raja Melayu juga tidak terlepas dari kritikan dan kata pelbagai dari rakyat kebanyakkan. Yang baik dan berjiwa rakyat pantas dihormati dan dikenangi serta disebut-sebut, begitu juga yang sebaliknya. Ada yang kuat berpegang pada agama dan beramal dengannya contohnya Almarhun ninda Sultan Selangor yang pernah menghadiahkan istana Baginda untuk menjadi kolej Islam, iaitu Kolej Islam Kelang sekarang. Tidak silap Baginda juga pernah naik mimbar menyampaikan khutbah. Almarhum Raja Perempuan juga jika dilihat pada gambar-gambar awal 50an dahulu antara kerabat di Raja yang pertama menutup aurat. Ada yang begitu prihatin tentang nasib dan penderitaan rakyat. Saya teringat membaca di dalam tulisan Allahyarham Ahmad Boestama di dalam "Tujuh tahun malam memanjang" yang menyebut (Almarhum) Tuanku Sultan Pahang merupakan satu-satunya Raja Melayu yang melawat kem tahanan politik apabila beliau menulis: Di dalam banyak-banyak Sultan hanya Sultan Pahang seorang sahajalah yang pernah melawat ke khemah-khemah tahanan sepanjang ingatan saya. Dalam Hikayat Abdullah, Munsyi Abdullah menulis berkenaan Sultan Mahmud, Sultan Melaka terkahir: (Abdullah mengisahkan darihal kemewahan perniagaan buah-buahan tempatan di Melaka yang kebanyakkannya di bawa masuk dari tanah seberang Padang)..........Apabila musim durian berbuah, kerja orang Padang ialah menebas sahaja, dan memungutnya apabila durian gugur. Beberapa orang saudagar di Melaka menjadi kaya kerana berniaga dagangan yang keluar dari Padang. Hasilnya beribu-ribu ringgit dalam setahun. Demikianlah kesenangan yang mereka peroleh hasil kemakmuran zaman Sultan Mahmud menjadi Raja di Lingga, Riau dan Pahang, Padang, Muar dan Batu Pahat di bawah perintahnya (selain Melaka). Dipelihara kesenangan itu kerana keadilan dan kebaikannya. Walaubagaimanapun dalam karangan yang sama Munsyi banyak juga mengkritik Sultan-sultan Melayu yang lain termasuk Sultan Husin Syah Singapura, angkara kezaliman mereka. Raja-raja dan Sultan juga manusia sudah pasti mereka tidak terlepas dari ujian. Cabaran, kelemahan dan kelonggaran sebagaimana juga pemimpin politik. Yang pastinya Agong yang ke 13 Tuanku Mizan amat disenangi rakyat. Kita dapat membaca karekter dan perwatakan Raja-raja Melayu semasa jika membaca tulisan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas: "Mayday for justice". Dalam karangannya itu Tun menggariskan saat cemas ekoran peristiwa pemecatan beliau oleh Almarhum Sultan Johor, Agong ketika itu (dizaman Tun Dr M sebagai PM). Bagaimana atas inisiatif seorang Sultan beliau berkesempatan menyembahkan masalahnya kepada Raja-raja Melayu dan bagaimana beliau dipermain dan dibelit hasil bikinan orang politik. Yang pastinya juga institusi Raja-raja Melayu kini telah sebati dalam hidup kita. Rakyat Malaysia semakin terdedah dan faham kepentingan dan peranan mereka. Oleh itu pengharapan rakyat terhadap institusi ini sangat tinggi demi untuk emmbela mereka dan memelihara Negara. Diharapkan Negara akan terus melahirkan Yang Dipertuan Agong berjiwa rakyat yang berani kerana Allah membela dan mempertahankan rakyat dan Negara Nya. Biarlah kita bangkit bersama di akhirat nanti sebagai rakyat dan Raja untuk diadili dan dibalas oleh Raja Yang Maha Besar. Daulat Tuanku.
|
Orang Melayu biar bijak memilih Posted: 14 Oct 2011 05:59 AM PDT Laporan terbaru badan penyelidik bebas Merdeka Centre melaporkan bahawa lebih 80 peratus pengundi bukan Melayu tetap teguh berdiri di belakang DAP di Pulau Pinang. Namun demikian sokongan pengundi Melayu ke atas parti berkenaan semakin menurun sehingga dilaporkan sekadar kurang dari satu pertiga pengundi Melayu (kurang 35%) kekal bersamanya. Saya tidak mahu mengulas ketepatan laporan ini mahupun meramalkan kecenderungan pengundi Melayu di Pulau Pinang. Biarlah orang Pulau Pinang yang menentukannya nanti. Bagi saya secara keseluruhannya pengudni Melayu di dalam Negara berbeza-beza kecenderungannya mengikut negeri, Bandar dan lokaliti ini khasnya di Semenanjung Malaysia sejak dari Pilihanraya Umum pertama tahun 1959 lagi. Untuk mengatakan orang Melayu setia dulu,kini dan selamanya bersama Umno contohnya, parti Melayu terbesar dalam Negara adalah tidak tepat kerana pengundi Melayu juga menolak Umno dan memenangkan PAS di Kelantan dan Terengganu seawal tahun 1959. Sesungguhnya sebagaimana pengundi-pengundi lain, pengundi-pengundi Melayu juga banyak terpengaruh dengan isu-isu semasa, selain sentimen agama (yang biasanya berjaya ditiupkan oleh PAS) dan bangsa. Yang penting saya mahu mengulas di sini pengundi-pengundi Melayu mestilah punya maruah dalam memilih pemimpin. Biar pemimpin yang kita angkat itu nanti lebih baik, bersih dan berkaliber dari kita sekurang-kurangnya. Jangan pilih yang kaya sahaja atau yang tinggi pelajarannya sahaja atau yang pandai bercakap sahaja. Memang sukar dalam membuat pemilihan. Syukur sebagai seorang Muslim kita punya panduan dari Allah dan Rasul Nya. Yang jelas dalam Islam punya "SOP" dalam memilih pemimpin sekaligus membuktikan betapa pentingnya tugas memilih pemimpin itu dalam Islam. Dalam hal ini biarlah orang Melayu nanti bijak membuat perhitungan dan pemilihan yang terbaik dari yang baik-baik tetapi yang penting jangan tinggal panduan agama. Allah swt berfirman maksudnya: Sesungguhnya Penolong (pemimpin) kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (pemimpinnya) (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang. (al Maidah: 55-56) |
Melayu akan berpecah kata Tun Dr M Posted: 12 Oct 2011 05:38 AM PDT Dalam The Star Online dikhabarkan bekas PM Tun Dr Mahathir menegaskan di Bangi bahawa orang-orang Melayu akan hilang kuasanya dalam 10 tahun akan datang kiranya mereka tidak bersatu. Menurut beliau lagi kiranya bangsa Melayu berpecah ke beberapa kelompok mereka nanti akan menjadi kumpulan minority dalam Negara. Kata beliau: Kumpulan minoriti tidak boleh memerintah Negara dalam kerangka demokrasi yang menetapkan bahawa kuasa diberikan kepada majoriti. Oleh itu Tun menggesa agar masyarakat Melayu bersatu berdasarkan kesatuan fahaman agama. Beliau berucap demikian ketika merasmikan Seminar Ekonomi dan Penyatuian Ummah anjuran PERKIM dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Tun berhak berkata apa sahaja sebagaimana kita juga berhak menilai beliau berdasarkan apa yang telah beliau lakukan apabila kuasa berada di tangannya. Apakah usaha Tun menyatukan orang Melayu semasa beliau PM sekiranya benar beliau begitu prihatin darihal isu penyatuan ini? Apa pun kita berada dalam Negara yang mengamalkan demokrasi berpilihanraya. Dalam dunia demokrasi Malaysia terdapat banyak parti yang bersaing untuk mendapatkan kuasa memerintah melalui mandate rakyat. Parti Melayu sekian banyak, parti Cina begitu juga demikian juga parti India selain parti-parti yang terbuka kepada semua kaum. Lazimnya calon Melayu melawan Melayu dan bukan Melayu melawan bukan Melayu kecuali dibeberapa kerusi yang bilangan pengundinya bercampur tidak didominasi satu-satu kaum tertentu. Kalau di Kelantan contohnya calon Melayu Umno akan melawan calon Melayu PAS dan di kawasan-kawasan Bandar yang majoriti bukan Melayu, calon bukan Melayu BN akan melawan calon bukan Melayu PR contohnya. Saya mengira dominasi kaum dalam sistem kita tidak akan banyak berubah sekiranya berlaku perubahan kuasa. Jatuh MB Melayu Umno di Selangor diganti dengan MB Melayu PKR dari PR. Jatuh MB Melayu dari Umno di Kelantan pada tahun 1990 naik MB melayu PAS. Jatuh MB Melayu PAS dari Terengganu tahun 2004 naik MB Melayu Umno. Demikian juga malah jatuh KM Cina BN Pulau Pinang naik KM Cina dari DAP. Dimanakah kebimbangan Tun itu kalau benar ia merupakan kebimbangan? Sesungguhnya banyak peraturan dan undang-undang yang menjamin kuasa politik Melayu selain Institusi yang bertugas memeliharanya contohnya Raja-raja Melayu.Bagi saya kenyataan Tun itu lebih politik baunya dari kenyataan seorang tokoh Negara yang mewakili seluruh rakyat. Saya walaubagaimanapun setuju gesaan beliau bahawa orang Melayu perlu bersatu atas pegangan agama yakni Islam. Perbezaan politik adalah suatu realiti dan perlu diterima dan diraikan dalam Negara kita yang Merdeka, tetapi perbezaan politik biarlah pada isu-isu politik tidak termasuk isu agama dalam hal ini Islam. Dalam isu-isu Islam Umno, PAS, selain PKR, DAP, Gerakan, Kita (yang ada ahli dan pemimpin Melayu) perlu berdiri satu mengenepikan perbezaan politik masing-masing. Apabila isu yang dihadapan kita adalah berkenaan nasib dan masa depan agama contohnya, kita semua perlu bersatu senada dan sesuara. Sekadar renungan umpamanya dalam isu hudud, Tan Sri Muhyuddin berpandangan ia sebahagian dari hukum Islam, Dato Seri Anwar beri pandangan peribadi bahawa beliau bersetuju dan PAS di Kelantan bersungguh mahu melaksanakannya. Apa kata kalau betul geasaan Tun itu kita semua berdiri teguh menggunakan kedudukan masing-masing memastikan ia dilaksanakan, boleh? Masalahnya Tun lah juga yang menolak dan memberi ancaman keras terhadap hudud semasa PM dahulu. Jadi bagaimana nak bersatu atas nama agama kalau Tun pun dahulu tidak begitu? Mungkin Tun dah berubah, sukar dipercayai tetapi tak salah kita mencuba kalau benar jujur dan ikhlas.
|
Ulangtahun ke 9 pengeboman Bali Posted: 12 Oct 2011 01:35 AM PDT Hari ini 12 Oktober adalah ulangtahun peristiwa hitam pengeboman di Bali yang berlaku 9 tahun lalu pada tahun 2002 di Pantai Kuta Bali, Indonesia. Seorang pengebom berani mati telah melepaskan bom tanpa perikemanusiaan sehingga mengorbankan 202 nyawa kebanyakkannya warga asing termasuk 38 warga Indonesia. Selain bom berkenaan beberapa bom lain turut dilepaskan termasuk dari sebuah kereta. Selain kematian 240 lain tercedera. Sebuah kumpulan dikenali Jemaah Islamiyah atau JI didakwa terlibat dan beberapa dari mereka di bawa ke hadapan pengadilan Indonesia. Tiga dihukum mati. Semasa perbicaraan kumpulan berkenaan mendakwa tindakan mereka adalah sebagai jihak menetang Amerika dan Australia. Kebetulan semasa berada di Indonesia baru-baru ini saya menonton sebuah dokumentari TV tempatan yang mengisahkan penderitaan keluarga mangsa pengeboman berkenaan termasuklah mereka yang mengalami kecacatan kekal akibatnya. Islam berada dikandang salah semasa kehangatan peristiwa ini yang sebenarnya lebih merupakan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab yang menghalakan cara tanpa memikirkan akibat dan impaknya ke atas umat Islam sejagat dan Islam sendiri. Islam bukan agama "terrorist", tidak pernah ditegakkan begitu. Semoga tiada lagi perstiwa seumpama ini berlaku. Takziah kepada keluarga mereka yang terkorban termasuk beberapa orang Islam yang tidak bersalah.
|
Orang Melayu Melaka amalkan hukum Islam 132 tahun lalu Posted: 11 Oct 2011 06:43 AM PDT Catatan yang direkodkan oleh Isabella Bird dalam THE GOLDEN CHERSONESE yang merakamkan pengalaman lawatan beliau ke Semenanjung Tanah Melayu sekitar 1879 terus memukau minat saya. Hari ini saya mahu berkongsi rakaman beliau berkenaan orang Melayu diwaktu itu iaitu kira-kira 132 tahun dahulu. Bagaimana cara hidup, pakaian, amalan orang-orang Melayu ketika itu. Ia mungkin bukan bacaan yang tepat tetapi sekurang-kurangnya kitra mendapat baying bagaimana seorang asing melihat kita 132 tahun lalu. Semasa di Melaka pada bulan Januari 1879 Isabella membuat pemerhatian berikut berkenaa orang-orang Melayu yang beliau temui dan perhati. Menurut Isabella kehidupan orang-orang Melayu bagi beliau pelik (strange) dan tidak banyak meriahnya. Orang Melayu gelap kultinya (dark brown) dengan dahi yang rendah dan mata (biji) yang gelap. Mereka punya tulang rahang yang tinggi hidung yang penyet dan lubangnya luas manakala mulutnya luas dan bibirnya tebal. Rambut mereka hitam, lurus dan berkilau, wanitanya rambut bersanggul di belakang kepala. Lelaki Melayu beliau perhatikan: Lelaki Melayu tidak banyak minta bekerja dibidang lain selain ke laut (nelayan) atau memburu dan jika mereka mempunyai tanah sawah, mereka mengusahakan bendang padi. Mereka (lelaki Melayu) dikatakan pendiam (quiet) pemarah, cemburu, sangat bersyak wasangka (suspicious) dan ada yang mengatakan kuat memberontak namun taksub sebagai seorang Muslim. Lelaki Melayu mengenakan kain sarung yang tidak panjang melebihi lututnya (barangkali beliau maksudkan kain samping) yang dikenakan bersekali dengan seluar (panjang) yang longgar. Baju mereka bagaikan jaket tangan pendek, yang dibikin cantik (beautifully made) dan sering dihias cantik dengan kerja jarum yang halus. Bajunya punya butang kecil di setiap bahagian (dada). Malah beliau pernah perhatikan seorang lelaki Melayu mengenakan 20 buah butang masing-masing merupakan batu permata. Pakaian mereka dilengkapkan dengan serban atau saputangan merah yang diikat keliling kepala mereka. Manakala wanita Melayu pula: Kecil tubuhnya, memlihara kemas rumah mereka, menganyam tikar dan bakul dari jerami dan dedaun nipah. Pakaian mereka dari kain kapas atau sutera (menyelubungi diri) dari buku lali sehinggalah kerongkong. Menurut Isabella orang Melayu bukannya liar (savages) kerana mereka punya peradaban dan tamadun sendiri dan sistem perundangan mereka diceduk dari al Quran. Disinilah bagi saya sesuatu yang menarik. Isbaella mengakui bahawa orang Melayu mengamalkan ajaran al Quran di Melaka 132 tahun lalu. Beliau menulis: They are really ruled by the law of the Koran and except when the Imaum (Imam), who interprets the law, decides ( which is very rarely the case) contrary to equity, the British magistrate confirms his decision. Infact Mohammedan law and custom rule in civil cases and the Imaum of the mosque assists the judge with his advice. (pg 135-136) Cuma yang tidak pasti adakah hukum syarak itu dilaksanakan secara keseluruhan atau bagaimana. Yang jelasnya tiada undang-undang bertulis sebagaimana enakmen syariha hari ini kerana hukum ditafsir terus oleh para Imam. Mungkin aspek ini perlu dikaji dan didalami. Jika Inggeris ketika itu boleh menghormati amalan anak jajah dalam melaksanakan hukum Islam, mengapa tidak kita hari ini? |
Posted: 10 Oct 2011 10:16 PM PDT Selamat Hari Raya/ Aidilfitri mulia/ ampun maaf dipinta/ mensuci hening dosa/ Setahun menghilang/ sekarang menjelang/ hari yang bahagia/selamat hari raya/ Seruan kita/ untuk semua/ selamat....selamat/ selamat Hari raya Inilah lagu yang biasa didendangkan di radio menjelang Syawal dan sepanjang perayaan Hari Raya sebulan Syawal. Dari kecil inilah lagu yang apabila dimainkan menyemearakkan "mood" Raya. Saya percaya bukan saya seorang yang berperasaan begitu. Pagi tadi penyanyi lagu ini Datuk Ahmad Jais atau nama sebenarnya Mohd Jais Ahmad, 75 tahun menghembuskan nafasnya terakhir di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Alfatihah. |
Posted: 10 Oct 2011 06:01 AM PDT Balik memperkatakan berkenaan sejarah Melaka. Saya masih lagi belum selesai menelaah buku: The Golden Chersonese karangan Isabella Bird yang pernah saya kongsi dalam posting sebelum ini. Saya perhatikan ketika singgah di Melaka pada bulan Januari 1879, beliau tidak banyak memperketakan berkenaan sejarah Melaka kecuali berkenaan penaklukan Portugis, kemudiannya Belanda dan kini (ketika itu) Inggeris. Samada Isabella memang tidak mahir atau maklum banyak berkenaan sejarah Melaka ataupun memang tidak banyak catatan untuk memperkatakan berkenaan Melaka walau ketika itu. Menaiki sebuah kapal kecil SS Rainbow dari Singapura melalui Selat Melaka, Isabella tiba ke Melaka dan berikut catatan pandangan pertamanya terhadap Melaka iaitu pada 20 Januari 1879: Terdapat beberapa buah pulau kecil hijau pekat ke arah Selatan (apabila kapalnya menghampiri Bandar Melaka), di hadapan saya sebuah pekan yang kelihatan antik (tua) rupanya, rumah-rumahnya rendah, kebanyakkannya berwarna, dengan bumbung genting berwaran merah rata, kebanyakkannya dibina atas tiang, berterabur dari jauh, dan di kelilingi rumah-rumah bangle besar yang dilindungi pepohon hijau. Sebuah bukit tersembol di tengah, dimahkotai dengan sebuah gereja yang hampir runtuh usang, satu-satunya gereja Kristian tertua di rantau ini, dengan cerun-cerun berumput hijau di bawahnya, .........................Sebuah jeti yang panjang yang seakan terabai menjajar jauh dari darat ke laut cetek, beberapa tongkang Cina berlabuh dan dari jauh kelihatan beberapa nelayan Melayu mengawasi jarring masing-masing...... Ternyata 1879 Melaka tidaklah hebat, gemilang dan sibuk sebagaimana kita ketahui dan dimaklumkan ketika di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Malah Isbaella sendiri seakan mengakui darihal Melaka yang pernah hebat apabila beliau mencatat: The former greatness of Malacca haunts one at all times (Kegemilangan Melaka satu ketika dahulu seakan menghantui sesiapa sahaja) Semasa zaman Portugis sebelum ketibaan Belanda seorang penulis Linscholt ada menulis: Tempat ini (Melaka) merupakan pusat pemasaran seluruh India, Negara Cina dan kepulauan Moluku, dan segala tempat berhampiran dan disekitarnya termasuklah Banda, Jawa, Sumatera, Siam, Pegu, Bengal, Coromandil dan India, kapal-kapal datang dan pergi begitu kerap sarat dengan beraneka barangan. Ketika Isabella di Melaka (1879) Melaka tidak lagi sepenting dahulu. Perdagangan semakin kurang katanya, malah ia dijauhi pedagang besar kerana lautnya yang cetek (saya teringat ada membaca satu riwayat bahawa Sultan Mahmud sebelum berundur dari Melaka angkara penaklukan Portugis telah bersumpahh agar Melaka tidak lagi maju sebagaimana dizamannya) Beliau merakamkan semasa lawatannya Cuma terdapat beberapa tongkang Cina, perahu orang-orang Melayu dan beberapa kapal wap Cina.....tiada akhbar di Melaka ketika itu, tiada bank, hotel atau pedagang Inggeris tempatan. Barangkali kita boleh ambil iktibar dari catatannya yang berikut: The Malays dream away their lives in the jungle and the Chinese who number twenty thousand are really the ruling population. |
Ya Allah peliharalah aqidah kami Posted: 10 Oct 2011 03:35 AM PDT Menurut Baginda: Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di Komplek Dream Centre dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Selangor ini. Walaubagaimanapun meski ada bukti Tuanku dalam kenyataan Baginda menyebut ia tidak cukup untuk membuat pendakwaan di mahkamah. Oleh itu atas nasihat pihak berkuasa Tuanku bersetuju agar tiada pendakwaan dikenakan ke atas mana-mana pihak. Namun Baginda bertitah: Merujuk kepada siasatan pihak JAIS terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam. Ini bermakna memang ada usaha memurtadkan dianjurkan dalam majlis berkenaan dan kehadiran 12 orang Muslim dalam majlis itu sangat mengecewakan. Tuanku turut menitahkan agar mereka ini diberikan kaunseling oleh JAIS demi memulihkan aqidah mereka. Dan Tuanku turut member amaran agar sebarang tindakan yang telah atau akan dilakukan untuk memurtadkan umat Islam di Selangor dihetikan serta-merta. Sesungguhnya telah lama kita Merdeka dan hidup bersama atas satu bumi dengan sikap hormat-menghormati dan saling faham-memahami antara rakyat berbeza kaum dan agama. Janganlah dirobek apalagi dicabar keharmonian yang telah dibina sekian lama oleh datuk nenek kita. Saya sendiri pada lewat tahun 60an menyertai sebuah tadika yang dikendalikan oleh pendakwah Kristian dalam premis gereja di Kota Bharu (ketika itu tiada tadika di sana) dan bersekolah menengah di Kuala Lumpur dan kemudian di Kota Kinabalu di sekolah mubaligh Methodist dan La Salle. Dan saya percya ramai juga seperti saya. Sepanjang pengaalaman itu tiada usaha untuk memesongkan aqidah saya dan rakan-rakan lain. Di Kota Kinabalu mungkin ada beberapa peristiwa yangs engaja melibatkan pelajar Islam tetapi telah ditegur. Kesimpulannya biarlah kita terus berbaik-sangka dan mematuhi amalan dan perlembagaan yang sama-sama kita dukung. Selagor dan Malaysia perlu kekal aman dan sentosa dengan kehadiran rakyat berbilang kaum dan agama tanpa prejudis dan usaha memecah-belahkan kesatuan dan keteguhan itu. Selangor bukan seperti Kaherah yang sedang tegang lantaran isu sectarian. Biarlah kita kekal aman, insyallah. Daulat Tuanku dan semoga JAIS terus prihatin memelihara aqidah umat Islam di Selangor.
|
Tulis kembali sejarh Kesultanan Melayu Melaka Posted: 09 Oct 2011 06:54 PM PDT Sebelum ini saya pernah menulis bahawa rekod dan catatan sejarah tanahair kita khasnya pra penaklukan Portugis 1511 di Melaka sangat berkurangan. Kita seakan bangsa yang teraba-raba tentang asal-usulnya> adalah sedikit sini-sana kita ceduk maklumat dari catatan dan rekod orang lain. Hari ini dalam akhbar The Star dilaporkan bahawa Prof Madya Abd Rahman Ismail dari USM mendakwa mempunyai bukti yang menunjukkan bahawa Kesultanan Melayu Melaka telah wujud 140 tahun sebelum Parameswara di dakwa membuka Melaka pada tahun 1402. Terdapat penemuan artifak yang menunjukkan bahawa Melaka telah pun wujud sejak 1262. Sebelum itu dalam satu seminar berjudul :Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka (KMM) anjuran Kerajaan Negeri Melaka yang diselengarakan oleh Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)pada bulan Mei 2010 telah diperakui bahawa: Sehingga kini belum ditemui rekod atau dokumen yang ada mencatatkan tahun 1400 sebagai tahun pengasasan Kesultanan Melayu Melaka. Tahun itu diperolehi hanya berdasarkan kesepakatan dan keputusan yang dibuat oleh sarjana dan diterima pakai. Jawatankuasa Penyelidik menolak tahun 1400 sebagai tahun pengasasan Kesultanan Melayu Melaka dan sebaliknya menerima "Sulalatus Salatin" versi Raja Bongsu bahawa Kesultanan itu bermula sebagai entity politik pada 1262 masihi bersamaan 660 hijrah dan Sultan Iskandar Syah merupakan sultan yang pertama Berdasarkan tulisan Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) versi Raja Bongsu, kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan pada 660 Hijrah bersamaan tahun 1262. Ini secara langsung menolak kesepakatan sarjana Barat sebelum ini termasuk dari Portugal kerana bukan berdasarkan fakta sejarah. Fakta Barat diambil dari Suma Oriental yang ditulis oleh Tom Pires pada tahun 1512-1515 hanya berdasarkan pengumpulan maklumat menggunakan kaedah dengar cakap. Semoga usaha bersungguh dan serius diambil untuk mengkaji dan membawa bukti berkenaan perkara ini. Jika kerananya maka sejarah Negara perlu ditulis kembali khasnya dizaman itu, maka biarlah ia ditulis kembali. Sudah pasti banyak khazanah dan pengajaran yang boleh diperolehi darinya. |
Posted: 08 Oct 2011 10:16 PM PDT "Sin taxes" atau cukai ke atas industri maksiat umpama judi, rokok, hiburan dan arak sekali lagi terlepas melalui Bajet 2012 yang dibentangkan kerajaan Jumaat lalu. Judi yang dilesenkan samada tikam nombor atau nombor ramalan atau kasino diakui umum merupakan aktiviti yang merosakkan masyarakat. Kecenderungan untuk berhutang dan membelanjakan wang kos kehidupan sering tergerak apabila seseorang terlibat dengan ketagihan judi. Pernah dalam blog ini saya membuat posting berkenaan bantahan MB Johor terhadap khidmat bas percuma yang disediakan oleh kasino di Singapura pada rakyat Johor. Akhbar tempatan terutama yang bukan Melayu sering mendedahkan berkenaan keluarga yang roboh akibat ibu atau bapa termasuklah anak yang ketagihan judi. Kita akur ia perosak namun kita tidak melakukan apa-apa. Kasino di Genting umpamanya terus-menerus mencatatkan keuntungan ratusan juta begitu juga Magnum, Bigsweep dan Toto tetapi kerajaan terus mengizinkan mereka mengeruk keuntungan atas kesusuahan rakyat. Mengapa dilepaskan lagi mereka ini? Begitu juga rokok. Kononnya membahayakan kesihatan. Beratus ribu malah jutaan dibelanja untuk iklan bahaya merokok. Benar harga rokok telah naik sebelum ini, tetapi jika ia benar memudaratkan rakyat, mengapa tidak kita naikkan lagi cukainya agar rakyat kebanyakkan tidak lagi mampu menikmatinya mengapa tidak? Adakah kepentingan para pemilik industry ini kini mengatasi kesihatan dan masalah rakyat? Begitu juga arak. Dahlah jelas haram disisi Islam, agama lain pun bimbang apabila penganutnya jadi kaki botol, memusnahkan keluarga masing-masing, merosakkan masyarakat, kenapa tidak ada "political will" pada kita untuk bersungguh menaikkan saja cukai ke atas "players" industri ini supaya mereka tiada pilihan melainkan menaikkan harga barangan mereka, mengapa tidak? Demikianlah yang lain-lain. Selain mahu menjadi kerajaan yang popular kita juga terpanggil untuk melindungi akhlak dan keharmonian institusi keluarga rakyat kita. Kalau kerajaan senyap diharapkan wakil-wakil rakyat yang lain bangkit bersuara, kalau semua senyap, wlahhualam. |
Bajet: Dari padang bola lebih baik bina rumah kos murah Posted: 07 Oct 2011 06:59 AM PDT Pasti ramai yang beri tumpuan kepada pembentangan Bajet oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri selepas solat Jumaat petang tadi. Bajet 2012 memperuntukkan RM232.8 bilion untuk melaksanakan segala pelan permbangunan kerajaan Persekutuan. Diperingkat ini cadangan bajet itu sudah barang tentu sedang dianalisa, dikaji dan didalami oleh ramai pihak selain ahli-ahli parlimen. Kebetulan pembentangan bajet tadi serentak dengan siaran langsung perlawanan persahabatan bolasepak antara Malaysia dan Australia. Harapan tinggi yang diletakkan oleh peminat bolasepak tempatan ke atas pasukan kita hampa apabila Malaysia dibelasah 5-0. Apa kena mengena dengan bajet? Kebetulan dalam bajet yang dibentangkan tadi kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk mempertingkatkan aktiviti rekreasi terutama bolasepak. Peruntukkan itu dicadangkan akan dibelanja untuk pembinaan padang bolasepak lengkap dengan kelengkapan rumput tiruan dan lampu limpah di 30 lokasi seluruh Negara. Mungkin kerajaan berfikiran dengan perbelanjaan ini sukan yang popular itu akan lebih maju dan bakal melahirkan pasukan tempatan yang lebih hebat. Entahlah tetapi dengan kekalahan teruk 5-0 tadi kepada pasukan Autralia, cocok agaknya cadangan itu disemak semula. Belanjalah jumlah wang yang besar itu ke bidang yang lebih bermanfaat RM50 juta contohnya boleh membina lebih 1400 buah rumah kos RM35,000 yang boleh memanfaatkan hampir 10,000 rakyat Malaysia yang daif dan miskin. Anda setuju? |
Apabila orang Islam pun keliru dan mengeliru Posted: 06 Oct 2011 07:21 AM PDT Selagi tidak terlaksana selagi itulah akan ada pihak menuntut perlaksanaannya. Yang saya maksudkan adalah Hudud yang terus menjadi topik panas dalam Negara. Baru-baru ini Presiden PAS mengeluarkan kenyataan agar jangan sesiapa mempertiakikan hudud sebagai hukum. Malah dalam artikel terbarunya beliau menulis: Bagi penganut Islam jangan dipandang mudah dan ringan untuk mempermainkan isu ini sekadar undi pilihan raya nanti menang di dunia dan kalah di dalam kubur dan terjunam di hari akhirat Islam hendaklah dikenali secara menyeluruh kerana setiap aspek dalam ajaran Islam berkait di antara satu sama lain, laksana mata rantai yang tidak boleh dipisahkan. Undang-undang hudud adalah berkait dengan undang-undang jenayah yang banyak cabangnya yang berkait pula dengan sistem kehakimannya sendiri, berkait juga dengan fikah, syariat, akidah dan akhlak yang ada roh perhitungan dosa dan pahala. Yang jelas sebagaimana kenyataan TPM Muhyuddin Yassin yang pernah saya petik di blog ini bahawa hudud itu tidak dipertikaikan lagi adalah merupakan sebahagian dari hukum Islam. Apa yang terlaksana di Kelantan dan Terengganu melalui enakmen yang diluluskan di dewan negeri masing-masing adalah undang-undang yang digubal oleh kerajaan yang memerintah yang mahu membawa hudud dalam satu bentuk perundangan diguna-pakai diperingkat negeri untuk dilaksanakan. Kritiklah negeri atau parti yang memerintah negeri itu atau pemimpin-pemimpinnya semahu dan sesuka hati tetapi sebagai seorang Muslim jangan sekali-kali mengkritik apa lagi mempertikaikan intipati hudud itu yang merupakan sebahagaian dari yang termaktub dalam al Quran iaitu ayat-ayat Allah swt. Ini seirangan dengan kenyataan bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin bahawa umat Islam tidak sama sekali boleh mempertikaikan hukum hudud yang digariskan oleh al Quran. Namun mereka boleh mempersoalkan enakmen berkaitan, yang digubal manusia, jika mereka tidak berpuas hati. Tambah Asri jika sekadar mahu mempertikaikan prosedur enakmen hudud (sebagaimana yang Diluluskan di Kelantan dan Terengganu)ianya tidak menjadi masalah. Tetapi seorang Muslim tidak boleh berkata atau mendakwa yang hukum hudud al quran itu tidak adil.
Dalam hal ini saya rasa lebih selamat kita mengikut tafsiran dan tunjuk ajar para ulamak yang pakar. Jangan menggunakan akal fikiran apalagi logik akal untuk berhujah bab agama.
Seorang ahli akademik Muslim yang punya artikel dalam akhbar The Star menulis dengan berani:
Minta maaf jika anda ada kepercayaan peribadi yang hanya menjejaskan hidup anda dan anda tidak mahu ia dipertikaikan itu masalah anda. Tetapi jika anda mahu memperkenalkan sesuatu kepada umum , sesuatu yang bakal menjejaskan kehidupan rakyat, saya tidak peduli jika sumber yang anda ceduk itu datang dari langit, ia perlu dipertikaikan. Saya tidak peduli jika anda mengatakan saya tiada ijazah dari al Azhar dan tiada berjanggut, saya tetap akan pertikaikan apa sahaja undang-undang yang mana-mana kerajaan mahu perkenalkan.
Barangkali kerana hujah-hujah sebeginilah maka Islam makin dipandang lekeh dan dipersenda oleh orang lain. Kalau kita sendiri sudah lupa asal-usul dan pembawaan kita, apalah nak diharapkan pada yang lain-lain. |
Posted: 06 Oct 2011 01:33 AM PDT Saya tak pasti tetapi merasakan bahawa Negara kita merupakan salah sebuah Negara di dunia yang paling kerap menukar, merobah dan merombak sukatan matapelajaran diperingkat rendah dan menengah. Kalau kita perhatikan setiap kali PM atau Menteri Pendidikan bertukar setiap kali itulah ditebok-tebok dan dipinda-pindanya sukatan matapelajaran di sekolah-sekolah. Pernah subjek sejarah atau dahulu semasa saya tarawih ditiadakan diperingkat sekolah rendah dan hari ini kita dengar ia akan diadakan kembali. Sebelum itu matematik dan sains di robah dari diajar dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris kononnya untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anak-anak kita. Tetapi akibatnya kita sendiri tahu hari ini. ( Sedangkan orang-orang inilah juga pada tahun 1970an meniadakan aliran Inggeris dan ditukar ke aliran Kebangsaan semua sekolah-sekolah kononnya kerana memartabatkan Bahasa Melayu) (Dan sebelum itu orang-orang inilah juga meniadakkan pembelajaran Tulisa Jawi di sekolah-sekolah sampai lenyap pupus terus buta Jawi jadinya anak-anak kita) Ada beberapa Negara maju, sukatan pelajarannya kekal berpuluh-puluh tahun lamanya, dan Negara itu Negara maju tak berubah, cuma yang dipinda atau lebih tepat lagi diperkasakan apabila ada perkembangan dan maklumat baru. Sudah tiba masanya kita menghentikan amalan tebok-tebok dan tukar-tukar sesuka hati ini kerana mangsanya adalah anak-anak kita jenerasi mendatang.
|
Posted: 04 Oct 2011 08:06 AM PDT Ada beberapa lagi catatan menarik Isabella Lucy Bird dalam "The Golden Chersonese" berkenaan Singapura di tahun 1880an yang mahu saya kongsi dengan pengunjung blog ini. Saya sangat minat mahu mengetahui bagaimana hidup penduduk di rantau kita ini 100 tahun dahulu atau lebih. Kita mungkin boleh menjejak sejarah penghidupan 50-60 tahun lalu, tetapi apabila menjangkau ratusan tahun seakan ada suatu jurang yang memisahkan kita. Barangkali kerana tiada catatan yang sempurna. Bagaimana hidup orang melayu contohnya di zaman Kesultana Melayu Melaka, jika adapun catatan ia sangat kabur begitu juga di zaman Portugis 155 dan Belanda kemudiannya. Puncanya kerana tiada banyak catatan yang boleh kita pegang. Antara yang ada adalah catatan dan rakaman Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir yang menghasilkan dua karya penting iaitu "Kisah pelayaran Abdullah (1838)" dan "Hikayat Abdullah (1849)". Yang lain kebanyakkan adalah catatan dan rakaman orang asing khasnya Inggeris, Portugis dan Belanda. Sebagaimana rakaman Isabalella Bird ini. Berbalik kepada Singapura semasa Bird melawatinya pada 1879, menurut penulis ketika itu malapetaka yang paling besar di Singapura adalah ancaman serangan harimau. Ya Harimau! Tulis beliau: "(tigers )... carried off about three hundred people yearly." Ya ketika itu harimau yang sebahagian besarnya berenang dari Johor membunuh seramai 300 orang penduduk pulau itu setahun! 300 adalah satu angka yang bear, saya yakin agaknya bilangan kematian dalam kemalangan di Singapura hari ini pun taks eramai itu. Dari segi pendapatan pula menurut penulis Singapura ketika itu mencatatkan pendapatan hampir setengah juta pound sterling setahun dengan hutang Cuma seratus ribu pound sterling setahun. Bagaimana orang Melayu ketika itu? Tahukah anda fesyen orang Melayu ketika itu menurut penulis adalah : Malays in red sarongs (Melayu berkain sarong merah) Beliau mencatat bahawa orang Melayu di Singapura ketika itu banyak tercebur dalam industri perikanan dan sebahagian besar anggota polis di Singapura berbangsa Melayu. Malangnya tiada seorang Melayu pun menurut penulis merupakan seorang saudagar yang berjaya. Tetapi yang pastinya orang Melayu sangat taat pada Inggeris malah beliau mencatat: The Maharajah of Johore sovereign of a small state on the nearest part of the mainland, a man much petted and decorated by the Biritish government for unswerving fidelity to the Biritish interests. Begitulah kehidupan di Singapura ketika itu, semuanya tunduk dan senang serta taat pada Kerajaan Inggeris dari orang Melayu kebanyakkan sehinggalah yang berada di istana!
|
Singapura majoriti Cina lebih 100 tahun dahulu Posted: 03 Oct 2011 07:36 PM PDT Baru-baru ini saya terbaca sepotong berita berkenaan jumlah bilangan penduduk terkini di Singapura. Menurut laporan Population Trends 2011 dari Republik berkenaan setakat Jun 2011 jumlah penduduk Singapura adalah seramai 5.18juta orang. Dari jumlah berkenaan 3.79 juta merupakan rakyat Singapura samada warganegara atau pemastatutin tetap manakala 1.39 merupakan warga asing. Menurut laporan itu juga 74 peratus warga Singapura berketurunan Cina, 13 peratus Melayu dan 9.2 peratus India. Saya menonjolkan perkara ini kerana kebetulan sedang membaca buku karangan Isabella Bird berjudul "The Golden Chersonese" yang merupakan rakaman pengalaman penulis sepanjang menjelajah Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu sekitar 1880 iaitu 131 tahun lalu. (Banyak fakta menarik dan bersejarah khasnya berkenaan tanah air kita dirakamkan oleh wanita Inggeris ini yang pada tahun 1892 dilantik sebagai wanita pertama fellow Royal Geographical Society) (Saya memang akan berkongsi dengan pengunjung blog ini beberapa maklumat yang saya kira sangat menarik khasnya berkenaan keadaan tanah air kita sekitar tahun 1800an yang tiada rakaman tepat oleh para penulis tempatan ketika itu). Benarkah Singapura ini asalanya mejaoriti Melayu? Sekurang-kurangnya itulah yang telah difahamkan kepada saya sebelum ini dan pernah menjadi mainan politik beberapa kalangan orang politik bahawa kononnya jika tidak berhati-hati Tanah Melayu nanti jadi macam Singapura! Menurut penulis (yang memperolehi akses pada dokumen dan statistic "kerajaan" ketika itu) bancian pulau berkenaan untuk tahun 1881 menunjukkan bahawa terdapat 139,208 orang penduduk di Singapura. Pecahan penduduk menurut kaum ketika itu adalah: Cina 86,766 Melayu 22,114 India (yang disitilah Tamil) 10,475 Selebihnya: Jawa (dari Indonesia) 5,881 Serani 3,091 dan selebihnya warga asing termasuk Inggeris dan Eropah. Walaupun penulis merakamkan orang Melayu sebagai "native" tetapi menurut rakamannya : Then there are the native Malays who have crowded into the island since we acquired it till they number 22,000 .... (Kemudian terdapat warga Melayu yang telah membanjiri pulau ini sejak kita (Inggeris) menguasainya sehinggalah bilangan mereka seramai 22,000....) Dalam erti kata lain bilangan orang Melayu di Singapura telah jauh diatasi oleh kaum Cina sejak awal-awal lagi. Menurut penulis: The Chinese who number 86,000 out of a population of 139,000 are not only numerous enough but rich and important enough to give Singapore the air of a Chinese town with a foreign settlement. (Masyarakat Cina yang berjumlah 86,000 dari jumlah penduduk 139,000 bukan sahaja ramai tetapi kaya dan terlalu penting buat Singapura sehingga memberinya nafas bagaikan Pekan Cina dengan penempatana asing) Berdasarkan maklumat ini Singapura sejak 1880 lagi sudah mempunyai penduduk yang majoritinya kaum Cina. Melayu mungkin majoriti lebih awal dari itu membawa kita kembali kepada kisah Singapura dilanggar todak dan Sang Nila Utama sekitar 1500. Sekadar berkongsi dengan pengunjung blog ini.
|
Terlaksanalah hudud di Kelantan Posted: 29 Sep 2011 08:37 PM PDT Hudud di Kelantan. Terbaru keputusan pihak Pakatan Rakyat pun telah diketahui. Yang jelas MB Kelantan semalam berterima kasih dan bersyukur di atas laluan yang diberikan oleh pimpinan PR terutama kerana menghormati hasrta rakyat negeri Kelantan. Hari ini dalam akhbar The Star lanjutan kenyataan Tok Guru itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga EXCO negeri Ustaz Dato Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan: We thank DAP and PKR for respecting our ideology (Kami berterima kasih kepada DAP dan PKR kerana menghormati ideology kami) Menurut Mohd Amar kerajaan negeri akan meneruskan rancangan untuk melaksanakan hukum berkenaan dengan mengambil kira situasi semasa. Dengan perkembangan ini ternyatalah undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan itu lebih 20 tahun lalu serta mendapat perkenan Tuanku Sultan akan terus dilaksana sekaligus menolak tohmahan sesetengah pihak bahawa hasrat rakyat Kelantan itu telah digagalkan atau ditolak. Ini bukan hudud PAS atau bikinan orang politik, ini hukum Islam yang diluluskan oleh rakyat Kelantan melalui suara wakil mereka di Dewan Undangan Negeri yang ketika itu diwakili PAS dan Umno untuk diguna pakai di negeri berkenaan. Sewajarnya perlaksanaan ini disokong oleh semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik. Semoga segalanya berjalan lancar demi Islam.
|
Hudud tenggelam dengan letupan di Empire Posted: 28 Sep 2011 01:38 AM PDT Isu Hudud terus mendominasi ruang akhbar dan media tempatan walaupun saya yakin esok peristiwa letupan di Empire Gallery Subang Jaya akan menyelubungi yang lain. Apa pun dalam sibuk menceduk berita perkembangan letupan itu saya tertarik dengan tweet seorang bekas ADUN MCA Lee Hwa Beng yang berbunyi: Like other religions got certain practices that others cannot accept, it is d right of Muslims 2 practice Hudud as long don't affect others (Sebagaimana agama lain beberapa amalan tidak boleh diterima oleh pihak lain, ianya menjadi hak orang Islam mengamalkan Hudud selagi mana ianya tidak menjejaskan yang lain) Malah beberapa hari lalu saya terbaca juga seorang ADUN PKR berbangsa Tionghua dari Pulau Pinang turut mengeluarkan kenyataan yang lebih kurang sama bunyinya. Ternyata sudah ada kalangan masyarakat Malaysia yang bukan Islam yang sudah boleh menerima perlaksanaan hukum Allah ini selagi ia tidak menjejaskan kehidupan dan kepentingan mereka. Masalahnya tinggal masyarakat Malaysia yang Islam, bagaimana ya? Siapa yang mampu merongkai tandatanya ini?
|
Posted: 27 Sep 2011 07:35 AM PDT Ada yang mungkin belum lahir ketika itu, ada yang masih kecil atau di sekolah rendah. Saya yakin sebagaimana ramai yang masih mengingati peristiwa pahit itu ramai juga yang teraba-raba tak ketahuan hujung pangkal. Saya tidak berminat mengambil bahagian atau terjebak dalam sepak-terajang politik yang membangkitkan isu itu kembali hari ini sebagaimana dimainkan media arus perdana. Saya lebih berminat mengulas dari sebuah buku terbaru berkenaan peristiwa ini. "Memali: A policeman remembers" karangan Tunku Muszaffar Tunku Ibrahim bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Baling, bagi saya adalah satu rekod sejarah yang sangat berharga dan penting. Ia datang dari luahan hati dan perasaan seorang pegawai kanan polis yang terlibat secara langsung dalam persitiwa ini. Penulis bukannya penyokong pembangkang atau parti kerajaan. Penulis akan kita kenali (bagi yang membaca buku ini) sebagai seorang pegawai kanan polis yang professional, yang menjalankan tugas sebagaimana beliau dilatih oleh profesyion kepolisian. Sebagaimana beliau nukilkan dalam buku ini: I am a police officer and not a young second lieutenant in the Army. I am sworn to protect life and property, and not destroy them. (Saya seorang anggota polis dan bukannya seorang leftenan dalam tentera. Saya telah memegang sumpah mempertahankan nyawa dan harta bukannya menjahanamkannya) Penulis bukan bermain politik melalui penulisannya. Bukan mahu mempertahankan parti pemerintah BN mahupun PAS yang ketika itu pembangkang di Kedah. Penulis bukan mahu mengagungkan Almarhum Ibrahim Libya mahupun mengkritik dan menuduhnya. Beliau sekadar mahu meluahkan pengalamannya betapa dalam saat-saat genting profesionalismanya sebagai seorang pegawai polis yang terlatih dicabar dan tercabar. Beliau berhujah akan apa yang sepatutnya dilakukan oleh pihak polis dan apa yang telah silap dilakukan tanpa menyebelahi mana-mana pihak politik. Dan dicelah luahan hati itu beliau turut nukilkan betapa seorang insan bernama Yusuf Husin kini YB Senator Yusuf Husin, telah muncul menyelamatkan bukan hanya suasana tegang tetapi nyawanya yang terancam kira-kira sebulan sebelum peristiwa hitam itu iaitu pada 20 Oktober 1985. Penulis merasai dan melihat sendiri apa yang berlaku sehingga terkorbannya 4 anggota polis dan 14 penyokong PAS termasuk Ibrahim Libya pada hari yang memilukan itu yang pada pengakuannya dimulai dengan renjisan hujan panas dan kemuncaknya hujan lebat (seolah langit turut menangis menyaksikan persitiwa berkenaan). Saya akan berkongsi lagi kandungan buku yang sungguh menyentuh jiwa saya ini. Syabas, tahniah dan yterima kasih kepada penulis kerana kekal berani untuk terbit dengan buku ini buat tatapan semua. Agaknya dalam sibuk-sibuk kita berpolitik hari ini siapa yang sokong siapa yang tentang, lebih baik kita berpijak pada fakta lihat dan teliti versi sahih mereka yang terlibat. Semoga Allah swt merahmati roh mereka yang terkorban dan menyeret mereka yang bertanggungjawab dalam kamar pengadilan Nya di hari kemudian nanti.
|
Bajet 2012 jangan menghampakan rakyat lagi Posted: 26 Sep 2011 07:14 PM PDT Bajet 2012 akan dibentangkan pada 7hb Oktober 2011 ini oleh Menteri Kewangan yang juga PM untuk kelulusan Parlimen.. Bajet seperti biasa akan menggariskan dasar fiskal Negara mendedahkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan kerajaan bagi seluruh tahun 2012. Diperingkat ini selain menunggu pembentangan bajet berkenaan banyak pihak telah turut menyuarakan pandangan dan tuntutan masing-masing. Terbaru pihak CUEPACS menuntut bonus 2 bulan gaji untuk kakitangan awam serta pengstrukturan semula tanggagaji kakaitangan awam. Dengan kos hidup yang semakin mendadak naik sudah pastilah rayuan mereka perlu diberi pertimbangan. Selain kakitangan awam pihak kerajaan perlu juga melihat nasib para pesara kerajaan. Dengan kos hidup yang meningkat itu bukan hanya kehidupan kakitangan kerajaan dan pekerja swasta terlibat saya pasti lebih-lebih lagi mereka yang telah bersara yang tiada lagi hubungan penggantungan hidup selain berharap pada pencen bulanan mereka. Sedihnya ada yang menerima pencen bulanan di bawah RM500! Biarlah kita dahulukan nasib dan kebajikan rakyat dari kita mendahulukan kemegahan infra . Apa guna kita mengah dengan bangunan yang mencakar langit, sistem pengangkutan yang sleaju angin sedangkan rakyat hidup sengsara. Selain tuntutan berkenaan baru-baru ini sebuah akhbar tempatan mendedahkan darihal tuntutan syarikat pengilangan rokok. Mereka ini yang kesemua syarikatnya tersenarai dalam bursa saham Malaysia menuntut agar kerajaan tidak lagi menaikkan cukai ke atas mereka dalam bajet ini. Dalam hal ini saya berharap jangan pula tuntutan mereka ini yang masuk ke telinga kerajaan tetapi rakyat dikebelakangkan. "Sin taxes" atau cukai kemungkaran adalah istilah yang digunakan terhadap cukai ke atas industri rokok, arak dan perjudian selain pusat-pusat hiburan. Dalam keadaan gawat dan sempit sebegini sepatutnya mereka yang terlibat dalam industri yang merosakkan kesihatan dan akhlak rakyat ini lah yang diperas dan ditekan. Biar naik harga rokok, harga arak dan naik cukai perjudian serta kelab-kelab malam dari naik harga barangan ruji yang digunakan rakyat. Saya difahamkan cukai ke atas perjudian telah lama didiamkan tanpa naik-naik, tekanan seharusnya dibuat agar mereka ini jangan dibiarkan gembira meraih untung atas kesusahan rakyat. Tunggulah bajet ini nanti.
|
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan