Isnin, 17 Oktober 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


MB Kata, 'Takdir' Sebabkan Kolam Lombong Bijih Besi Pecah, Apakah Takdir Juga Akan Di Salahkan Jika Isu Sama Terjadi Kepada Kilang Lynas Kelak !

Posted: 17 Oct 2011 01:07 AM PDT

Ramai rakyat Kuantan gusar dengan kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob bahawa "takdir" menjadi punca kejadian banjir lumpur di kilang memproses bijih besi milik Phoenix Lake Sdn. Bhd di Sri Jaya, Maran baru-baru ini. Kenyataan tersebut menggambarkan, langsung tidak berlaku "kesilapan manusia" dalam insiden terbabit. Apa yang diucapkan oleh Adnan itu, samalah dengan sikap mantan Presiden MIC dan Menteri Kerja Raya, Samy Vellu satu ketika dulu. Beliau gemar menyalahkan takdir bila apa jua kejadian berlaku melibatkan kementerian dibawah jagaannya. Maka akhirnya takdri menentukan dia kini sudah tinggal menjadi lipatan sejarah dalam "arkib negara". Justeru itu wajarkah Adnan juga menyalahkan tadkir sebagai punca kejadian tersebut?. Adnan berkata, adalah takdir kerana pihak pengurusan syarikat terbabit sudah mengikuti spesifikasi yang ditetapkan. Beliau turut menegaskan syarikat perlombongan tersebut sudah melaksanakan satu prosedur sempurna, namun, malangnya kejadian tanah runtuh berlaku di situ. Jika takdir dipersalahkan, maka sia-sia saja laporan teknikal yang dibuat oleh enam jabatan iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Alam Sekitar Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, Badan Kawal Selia Air (SUK Pahang), Jabatan Bekalan Air Pahang dan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang ketika permohonan itu dibuat sebelum MC dikeluarkan.


Jika kolam lombong yang sudah mengikut peraturan ini pun akhirnya pecah
dan menjadi bencana kepada rakyat, maka apakah kita yakin Lynas selama

Persoalannya sekarang, salah satu jabatan yang terlibat ialah Jabatan Alam Sekitar Pahang iaitu jabatan yang sama dikatakan terlibat menyediakan Laporan Penialaian Alam Sekitar (EIA) Bagi "Proposed Advanced Materials Plant, Gebeng Industrial Estate, Kuantan, Pahang" Oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd. Klik Sini untuk bukti Laporan EIA tersebut Vol 1 (Main Report Part 1 Of 2) , Vol 2 (Main Report Part 2 Of 2), Vol 2 (Appendices). Jika mengambil kira faktor "takdir" dalam kejadian lombog bijih besi di Sri Jaya itu, maka ia bermakna laporan oleh Jabatan Alam Sekitar Pahang tidak menepati piawaian dan langsung tidak boleh dipakai sebenarnya. Maknanya laporan enam jabatan yang dibuat terhadap mana-mana permohonan lombong bijih besi selama ini juga boleh dipertikaikan. Mujurlah tiada kejadian kemalangan jiwa berlaku. Bayangkan jika kes kematian dan sebagainya berlaku dalam kejadian itu.


Apakah bila radioaktif terhasil daripada kilang Lynas ini maka ia adalah takdir
dan menjadi risiko yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Kuantan gamaknya
[Maka itu juga, apakah rakyat Kuantan boleh yakin dan percaya dengan laporan EIA yang dibuat terhadap projek kilang memproses rare-earth Lynas di Gebeng itu agaknya?. Risiko tetap akan berlaku dan apakah ketika itu "takdir" akan dipesalahkan, sedangkan Kerajaan Negeri Pahang punyai kuasa untuk menghalangnya. Apakah nasib generasi dan anak cucu akan datang jika sesuatu yang buruk berlaku. Kejadian di Sri Jaya ini haruslah dijadikan ikhtibar agar manusia tidak terlalu sombong dan bongkak dengan kecanggihan teknologinya dalam menilai sesuatu projek itu. Takdir mengatasi segalanya dan ketika itu, semua yang ada akan terpalit dengan bencana yang menimpa. Ingatlah, nasib dan masa depan anak cucu kita berada ditangan kita sekarang. Kita tidak perlu lagi yakin dengan pihak-pihak yang membuat "kajian" kerana akhirnya mereka akan menyalahkan takdir bila bencana terjadi. Apakah kita harus korbankan takdir untuk kehidupan yang lebih selesa pada masa akan datang?. Maka itu fikirkanlah].

Liwat II: Pihak Pembelaan Buat Keputusan Tutup Kes Hari Ini 'Tanpa Perlu Panggil' Dua Lagi Saksi !

Posted: 17 Oct 2011 12:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Okt - Ketika pihak pembelaan dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka hari ini dengan keputusan untuk tidak memanggil dua orang saksi, mahkamah hari ini memberi kebenaran kepada pihak pendakwaan untuk memanggil saksi bantahan. Ini berikutan tidak terdapat sebarang bantahan oleh peguam Anwar, Karpal Singh berhubung permohonan pendakwaan untuk memanggil saksi-saksi berkenaan."Kami tidak mempunyai sebarang halangan tetapi tertakluk kepada sama ada keterangan itu boleh diterima," kata Karpal Dalam erti kata lain, pendakwaan hari ini membuka semula kes mereka dengan permohonan memanggil empat orang saksi bagi membantah keterangan yang dibuat oleh pakar ortopedik Dr Thomas Hoogland. Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa mereka memohon untuk penangguhan berikutan perkembangan terhadap saksi ketujuh. "Saksi ketujuh (Hoogland) telah membawa isu-isu sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai keupayaan melakukan perkara yang dituduh di mahkamah. ."Ini diperuntukkan oleh undang-undang untuk memanggil saksi-saksi untuk membuat bantahan. Saya telah bincang perkara ini dengan Peguam Karpal dan saya percaya mereka tidak membantah," katanya.

[Sementara itu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden juga memberitahu pihaknya akan memanggil empat orang saksi dan mereka akan memberi keterangan ringkas mengenai kenyataan Hoogland berhubung 'keupayaan' Anwar. Soalan-soalan, katanya akan dikemukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nordin Hassan yang merupakan timbalan ketua I, bahagian pendakwaan di Pejabat Peguam Negara. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Md Zabidin Mohd Diah berkata beliau akan mendengar keterangan itu esok]. sumber

Isu Lynas: Blogger "Beri Tempoh Sebulan" Kepada Mana-Mana Pihak Dalam Parti Pembangkang Yang Terlibat Dengan Projek Tersebut Untuk Tarik Diri !

Posted: 16 Oct 2011 10:57 PM PDT

KUANTAN, 17 Okt - Blogger Cucumatkilau (foto) hari ini tampil dengan pendedahan terbaru dalam blognya pasal isu Lynas yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat sekarang. Beliau dengan beraninya memberi tempoh selama sebulan kepada semua pihak dalam "parti pembangkang" atau mereka yang membantah Lynas agar tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan syarikat tersebut. Sebelum ini kami memang sudah mendapat maklumat bahawa ada anak-anak pemimpin dan ahli parti pembangkang yang bekerja di kilang terbabit. Malah, terdapat juga beberapa maklumat tentang penglibatan secara langsung pihak terbabit dengan projek berkenaan. "Ramai yang terkejut bila dalam laman facebook, CMK ada mendedahkan tentang beberapa kerat individu dalam "parti pembangkang" yang mempunyai projek secara langsung dengan Lynas Corporation, iaitu syarikat yang ditentang habis-habisan kononnya akan menghasilkan "sisa radioaktif" akibat bahan buangan hasil pemerosesan "rare aerth" di kilang mereka dekat Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan. Pendedahan CMK itu mendapat komentar panas daripada semua pihak, malah ada yang mahu CMK dedahkan terus siapakah individu yang terlibat?. Di fahamkan, individu terbabit bukan sahaja mendapat projek dalam syarikat Australia itu malah ada diantara mereka turut membiarkan ahli keluarga dan saudara mara bekerja di situ. Mereka ternyata khianat kepada perjuangan rakyat yang mahu kilang itu dinyahkan dari bumi Pahang ini. Di depan mereka menyokong berapi-rapi kempen bantahan Lynas. Tetapi dibelakang mereka "main projek" dan makan besar hasil keuntungan yang diperolehi. Apakah begini caranya mereka berjuang?", kata Blogger Cucumatkilau. Ikuti kenyataan beliau DI SINI.

[Secara dasarnya, tindakan pihak terbabit adalah tidak adil buat mereka yang berjuang bermati-matian membantah Lynas. Atas apa jua alasan sekali pun, semua pihak terbabit digesa untuk undur diri daripada projek itu. Ini kerana mereka telah khianat kepada rakyat Kuantan. Tempoh sebulan diberikan oleh Blogger Cucumatkilau adalah relevan untuk kesemua mereka beri notis sebulan untuk letak jawatan atau tamatkan kontrak masing-masing. Jika semua ini tidak dilakukan maka kami khuatir sesuatu yang lebih menggemparkan akan terjadi. Mungkin nama-nama pemimpin dan individu berkenaan akan dibongkarkan oleh beliau selepas itu. Berjuang biarlah ikhlas dan jujur. Jangan lakukan sesuatu yang jelas sekali mengecewakan semua pihak. orang lain sibuk berkempen, berdemo dan berhadapan dengan berbagai tindakan gara-gara memprotes Lynas, mereka pula selesa "makan hasil" dari projek tersebut. Bukankah ini sesuatu yang tidak wajar berlaku. Justeru itu "undur segera" sebelum ada pihak yang mendedahkannya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang!].

MB Pahang Dijangka Melawat Tapak Kilang Proses Bijih Besi Phoenix Lake Di Sri Jaya Minggu Depan !

Posted: 16 Oct 2011 10:35 PM PDT

KUANTAN 17 Okt - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (foto) dijangka melawat tapak kilang pemprosesan bijih besi Phoenix Lake Sdn. Bhd., yang mengakibatkan banjir lumpur di kawasan terbabit minggu depan. Menurut beliau, kejadian yang berlaku di sekitar Srijaya, Maran baru-baru ini adalah takdir kerana pihak pengurusan syarikat terbabit sudah mengikuti spesifikasi yang ditetapkan. Beliau berkata, syarikat perlombongan tersebut sudah melaksanakan satu prosedur sempurna, namun, malangnya kejadian tanah runtuh berlaku di situ. "Saya sudah melihat laporan mengenai operasi perlombongan itu dan mengakui syarikat berkenaan menjalankan kaedah betul termasuk penggunaan kolam rawatan yang mengeluarkan air bersih," katanya kepada pemberita. Minggu lalu, Kumpulan ZCM memohon maaf kepada penduduk di sekitar Sri Jaya, Maran berikutan insiden banjir lumpur Ahad lalu yang berlaku disebabkan dinding salah sebuah kolam di tapak kilang pemprosesan bijih besi milik anak syarikatnya pecah. Presidennya, Datuk Seri Tan Hoe Beng berkata, pihaknya mengakui kejadian di kilang Phoenix Lake Sdn. Bhd. yang berkeluasan 68.26 hektar itu telah menjejaskan aktiviti penduduk dan pengguna jalan raya di sekitar kawasan perlombongan itu. Dalam pada itu, Adnan juga memuji tindakan syarikat terbabit memberi pampasan kepada penduduk terbabit yang terlibat dalam kejadian tersebut. Katanya, bagaimanapun syarikat tersebut perlu membuat kajian dan ujian bagi mengukuhkan kolam bagi pastikan kejadian seperti itu tidak berulang.

[Tindakan Menteri Besar Pahang ini adalah wajar bagi memastikan peristiwa yang sama tidak berulang lagi pada masa akan datang. Amat mengejutkan apabila sebuah kilang memproses bijih besi yang dikatakan telah mengikut segala peraturan dan syarat-syarat yang ditetapka tiba-tiba berlaku kejadian seperti itu. Mujurlah tidak ada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian tersebut. Jika tidak sudah pasti sesuatu yang lebih buruk akan dapat disaksikan. Kerakusan pihak berkenaan mengerjakan lombong-lombong terbabit juga perlu diberi perhatian. Memang awalnya mereka mengikut prosedur, tetapi bila tidak dipantau terkadang mereka akan membuat kerja tanpa berpandukan prosedur yang telah ditetapkan. Inilah yang terjadi dalam insiden banjir lumpur di Sri Jaya, Maran sebenarnya].

Najib Razak Kata 'Sejarah Membuktikan' BN Tidak Pernah Memanipulasi PRU Di Malaysia Dan Turut Dakwa Pembangkang Memutar Belit Isu Bersih 2.0

Posted: 16 Oct 2011 07:44 PM PDT

SEREMBAN, 17 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) berkata, sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memanipulasi pilihan raya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada parti itu. Katanya jika pilihan raya di Malaysia boleh dimanipulasikan dengan mudah, tidak mungkin BN akan menyerahkan Selangor kepada pembangkang dan Kelantan terus kekal di tangan PAS. "Walaupun kita tidak manipulasikan, dia tetap akan pusing. Jadi kalau kita tidak jawab dengan baik, orang akan fikir bahawa kita telah memanipulasikan pilihan raya dan gunakan instrumen negara seperti tentera," katanya semasa berucap di majlis penutup Konvensyen BN Negeri Sembilan di sini semalam. Tuduhan bahawa BN menggunakan instrumen negara dan memperalatkan pihak tentera juga adalah tidak benar, katanya. "Undi tentera pun kita tidak boleh jamin, ada undi tentera kita kalah, tentera itu bila kita lalu depan dia, dia tabik kita, tapi sampai pilihan raya kita kalah," katanya. "Bila tentera buang undi dia masuk dalam peti undi, akan ada wakil pembangkang menjadi pemerhatinya. Silap sikit dia akan protes, walaupun kita tidak manipulasi tapi dia pandai pusing," kata Najib. "Kewujudan pihak tentera dan kakitangan kerajaan masih belum lagi membolehkan wakil BN menang secara automatik, katanya. Apa yang berlaku ialah pembangkang tidak ada jawapan apabila kerajaan mengumumkan pelbagai dasar transformasi yang membolehkan BN mendapat kembali momentum politik, kata Najib.

Pembangkang Bijak Memutar Belitkan Isu Bersih

Pembangkang bagaimanapun masih bijak memutar belit lalu mengadakan Bersih 2.0 dan menyusun satu skrip yang panjang untuk membentuk serangan dari demontrasi, laman web sehinggalah ke tayangan video dalam YouTube. "Saya lihat mereka menggabungkan Bersih 1 dan 2 di dalam video YouTube untuk burukkan kerajaan dan rakyat akan fikir video itu betul. Saya lihat video itu seolah-olah mereka sudah pun membuat satu skrip yang tersusun," katanya. Lakonan mereka dibuat dengan baik dan boleh mempengaruhi rakyat yang tidak perasan perkara ini dan jika difikirkan, mana ada orang yang menerima rawatan di wad hospital akibat kecederaan yang teruk masih memakai baju kuning, katanya. Mungkin BN mahir dalam "peperangan dahulu" dan berjaya menang sebanyak 12 kali pilihan raya umum tetapi kali ini, "peperangan adalah dalam bentuk baru" dan BN tidak boleh lagi menggunakan senjata lama dalam peperangan yang moden. sumber

[Kenyataan yang dibuat oleh Najib ini seolah-olah cuba untuk memperbodohkan rakyat sebenarnya. Malah alasan BN lepaskan Selangor dan biarkan Kelantan terus diperintah oleh PAS sebagai bukti BN tidak manipulasi pilihanraya jelas sekali melambangkan betapa dangkalnya pemikiran Najib sekarang. Beliau sepatutnya tahu dan sedar bahawa Selangor bukan dilepaskan, tetapi rakyat mahukan perubahan dan menolak BN. Manakala di Kelantan rakyat mahu kepimpinan ulamak terus mentadbir negeri itu. Begitu juga di Kedah dan Pulau Pinang. Gara-gara tidak manipulasi PRU menyebabkan BN akhirnya gunakan taktik kotor untuk merampas semula Perak daripada Pakatan Rakyat dengan membelakangkan undang-undang dalam sebuah negara demokrasi. Negeri terbabit dimenangi oleh pembangkang bukan kerana BN tidak manipulasi pilihanraya, tetapi suara rakyat untuk buat perubahan itu lebih besar daripada penipuan yang BN lakukan. Misalnya, BN bawak masuk 100 orang pengundi hantu tetapi rakyat yang nak berubah ada 200 orang. Makanya, manipulasi itu gagal akhirnya. Jika BN tidak manipulasi PRU-12 lalu, maka sudah pasti kerajaan Malaysia sudah bertukar tangan. Gara-gara manipulasi itulah BN terus berkuasa tanpa ada sokongan majoriti rakyat].

Tiada ulasan: