RAKYAT MARHAEN |
- Menanti waris Omar Mokhtar di Libya
- Tun Fatimah : Rosmah dan Anugerah Selendang dari Mahaguru Silat......
- Ke mana selepas HIMPUN?
- Isu Raja: Siapa lebih berkaliber? Dr. M atau Prof Aziz?
- Even 21-year-old Anya is more responsible than Muhyiddin
- Muhyiddin, oh Muhyiddin
- Aziz Bari’s case: ‘Sir, You Pressed The Wrong Button.’
- Berita Minggu mohon maaf kepada Kalimullah
- Aziz Bari hantar notis pada Dr M, Utusan, Zul Nordin
- Nik Aziz: Rakyat pelik, siapa hina raja Melayu?
- SU Agung BN: Najib mahukan calon dan kerusi boleh menang.....ada 50 Parlimen dan 100 dun sehaja..!!!!
- Tidak perlu empangan baru
- Kerajaan BN roboh gerai Melayu di Johor.....
- Berjaya Barat dan Yahudi membunuh Gaddafi dan tawan Libya
- Saat Gaddafi DITEMBAK DIKEPALA
- Raja Melayu Hilang Kuasa Sebab Siapa?
- Sultan dan Raja tetap dihati orang Melayu
- Hilangnya idealisme universi-universiti Malaysia
- Kematian Muammar Gaddafi. Siapa mangsa seterusnya?
- Himpun dicemari risalah haram...."Siapa Bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?"
- Murtad kerana umat Islam tidak bersatu
- KELENTONG UTUSAN MELOYA
- Bersih teruskan momentum tuntutan, kempen di luar negara dipertingkat
- Video : Dr Abu Hassan - Siapa Petualang Siapa Pejuang
- Video : Prof Dr Aziz Bari - Sejarah Teori Malaysia Tak Di jajah
Menanti waris Omar Mokhtar di Libya Posted: 22 Oct 2011 09:26 PM PDT Apa iktibar dari semua ini? Rakyat yang tertekan tidak akan terus membiarkan diri mereka ditekan, satu dua atau tiga empat dekad, akhirnya dengan izin Allah pasti akan bangkit jua cepat atau lambat. Apa yang berlaku di Libya bukan sesuatu yang baru. Demikianlah di Negara-negara lain, Mesir dan sebelumnya Iran. Benarlah bahawa Allah yang member dan meminjamkan kuasa dan Dia jugalah menarik dan merampas kembali kuasa itu atas kehendak Nya. |
Tun Fatimah : Rosmah dan Anugerah Selendang dari Mahaguru Silat...... Posted: 22 Oct 2011 09:21 PM PDT Semalam aku tengok buletin utama. Motif nak tengok pasal ulasan himpun oleh tv3 tapi rupanya terlepas. Aku fikir takde tapi ada orang bagitau aku semalam ia ada tapi cuma dalam ulasan yang sangat ringkas dan pendek. Mungkin sebab HIMPUN gagal dengan sambutan yang sangat hambar kot. So tv3 takde mood nak cover isu tue lebih2. Dalam berita yang sama tv3 siarkan yang rosmah mansur mendapat penghargaan. Aku dengar tapi bukan depan tv. Aku dengar penuh khusyuk. Penghargaan apa plak kali neh mem dapat? Aku dok fikir melalut. Dari negara mana? Hari tue negara bangla umumkan apa tah tapi dinamakan sempena nama rosmah mansur. Kali neh adakah indonesia, nepal, myammar dan lain2 negara yang nak bagi anugerah special kat rosmah? Maklumlah misi merakyatkan warga asing di malaysia kan semakin rancak. So neh mungkin menguntungkan negara2 yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 22 Oct 2011 09:18 PM PDT Kira-kira 5,000 orang tampil menyertai Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah, bermula, berlangsung dan berakhir secara aman sebagaimana yang dijanjikan penganjurnya sebelum ini. Pengerusi HIMPUN Mohd Azmi Hamid tidak kecewa dengan kehadiran petang tadi, malah menganggap perhimpunan ini telah berjaya. "Kita tidak kisah angka yang sebenar, seandainya anda mahu mengira setiap orang, ia boleh menjadi satu angka yang kecil, tetapi semangat dan mesejnya adalah sama, sama ada sejuta yang datang, 100 ribu atau seribu orang," kata Azmi Hamid ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media selepas perhimpunan tersebut melabuh tirai pada kira-kira jam 6.20 petang. Read More / Baca Lagi >> |
Isu Raja: Siapa lebih berkaliber? Dr. M atau Prof Aziz? Posted: 22 Oct 2011 09:14 PM PDT Jangan sesekali mudah percaya UMNO bila mereka mula bercakap soal institusi Raja di Malaysia. Begitu juga, jangan kita terpedaya dengan Mahathir Mohamad bila dia membuka mulut tentang isu Raja. Mantan Perdana Menteri itu menempelak Prof Aziz Bari sebagai 'kurang ajar' atau kasar bila pensyarah undang-undang itu menyatakan buah fikirannya yang institusi Raja tidak boleh lari dari kritikan. Mahathir bercakap seolah-olah terlupa akan sejarah diri sendiri yang pernah mengherdik, menghina Institutsi Raja sewaktu memerintah. Keputusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung Aziz Bari kononnya sebagai tindakan wajar telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional mempunyai pandangan yang sangat rendah terhadap ahli akademik Malaysia. Mereka fikir ahli akedemik ialah golongan yang boleh mereka pergunakan untuk kepentingan dasar-dasar dan permainan politik mereka sahaja. Menurut BN dan UMNO, seseorang ahli akademik itu hanya pencari makan dan melakukan apa yang diperintahkan. BN dan UMNO tidak rasa bersalah bila memaksa pengurusan universiti mengikut telunjuk mereka. |
Even 21-year-old Anya is more responsible than Muhyiddin Posted: 22 Oct 2011 09:11 PM PDT I am astonished and appalled by the statement made on 22 October 2011 by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin that Penang Chief Minister Lim Guan Eng's denial of sexual harassment claims against his son is inadequate and that " mere denial is not enough". By making such an irresponsible comment, Muhyiddin is clearly suggesting and insinuating that there may be truth in the accusations against Lim Guan Eng's 16 year old schoolboy son. How can the DPM make such a remark when the school headmaster and the alleged victim herself have denied that such a thing happened? It was a deliberate and calculated attempt by the DPM to keep alive the slander against Guan Eng's son. |
Posted: 22 Oct 2011 09:10 PM PDT Gomen ManUnlike Dr Novandri Hasan or Khairy Jamaluddin or some junior Umno politician, Muhyiddin is the deputy president of Umno and DPM. I bring attention to this because of his comments vis-รก-vis the now discredited allegations that Lim Guan Eng's 16 year-old son molested a girl in his school. The principal denied the incident, saying the boy was not even in school at the time of the alleged incident and investigations showed that the girl shopped around by Umno bloggers was a foreigner. The girl has since said that she has not been in Malaysia for seven years. Read More / Baca Lagi >> |
Aziz Bari’s case: ‘Sir, You Pressed The Wrong Button.’ Posted: 22 Oct 2011 09:07 PM PDT Fuad Syazwan Ramli OCT 23 — The issue of the suspension of Prof Aziz Bari had brought UIA under the spotlight again. After the mysterious story behind the Ustaz Azhar Idrus's talk, now UIA's credibility is being scrutinized again. Read More / Baca Lagi >>Legally speaking, UIA may or may not be right. The suspension of Prof Aziz Bari is made according to the Staff Disciplinary Rules 2005 of the International Islamic University Malaysia (IIUM). Section 21 gives UIA the power to suspend its staff pending an inquiry. The section read: |
Berita Minggu mohon maaf kepada Kalimullah Posted: 22 Oct 2011 09:05 PM PDT Ahkbar berkaitan Umno, Berita Minggu hari ini membuat permohonan maaf kepada Pengerusi ECM Libra Financial Group Berhad, Datuk Seri Kalimullah Hassan. Permohonan maaf itu adalah berhubung penyiaran artikel pada 2 Oktober lalu mengenai dakwaan majlis makan malam individu-individu tertentu, termasuk Kalimullah (kiri) dan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan ahli politik Singapura. "Akhbar ini mengakui laporan berkenaan yang memetik Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Ruslan Kassim, adalah tidak berasas dan Berita Minggu sebagai media bertanggungjawab, sepatutnya melakukan usaha mengesahkan laporan itu sebelum menyiarkan artikel itu," petik akhbar itu. Read More / Baca Lagi >> |
Aziz Bari hantar notis pada Dr M, Utusan, Zul Nordin Posted: 22 Oct 2011 08:58 PM PDT Peguam yang mewakili profesor undang-undang dan pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari akan menghantar notis tuntutan kepada tiga entiti, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, minggu ini. Dua entiti lain itu adalah Utusan Malaysia dan ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin. Notis itu akan menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka. Read More / Baca Lagi >> |
Nik Aziz: Rakyat pelik, siapa hina raja Melayu? Posted: 22 Oct 2011 07:50 PM PDT Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat berkata rakyat menjadi pelik melihat tindakan sesetengah pihak menghina raja-raja Melayu dibiarkan tanpa sebarang tindakan, tetapi sebaliknya ahli akademik yang menyuarakan pandangan akademik mereka disekat. Read More / Baca Lagi >>"Dua hari lalu dia ada orang tulis dalam surat khabar, ada orang kata 'natang' kepada raja-raja Melayu tapi tak ada apa-apa tindakan pun. "Rakyat jadi pelik, apa dah jadi ni?" soal Nik Aziz yang dipetik Harakahdaily selepas merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 anjuran Lajnah ICT PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar Kuala Lumpur, semalam. Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, mengulas isu penggantungan tugas pensyarah undang-undang, Profesor Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). |
Posted: 22 Oct 2011 07:49 PM PDT KUALA LUMPUR, 23 Okt — Setiausaha Agung Umno berkata calon-calon yang akan diturunkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 "memang boleh menang dan memberi impak" dengan menekankan bahawa ketuanya Datuk Seri Najib Razak mahukan calon dan kerusi yang boleh menang. Read More / Baca Lagi >>Sehubungan itu kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar), BN sanggup meletakkan mereka yang sudah berusia jika pihak terbabit boleh membawa kemenangan. |
Posted: 22 Oct 2011 07:42 PM PDT Oleh WADIASSOFI JAAFAR JITRA – Empangan baru tidak perlu dibina di negeri ini kerana sudah mempunyai Empangan Muda, Empangan Pedu dan Empangan Ahning yang cukup untuk disalurkan ke kawasan pertanian. Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato' Ir. Amiruddin Hamzah berkata, Kerajaan Negeri mempunyai kawasan balak seluas 112,000 hektar yang merupakan kawasan tadahan air. Read More / Baca Lagi >> |
Kerajaan BN roboh gerai Melayu di Johor..... Posted: 22 Oct 2011 07:41 PM PDT "Banyak betul gerai peniaga Melayu diroboh sekarang ini. Di Johor pula tu. Gerai Melayu, bukannya gerai Pendatang Asing. Beginilah nasib Melayu ketika ini, di Malaysia, di Tanah Melayu di negeri Melayu yang paling kuat memperjuangkan hak orang Melayu. Sebelum ini peniaga Melayu di Negeri Sembilan juga mengalami nasib yang sama. Read More / Baca Lagi >> |
Berjaya Barat dan Yahudi membunuh Gaddafi dan tawan Libya Posted: 22 Oct 2011 07:33 PM PDT Oleh: mohdnoorawang "TANGGAL 21.10. 2011, lenyap satu negara Arab dan Islam dibumi Afrika LIBYA. Tentera NATO dengan kerjasama penduduk Libya yang menyokong demokrasi meyerang tentera gadafi sehinggga Gadafi dibunuh dengan kejam oleh rakyat Libya sendiri. Hampir 43 tahun Gadafi berkuasa di Libya, rakyat bangkit dengan kerjasama kaum Yahudi dan barat berperang dengan tentera Gadafi di bantu oleh pakatan tentera NATO dan Amerika. Hancur sebuah negara yanb berdaulat. Rakyat Libya yang berpaling tadah telah bantu dengan kelengkapan dan logistik yang canggih oleh pehak barat dan NATO. Read More / Baca Lagi >> |
Saat Gaddafi DITEMBAK DIKEPALA Posted: 22 Oct 2011 07:32 PM PDT Laporan tengah malam semalam memaklumkan bahawa Majlis Peralihan Negara akan menyerahkan mayat diktator ini kepada ahli-ahli keluarganya. Rakaman dramatik yang terbaru ini menjawab beberapa misteri bagaimana punca kematian Gaddafi ketika balunya memohon siasatan dijalankan untuk mengetahui bagaimana suaminya meninggal dunia. Imej-imej yang muncul ini menolak dakwaan kerajaan baru Libya kononnya bekas pemimpin itu telah dibunuh tembakan curi semasa di dalam perjalanan ke hospital. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa pelaksanaan hukuman bunuh yang penuh kegilaan ini semasa Gaddafi dikelilingi oleh pemberontak yang bersorak. Nafas terakhir: Sepucuk pistol dihalakan ke arah Gaddafi yang berlumuran darah ketika dia diletakkan di dalam ambulans. Tidak lama kemudia dia dilihat sudah mati dihadapan khalayak ramai. |
Raja Melayu Hilang Kuasa Sebab Siapa? Posted: 22 Oct 2011 07:28 PM PDT Oleh PAS Miri Siapa Sebenarnya Yang Menghina Raja-Raja Melayu? Raja berperlembagaan adalah sebuah kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara.[1]. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy. Read More / Baca Lagi >> |
Sultan dan Raja tetap dihati orang Melayu Posted: 22 Oct 2011 07:27 PM PDT Oleh: mohdnoorawang "Malaysia satu satunya negara dan negeri yang banyak raja dan sultan. Dalam ramai raja raja ada satu nama yang digelar Agong atau di angkat menjadi agong atau raja agong. Namun kehebatan dan kuasa imuniti raja dan agong disekat dan di batas kuasa dan kekuatan istana oleh pemimpin UMNO yang masyhur dalam meyekat kuasa raja dan agong, beliau ialah Tun Mahathir. Hancurlah istana dan raja dan kekuatan raja dan agong dirogol dan diperlekehkan oleh pemimpin UMNO/BN. Read More / Baca Lagi >> |
Hilangnya idealisme universi-universiti Malaysia Posted: 22 Oct 2011 07:23 PM PDT Oleh Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi Baru-baru ini saya terbaca tentang universiti awam kita yang gagal menduduki senarai 400 universiti terbaik dunia mengikut sistem penyenaraian Times Higher Education World University Rankings. Mengejutkan. Atau perlukah kita terkejut? Saya menulis rencana ini untuk menunjukkan bahawa institut pengajian tinggi awam (IPTA) Malaysia sudah hilang segala bentuk tanggungjawab dalam pembangunan bangsa (nation) dan hanya ghairah mengejar kedudukan ranking. Read More / Baca Lagi >> |
Kematian Muammar Gaddafi. Siapa mangsa seterusnya? Posted: 22 Oct 2011 07:14 PM PDT Markus Lim 23 OKT — Selama 42 tahun Libya diperintah oleh seorang pemimpin yang menggelarkan dirinya "Raja Segala Raja", Muammar Muhammad Abu Minyar al-Gaddafi atau ringkasnya Muammar Gaddafi. Selama lebih empat dekad lamanya, pelbagai dasar dan ideologi diterapkan dalam segala pelosok kehidupan penduduk Libya. Ke mana sahaja penduduk pergi, pengaruh, suara serta bayangan Gaddafi ada di mana-mana. Dari Bandar Tripoli ke Misrata, Benghazi hinggalah ke kampung kelahirannya di Sirte, gambar Muammar pemimpin Arab yang paling lama memerintah menghiasi lanskap bangunan. Read More / Baca Lagi >> |
Himpun dicemari risalah haram...."Siapa Bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?" Posted: 22 Oct 2011 07:08 PM PDT SHAH ALAM – Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam tadi dicemari dengan penyebaran risalah secara haram bertajuk 'Siapa Bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?' yang diedarkan ketika berlangsungnya perhimpunan. Risalah sepuluh halaman bercetak itu mendakwa, tiga individu bertindak sebagai dalang untuk memurtadkan umat Islam di Selangor melibatkan peneraju Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Perhimpunan tergendala sebentar dan pihak penganjur memberi amaran kepada pihak yang bertindak mengedar risalah itu berhenti daripada menimbulkan provokasi dan bagaimanapun pengedar risalah itu gagal ditahan. Read More / Baca Lagi >> |
Murtad kerana umat Islam tidak bersatu Posted: 22 Oct 2011 07:04 PM PDT Dr Ibrahim Abu Shah berkata disebabkan kelemahan itu umat Islam mudah diganggu dan diambil kesempatan oleh anasir luar. SHAH ALAM: Tokoh akademik Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah menyifatkan timbulnya isu murtad kerana kelemahan umat Islam sendiri yang tidak bersatu dan saling bermusuhan.Pengerusi Eksekutif Pertubuhan Melayu Kreatif Malaysia (Pemimpin) itu berkata, disebabkan kelemahan itu umat Islam mudah diganggu dan diambil kesempatan oleh anasir luar. Isu seperti gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), dan isu kelas tuisyen di Jalan Klang Lama bukan perkara kecil. "Kita berpecah. Kita bergaduh, tak sokong sesama sendiri walhal kita tahu tiada satu pun ayat al-Quran atau hadis yang membenarkan kita bermusuh dan bergaduh sesama sndiri," katanya dihadapan kira-kira 5,000 penyokong Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam di sini hari ini. |
Posted: 22 Oct 2011 07:02 PM PDT |
Bersih teruskan momentum tuntutan, kempen di luar negara dipertingkat Posted: 22 Oct 2011 06:59 PM PDT KUALA LUMPUR, 23 Okt — Bersih 2.0 menggerakkan perjuangan menuntut pembaharuan pilihan raya apabila pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan mengunjungi empat universiti pengajian undang-undang terkenal di Australia minggu depan bagi mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia bagi mengutarakan pelbagai isu berkaitan sistem pilihan raya negara ini. Read More / Baca Lagi >>The Malaysian Insider difahamkan beliau akan menyampaikan syarahan awam yang diaturkan oleh Asian Law Centre di Universiti Melbourne dan disusuli dengan kehadirannya di Universiti New South Wales dan Universiti Sydney (pada 31 Oktober) dan Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Australia di Canberra pada 1 November. Difahamkan majlis di keempat-empat universiti berkenaan akan membolehkan rakyat Malaysia di luar negara yang masih belum mendaftar sebagai pengundi berbuat demikian. |
Video : Dr Abu Hassan - Siapa Petualang Siapa Pejuang Posted: 22 Oct 2011 06:55 PM PDT |
Video : Prof Dr Aziz Bari - Sejarah Teori Malaysia Tak Di jajah Posted: 22 Oct 2011 06:54 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan