Isnin, 10 Oktober 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Isa didakwa tak layak ketuai koperasi Felda

Posted: 10 Oct 2011 09:05 PM PDT

Pelantikan Isa Samad baru-baru ini sebagai ketua Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) adalah tidak sah kerana beliau tidak layak untuk menjadi ahli dalam persatuan itu, kata setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution.
Read More / Baca Lagi >>

Lagi rakan dedah: Saiful gila kuasa, panas baran

Posted: 10 Oct 2011 09:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas watak sebenar Mohd Saiful Bukhari Azlan didedahkan oleh bekas rakan sekampusnya, Mohd Najwan Halimi ketika perbicaraan Fitnah II minggu lalu, beberapa lagi rakan pengadu itu mendedahkan sikap sebenar Saiful.
Keadilandaily menemubual bekas rakan sekampus Saiful dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten), namun mereka enggan identiti  didedahkan kerana bimbang ia membabitkan kes berprofil tinggi.
Menurut seorang rakan yang mengenalinya, Saiful merupakan seorang yang gila kuasa, sukakan publisiti dan bercita-cita besar dalam politik. Malah katanya, sepanjang beliau mengenali Saiful, pemuda itu juga memiliki sifat panas baran.
"Saiful ini seorang yang panas baran dan sejak universiti lagi dia memang orang yang bermatlamat (dalam politik)," ujarnya yang pernah tinggal berhampiran pangsapuri yang didiami Saiful.
Read More / Baca Lagi >>

Video fitnah terbaru: KEADILAN kecam politik jijik Umno

Posted: 10 Oct 2011 09:02 PM PDT

KUALA LUMPUR: KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya cubaan Umno meneruskan politik keji dan fitnah dengan mengeluarkan video rekaan terbaru membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tegas Naib Presidennya, N Surendran.
"Saya merujuk perbuatan keji terbaru mengaitkan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu video terbaru di sebuah hotel,"
"Perbuatan keji ini mendedahkan semua ciri konspirasi Umno-BN, penipuan dan pendekatan yang bersifat menghasut dalam politik negara," katanya dalam satu kenyataan media pagi ini.
"Meneruskan tradisi jijik ini, UMNO BN sekarang cuba untuk menyembunyikan salah urus ekonomi,
Read More / Baca Lagi >>

Video : BlackBerry users suffers blackout

Posted: 10 Oct 2011 08:55 PM PDT

Video : Abdul Khalid Terus Teraju Selangor Anwar

Posted: 10 Oct 2011 08:54 PM PDT

Video : Tawan Perak Peluang Pakatan Cerah

Posted: 10 Oct 2011 08:54 PM PDT

Video : Egypt's Military Vows to Get Tough After Clashes

Posted: 10 Oct 2011 08:53 PM PDT

Siapa Menteri Kewangan 1Malaysia?

Posted: 10 Oct 2011 08:52 PM PDT

SAPU SEMUA SELAGI TERDAYA..
BUKAN ANAK MUDA TIDAK TAHU..
BANYAK MENTERI MENTERI YG MAMPOS..
DALAM KEADAAN NGERI DAN HINA SERTA SADIS..
AKIBAT DARI ROMPAK WANG RAKYAT SELAMA INI..
SEBAGAI CONTOH KAUM BANGSAWAN UMNO APCO/BN
DAN GEROMBOLAN CUKONG CUKONGNYA..
MEROMPAK WANG RAKYAT SELAMA INI..
KAH KAH KAH
Read More / Baca Lagi >>

Bulan, bintang, cakerawala dari Najib

Posted: 10 Oct 2011 08:36 PM PDT

Jelas, inilah bajet kuasa rakyat apabila mula wujud perasaan takut parti peneraju kerajaan hari ini dari dikucilkan dari tampuk kuasa oleh rakyat dalam pilihan raya nanti.

Ada yang berpendapat, Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini adalah bajet pilihan raya yang bermotifkan untuk memancing undi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti.
Tidak kurang juga bagi penyokong Pakatan Rakyat (PR) pula menganggapnya sebagai bajet cedok kerana mencedok dari Bajet Bayangan PR yang dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelumnya.
Bagi pemimpin-pemimpin kerajaan pula, sudah semestinya dengan senang hati menamakan bajet ini sebagai bajet rakyat.
Tiada yang salahnya bagi mana-mana pihak yang beranggapan sedemikian apatah lagi memandangkan mereka mempunyai fakta tersendiri untuk mengaitkan bajet tersebut dengan apa yang mereka tafsirkan.
Read More / Baca Lagi >>

Dera : Lebih Syaitan Dari Syaitan.....

Posted: 10 Oct 2011 08:31 PM PDT



Saya petik:

MANGSA BAPA TIRI...polis mengangkat mayat mangsa  untuk dibedah siasat, semalam.
MANGSA BAPA TIRI...polis mengangkat mayat mangsa untuk dibedah siasat, semalam.
[HM] ALOR GAJAH: Keji dan tidak berperikemanusiaan! Itulah perkataan layak dihamburkan kepada seorang bapa tiri yang dipercayai mendera anak tirinya menggunakan besi panas dan seterika sepanjang 10 hari ibu kanak-kanak itu dirawat di hospital selepas melahirkan anak.
Read More / Baca Lagi >>

BERSIH 2.0: Suhakam mulakan inkuiri awam

Posted: 10 Oct 2011 08:25 PM PDT

NONEInkuiri awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan tindakan kekerasan yang digunakan oleh polis ketika perhimpunan BERSIH  2.0, bermula hari ini dengan seorang saksi mendakwa beliau terlihat seorang wanita ditolak secara kasar sehingga tersungkur di jalan.

Kenneth Steven Chan Wen Chin memberitahu siasatan bahawa beliau menaiki LRT dari stesen Kelana Jaya untuk ke stesen Dang Wangi pada kira-kira jam 3 petang 9 Julai lalu.
Read More / Baca Lagi >>

DHPP Antara Nadi Parti Islam - Subra

Posted: 10 Oct 2011 08:24 PM PDT

Oleh : MTDPASBenut 
BENUT - Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) merupakan nadi kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) meskipun ramai yang tahu bahawa keanggotaan Dewan itu terdiri daripada orang bukan Islam.

Ketua Penerangan DHPP Johor, M. Subramaniam berkata PAS mengambil pendirian untuk menjadikan Islam sebagai penyelesai segala masalah menyebabkan ramai dikalangan orang bukan Islam melihat Parti Islam itu berupaya memerintah.

Read More / Baca Lagi >>

Kaherah kecoh, Kementerian Luar pantau warga Malaysia

Posted: 10 Oct 2011 08:22 PM PDT


kaherah kecohKAHERAH – Bumi Mesir kembali bergolak sejak Ahad lalu yang menyaksikan pertempuran antara puak Kristian dengan tentera Mesir. Kekecohan terbaru itu meletus selepas berlaku protes di ibu kota negara tersebut terhadap serangan ke atas sebuah gereja di wilayah Aswan minggu lepas.
Sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 200 orang lagi cedera sejak insiden itu tercetus.

Sementara itu, rakyat Malaysia yang tinggal di Kaherah dinasihatkan supaya mematuhi perintah berkurung dan sekatan-sekatan lain yang dikenakan pihak berkuasa.
Read More / Baca Lagi >>

Sex & The City

Posted: 10 Oct 2011 08:06 PM PDT

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
SENGAJA saya menggunakan tajuk ini walaupun apa yang hendak saya sampaikan dalam tulisan ini tidak semestinya ada kena-mengena dengan siri popular TV-semhttp://surfgossip.com/wp-content/uploads/2011/08/sex-n-city-footer.jpgbilan puluh empat episod, diadaptasi daripada novel karya Candence Bushnell dan disenaraikan oleh majalah Time pada 2007 sebagai antara 100 rancangan TV terbaik sepanjang masa.


Read More / Baca Lagi >>

Saling percaya kunci ikatan persahabatan

Posted: 10 Oct 2011 08:05 PM PDT

Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
 
DALAM Surah An-Nur ayat 61 menjelaskan; bahawa tidak ditegah memasuki rumah danhttp://yolokow.com/wp-content/uploads/2011/08/tuan-guru-nik-abdul-aziz.jpg makan, terhadap begitu banyak rumah golongan tersenarai yang dijelaskan oleh Allah SWT. Termasuk golongan 'shodiq' yang bererti kawan rapat, yang saling mempercayai dan membenarkan antara satu sama lain.
Termasuk pihak yang diharuskan memasuki rumahnya, mereka saling tidak meragui apa jua yang diperkatakan oleh kedua pihak di kalangannya.

Read More / Baca Lagi >>

Gelabah tolak hudud

Posted: 10 Oct 2011 08:04 PM PDT

Oleh Tarmizi Md Jam
Banyak orang takut Negara Islam. Sama ada ia ditakut-takutkan atau memang betul betul takut. Seperti mereka takutkan hudud, beghttp://www.ataphijau.com/wp-content/uploads/2009/03/allah3.jpgitu jugalah mereka takut mendengar Negara Islam.PEMIMPIN Umno semacam gembira dengan ledakan isu hudud ini. Tak ramai generasi kini yang tahu apakah sikap Umno terhadap undang-undang Allah itu. Mereka juga tak pernah membaca komen-komen sinis pemimpin atasan Umno terhadap hudud.

Read More / Baca Lagi >>

Pemikiran manusia sentiasa dibelenggu kegagalan

Posted: 10 Oct 2011 08:03 PM PDT

APA sahaja manhaj yang diimport daripada luar kepompong Islam seperti Marxishttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjlIFWoALbKnna3A3hZF__kOXXPGWS49PwquToNRiW5yIHfVRQWutZxyFeKZcAax6iKMSgjDhxAo-zD7S4aYdbS4koVBv5YBT2OnaEyzlLeKWTUABNtF9pOAfopObaS-egzONyYNSerrg/s320/capture37.jpgme, Zionisme, Sekularisme, Nasionalisme dan apa sahaja nama akan mendapati bentuk dirinya itu gagal, jika dibandingkan dengan u ***** pemikiran Islam.
Kesemua isme berkaitan telah menemui jalan buntu, kemajuan yang dicapai oleh orang Islam penuh dengan faktor keyakinan dan kepercayaan jitu kepada Pencipta.

Ia juga mampu untuk menundukkan sistem-sistem Barat berkenaan kepada keunggulan sistem Islam yang lebih komprehensif dan universal, sedangkan undang-undang manusia hanya cenderung dan memperkukuhkan ideologi yang selari dengan nadanya.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu sokong Mahathir

Posted: 10 Oct 2011 08:03 PM PDT

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Peluang menang BN tipis jika PRU13 diadakan sekarang
Pandangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jika Pilihan Raya Umum ke-13 dhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPj3NXaJFq2SiRiIl3unpMGwZcUQK3D16jsIgzgqvE7ZlcvSVONx_WbunwyUFoH38wHqez5JZao9yk_DDS8yTNxhCQZk8nTHNjHSLFSDfUwuPsqAtxwxF1fGPx0Zc0ZscPdXI__-TFePQM/s320/Mohd+Sabu+350.jpgiadakan dalam masa terdekat akan menyebabkan peluang Umno-BN untuk menang sangat tipis, adalah benar kerana BN kini menghadapi masalah dalaman yang cukup meruncing.
Demikian kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu  ketika ditemui di Shah Alam Convensyen Centre (SACC) pada 4 Oktober lalu dalam satu wawancara eksklusif bersama beliau.

Semasa berucap di hadapan hampir 2,000 pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dari seluruh Kedah, 2 Oktober lalu, Dr Mahathir berkata, jika diadakan PRU13 waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar.
Read More / Baca Lagi >>

Belanjawan BN tiada idea baru

Posted: 10 Oct 2011 08:01 PM PDT

Oleh M SHAFRI SHAMSUDIN dan INTAN ABDULLAH
SEBENARNYA "mudah" bagi Pakatan Rakyat untuk mencari wang bagi membayar pelbagai bonhttp://media1.malaysiakini.com/141/1e076343d18aecd3d56ea1b21ad22219.gifus yang dijanjikan dalam Bajet Kesejahteraan Untuk Semua kerana belanjawan Pakatan jauh lebih kecil daripada bajet kerajaan BN bagi tahun 2011 iaitu sebanyak RM227 bilion.
Demikian ditegaskan Rafizi Ramli, salah seorang jawatankuasa yang bertanggungjawab merangka belanjawan bayangan Pakatan Rakyat yang dibentangkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, 4 Oktober lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2012: Keluhan pekerja swasta

Posted: 10 Oct 2011 07:59 PM PDT

Saya seorang pekerja di sebuah syarikat swasta dan saya juga membayar cukai pendapatan negara ingin berkongsi pendapat tentang apa yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri yang kita sayangi. Tidak dinafikan begitu banyak bantuan dan pemberian bantuan dalam bentuk wang tunai diberikan kepada penduduk Malaysia. Ini tidak mungkin berlaku di mana-mana negara didunia dimana semua golongan diberi bantuan dalam bentuk wang tunai.
Namun adakah kita sedar bahawa pemberian sebegini akan memberi impak jangka pendek dan panjang terhadap pandangan rakyat terhadap kepimpinan negara. Jelas juga banyak bantuan-bantuan ini diberi kepada penjawat kerajaan dan pesara. Bagi kami pekerja-pekerja swasta ini adalah salah satu bentuk pulangan kembali kepada pejawat-penjawat kerajaan atas usaha mereka dalam menjalankan dan meneruskan visi dan perancangan kerajaan. Tetapi dengan pemberian wang secara langsung dalam bentuk bonus, bantuan mampu memberi impak atau rangsangan bagi menaikkan mutu perkhimatan awam.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa Dalang : Peninju Israel beraksi di Malaysia?

Posted: 10 Oct 2011 07:57 PM PDT

Hubungan Malaysia-Israel merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mengadakan hubungan dengan Israel.Dan Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara terbabit.Biarpun secara rasminya Malaysia tidak pernah mengiktiraf kewujudan Negara Yahudi itu namum beberapa pemimpin Negara dan pemimpin UMNO sendiri mengenepikan sensitivity umat Islam di Malaysia.
Berikut adalah beberapa insiden lawatan warganegara Malaysia ke Israel dan kemasukkan warga Israel ke Malaysia yang dipetik dari Wikipedia :
Read More / Baca Lagi >>

PAS: BN tak perlu naik elaun, beri MP dana tak kira parti

Posted: 10 Oct 2011 07:51 PM PDT


KUALA LUMPUR, 11 Okt — Kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) perlu memastikan kesemua ahli Parlimen tidak kira parti menerima peruntukan bagi kawasan masing-masing dengan adil, bukannya menaikkan elaun wakil rakyat sebagaimana diumumkan Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Penerangan PAS.
"Apa yang perlu difokuskan sekarang bukannya menaikkan elaun ahli-ahli Parlimen, tetapi cara untuk menyalurkan semua peruntukan ahli-ahli Parlimen kepada rakyat tanpa mengira parti politik yang mereka wakili secara adil," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Video-FORUM FESKUM -11. Penutup Oleh Moderator

Posted: 10 Oct 2011 07:48 PM PDT

Video-FORUM FESKUM - 10. Penutup Oleh Dr Zaharuddin

Posted: 10 Oct 2011 07:48 PM PDT

Video-FORUM FESKUM - 9. Jawapan Prof Madya Dr Abu Hassan

Posted: 10 Oct 2011 07:47 PM PDT

Tiada ulasan: