Isnin, 10 Oktober 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Prologue : Proses-Proses Untuk Menjadi Bapa

Posted: 10 Oct 2011 06:27 PM PDT

Dalam tahun 1999,aku ingat lagi satu malam tu tengah hisap rokok dengan housemate aku depan pintu apartment yang kitorang duduk. Member aku ni mak bapak dia baru datang jenguk dia macam mana sebab time tu kitorang baru lepas SPM jadi mungkin mak bapak dia nak tengok anak kesayangan dia apa cerita.

Mak bapak dia bawak makanan jadi aku pun join sekali makan dengan seorang student Cina ni tapi sebab mamat Cina ni merokok, dia tak join la kitorang hisap rokok kat luar.Sambil sedap hisap rokok, member aku pun bukak la cerita," Tadi aku gaduh dengan bapak aku. Memang aku rasa nak terajang aje dia tadi.."

Tersedak aku sekejap.Aku tanya la apsal. Dia pun cerita la pasal perihal sejarah dia dengan bapak dia yang tak ngam dari dulu sampai sekarang. Pernah bertumbuk, pernah lawan terajang.

Aku baru lepas SPM jadi selama ni masalah member2 yang aku selalu dengar hanyalah masalah "sekolah kita lelaki semua,aku rasa aku ada tendency untuk jadi gay" atau masalah "makanan kat dewan makan macam palat."

Aku tak pernah dengar masalah serumit tu diceritakan dekat aku. Aku cuba ingat balik pernah ke tak aku bergaduh dengan bapak aku sepanjang 13 tahun aku sempat dengan dia. Ada sekali. Waktu tu aku darjah 4. Bapak aku nak hempuk Micro Genius (game konsol dulu2) sebab aku kuat sangat main game. Aku tengah marah ni..aku boleh pulak tersalah sebut ayat membuatkan bapak aku gelak. Tu aje la sekali yang aku ingat.

Jadi,aku tak tau dan takkan tau macam mana relationship seorang anak lelaki dengan bapak apabila anak tu dah besar dan boleh berfikir sendiri. Satu-satunya benda yang aku boleh cakap kat dia "bapak kau ada lagi...sementara dia ada,tak baik kau gaduh-gaduh. Nanti bila dia dah tak ada, banyak benda lain yang kau nak buat dengan dia sebenarnya..tapi kau tak sempat sebab kau dengan dia bergaduh memanjang.."

Aku tengok member aku tu diam aje. Tak suka kot aku cakap camtu. Tiap2 orang yang mintak nasihat orang lain..benda yang paling dia nak dengar adalah nasihat yang nak membuatkan dia rasa dia betul. Ego booster.

Aku selalu teringat perbualan aku dengan dia malam tu,tak tau la apsal sebab dia bukanlah karakter yang significant dalam hidup aku sangat..lepas duduk satu sem, dia pindah masuk apartment lain, member satu fakulti aku join masuk apartment aku.Tapi apa yang aku borakkan dengan dia malam tu aku still ingat.

Mungkin aku seseorang yang dah tak ada bapak, orang yang aku paling nak adalah seorang bapak.

Dan tiap2 kali aku tengok anak aku, aku selalu terfikir, "Nanti kau lawan aku ke? Nanti kau macam mana bila besar nanti? Macam mana aku nak respon kalau kau tipu aku satu hari nanti? Macam mana aku nak tolak permintaan kau kalau satu masa nanti kau satu hari nanti mintak benda mengarut kalau kau nak join rancangan Idola Kecil?"

Kau tak boleh kata hidup kau dah lengkap selagi kau tak ada orang yang 100% hidup dia bergantung dengan kau.

Zaman sekarang ni, ramai orang yang tangguh nak jadi bapa bila dah kawin. Masalahnya, ramai pulak yang nak "buat proses menjadi bapa" sebelum kahwin. Dah terbalik.Tiap2 kali anak aku pegang jari aku,aku akan terfikir "berapa lama aku dapat tengok kau membesar? Berapa jauh aku dapat tengok kau? Sempat ke aku tengok kau kahwin? "

Dan dari situ aku nak pesan kepada semua lelaki yang tak kahwin lagi sebagai seorang lelaki yang dah kahwin...kahwin cepat-cepat. Sebab walaupun ajal maut kat tangan Tuhan tapi lagi cepat kau kahwin, Insya Allah lagi cepat kau dapat anak. Tempoh anak kau dapat hidup dengan kau Insya Allah lagi panjang. Kalau kau pusing-pusing tengok sekeliling...majoriti mesti atuk mesti meninggal dulu sebelum nenek. Aku ada 2 orang atuk...sorang aje atuk aku dapat tengok aku,itupun 3 bulan aje sebelum dia meninggal.

Dan kepada yang dah kahwin, jangan terhasut dengan pegangan "I'm not ready sebab financially kami belum kukuh" Anak itu rezeki. Anak itu adalah satu bentuk financial gains. Melewatkan kedatangan anak dalam keluarga sebenarnya hanya memendekkan masa kau spend dengan anak kau nanti. Kewangan takkan kukuh sampai bila-bila sebab nafsu kau takkan cukup.

Mesej aku untuk hari ini..kepada yang dah kahwin dan tak ready lagi menjadi seorang bapa...balik rumah, baringkan isteri dan berdayunglah tanpa protection. Kau kumpullah duit berjuta-juta pun... kau takkan segembira dapat peluk anak kau setiap hari.

Mulakan hari ini.
Go have sex with your wife...a lot.

Tiada ulasan: