Sabtu, 1 Oktober 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Jet tempur Eurofighter: Zahid kehabisan duit menyelenggara Scorpene

Posted: 01 Oct 2011 09:17 PM PDT

Jet tempur Eurofighter: Zahid kehabisan duit menyelenggara ScorpeneRancangan pembelian jet tempur Eurofighters bagi menggantikan 10 MIG-29 buatan Rusia telah dibekukan sementara ini, menurut Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi. Beliau dipetik menyatakan kerajaan kekurangan dana dan memerlukan dana ini untuk projek-projek lain di bawah Rancangan Malaysia ke-10, antara sebab Kementerian Pertahanan itu mengubah rancangan pembelian itu.
Namun para aktivis yang memantau pembelian senjata berat itu, langkah ini langsung tidak mengejutkan. Mereka telah lama mempersoalkan Kementerian Pertahanan dengan dasar pembelian itu lebih daripada keperluan meningkatkan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan sosial yang masih tidak membaik.
Read More / Baca Lagi >>

Ratusan bilion di ‘sita’ dari Petronas: Kenapa Najib membisu?

Posted: 01 Oct 2011 09:16 PM PDT

Ratusan bilion di 'sita' dari Petronas: Kenapa Najib membisu?Petronas merupakan salah satu firma korporat yang sentiasa mengaut keuntungan setiap dua tahun. Ia mempunyai monopoli besar dalam aktiviti carigali minyak di Malaysia dan mungkin wajar dikatakan yang Malaysia banyak berbudi kepada Petronas sejak penubuhannya melalui Akta Pembangunan Petroleum 1974.
Namun, ia juga sebuah firma yang diselubungi misteri. Ia 100% milik negara dan belum ada ura-ura ianya akan diswastakan. Justeru itu, keuntungan syarikat adalah milik negara iaitu Malaysia. Namun adakah ini yang sebenarnya berlaku?
"Sejak 1974 hingga 2010, Petronas merekodkan keuntungan berjumlah RM700 billion. Nah, sekarang ini yang lucunya. Selama 36 tahun ini, keuntungan yang dicatatkan sangat kecil jika anda bandingkan pendedahan Wikileaks yang menyatakan Petronas menduduki tangga ke-13 di dunia dalam mengaut keuntungan. Bagaimana ini boleh terjadi adalah satu keanehan kalau tidak kerana rasuah yang berleluasa," ujar Timbalan Presiden PKR, Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.
Read More / Baca Lagi >>

Surat untuk Umno Selangor......

Posted: 01 Oct 2011 09:08 PM PDT

Dari : Blur
 
Apabila kita membaca mesej-mesej di twitter Datuk Seri Noh Omar, kita akan terus tersenyum dan menggeleng kepala. Baru-baru ini, seorang yang bernama Adi Marwan telah bertanya Noh Omar mengapakah permohonannya untuk pinjaman TEKUN tiada mendapat apa-apa jawapan dari pihak terlibat.

Mula-mula sekali Noh Omar bertanya kepada Adi Marwan siapakah Ketua Cawangan/Bahagian Umno kawasan Adi dan seterusnya beliau bertanya sama ada Adi ada mendapatkan sokongan mereka ini semasa membuat permohonan untuk pinjaman TEKUN.
Read More / Baca Lagi >>

Mata dunia sudah terbuka...

Posted: 01 Oct 2011 09:02 PM PDT

Norhapishah Brahan
Kebangkitan masyarakat yang ingin menumbangkan kebatilan semakin membara terutama di tanah Arab, Syria, Libya, Tunisia dan Mesir serta London yang merupakan bukan negara Islam. Kebenaran akan tiba juga akhirnya dan kezaliman dan kebatilan akan runtuhnya akhirnya.
Apa yang berlaku di Libya detik ini sungguh membuktikan bahawa kuasa rakyat boleh menumbangkan rejim yang sudah lama bertapak dengan kekuatan dan semangat yang ada pada mereka.
Kerinduan untuk menikmati keadilan membuatkan mereka bertekad setelah lama tertindas dalam sistem pemerintahan yang lama. Negara yang kaya seperti di Libya, tetapi rakyat menderita miskin walaupun penduduknya tidak terlalu ramai hanya 6 juta sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa tokoh pejuang kemerdekaan tulen?

Posted: 01 Oct 2011 08:59 PM PDT

Nik Abdul Aziz Nik Hassan
Sudah tentu tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan ialah mereka yang berjuang ke arah membebaskan bangsa dan negara daripada dijajah oleh kuasa penjajah, dan nilai-nilai negatif yang terdapat dalam masyarakat negara itu yang mencengkam, mengongkong dan membelenggu minda masyarakat tadi.
Selalunya kuasa penjajah dan nilai-nilai negatif itu akan menjajah masyarakat dan negara secara fizikal, mental, spiritual dan moral dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Oleh yang demikian, apabila dikatakan kuasa penjajah, ia bukan sahaja merujuk kepada kuasa penjajah secara fizikal seperti kuasa-kuasa kolonial Barat iaitu Portugis, Belanda, Inggeris dan kuasa kolonial Timur iaitu Jepun.
Read More / Baca Lagi >>

Tee Keat: MCA bukan saja tak relevan, tapi dibayangi sindrom naïf

Posted: 01 Oct 2011 08:50 PM PDT


KUALA LUMPUR, 2 Okt — Ketika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyampaikan ucapan pada perhimpunan agung ke-58 parti itu pagi ini, bekas penyandang jawatan tersebut meneruskan serangan dengan menegaskan, ia bukan sahaja tidak relevan, malah berada dalam sindrom penafian.
Datuk Seri Ong Tee Keat (gambar) berkata Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong semalam menafikan dakwaan bahawa parti itu tidak relevan lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Khalifah Ganti Superman – Muhammad Ali Hashim

Posted: 01 Oct 2011 08:48 PM PDT

Di atas adalah judul buku mutakhir yang dihasilkan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang diterbitkan pada tahun ini (2011) oleh Utusan Publications & Distributers Sdn. bhd.
Tan Sri Muhammad Ali Hashim ialah seorang tokoh terkenal di dalam bidang koporat. Beliau pernah menjadi Presiden/CEO bagi Johor Corporation (1982-2010) dan Presiden Pihak Berkuasa Tempatan, Pasir Gudang (1982-2008). Beliau memimpin kedua-dua bidang korporat. Antara pendekatan dan inovasi beliau ialah menerapkan nilai dan budaya Islam dalam bidang korporat, membina saf keusahawanan berjaya sehingga ke taraf antarabangsa. Antara cetusan ideanya ialah Konsep Jihad Bisnes, Waqaf Korporat dan Keusahawan Islam. Meneruskan kecemerlangannya, kini beliau menjadi Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

WANITA GHAIRAH MENGIKUT TREND,.. LUPA HUKUM ALLAH

Posted: 01 Oct 2011 08:37 PM PDT

Pemuda Kedah siap sedia hadapi PRU-13

Posted: 01 Oct 2011 08:34 PM PDT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Dalam rangka merealisasikan pemuda sebagai elemen penggerak terpenting menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah mengadakan Kembara Mahabbah ke seluruh parlimen negeri ini pada 23 dan 24 September lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Helmi Abd Wahab, kembara itu merupakan semakan terakhir tahap kesiapsiagaan Dewan Pemuda PAS Kawasan sebagai jentera pilihan raya di parlimen masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

'Undilah' was frozen because Umno is paranoid

Posted: 01 Oct 2011 08:31 PM PDT

'Undilah' was frozen because Umno is paranoid'Undilah' or Vote-lah is a video clip aimed at encouraging Malaysians to do just that -  vote. It should be lauded as a brave and bold initiative but very strangely, Prime Minister Najib Razak feels there are sinister undertones that can upset the chances of his Umno-BN coalition at the 13th general eletiction, widely expected to be held in November.
There are 14 million eligible voters in Malaysia, 10 million are registered voters yet only 7 million cast their votes in 2008. Should not the government do more to assist the 4 million unregistered voters to register. And more should also be done to encourage the 3 million who had chosen not to vote.
But since the days of the July 9 Bersih rally for free and fair elections, UMNO and BN seem to have little confidence that middle Malaysia would vote for them. Indeed, the latest spate of new voter registrations show that almost all would vote against UMNO and BN.
Read More / Baca Lagi >>

Umno's use of Guan Eng to defend Johor raises questions about the crime rate

Posted: 01 Oct 2011 08:28 PM PDT

Umno's use of Guan Eng to defend Johor raises questions about the crime rate The ferocity and fervour with which UMNO parliamentarians came out to chastise DAP secretary-general Lim Guan Eng over his alleged remarks concerning Johor's safety is similar to those shown to PAS deputy president Mat Sabu over his comments concerning Bukit Kepong.
There are no real facts to justify the attacks made via the main-stream media nor through the government-controlled newspapers. What was most likely a verbal statement by an opposition leader has now been spun to mean other things aside from what it really was.
Even so, it has cast the spotlight on what is really the current state of crime rate in Malaysia, not just Johor. How true are the government's gushings that things are under control and the rate is on a decided downtrend?
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca hysteria...tahyul dan hantu BN paling bahaya..!!!

Posted: 01 Oct 2011 08:23 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.
Beliau berkata lambakan cerita hantu yang berasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.
"Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali.
Read More / Baca Lagi >>

Zaid: KITA sedia kerjasama, tapi tak akan sertai BN

Posted: 01 Oct 2011 08:20 PM PDT

NONEParti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) boleh bekerjasama dengan BN dalam hal tertentu, tetapi tidak akan menyertai parti tersebut.

Presidennya Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata KITA boleh bekerjasama dengan sebarang parti, asalkan untuk rakyat.

"Walaupun KITA tidak pernah ditawarkan menyertai BN tetapi yang penting kita boleh bekerjasama dengan BN atau mana-mana parti lain untuk rakyat kecuali pada pilihan raya dan perkara yang menyentuh dasar.
Read More / Baca Lagi >>

Wacana ‘Sejarah Yang Dihitamkan’ di KUIZM malam ini

Posted: 01 Oct 2011 08:19 PM PDT


KUALA LUMPUR, 2 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) akan mengadakan program pencerahan minda anak muda dalam Wacana Ilmiah Rakyat yang bertajuk Merdeka, Sejarah Yang Dihitamkan.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Antara iman dan paradoks politik kata UTUSAN laa....

Posted: 01 Oct 2011 06:09 PM PDT

Mingguan Malaysia

2 OKT — Sekali lagi isu hukum hudud bergema. Digemakan oleh ahli-ahli politik dan ketika Pilihan Raya Umum ke-13 diramalkan semakin hampir. Bergema semula apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghidupkan kembali cerita lama untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Read More / Baca Lagi >>

Hukum hudud dan rasionalnya

Posted: 01 Oct 2011 06:04 PM PDT

Salam alaik! Seketika tadi sewaktu masih berada dalam kelas pengajian Critical Thinking bersama Madam Adibah, kami telah membangkitkan isu hukum hudud dan pelaksanaannya di Malaysia. Pensyarah aku itu telah mengaitkan kenapa Malaysia sendiri tidak mengaplikasikan hukum ini ke dalam undang-undang, sedangkan negara kita diiktiraf sebagai negara Islam? Suatu perkara yang aneh bukan?

Read More / Baca Lagi >>

Hudud 'tidak berperlembagaan' tidak tepat

Posted: 01 Oct 2011 06:00 PM PDT

Berkenaan dengan cadangan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu, Lim Chee Wee, Presiden Majlis Peguam Malaysia dan badan itu telah mengeluarkan beberapa hujah bahawa inisiatif itu adalah "tidak berperlembagaan".  Secara umumnya terdapat tiga isu perundangan yang beliau bangkitkan bagi melandaskan pandangan beliau. Hujahan-hujahan beliau dan badan itu yang dipetik oleh Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/177325) adalah seperti berikut:
Pertama, berbanding negeri, undang-undang jenayah adalah dibawah bidangkuasa persekutuan, untuk itu hukum hudud tidak boleh boleh dilaksanakan oleh negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Libya endgame carries new risks for Nato

Posted: 01 Oct 2011 05:51 PM PDT

If Nato quietly stepped aside but fighting restarted, that would diminish Europe's standing in Libya.
ANALYSIS
BRUSSELS: Nato commanders face a tough balancing act during the bloody battle for Muammar Gaddafi's last strongholds, Sirte and Bani Walid.
Nato allies would like to let the National Transitional Council (NTC) claim victory in these battles and war for itself.
That would enhance the council's legitimacy as the new ruler of Libya after Gaddafi's four decades in power, and bolster the chances of a stable democracy taking root in the country.
Read More / Baca Lagi >>

Video : DAP jadi Boneka PAS..Dulu PAS Boneka DAP....TV 3/4

Posted: 01 Oct 2011 05:48 PM PDT

Guan Eng: DAP ditubuh untuk bela Perlembagaan, bukan lawan raja

Posted: 01 Oct 2011 05:42 PM PDT

KEPALA BATAS, 2 Okt — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan parti itu ditubuhkan untuk membela dan menjaga prinsip Perlembagaan Persekutuan bukannya untuk menentang Raja-raja Melayu sebagaimana didakwa musuh politik beliau.
Lim (gambar), yang dikecam sejak minggu lalu kerana didakwa memburukkan Johor berhubung kadar jenayah di negeri itu berkata, beliau tidak pernah menyentuh apa-apa tentang Johor atau mengenai kadar jenayah negeri itu sepertimana yang didakwa media pro-BN.
"Tentang isu di Johor, kalau tak sebut tak sedap. Saya dituduh mensabotaj Johor semasa ditemu ramah oleh stesen radio Australia, apabila keluar kenyataan itu saya terkejut sama ada saya ada sebut tentang Johor atau tidak dalam temu ramah itu.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Pakatan umum Bajet 2012 esok

Posted: 01 Oct 2011 05:31 PM PDT


KEPALA BATAS, 2 Okt — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan membentangkan Bajet 2012 perikatan itu esok - lima hari sebelum Putrajaya mengumumkan belanjawan tahunannya.
Ia merupakan bajet alternatif perikatan tersebut sebelum Bajet 2012 diumumkan oleh kerajaan pusat di Parlimen. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 Jumaat ini.
Ketua Pembangkang berkata melalui pendekatan itu rakyat boleh menilai perbezaan ekonomi antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).
Read More / Baca Lagi >>

PRU ke-13 boleh dijadikan sempadan

Posted: 01 Oct 2011 05:14 PM PDT

Kadang-kadang amat sukar untuk menentukan dikalangan Pakatan Rakyat parti manakah yang lebih diterima oleh pengundi-pengundi untuk mewakili mereka didalam Pilihanraya Umum.

PAS berbicara seolah-olahnya bahawa parti itu layak mewakili majoriti daripada kawasan-kawasan itu kerana mereka telah berpuluh-puluh kali meletakkan calon didalam kawasan-kawasan berkenaan. PAS yang merupakan parti yang tertua didalam Pakatan Rakyat mempunyai kelebihan jika berbanding dengan PKR kerana keahliannya lebih ramai, dan cawangan-cawanganya lebih banyak dan jentera-jenteranya lebih tersusun.
Read More / Baca Lagi >>

Bila rogol dikatakan halal...!!

Posted: 01 Oct 2011 04:54 PM PDT

Protes di Jakarta"SEKUMPULAN WANITA BERSKIRT MINI BERHIMPUN DI JAKARTA",
"
PAKAI SKIRT BANTAH GABENOR"
Bila baca tajuk berita sedemikian, imej apa yang terus terbayang di fikiran pembaca? Mungkinkah: "Whoo, perempuan seksi!" Atau: "Teruk betul wanita yang berdemo itu kerana pakai mini skirt." Mungkin: "Inilah bila wanita kebaratan sangat…!"
Tetapi, berapa ramai agaknya yang merasa mahu tahu isu apakah yang membuatkan wanita-wanita itu berdemonstrasi?
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan DSAI Membidas Pembantaian Orang Utan di Kalimantan

Posted: 01 Oct 2011 04:51 PM PDT

Adalah difahamkan keberadaan orang utan di Kalimantan Timur diancam perusahaan kelapa sawit. Menurut beberapa sumber antaranya dari organisasi seumpama Balai Konservasi Sumber Daya Alam dan Centre for Orang Utan Protection, puluhan bukti orang utan ditemui mati sekitar kawasan yang diusahakan PT Khaleeda, usahasama Metro Kajang Holdings Berhad (Malaysia) dan PT Anugerah Urea Sakti.
Menurut organisasi- organisasi tersebut sungguhpun terdapat bukti yang meyakinkan kebanyakan orang utan itu dibunuh secara terancang, berkemungkinannya oleh perusahaan-perusahaan kelapa sawit, pihak berkuasa di kawasan berkenaan masih belum berjaya menahan mana-mana individu atau menetapkan pihak yang bersalah. Ini menyebabkan spesis orang utan di sekitar kawasan tersebut masih terdedah kepada bahaya kepunahan akibat dari ketamakan pihak-pihak tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi: Tanggungjawab PAS laksana hudud, DAP ada hak bantah

Posted: 01 Oct 2011 04:36 PM PDT


KEPALA BATAS, 2 Okt — Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS serius dalam melaksanakan undang-undang hudud dan mengakui orang bukan Islam termasuk DAP mempunyai hak untuk bersuara menyatakan pendirian masing-masing dalam perkara itu.
Jelas Hadi (gambar), PAS telah melaksanakan kewajiban untuk melaksanakan undang-undang syariah Islam dengan menggubal Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 walaupun ia tidak dapat dikuatkuasakan.
"Kita telah tunaikan tanggungjawab kita di negeri, rakan-rakan bukan Islam tidak bersetuju, itu hak mereka... kita tak boleh halang.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: