Khamis, 20 Oktober 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Inilah IMEJ GADDAFI Dibunuh Yang Tersebar

Posted: 20 Oct 2011 06:09 AM PDT


Disebalik celahan kaki pejuang revolusi yang berdarah, ini adalah imej yang didakwa oleh kumpulan pemberontak Libya mengesahkan bahawa pemimpin Muammar Gaddafi telah dibunuh.

Bekas diktator Libya dilaporkan dijumpai bersembunyi di dalam lubang bawah tanah di tengah-tengah Sirte, selepas pemberontak bergerak melalui bandar tepi laut semasa serangan akhir mereka.

Seorang pejuang Mohammed Al Bibi memberitahu pemberita pemimpin diktator yang digulingkan itu telah mengaku kalah dan berteriak 'Jangan tembak, jangan tembak' sambil cuba menyerah diri.

Terdapat beberapa laporan dalam akhbar-akhbar Arab bahawa dia meninggal dunia selepas mengalami luka di kaki.

Imej yang ditangkap: Gambar dari telefon bimbit, menunjukkan pemimpin Muammar Gaddafi cedera, diedarkan tidak lama selepas berita penangkapan beliau didedahkan

Rakaman telefon mudah alih, dikeluarkan tidak lama selepas berita penangkapan itu berlaku, muncul gambar yang menunjukkan Gaddafi dalam keadaan berdarah di kepala.

Pemberontak berkata beliau bersenjatakan pistol emas ketika ditemui dan memakai pakaian seragam khaki.

Majlis Kebangsaan Peralihan rasmi Abdel Majid Mlegta berkata: 'Dia [Gaddafi] juga ditembak di kepalanya. Terdapat banyak tembakan dilepaskan oleh kumpulan ini dan dia akhirnya mati. '

Beliau berkata Gaddafi telah ditembak mati kerana dia cuba melarikan diri, manakala pejuang lain berkata diktator itu telah ditembak diperutnya sekurang-kurangnya sekali dengan peluru 9mm.

PENGUMUMAN! PENGUMUMAN! PENGUMUMAN!

Posted: 20 Oct 2011 05:47 AM PDT


Semua dijemput hadir.

8.00 mlm : Perjumpaan ahli baru SAMM Wilayah (dan Selangor). SAMM wilayah akan menjemput semua anggota berdaftar dari Kuala Lumpur (dan mungkin Selangor) untuk satu sesi icebreaking, saling kenal mengenali dan menyampaikan objektif umum SAMM. SAMM wilayah juga Menjemput wakil dari SAMM Johor untuk membantu bagi menjayakan program perjumpaan ini. 


9.00 mlm : Forum Mahasiswa : Gerakan Anak Muda Sepanjang Zaman di dewan Bangsar (panel Chegubard, Prof Abu Hasan, wakil mahasiswa)


11.00 mlm : Perbincangan tertutup SAMM dan Prof Abu Hasan

Kemalangan BAS KILANG, 4 Cedera

Posted: 20 Oct 2011 01:00 AM PDT

Sebuah bas kilang (kiri) yang datang dari arah bandaraya yang hilang kawalan merempuh sebuah bas kilang dan dua buah kereta yang berhenti di lampu isyarat berhampiran Fasa Empat kawasan perindustrian Bayan Lepas di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, awal pagi tadi.

GEORGE TOWN: Empat pekerja kilang cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi bas kilang di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu di sini hari ini.

Kejadian pada jam 6.15 pagi di persimpangan lampu isyarat itu turut menyebabkan dua kereta yang berhenti di lampu isyarat itu dilanggar dari belakang.

"Keempat-empat mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dengan seorang daripadanya patah kaki," kata Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang DSP Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata ketika kejadian, bas kilang yang membawa 40 pekerja itu berhenti di persimpangan lampu isyarat Fasa empat kawasan perindustrian Bayan Lepas.


Anggota polis memeriksa keadaan sebuah bas kilang yang remuk selepas terlibat dalam satu kemalangan yang membabit sebuah lagi bas kilang dan dua buah kereta di lampu isyarat berhampiran Fasa Empat kawasan perindustrian Bayan Lepas di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, awal pagi tadi.

"Bas itu secara tiba-tiba dirempuh dari belakang oleh sebuah lagi bas kilang. Impak rempuhan itu menyebabkan seorang pekerja kilang terpelanting ke tengah jalan, dua kerusi bas tercabut keluar dan dua kereta yang sedang menunggu lampu isyarat (bertukar hijau) turut dilanggar," katanya.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lebih 10 kilometer dari arah jambatan Pulau Pinang menghala ke kawasan perindustrian Bayan Lepas.


Pekerja kilang yang patah kaki, Noraini Razali dibawa oleh kakitangan Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan

Seorang pekerja kilang, Murni Hayati Zainal Abidin, 27, berkata sebelum kejadian, bas yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

"Secara tiba-tiba, saya terasa satu rempuhan kuat di bahagian belakang sebelah kanan bas dan mendengar rakan-rakan menjerit," katanya ketika ditemui Hospital Pulau Pinang sini.

Beliau yang tidak cedera, berkata rakannya Noraini Razali, 40-an, yang duduk di bahagian kanan bas patah kaki kiri.

Kredit : Bernama

Keadaan Kanak-kanak Malang Ini Menghampiri KEMATIAN OTAK

Posted: 19 Oct 2011 11:09 PM PDT


GUANGZHOU - Yue Yue, kanak-kanak malang berusia 2-tahun yang telah dilanggar oleh dua kenderaan di Foshan, wilayah Guangdong minggu lalu, semakin hampir kepada keadaan mati otak ketika derma mencurah-curah masuk untuk bantuan menyelamatkannya.

"Situasi kanak-kanak ini hampir memenuhi standard kematian otak," kata Wang Weimin di Hospital Besar Guangzhou.

"Kita boleh katakan bahawa dia hampir kepada kematian otak, tetapi refleks sakit yang sangat sensitif pada dirinya, adalah merupakan satu-satunya ciri yang tidak sepadan dengan kematian otak," kata Wang pada hari Selasa lalu.

Derma mencurah-curah disalurkan kepada Yue Yue dan wanita yang berusia 57 tahun, Chen Xianmei, yang bertanggungjawab memindahkan kanak-kanak itu ke tepi jalan dan menjerit memanggil ibu bapanya selepas kemalangan.

Yue Yue bersama ibunya

Comel....Yue Yue seorang kanak-kanak yang periang

Sebuah syarikat yang berpangkalan di Shenzhen, wilayah Guangdong, memberikan 50,000 yuan (lebih RM25,000) tunai kepada bapa, gadis, Wang Chichang di hospital pada hari Selasa lau. Ia turut menawarkan 50,000 yuan lagi dan peluang kerja pembersihan untuk cawangannya di Foshan kepada Chen.

Sebuah lagi syarikat di Dongguan, Guangdong berjanji untuk mendermakan 500,000 yuan kepada keluarga Yue Yue, Chen dan untuk dana di Guangzhou sebagai ganjaran kepada orang-orang yang membantu orang lain yang di dalam bahaya.

Wakil-wakil wanita dari wilayah Guangdong melawat keluarga kanak-kanak malang ini di hospital dan menyeru kepada orang awam untuk membantu orang lain yang memerlukan.

Bapa kanak-kanak itu turut berkata mereka akan pergi ke bank untuk memeriksa berapa banyak wang yang telah mereka terima dan memutuskan apa yang perlu dilakukan dengan sumbangan itu.

"Kita buka akaun bebas dan meletakkannya di bawah pengawasan media," katanya.

Pakai Tudung JADI RAHIB KRISTIAN? Tolonglah....

Posted: 19 Oct 2011 05:42 PM PDT


Mula-mula isu atau permasalahan tentang tudung ini sekadar cakap-cakap sahaja. Lepas tu ia mula dipopularkan oleh segelintir golongan yang kononnya arif dengan Islam di Facebook masing-masing. Konon tujuannya untuk berdakwah. Tapi bila semalam aku lihat isu ni disambung pula oleh beberapa blog pembangkang, aku rasa aku kena tegur. Tapi sebelum aku tegur dan akan ada yang melenting aku nak pesan satu, tolong buka otak dan akal yang Allah anugerahkan itu seluas-luasnya dan jangan terlalu jumud.

Isu tudung atau lebih tepat lagi isu fesyen tudung menjadi popular semula. Isunya, fesyen tudung yang dipakai oleh kebanyakan muslimah pada masa kini menyerupai tudung rahib kristian. Oleh itu pendek kata, apa yang cuba untuk disampaikan ialah tudung ini tidak boleh dipakai oleh para muslimah. Ada yang lebih berani lagi terus menjatuhkan hukum HARAM. Kenapa tidak boleh pakai tudung ini?. "Kerana ia menyerupai golongan Yahudi dan Nasrani". Fuhh..

Aku tidak mahu menyentuh bab hukum di dalam hal ini. Aku lebih suka melihat isu ini dari segi kaedah berdakwah yang tidak kena atau dalam bahasa tepatnya ialah kasar. Betul jika ada yang mengatakan fesyen tudung ini tidak mengikut seperti yang dianjurkan oleh Islam, menutup leher, jangan terlalu menarik pandangan mata. Tetapi apabila ada yang mengatakan bahawa sesiapa yang memakai tudung seperti ini adalah berdosa kerana menyerupai rahib kristian...it's too much!.

Tahukah kalian bagaimana susahnya untuk berdakwah ke atas seseorang wanita yang tidak menutup aurat supaya memakai tudung. Di dalam suasana sekeliling anak muda yang sentiasa dipenuhi daya tarikan kepada hiburan dan berfesyen. Jangankan tudung labuh, waima tudung pendek biasa sahaja pun tidak menjadi tarikan pada mereka. Akhirnya muncullah beberapa pereka yang mengambil inisiatif untuk membawa pembaharuan kepada tudung. Dari tudung yang dikenali dengan warna-warna kusam, muncul kini tudung yang berwarna-warni. Selepas itu muncul pula bermacam-macam gaya pemakaian tudung. Dari tudung yang dipinkan, kepada tudung silang. Kemudian muncul pula tudung ala arab dan kini popular tudung berfesyen selendang seperti yang digayakan Yuna di atas.

Ibu bapa yang selama ini risaukan anak gadisnya kerana tidak mahu bertudung, mula tersenyum apabila anak mereka mahukan tudung untuk dipakai semasa hari raya. Tidak apalah. Ini permulaan untuk mereka berhijrah. Suami yang selama ini risaukan isterinya yang selama ini tidak mahu menutup aurat rambutnya juga mula tersenyum apabila si isteri mula memilih untuk memakai tudung berfesyen ini. Sekurang-kurangnya, kurang sedikit beban dosa yang ditanggung olehnya selama ini. Yang penting, sudah ada keinginan di dalam hati mereka untuk memakai tudung. Alhamdulillah..

Hari raya yang dinantikan pun tiba. Maka berkumpullah sanak saudara yang selama ini tidak berjumpa. Dan akan ada di antara mereka golongan-golongan yang kononnya alim dan arif dalam agama. Maka apabila terlihat saja olah lebai-lebai yang alim ini, bertempiklah mereka kononnya saudara-saudara perempuannya sudah sesat. Sudah menyerupai rahib. Sudah hampir murtad!. Begitulah hebat dan tingginya ilmu lebai-lebai ini dalam berdakwah. Selama bertahun-tahun si suami, atau si ayah ini cuba mendakwah supaya mereka memakai tudung. Dengan sekelip mata lebai-lebai ini meruntukan segala usaha dakwah itu. Selama mereka tidak memakai tudung, tidak ada yang mengatakan mereka ini murtad. Baru sehari memakainya, sudah mendapat penghinaan sebegini. l tidak ada sekelumit pun di dalam hati mereka untuk menjadi rahib kristian. Jika begini, lebih baik tidak pakai tudung!.

Itulah realitinya yang terjadi jika ramai dikalangan kita yang kononnya arif dengan ilmu agama tetapi lemah dalam ilmu dakwah. Begitu juga dikalangan artis. Siapa diantara kita yang benar-benar berdakwah supaya para artis wanita kita berubah/berhijrah. Siapa diantara kita yang benar-benar berusaha untuk menasihatkan mereka supaya menutup aurat. Tidak ada. Dan apabila dibukakan hidayah oleh Allah swt di dalam hati mereka untuk menutup aurat, untuk bertudung (ya, walaupun dengan tudung rahib itulah) anda sewenang-wenangnya mengecam artis ini begini, dan artis itu begitu. Artis ini ingin menjadi rahib, dan artis itu sudah murtad. Jika mereka kembali semula tidak bertudung dan menjauhi kebaikan, kepada siapa kesalahan dosa ini hendak diletakkan?.

Tolong..., aku merayu tolong jangan disempitkan ajaran agama Islam ini. Jangan jadikan Islam sebagai satu agama yang susah, walhal ISLAM ITU MUDAH.

Adakah jika kerana jubah paderi Kristian Koptik (jubah hitam) dan jubah orang Islam (jubah putih) ini mempunyai potongan yang sama, maka kita katakan mereka juga sebagai ingin menjadi paderi kristian?.

Ada yang tidak puas hati dengan aku dan seperti biasa akan keluar hadis-hadis seperti ini :

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka"
(Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)

Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun"
(Riwayat Muslim)

Dan banyak lagi..so aku angkat tangan. Kalau hendak berhujah untuk menjatuhkan hukum, ia sememangnya mudah. Tetapi kita sedang masuk ke arah frasa berdakwah. Bila berdakwah ia ada frasa yang berbeza. Sekarang ramai wanita dan gadis yang tidak pakai tudung. Jadi, dakwahlah kepada golongan ini supaya mereka pakai tudung. Jangan sibuk hendak menjatuhkan hukum kepada yang baru-baru mendekatkan diri dengan tudung.

Sama juga seperti ibadah solat. Ramai lebai-lebai alim yang sibuk dengan menjatuhkan hukuman kepada jemaah yang datang ke masjid. Takbir tidak betullah. Tangan kena tegaklah. Kaki tahiyat akhir salah lah dan macam-macam lagi kesalahan yang dicari kepada golongan yang baru berjinak-jinak hendak solat ini. Sedangkan ramai lagi remaja yang tidak solat di luar...pergilah berdakwah kepada mereka.

Masih ingat lagi sebuah ceramah Ust Ismail Kamus tentang kesilapan dakwah yang sering berlaku dikalangan masyarakat kita. Ada satu peristiwa di mana seorang apek Cina yang memang sudah lama menaruh hati dan terbuka hendak memeluk Islam. Sedikit sebanyak ilmu berkaitan agama Islam itu sendiri sudah dipelajarinya. Sehinggalah tiba pada suatu hari ia menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam kepada seorang 'lebai alim'. Seperti biasa, lebai alim ini lebih melihat 'perkara kecil' berbanding 'perkara besar' di dalam dakwahnya terus berkata, 'Kalau apek mahu masuk Islam, apek kena potong (khatan). Orang Islam mesti kena potong, kalau tidak potong maka itu bukan orang Islam'. Oleh kerana sudah tua, bercampur pula perasaan yang malu, maka tidak jadilah si apek Cina ini meneruskan niatnya untuk memeluk agama Islam yang dicintainya itu.

Itulah yang terjadi, apabila nilai memeluk Islam itu disempitkan sekadar kepada nilai 'khatan' dan tidak melihat kebaikan yang lebih menyeluruh - menjadi seorang muslim. Begitu juga jika nilai menutup aurat itu disempitkan kepada nilai 'rahib kristian', sedangkan kebaikan yang akan datang, wanita itu akan lebih memahami kewajipan bertudung di dalam Islam dan menjadi muslimah yang solehah....berbanding jika dia sudah tawar hati untuk bertudung lagi.

Wallahu a'lam.

Tiada ulasan: