Briged Al-Akhdor LR2 |
- Menu satu malaysia satu propaganda dan publisiti najib
- surat tunjuk sebab kepada prof Aziz Bari memalukan
- Filem KLIP 3GP PENUH KONTROVERSI ..
Menu satu malaysia satu propaganda dan publisiti najib Posted: 20 Oct 2011 07:12 AM PDT KUALA LUMPUR 19 Okt: Menu 1Malaysia yang dipromosi Perdana Menteri Datuk Seri Najib hanya menjadi lawak jenaka kerana rakyat tahu kos sebenar makanan di restoran yang menyediakan menu berkenaan, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua. Kata Tian Chua, kerajaan sepatutnya mengambil langkah serius mengatasi inflasi, bukannya dengan gimik menu 1Malaysia yang tidak membawa kesan positif kepada ekonomi. Tian Chua turut membawa contoh makanan menu 1Malaysia yang harganya juah lebih tinggi dari disebut perdana menteri "Untuk mengubah kualiti hidup rakyat, kurangkan publisiti dan jangan membuat propaganda. Harga sebenar menu 1Malaysia ini dah diketahui. Ini perkara lucu yang menjadi lawak jenaka orang ramai," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. Media semalam melaporkan Najib dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob makan di sebuah restoran di Jalan Kuching yang menyajikan menu 1Malayisa dengan harga murah. Program yang kononnya bakal diperluaskan kepada kira-kira 1,000 premis di seluruh negara itu juga dikatakan menawarkan makanan pada harga serendah RM2 bagi sarapan dan hidangan tengah hari RM4 bagi memastikan menu mampu dinikmati ramai. Bagaimanapun Tian membawa hidangan serupa yang dimakan Najib dan membandingkan harganya adalah lebih mahal dari yang dilaporkan media selepas tinjauan di restoran yang menyediakan menu berkenaan di Taman Kok Doh, Jalan Kuching. Harga sebenar makanan tengahari tersebut hampir sekali ganda, iaitu RM6 berbanding RM4 dalam pakej menu 1Malaysia, manakala menu sarapan yang berharga RM2 hanya dikurangkan kandungannya berbanding apa yang dipromosikan. "Kemudian kami minta harga seperti yang dibayar Najib kepada pekerja restoran, tapi mereka kata harga itu hanya untuk semalam sahaja," kata Chin, seorang pembantu ahli Parlimen Batu. Difahamkan, restoran-restoran yang terlibat dengan promosi menu sarapan dan makan tengahari 1Malaysia diberikan subsidi. Justeru, Tian mempersoalkan langkah tersebut, kerana subsidi seharusnya diberikan kepada rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah, bukannya kepada restoran terpilih. "Kalau begitu ia tak adil untuk kedai-kedai lain. Kerajaan kata itu menu rakyat yang sebenarnya tidak murah. Apa yang ditentang ialah publisiti murahan. Turunlah ke realiti untuk lihat ekonomi sebenar," kata Tian.
|
surat tunjuk sebab kepada prof Aziz Bari memalukan Posted: 20 Oct 2011 05:07 AM PDT Jangan ugut Aziz Bari, kemuka hujah balas KUALA LUMPUR, 19 Okt: Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) ingin menarik perhatian terhadap tohmahan dan tekanan di dalam media terhadap tokoh akademik Profesor Abdul Aziz Bari. "Gerak merasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap beliau," kata setiausaha agungnya, Rosli H Mahat kepada Harakahdaily. Jelasnya, Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. Menurutnya lagi, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya menghujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi. Tambahnya, sebagai seorang ahli akademik, Prof Abdul Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya. Ini, ujarnya adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik. Beliau menjelaskan, mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik. "Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui satu dokumen bertajuk Recommedation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel," ujarnya lagi. Dokumen itu, terangnya telah diluluskan oleh perhimpunan agung UNESCO pada 11 November 1997. Katanya, kebebasan akademik ada termaktub dalam artikel 26 dan 27 Recommendation tersebut. Antara hak yang dinyatakan dalam Recommendation tersebut ialah: "hak untuk menyumbang kepada perubahan sosial melalui kebebasan menyatakan pendapat mereka terhadap dasar-dasar negara dan dasar-dasar yang memberi kesan kepada pendidikan tinggi. Mereka tidak seharusnya dikenakan apa-apa penalti semata-mata kerana mengguna hak tersebut". Justeru itu, ujarnya Gerak menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik. Katanya, semua pihak hendaklah akur terhadap recommendation tersebut pada bila-bila masa. "Keperihatinan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam perkara ini amat perlu untuk memertabatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi antarabangsa dengan universiti-universitinya bertaraf dunia," katanya.
Aziz Bari terima surat tunjuk sebab dari UIA |
Filem KLIP 3GP PENUH KONTROVERSI .. Posted: 19 Oct 2011 05:21 PM PDT " Ketika sebahagian rakyat, terutamaremaja, berasa seronok dan teruja dengan penghasilan filem Klip 3GP, terutama selepas tersebarnya di Internet adegan ranjang dipercayai satu daripada babak filem itu oleh pelakonnya, Mimi (One Nation Emcee) atau Shamimi Amalina Norhisham, 25, ada sebahagian lain di negara ini berasa jijik dan 'nak muntah' terhadap filem terbabit. Sesetengah blog menyifatkan filem ini sebagai 'durjana'. Mengapa? Banyak web atau blog memperkatakan filem ini. Banyak komen mengenainya juga dapat ditemui di laman sosial Facebook. Ada memuji, terutama remaja, tetapi tidak kurang mengutuk, lebih-lebih oleh kalangan yangada kesedaran moral. Malah ada mencadangkan filem ini diharamkan!
Sebahagian yang mengutuk filem ini mempertikaikan kewibawaan Lembaga Penapis Filem (LPF) meluluskan filem seumpama itu. Khairulfaizi.com mencatatkan bahawa semakin hari semakin jijik untuk melihat dan menonton filem dikeluarkan penerbit negara ini. Blog ini mengaitkan faktor keuntungan menyebabkan soal agama dan adat sudah tidak lagi menjadi pertimbangan utama dalam penghasilan filem. "Saya tidak dapat melihat apa-apa pun unsur yang positif daripada klip video ini (babak di Internet dipercayai dari filem Klip 3GP) melainkan ia bakal merangsang nafsu penonton dan sudah pasti ia akan dijadikan sumber utama menarik minat masyarakat khususnyaanak muda untuk menonton filem yang durjana ini," catat blog berkenaan. Blog itu turut mempertikaikan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) yang seolah-olah 'serasi' dengan filem seperti itu. Soalnya, adakah LPF dapat memberikan kepastian bahawa filem seumpama ini dapat membina sebuah masyarakat bertamadun dan berakhlak mulia? Sementara itu, pelbagai komen mengutuk dan mempertikai penghasilan filem Klip 3GP dapat ditemui di kerabatkenshiro.blogspot.com. Kebanyakan komen terbabit menyifatkan filem itu 'menjijikkan', 'lucah', 'tiru barat' dan'pelakon Islam tetapi nama sahaja Islam'. Mereka yang tidak senang dengan penghasilan filem ini turut membuka laman khas di Facebook dikenali 'Kami Boikot Filem Klip 3GP'. Pada kita, penerbit filem terbabit bekerja menghasilkan filem itu atas sifat lazimnya sebagai penerbit filem. Dalam kata mudah, 'itu kerja mereka sebagai penerbit filem'. Namun, apa yang lebih penting diperhatikan dan dipertikaikan ialah peranan LPF serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). Apakah asas pertimbangan pegawai agensi itu ketika meneliti sesebuah filem? Apakah sebenarnya yang mahu dicapai oleh LPF dan Finas dari filem seperti ini? Ia mahu supaya mesej kerosakan akhlak sampai kepada umum, justeru masyarakat akan mula bertindak memperbaikinya? Sudah tentu ini jauh daripada akan berlaku! Tidak adakah sekelumit rasa bersalah dan takut di kalangan pegawai LPF dan Finas, kebanyakannya beragama Islam, apabila meluluskan filem seumpama ini dalam konteks impak kerosakan moral dan kebejatan sosial yang bakal terhasil daripadanya. Benarlah seperti diajar dan selalu diingatkan oleh alim ulama bahawa kita semua patut melahirkan golongan masyarakat yang takut kepada Allah. Maknanya, jika dia pegawai LPF atau Finas, dia juga sepatutnya adalah pegawai yang takut kepada Allah! – inimajalah.com " |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan