Khamis, 13 Oktober 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Freedom Film Fest 2011 Di MUAR & JOHOR BAHRU

Posted: 13 Oct 2011 11:15 AM PDT


Datanglah beramai-ramai untuk menonton 3 buah dokumentari hak asasi manusia yang tidak akan disiarkan
di media massa tempatan. Anda juga berpeluang bertemu dan berdiskusi dengan pembikin-pembikin filem tersebut :

Sabtu 22hb Oktober; 8pm - 11.30pm
Hotel Tropical Inn, Johor Bahru

Ahad 23hb Oktober; 8pm - 11.30pm
JBM 109, Kampung Parit Bulat Darat, Parit Jawa, Muar


SINOPSIS FILEM:

HURUF J Oleh Afiq Deen
Apa yang terjadi apabila status anda bertukar dari 'berkahwin' ke 'bercerai'? Apa kaitan isu peribadi ini dengan hak asasi manusia? Melalui dokumentari ini, pembikin filem mendalami isu ini yang agak berleluasa di Malaysia tetapi masih jarang dibincangkan secara terbuka di khalayak ramai.


LOT UMAH AM Oleh Liaw Pey Wen
Bagi kebanyakkan Orang Asli, identiti mereka ada hubungkait yang kuat dengan tanah dan hutan. Tapi bagaimana pula dengan Orang Asli yang hidup di laut? Dokumentari ini menyelami kehidupan Orang Asli Seletar yang sudah turun temurun menganggap Selat Johor sebagai "rumah" mereka.


SENYAP..TERSENTAK Oleh Pusat KOMAS
Walaupun menjadi buah mulut orang ramai, fakta-fakta asas dan 8 tuntutun BERSIH 2.0 masih tidak diketahui ramai. Video ini cuba menerangkan secara mudah apakah asas dan tuntutan pergerakan untuk pilihanraya yang bebas dan adil ini.

Ini adalah acara tertutup dan kemasukan adalah dengan jemputan. Anda boleh dapatkan jemputan percuma anda di sini untuk tayangan di JB ataupun di tempat tayangan 20min sebelum tayangan bermula.

Sebarang pertanyaan sila email ke: freedomfilmfest@komas.org

Sebarkanlah maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain.

FrredomFilmFest2011 (Johor) dianjurkan oleh Pusat KOMAS dengan kerjasama SUARAM Johor dan SAMM Johor dan dibiayai oleh The European Union.

Awie, Zed Zaidi Dan Adam AF Masuk UMNO

Posted: 13 Oct 2011 04:17 AM PDT

Khairi Jamaluddin di dalam sidang media petang tadi bersama Awie, Zed Zaidi, Adam AF.

Sebelum ini heboh diperkatakan Awie atau Ahmad Azhar Othman bersama beberapa artis lain akan menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO Malaysia kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Pejabat Pemuda, Menara Dato Onn.

Di dalam sidang media petang tadi jelas kelihatan antara artis yang bersama Awie ialah Zed Zaidi dan Adam AF. Khairi Jamaluddin turut mengumumkan pertandingan BN Youth Music 2011 di dalam sidang media tersebut. Kemasukan artis yang memilih Umno sebagai parti pilhan mereka adalah kerana Umno itu 'cool' menurut Armand Azha. Mungkin Tukar Tiub ketawa terbahak-bahak jika mendengar dakwaan Armand ini.

Armand tersenyum cool bersama Awie.

Ust Ismail Kamus, Ust Haron Din Dalam KEUZURAN

Posted: 12 Oct 2011 10:28 PM PDT

Ust Ismail Kamus (kiri) bersama Tn Guru Haron Din dalam majlis hari raya tahun lepas.

Ada dua tokoh agama dan politik yang sedang uzur sekarang ini. Pertama ialah Tn Guru Dato' Dr. Haron Din yang telah mengalami masalah jantung. Beliau mengalami masalah jantung sejak 30 Julai yang lalu dan telah selamat menjalani rawatan jantung di Stanford Hospital, San Francisco. Berdasarkan maklumat terakhir, keadaan Tuan Guru bertambah sihat dan telah kembali ke Malaysia pada 27 September yang lalu.

Tokoh yang kedua ialah Tn Guru Ust Ismail Kamus. Namun begitu berkat doa ramai sahabat, anak-anak danmurid, keadaan terkini Ust Ismail Kamus semakin beransur ansur pulih. Penglihatannya juga semakin jelas dan berat badan semakin bertambah berbanding bulan-bulan lepas. Jika diizinkan Allah, Ust Ismail Kamus akan hadir pada Diskusi Hudud di Masjid Amaniah, Batu Caves bersama panel Ust Solihin Mohyi pada 15 Oktober ini.

Tuan Guru Nik Aziz (kanan sekali) bersama-sama Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri Najib Tun Razak (membelakangkan kamera) sebaik saja selesai Mesyuarat Majlis Raja-raja sebentar tadi.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang masih berada di Kuala Lumpur untuk mengiringi KDYMM Sultan Muhammad V ke Mesyuarat Majlis Raja-raja dijangka akan menziarahi Ust Ismail Kamus hari ini.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar kedua-dua tokoh ini sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera, dan sentiasa di dalam rahmatnya demi meneruskan perjuangan menegakkan ad-din di bumi Malaysia ini. AMIN.

Lim Guan Eng BERJAYA Jejak Kaki Ke Bumi JOHOR

Posted: 12 Oct 2011 08:11 PM PDT

Segamat - Kira-kira 80 orang daripada NGO Melayu berkumpul, menjerit dan memegang sepanduk yang memprotes kedatangan Lim Guan Eng ke majlis jamuan makan malam anjuran Parti DAP malam tadi. Pihak polis yang berkawal berjaya memisahkan dua kumpulan penyokong ini daripada bertembung.

NGO Melayu yang kebanyakannya adalah ahli Umno mula berkumpul di luar dewan makan sejak jam 7.00 petang lagi sambil menjerit 'Balik ke Penang, jangan jejak kaki di bumi Johor'. Jeritan itu kemudian dibalas oleh penyokong-penyokong DAP seperti 'Tak sekolah' dan 'Undur' sehingga suasana agak tegang.

Pihak polis kemudian memanggil skuad FRU untuk menjadi 'dinding' di antara kedua belah penyokong ini. Namun begitu laungan dan jeritan daripada kedua-dua pihak tetap berterusan. Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail kemudiannya mengarahkan dengan pembesar suara kepada para pendemo NGO ini untuk bersurai dalam tempoh 10 minit, dan jika tidak mereka akan ditahan. Pendemo ini kemudiannya dijarakkan oleh polis sejauh kira-kira 50 meter dari lokasi program jamuan makan malam itu berlangsung bagi mengelakkan sebarang provokasi.


Kira-kira jam 8:00 malam, Lim Guan Eng tiba ke dewan makan dan disambut oleh penyokong parti DAP dan Pakatan Rakyat. Kehadiran Lim Guan Eng menyebabkan kumpulan NGO Melayu tersebut menjadi berang dan marah, bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan dengan baik dan sekaligus mengelakkan sebarang provokasi daripada kumpulan berkenaan.

Tiada ulasan: