Muslimeen United |
- Gambar : Suasana Makan Malam Dewan Pemuda Pas Selangor
- Ucapan Tok Guru Hj Hadi Yang Menyakitkan Telinga UmnoBN..(video)
- "Saya Lebih Rela DiTangkap" - Bob Lokman
- Prof Aziz Bari Libas Golongan Yang Tak Faham Undang-undang
- TG Haron Din Dan Ustaz Ismail Kamus Keuzuran. TG Nik Aziz Melawat
- PR diberi MyKad: PAS tuntut penjelasan KDN
- SPR akui 40,000 nama di daftar pengundi 'meragukan'
- Kedutaan Malaysia Di Jakarta Diserang
- Bajet 2012 Kerajaan Persekutuan Banyak Kelemahan - Pakar Ekonomi
- Ribuan para graduan bangkit menentang Muhyiddin dan BN..!!
- Sultan Kelantan pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-225
- Sayang Kereta, Melayang Nyawa
Gambar : Suasana Makan Malam Dewan Pemuda Pas Selangor Posted: 13 Oct 2011 09:32 AM PDT | ||
Ucapan Tok Guru Hj Hadi Yang Menyakitkan Telinga UmnoBN..(video) Posted: 13 Oct 2011 09:24 AM PDT | ||
"Saya Lebih Rela DiTangkap" - Bob Lokman Posted: 13 Oct 2011 09:23 AM PDT Penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Bob Lokman hari ini menegaskan beliau tidak akan "menyerah kalah" dengan hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memberi keterangan, sebaliknya "lebih rela ditangkap" selepas ditahan Isnin lalu kerana memberi kuliah agama tanpa tauliah. Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman memberitahu bahawa beliau tidak akan pergi ke pejabat Jais atas alasan agensi agama itu tidak melaksanakan dasar Islam secara keseluruhan, tetapi lebih memihak kepad dasar pemerintahan Umno-BN. "Kalau nak tangkap saya, tangkaplah, nak heret sekalipun, tapi saya tak kan pergi menyerah kepada mereka," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini. Laporan media hari ini menyebut Jais akan mendapatkan perintah waran tangkap daripada mahkamah terhadapnya seandainya enggan hadir memberi keterangan kepada agensi itu. Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata, selebriti yang berusia 47 tahun itu juga melakukan kesalahan lain jika enggan mematuhi perintah hadir terhadapnya. "Sepatutnya pagi tadi (semalam), dia hadir ke pejabat Jais, tetapi dia gagal berbuat demikian. "Dia (Bob Lokman) berdegil datang, Jais akan memohon waran tangkap," katanya. Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat. Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut "mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan." Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor." Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS. Bob Lokman menambah, dengan pergi ke pejabat Jais, perjuangan agama yang dipegangnya selama ini seakan hancur kerana jabatan itu sendiri tidak melaksanakan syiar Islam dengan telus. "Ini soal akidah, prinsip dan kepercayaan, saya yakin dengan perjuangan saya, Bilal Bin Rabbah sendiri menerima tentangan hebat waktu diseksa kerana Islam," kata beliau. Beliau ditahan Jais selepas menceritakan pengalamannya menerima hidayah Islam di Hulu Langat awal minggu ini. "Saya yakin kepada agama, kepada al-Quran, sekiranya saya tidak menentang, mereka tidak akan tahu wujudnya ketidakadilan dalam pentadbiran mereka, sekiranya orang PAS sendiri tidak tidak bersetuju, tak apa... saya yakin dengan kepercayaan saya," tegasnya. Menurut Bob Lokman lagi, dia yakin penguasa Jais dan kadi yang menahannya pada malam itu datang sebagai 'wakil' Umno, yang cuba menghalang usaha dakwah dilakukannya demi kepentingan politik. "Saya bukan nak masuk politik, (atau) jadi wakil rakyat, saya nak bantu orang-orang Islam negara kita ini, mengaku kenal Allah, kenal Islam, tapi sebenarnya Islam pada nama, pada Melayu sahaja," katanya lagi. "Mungkin ada pihak yang kurang senang dengan kehadiran saya di sana kerana menganggap saya menggugat mereka, tapi saya hanya bercerita soal akidah, berdakwah di jalan Allah, saya juga menolak sikap kadi Hulu Langat yang tidak profesional, yang lebih pentingkan diri daripada membantu mengembalikan akidah dan iman umat Islam di landasan yang betul," katanya lagi. / TMI | ||
Prof Aziz Bari Libas Golongan Yang Tak Faham Undang-undang Posted: 13 Oct 2011 09:17 AM PDT Shah Alam, 13 OKT : Pakar Perlembagaan Malaysia Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau hanya mempersoal titah seorang Raja Melayu dan bukan menghina institusi Raja-Raja Melayu seperti yang didakwa media pro-Umno. Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu berkata Perlembangan memberinya hak untuk membincang titah tersebut dan mereka yang mengkritiknya sebenarnya tidak faham undang-undang. "Saya tak kata pertikai Tuanku, tak ada. Saya tak kata dia tak ada kuasa. Saya kata kuasa tu memang ada, saya tak pertikaikan. Tiba soal kewajaran, soal keadilan dalam isu ni macam mana. Itu saja." "Iyalah yang dakwa menghina itu dia. Kalau dia faham peruntukan perlembagaan itu dia tak kata begitu. Dia orang sudah melabel kita macam tu, saya nak buat macam mana." Dr Aziz berkata demikian ketika dihubungi TV Selangor apabila diminta mengulas langkah beberapa Ahli Parlimen BN yang mendesak supaya tindakan tegas diambil ke atasnya ekoran rencananya semalam yang disiarkan di portal Malaysiakini yang berjudul "Tidak Salah Kritik Raja-raja". Aziz dengan tegas menyatakan bahawa beliau tidak mempertikaikan kuasa ketua agama. Apa yang diperkatakan ialah kewajaran sesuatu tindakan itu dari segi undang-undang dan Perlembagaan. "Saya dah kata, saya tak pertikaikan kuasa ketua agama. Saya cuma sebut soalnya adakah kewajarannya ada. Itu boleh. Kalau tengok akta hasutan pun jelas. Kalau kita setakat mencuba nak memperbaiki, nak improve kata orang apa salahnya." Beliau kecewa kata-katanya telah dipusing oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan politik. 'Orang ni dah twist sentence.... Itu yang sedihnya. Kalau orang yang macam Zulkifli Nordin yang pernah jadi peguam fikir macam itu. Apa jadinya. Ini nak mengapi-api, nak menghasut namanya. Nak memanaskan keadaan yang tak panas." Dr Aziz memuji sikap terbuka seorang Putera Diraja Negeri Sembilan Tunku Zain Al Abidin Tuanku Muhriz. Tunku Zain dalam kenyataan kepada portal berita Malaysia Kini hari ini antara lain berkata, titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar. Tambah Dr Aziz, beliau memberi komen sedemikian kerana kes siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) membabitkan sensitiviti agama lain. Di dalam titahnya Isnin lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata tindakan JAIS menepati skop undang-undang agensi itu. Sebelum ini, siasatan JAIS terhadap DUMC atas dakwaan ia cuba berdakwah kepada orang Islam dikecam oleh ahli politik Pakatan Rakyat dan NGO. "Satu lagi yang kita kena faham ialah soal ini dia melibatkan soal agama lain. Jadi dalam soal itu kita kena tengok jugak. Kalau dah sampai kedudukan agama lain terancam dalam soal ini dalam kedudukan soal gerejanya diceroboh, macam mana. Dan bukti tak ada." Beliau berpendapat jika tidak cukup bukti lebih baik kes sedemikian ditutup kasar, jangan dipanjang-panjangkan kerana ia mempunyai impilasi negatif. "Saya kata macam ini, kalau bukti tak ada tutup saja. Tutup buku. Apa pulak bukti tak ada masih lagi kita seolah-olah melihat orang-orang ini beralah. Macam mana. Itu yang saya kata mana ada dalam dunia ini undang -undang kata macam tu. Kalau tak ada bukt , tutup buku, itu saja. Tang mana lagi kita nak cuba seolah-olah nak menunjukkan orang ini masih bersalah walaupun tak ada bukti. Itu yang saya katakan." Menyentuh tindakan Ahli-ahli Parlimen mencabar beliau menyertai politik, Prof Dr Aziz dalam ketawa berkata bahawa dia tidak berminat menyertai politik dan mencabar ahli politik yang mencabarnya agar menjadi golongan akademik sepertinya. "Nak mencabar saya berhenti pasal apa. Kenapa saya harus berhenti. Saya tak minat poltik. Saya bukan nak kedudukan dia. Kalau dia rasa nak lawan saya masuk ke sinilah, cuba jadi ahli akademik. Apa pulak saya lawan dia. Bila masa saya nak lawan dia. Apa pula timbul soalan berhenti politik masuk bertanding. Ini apa ceritanya." | ||
TG Haron Din Dan Ustaz Ismail Kamus Keuzuran. TG Nik Aziz Melawat Posted: 13 Oct 2011 12:49 AM PDT Tuan Guru Nik Aziz (kanan sekali) bersama-sama Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri Najib Tun Razak (membelakangkan kamera) sebaik saja selesai Mesyuarat Majlis Raja-raja sebentar tadi. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang masih berada di Kuala Lumpur untuk mengiringi KDYMM Sultan Muhammad V ke Mesyuarat Majlis Raja-raja dijangka akan menziarahi Ust Ismail Kamus hari ini. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar kedua-dua tokoh ini sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera, dan sentiasa di dalam rahmatnya demi meneruskan perjuangan menegakkan ad-din di bumi Malaysia ini. | ||
PR diberi MyKad: PAS tuntut penjelasan KDN Posted: 13 Oct 2011 12:48 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Okt: PAS menuntut penjelasan segera daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung kewujudan lebih 200 warga asing dari Johor di sebuah resort berhampiran Putrajaya, semalam. Pemuda PAS dengan bantuan pasukan risikannya berjaya mengesan kehadiran mereka yang terdiri daripada warga Indonesia, Kemboja dan Bangladesh, dibawa menaiki enam buah bas. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di lobi Parlimen hari ini berkata, KDN harus memberikan penjelasan mengenai perkara itu kerana pihaknya mengesyaki kehadiran mereka ada kaitan dengan operasi pemberian MyKad kepada warga asing bagi membolehkan mereka menjadi pengundi pada pilihan raya umum ke-13. "Kita desak beberapa kementerian bertanggungjawab khususnya KDN memberikan penjelasan konkrit berhubung apa yang berlaku semalam. "Ini kerana dalam masa beberapa bulan ini, PAS telah membawa isu pendaftaran warga asing yang dimasukkan dalam daftar pemilih ini. "Ini isu penting, bukan andaian atau rekaan tapi telah dibuktikan dengan pendedahan sebelum ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Sehubungan itu, Salahuddin berkata, wakil Pakatan Rakyat yang terlibat dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2012 di Dewan Rakyat hari ini akan membangkitkan perkara tersebut. "Wakil PR akan membangkitkan perkara ini agar KDN memberikan penjelasan segera," katanya sambil menunjukkan gambar warga asing yang sempat diambil semalam. Maklumat bercanggah Sementara itu, Timbalan Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Adram Musa pada sidang media sama berkata, maklumat warga asing yang bercanggah di antara satu sama lain itu semakin menambahkan rasa curiga mereka. "Saya sebagai salah seorang saksi semalam masuk ke dalam resort dan bertanya kepada mereka sendiri. "Bila ditanya apa mereka buat di situ, ada yang jawab datang kursus keusahawanan dan ada yang terus-terang jawab mereka datang untuk ambil MyKad. Pihak pengusaha resort pula kata tempat itu sudah ditempah awal pagi. Ini sangat menimbulkan kecurigaan," katanya. Menurutnya juga, terdapat juga pegawai kesihatan mengiringi mereka. Adram juga berkata, perkara tersebut turut berlaku di Paya Jaras, Selangor dan pihaknya sedang mengumpulkan maklumat terperinci. Kira-kira jam 7 pagi semalam, pihak perisikan Pemuda PAS menunggu bas-bas tersebut yang tiba di Masjid Putra, Putrajaya. Mereka mengekori bas-bas tersebut sehingga ke sebuah resort di sana. Bas-bas berkenaan bagaimanapun beredar dari situ, dan meninggalkan kumpulan penumpang tersebut di resort berkenaan. Petugas media yang kemudiannya tiba di situ kira-kira jam 1.30 tengahari juga sempat melihat sebuah kereta Proton Tiara dipercayai membawa 'ketua operasi' itu memecut laju keluar dari resort melalui jalan belakang. Ekoran itu, mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.-Hrkh | ||
SPR akui 40,000 nama di daftar pengundi 'meragukan' Posted: 13 Oct 2011 12:47 AM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 40,000 nama yang terdapat dalam daftar pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan. "Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya. "Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus di Shah Alam hari ini. Abdul Aziz menyifatkan sebagai kecil bilangan 40,000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya. Mengenai persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, beliau berkata proses itu akan dibuat selepas pilihan raya umum ke-13 nanti. Ini kerana SPR memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk berbuat demikian, katanya. Ditanya mengenai negeri mana yang perlu menjalani persempadanan, Abdul Aziz berkata semua negeri dilihat perlu menjalani proses itu terutama negeri-negeri yang mempunyai bilangan kerusi negeri yang angkanya genap. "Kita hendak menukarkan DUN yang mempunyai jumlah kerusi genap kepada ganjil bagi mengelak kemungkinan berlakunya situasi kemenangan 50-50," katanya. Abdul Aziz berkata mengikut ramalan SPR, PRU ke-13 akan menjadi lebih mencabar berdasarkan kepada senario politik semasa. "Parti kerajaan memerintah akan berusaha sedaya upaya pertahan kuasa mereka dan parti pembangkang pula akan berusaha sedaya upaya ambil alih pucuk pimpinan negeri ataupun negara. Dalam dua pertembungan ini, kita ramalkan PRU ke-13 akan jalan rancak dan sengit," katanya. Mengenai taklimat hari ini, Abdul Aziz berkata ia bertujuan memberi penerangan awal kepada pegawai pengurus dan penolong mereka tentang tugasan dan tanggungjawab mereka sewaktu menghadapi pilihan raya ke-13 nanti. Taklimat hari ini, yang pertama seumpamanya adalah bagi negeri Selangor. Ia akan diperluaskan ke negeri lain dalam masa terdekat. Abdul Aziz bagaimanapun berkata taklimat itu adalah hanya untuk melatih petugas SPR agar sentiasa berada dalam keadaan siap sedia dan tidak semestinya bermakna "PRU ke-13 terlalu hampir". Katanya SPR memerlukan sekurang-kurangnya 160,000 petugas untuk pilihan raya umum ke-13 nanti berbanding 150,000 pada pilihan raya umum lalu. - Bernama | ||
Kedutaan Malaysia Di Jakarta Diserang Posted: 13 Oct 2011 12:47 AM PDT Isu sempadan Malaysia-Indonesia di Kalimantan Barat yang dihangatkan oleh media tempatan telah menyebabkan sekumpulan rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi dan bertindak liar depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada Rabu sehingga merosakkan cermin pos pengawal. Kumpulan dari Forum Betawi Rempug (FBR) yang berjumlah kira-kira 650 orang berdemonstrasi selama satu setengah jam mulai pukul 1 petang Rabu, melempar benda keras seperti batu, kayu dan buluh serta telur ke dalam kawasan kedutaan. Ini menyebabkan cermin pos pengawal dan beberapa lampu pagar kedutaan pecah hingga melukakan sembilan anggota polis yang berkawal di situ. Para penunjuk perasaan itu dikatakan membantah tindakan Malaysia yang didakwa kononnya mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat. Kumpulan itu dipimpin Pengarah FBR Edwan Hamidy. Pejabat Kedutaan Besar Malaysia tidak melayani sebarang nota bantahan dari kumpulan itu kerana mendakwa tuduhan mereka itu tidak benar. Para penunjuk perasaan menjadi marah apabila dihalang oleh pihak polis daripada memasang bendera FBR di pintu pagar bangunan pejabat kedutaan itu sehingga mereka bertindak liar merempuh anggota polis. Pasukan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka bagi mengawal keadaan daripada menjadi bertambah buruk. Isu pertikaian sempadan itu berlaku apabila Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin hujung minggu lalu mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, yang didakwa telah diambil oleh Malaysia. Dakwaan beliau bagaimanapun segera disangkal beberapa menteri kabinet Indonesia kerana ia tidak berasas. Mereka ialah Menteri Penyelaras Kementerian Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Djoko Suyanto; Menteri Luar Marty Natalegawa; Menteri Dalam Negeri Gamawan Fauzi; dan Menteri Pertahanan Purnomo Yusgiantoro. "Tidak timbul sebarang pertikaian sempadan antara Indonesia dan Malaysia kerana kedua-dua negara merujuk pada perjanjian persefahaman yang dibuat semasa era pemerintahan Belanda dan British pada 1891, 1915 dan 1928," kata Marty. Perjanjian yang ditandatangani antara Belanda dan Inggeris itu telah menetapkan garis sempadan kedua-dua negara itu dan sejak sekian lama tidak ada sebarang pertikaian mengenainya. Sehubungan kejadian itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan menghantar nota diplomatik kepada kerajaan Indonesia berikutan kerosakan yang berlaku. Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan berkata pihaknya akan meminta penjelasan bagaimana kekacauan itu boleh tercetus sehingga keadaan menjadi tidak terkawal. "Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hampir setiap tahun berhadapan dengan kumpulan penunjuk perasaan sehingga berlaku pelbagai kerosakan pada aset negara. "Nota diplomatik yang akan dikirim ini ialah bagi meminta penjelasan daripada kerajaan Indonesia bagaimana mereka dapat membantu kita menyelesaikan isu ini," katanya di Jakarta. Pengiriman nota diplomatik itu adalah selaras dengan Konvensyen Vienna yang menetapkan bahawa pihak berkuasa sesebuah negara harus melindungi harta benda setiap pejabat perwakilan asing di negara berkenaan. -Bernama | ||
Bajet 2012 Kerajaan Persekutuan Banyak Kelemahan - Pakar Ekonomi Posted: 12 Oct 2011 09:18 PM PDT Terdapat berbagai kelemahan belanjawan kerajaan persekutuan terutama membabitkan pembayaran sekali (one-off payments) seperti RM3,000 kepada sesetengah pegawai, kata Ketua Ekonomi Bank Islam Berhad Azrul Azwar Ahmad Tajuddin. Jelasnya, bayaran sekali bukan langkah penyelesaian yang bersifat kekal didalam menangani masalah ekonomi. "Ia tidak diinstitusikan sebagai "safety-net mechanism" atau mekanisme jaringan keselamatan yang rakyat boleh bergantung harap," katanya dalam rancangan "Terus Terang" di TV Selangor hari ini. Di dalam belanjawannya kerajaan persekutuan antaranya memperuntukan bayaran khas RM3,000 kepada kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang telah tamat kontrak. Azrul (gambar) berkata dari segi keseimbangan belanjawan, pembayaran sekali yang terlalu banyak akan meningkatkan perbelanjaan mengurus kerajaan sekaligus melambatkan lagi proses mengurangkan defisit fiskal negara. "Pemberian one-off kepada rakyat perlu mempunyai alasan dan rasional yang kukuh serta pada kadar atau jumlah yang munasabah," katanya. Sebagai contohnya, Azrul mempertikaikan jusifikasi memberi RM100 kepada semua 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan 5, kerana ia boleh berlaku ketirisan. Antara ketirisan yang dilihat Azrul ialah, anak-anak bukan warga Malaysia juga akan mendapat bantuan ini dan yang mungkin dapat untung adalah syarikat-syarikat telekomunikasi. Menurut Azrul peruntukan sebanyak RM530 juta itu sebaik-baiknya disalur ke tabungan biasiswa atau pinjaman pendidikan. Rancangan "Terus Terang" akan disiarkan di TV Selangor pada Jumaat 12 tengahari dengan ulangan pada hari Ahad jam 6 petang. -tvsnews | ||
Ribuan para graduan bangkit menentang Muhyiddin dan BN..!! Posted: 12 Oct 2011 05:33 PM PDT "Guru : Terjamin atau tiada masa depan? BEBERAPA kajian luar negara mendapati faktor pemilihan kerjaya perguruan boleh dikategorikan kepada dua, iaitu intrinsik dan ekstrinsik. Salah satu faktor instrinsik yang dikenal pasti ialah ingin berbakti kepada negara dan bangsa (Chuen et.al. 1999), suasana kerja yang menyeronokkan (Brown 1992) dan untuk memanfaatkan ilmu pengetahuan serta berpeluang melanjutkan pelajaran (Thomas 1984). Mengikut kajian Yong (1994), Chuen et al. (1999) dan Yee (1990) faktor ekstrinsik seperti jaminan kerja, gaji dan prospek masa depan serta peluang kenaikan pangkat ditemui dalam kajian tentang pemilihan kerjaya perguruan di kalangan guru sekolah. Penulis ingin memfokuskan kepada faktor jaminan kerja sebagai antara punca tarikan pelajar lepasan SPM, STPM, matrikulasi, diploma mahupun ijazah untuk menjadikan bidang pendidikan dan profession keguruan sebagai pilihan utama dalam kerjaya. Apabila Kerajaan mengumumkan penghapusan jaminan penempatan guru pelatih dan peralihan kepada 'Sistem Terbuka dalam Latihan Guru' dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), penulis tertanya-tanya di manakah rasionalnya? Sedangkan di antara intipati RMK-10 ialah menjadikan profession keguruan sebagai pilihan utama dalam kalangan siswazah cemerlang. Sekiranya tiada lagi jaminan penempatan guru bagaimana mungkin dasar ini dapat menarik minat golongan sasaran tersebut. Disini penulis ingin lontarkan persoalan yang perlu diperjelaskan secara terperinci oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Apakah dengan mengubah dasar daripada jaminan penempatan guru pelatih kepada sistem terbuka dalam latihan guru ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan daya tarikan keguruan dan meningkatkan kualiti guru baru secara signifikan seperti yang dinyatakan di dalam RMK-10? Bagaimana pula dengan masa depan bakal-bakal guru di seluruh IPTA dan IPTS pada masa akan datang? Kebelakangan ini kedengaran rintihan dan keluhan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di seluruh IPTA dan IPTS negara mengenai masalah penempatan mereka. Persoalan timbul mengenai status sebenar graduan ISMP berikutan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Menteri Pelajaran bahawa penambahan jawatan baru dibekukan bagi mengurangkan defisit negara. "Defisit kita boleh uruskan dan kita telah tunjukkan kita telah dapat kurangkan. Bermakna itu tidak harus jadi satu perkara yang membimbangkan. Tapi ada langkah dibuat untuk mengurangkan (defisit), umpamanya penambahan jawatan baru dibekukan."- Sumber: Malaysiakini Penulis berpendapat tindakan kerajaan membekukan jawatan baru melibatkan juga pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah sehingga 31 Ogos 2011 dan dilanjutkan pula ke 31 Disember 2011 perlu dikaji semula. Ini kerana bilangan guru di sekolah rendah dan menengah sentiasa tidak mencukupi setiap tahun. Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr Zakariah Kasa pernah berkata sememangnya negara kita masih mengalami masalah kekurangan guru walaupun setiap tahun pengambilan pelajar di IPTA atau IPG dilakukan. Menurutnya, pengambilan pelajar dalam bidang perguruan berdasarkan unjuran yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran. "Untuk bakal guru di sekolah menengah, mengikut unjuran kementerian, seramai 4,500 pelajar akan mengisi kekosongan di seluruh IPTA tahun ini."Daripada jumlah itu, UPSI akan menerima 2,500 pelajar dan semuanya akan mengisi kekosongan jawatan guru untuk empat tahun akan datang," katanya. Sumber: Harian Metro Selain itu Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi juga telah mengumumkan penyerapan lebih 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). "Mereka akan dilantik semula mengikut syarat seperti usia tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan sudah berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut sebagai GSTT" Sumber: Berita Harian Tindakan KPM mengutamakan GSTT yang hanya berpengalaman mengajar selama 3 tahun mengisi jawatan kekosongan guru di seluruh negara, pada pandangan penulis adalah kurang tepat sedangkan graduan ISMP yang menuntut ilmu perguruan selama 4 tahun di IPTA dan IPTS diabaikan dan tiada jaminan . Mengikut maklumat terkini KPM bertarikh 15 September 2011, KPM telah melantik semula 6,280 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) manakala seramai 4,433 dikenal pasti tidak memenuhi syarat dan seramai 7,258 orang lagi masih menerima surat perlantikan semula sehingga akhir Julai lalu. Kementerian juga dalam proses untuk menyerap guru GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC). Masalah timbul apabila GSTT diserap melalui KDC. Sekiranya kita rujuk kembali Akta Pendidikan 1996, GSTT diberi kebenaran untuk mengajar di sekolah melalui peruntukan kuasa Ketua Pendaftar. Sila rujuk Bahagian IX Pendaftaran Guru, Bab 2 - Permit Mengajar, di bawah seksyen 114. Pengeluaran permit mengajar. (c) seseorang yang diperlukan untuk bertindak sebagai guru untuk sementara. Apabila GSTT diserap ke jawatan KDC penulis berpendapat bahawa tindakan tersebut menyalahi kuasa Ketua Pendaftar kerana seksyen 114 (c) menyebut secara jelas bahawa pengeluaran permit mengajar hanya untuk sementara. GSTT yang diserap ke jawatan tetap melalui KDC masih belum lagi mempunyai kelayakan untuk mengajar tetapi boleh berdaftar sebagai guru. Ini jelas bercanggah dengan peruntukkan kuasa Ketua Pendaftar yang berhak untuk enggan mendaftarkan seseorang sebagai guru sekiranya tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar atau mempunyai kelayakan yang pada pendapat Ketua Pendaftar tidak mencukupi bagi maksud itu. Sila rujuk Bahagian IX Pendaftaran Guru, Bab 1 Pendaftaran Guru di bawah seksyen 106 (b). Terdapat isu graduan ISMP di IPTS yang tidak diterima permohonan untuk perlantikan guru sektor awam. Sekiranya kita lihat kembali antara intipati Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pendidikan. EPP 4: Mengembangkan Latihan Guru Swasta Unjuran masa kini menunjukkan bahawa institusi awam tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk memenuhi permintaan guru baru setiap tahun. Daripada melabur dengan banyaknya untuk menambah kapasiti di Institut Pendidikan Guru (IPG), NKRA Makmal Kualiti Guru meluluskan liberalisasi pasaran untuk memasukkan pengusaha swasta bagi mempertingkatkan persaingan. Oleh itu, EPP ini telah direka bentuk untuk menyokong pelaksanaan inisiatif ini. Kami akan membenarkan pengusaha swasta menyediakan latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk guru sekolah rendah dan menengah. Pengusaha swasta akan bertanggungjawab untuk menentukan bidang subjek khusus mereka (contohnya, Bahasa Inggeris atau pendidikan khas), dan jenis model perniagaan yang akan digunakan (contohnya, secara bersemuka, e-pembelajaran, model campuran). Bagaimanapun, mereka mesti mematuhi standard kualiti seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan MQA untuk latihan guru dan mesti mencari sumber pelaburan modal dan kakitangan sendiri. Bagi pihak Kementerian Pendidikan, kami akan membuka ruang untuk pelantikan guru sektor awam dari kalangan graduan institusi-institusi ini (IPTS), tidak kira jika mereka ditaja oleh kami ataupun tidak. Di sini secara jelas dasar KPM untuk mengembangkan latihan guru swata dalam NKEA Pendidikan bagi memenuhi permintaan guru baru setiap tahun. Oleh itu isu ini sepatutnya tidak timbul. Kita lihat sistem pendidikan di negara maju seperti Jepun yang berhasil merombak dan memajukan minda masyarakatnya melalui pendidikan dengan mengambil beberapa langkah progresif. Antaranya ialah kerjaya guru diberi perhatian serius oleh Kerajaan Jepun dengan menjamin dan mempercepatkan penempatan bakal-bakal guru bagi mengelakkan masalah kekurangan tenaga pengajar. Rujuk kembali kajian bertajuk The InstitutionS of Education: A Comparative Study of Educational Development in the Six Core Nations by William K. Cummings (2003). Sewajarnya KPM yang diperuntukkan sejumlah dana yang begitu besar untuk sektor pendidikan iaitu RM50.2 bilion melalui Belanjawan Negara 2012 yang lepas, menyelesaikan segera isu penempatan lebih 7,000 graduan ISMP. Penulis percaya isu ini boleh dipercepatkan sekiranya digunakan tidak sampai satu peratus pun daripada dana pendidikan tersebut bagi membiayai kos penempatan bakal guru. Penempatan segera graduan ISMP bukanlah satu pilihan akan tetapi ianya satu keperluan yang mendesak berikutan bebanan tugas guru-guru senior akibat kekurangan guru di seluruh negara Graduan ISMP UPSI | ||
Sultan Kelantan pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-225 Posted: 12 Oct 2011 05:24 PM PDT
KUALA LUMPUR - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini mempengerusikan Mesyuarat ke-225 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini. Baginda diiringi oleh Menteri Besar kelantan, Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Mesyuarat hari pertama itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Seri Bendahara, Raja Tengku Mustaffa Kamel dan Pahang oleh Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Baginda semua diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri masing-masing kecuali Sarawak yang tidak hadir dalam mesyuarat itu. Santapan malam bagi memuliakan Mesyuarat ke-225 Majlis Raja-Raja diadakan di Istana Negara malam ini. | ||
Posted: 12 Oct 2011 05:23 PM PDT KLANG - Malang nasib seorang wanita apabila dia bukan saja gagal menyelamatkan kereta Toyota Altis miliknya daripada dilarikan penyamun malah berakhir dengan nyawanya melayang akibat dilanggar dan digilis oleh penjenayah yang tidak berhati perut dalam kejadian di Jalan Kangar 92, Jalan Kapar di sini kelmarin. Semasa kejadian pada pukul 7.15 malam itu, mangsa Teoh Moy Lay, 52, mati akibat cedera di beberapa bahagian badan selepas dilanggar dan diseret sejauh 54.8 meter. Lebih menyayat hati, kejadian tersebut disaksikan oleh suami dan anak Moy Lay selepas mereka berlari keluar dari rumah sebaik mendengar jeritan mangsa. Mengimbas tragedi itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, polis mengesyaki kedua-dua suspek itu mengekori Moy Lay yang memandu kereta Toyota Altis bernombor pendaftaran BKV 3882 yang bekerja di sebuah syarikat kredit dan kereta terpakai di ibu negara sehingga sampai di hadapan rumah mangsa. Menurut beliau, sampai di rumah mangsa, salah seorang suspek turun dari keretanya sebelum bertindak menaiki kereta mangsa. Ketika itu mangsa baru turun dari keretanya dan enjin tidak dimatikan kerana mahu membuka pintu pagar. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan