pemuda cheh |
Jika Bukan Islam Tolak Hudud, Orang Islam Juga Patut Tolak Undang-Undang Reid Posted: 08 Oct 2011 04:30 AM PDT Apabila MCA, DAP dan Gerakan termasuk UMNO menolak hukum hudud yangmana undang-undang tersebut adalah milik orang Islam yang beriman dengan Allah Rasul, maka sebagai kontranya orang Islam juga boleh menyatakan bahawa kita juga menolak undang-undang yang ditinggalkan oleh penjajah dulu kerana ianya tidak ada mengena dengan kita sebagai orang Islam bahkan tidak ada kena mengena dengan rakyat negara ini. Kita berhak membuat bantahan ke atas undang-undang yang ada sekarang ini kerana ia tidak ada kaitan dengan orang Islam, orang Cina, Orang India dan bangsa lain. Sekiranya Perlembagaan Persekutuan dijadikan sebagai alasan, ayuh! Kita sama-sama sebagai rakyat Malaysia menolak dan meminda semua undang-undang yang ditinggalkan oleh penjajah itu. Apabila ada kalangan orang bukan Islam menolak syariat Allah termasuk hudud dilaksanakan oleh PAS khususnya di Kelantan, ini bermakna mereka ini telah memaksa kita sebagai umat Islam supaya meneripakai undang-undang tinggalan penjajah dahulu. Ini menunjukan ketidakadilan telah berlaku oleh orang bukan Islam terhadap umat Islam dalam negara kita ini. Berasaskan ilmu Tauhid adalah haram atau syirik hukumnya mana-mana umat Islam tunduk dan patuh kepada undang-undang atau hukum-hukum yang selain dari yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul. Dalam hal yang berkaitan dengan aqidah ini, umat Islam wajib bertegas untuk mempertahankan syariat Allah walaupun terpaksa hilang undi, sokongan dan hilang kuasa memerintah. Aqidah lebih penting kerana ianya akan dibawa mati untuk bertemu dengan Allah kelak. Syariat Allah termasuk hudud adalah termasuk dalam bab aqidah, bab tauhid. Tidak boleh dipandang ringan atau tidak boleh berkrompomi dengan mana-mana pihak termasuk dengan UMNO atas alasan rakyat berbilang kaum, belum sesuai atau apa saja alasan. Oleh itu, sekiranya orang bukan Islam benar-benar menghormati kita sebagai umat Islam, maka ubah segera Perlembagaan Negara itu dan jika perlu adakan dua undang-undang dimana satunya untuk orang Islam yang berpandukan Quran dan hadis dan satu lagi dikhaskan untuk orang-orang bukan Islam dalam negara ini. Orang bukan Islam boleh memilih antara satu dari dua undang-undang ini untuk mereka tetapi orang Islam hanya wajib patuh dan taat kepada satu undang-undang sahaja iaitu yang berasaskan syariat Allah sahaja, tidak ada pilihan. Dimanakah keadilan sekiranya orang dipaksakan untuk mengikut undang-undang sivil yang sediada yang tidak ada kena mengena langsung dengan orang Islam dengan tidak dibenarkan untuk melaksanakan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Islam untuk orang Islam tetapi dalam masa yang sama orang bukan Islam boleh pula untuk patuh dengan undang-undang yang sediada yang juga tidak ada mengena dengan agama mereka juga. Mengapa mesti kita patuh dan kekalkan satu undang-undang yang dibuat orang orang lain, bukan rakyat negara ini seolah-olah kita sebagai rakyat tidak punya keupayaan dan kedaulatan sendiri untuk kita melaksanakan undang-undang yang bersesuaian dengan agama kita sendiri dalam negara kita sendiri? Perlembagaan Negara adalah hasil ciptaan dan peninggalan penjajah tetapi mengapa pula kita berhempas pulas dan bermati-matian mempertahankanya? Sehinggakan sanggup menidak dan menolak Quran dan Sunnah sebagai penggantinya? Dimana aqidah kita sebenarnya? Sedangkan kesyirikan jelas berada dalam Perlembagaan itu! "mana-mana undang-undang Islam yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara akan terbatal dengan sendirinya". Wow! Hebatnya penjajah merosakan aqidah kita. Yang kita sehari semalam dirikan solat lima waktu, pergi haji, saban tahun pergi umrah, puasa wajib campur puasa sunat lagi untuk apa jika Perlembagaan yang mengatasi Quran dan Hadis kita sanjung dan pertahankan? Agama apa sebenarnya kita ini? Depan masyarakat kita dengan lantang berkata bahawa undang-undang Allah itu adil tapi dalam masa yang sama kita tolak syariat Allah dan berbangga dengan undang-undang peninggalan si kafir itu. Bukankah syirik namanya itu? Orang Islam yang bertaqwa, mana boleh berpegang kepada dua undang-undang kerana Allah itu satu dan kepada syariat Allah sajalah yang wajib kita patuh dan mesti kita laksanakan. Oleh itu, dalam konteks negara kita sekarang ini, umat Islam hanya boleh berharap kepada PAS sahaja untuk melihat syariat Allah dilaksanakan. Mana-mana umat Islam yang menentang PAS untuk melaksanakan tuntutan ini, maka mereka samalah dengan MCA, DAP, UMNO dan Gerakan itu. Janganlah mendabik dada dengan masjid yang indah dan banyak, pusat tahfiz yang bertaburan, bagi lembu berpuluh ekor untuk qurban, musabaqoh al Quran yang dihadiri oleh peserta dari umat Islam di serata dunia dan sebagainya sekiranya dalam masa yang sama syariat Allah kita tolak, Sunnah Nabi kita pertikaikan. Ingatlah, kewajipan melaksanakan syariat Allah adalah berkait dengan soal aqidah. Wallahualam. |
Posted: 07 Oct 2011 04:27 PM PDT Ada desas-desus yang mengatakan pada hari Isnin, 10 Oktober nanti, Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya akan diumumkan. Langkah itu mengekori pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Najib Razak, perancangan perbelanjaan yang dikatakan ramai dicipta untuk menarik kembali undi kepada BN. Dan sudah pasti, untuk mengesahkan mandat rakyat ke atas dirinya untuk meneruskan jawatannya sebagai Perdana Menteri keenam itu. Secara jujurnya, permainan teka-teki waktu pilihanraya umum ke-13 ini sudah menjadi hangat semenjak permulaan tahun ini lagi. Ramai yang meneka Mac, Julai, November dan juga Mac 2012. Tetapi walaupun tekaan yang tepat itu mungkin pada Mac tahun depan, masih ada kemungkinan besar yang Najib akan mengorak langkahnya itu pada bulan depan. Jika begitu, maka beliau 'haruslah' membubarkan Parlimen pada hari Isnin. Sudah tentu beliau boleh lakukannya selepas pembentangan belanjawan petang ini, ataupun pada hujung minggu, tetapi ramai ahli-ahli politik berkata ia akan berlaku pada hari Isnin, sekiranya PRU-13 jatuh pada November. Kenapa Isnin? Alasannya mudah, sekiranya Najib tidak membubarkan Parlimen menjelang Isnin, Belanjawan 2012 haruslah dibahas pada Isnin itu juga, yang akan membazirkan waktu kerana pilihanraya hanya sebulan sahaja lagi. Kedua, kenapa beri peluang untuk pihak pembangkang untuk mengacau rencana besarnya itu yang sudah pasti akan dipuji-puji di media semasa, radio dan televisi, yang semuanya dikawal kerajaan. Ya, langkah itu membenarkan BN untuk melontarkan 'imbuhan' sementara meninggalkan Pakatan Rakyat terkontang-kanting mencari area perdebatan. Ia adalah jalan pintas untuk mendiamkan rakyat. Dan apabila Belanjawan itu dibentang semula, sekiranya BN menang, Najib masih boleh mencari jalan untuk perlahan-lahan mengelak daripada mengotakan janjinya. Dua kem Di dalam UMNO, jelas kelihatan adanya pertembungan di antara dua pihak yang tidak dapat dinafikan lagi oleh penyokong tegarnya pun. Kem Najib mahukan pilihanraya awal sebelum perjumpaan tahunan parti itu pada Disember untuk mengelakkan daripada dipaksa mengumum rencana pertukaran kuasa kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin. Jelaslah Muhyiddin, dan lebih-lebih lagi Mahathir Mohamad, bekas pemimpin yang masih berpengaruh itu, mahukan PRU-13 berlaku pada tahun hadapan. Mereka bimbang skanda-skandal Najib akan melemahkan peluang BN untuk menang dan mahu untuk bertanding dalam PRU-13 dengan persoalan kepimpinan sudah selesai, suaya rakyat akan merasa selesa untuk kembali mengundi BN. Ya, PRU-13 amatlah bergantung kepada perjumpaan agung UMNO yang akan datang. Terdapat banyak tanda-tanda peperangan dan perebutan kuasa sedang berlaku dan keributan untuk majlis tertinggi UMNO mencalonkan pengganti pucuk kepimpinan. Samalah seperti apa yang dilalui Abdullah Badawi pada tahun 2008. Inilah rasional yang dibangkitkan oleh mereka yang meramalkan PRU-13 akan berlangsung pada bulan November. Mereka meneka Najib akan mencantas pergolakan dalam UMNO dengan mendapatkan mandat rakyat, dan sekiranya dia berjaya mengekalkan status quo atau malah berjaya merampas semula Selangor daripada genggaman Pakatan, maka dia telah memastikan kedudukannya untuk satu terma lagi. Dan dalam terma keduanya, Najib dan isterinya Rosmah Mansor tidak akan bermain-main lagi. Dan ini adalah sesuatu yang Mahathir dan Muhyiddin harus beri perhatian. Faktor Anwar Terdapat juga isu Anwar Ibrahim, yang pada waktu ini terjebak dengan tuduhan Liwat II. Perbicaraan sedang berlangsung dan sekiranya pilihanraya berlaku sekarang, adalah sukar untuk Anwar berkempen bermati-matian. Ini adalah mata tambahan untuk Najib, di mana dia berhasrat untuk menyingkirkan Anwar daripada dunia politik dan meraih sokongan ketua-ketua UMNO yang tidak mahu Pakatan Rakyat berlegar-legar lagi mengganggu urusniaga mereka. Membubarkan Parlimen sejurus selepas Belanjawan dibentangkan juga boleh dilihat sebagai langkah untuk manyelesaikan perkara. Terpengaruh oleh hubungan awamnya yang positif dan selesa dengan delusi yang rakyat di luar kota akan tetap mengundi BN, Najib kelihatan akan mengorak langkah pada bulan November. Mahathir masih 'tulang belakang' Walau bagaimanapun, dengan mengamati tanda-tanda terkini yang semakin jelas selepas Pakatan Rakyat melancarkan Belanjawan Bayangan 2012 Prosperity For All, kemungkinan untuk berlangsungnya PRU pada tahun ini semakin nipis. Dengan insiden Bukit Kepong dan isu hudud yang makan tuan, sebagai mana taktik licik itu terbaca oleh rakyat Malaysia, lebih berkemingkinan untuk Najib mengalah kepada Mahathir. Walau demikian sekali pun, untuk pengesahan dan sehinggalah Najib sendiri menafikan PRU-13 akan berlaku tahun ini, seluruh perhatian akan diberikan kepada Najib selepas dia membentangkan Belanjawan 2012 hari ini. Sekiranya dia berdiam diri, maka Isnin lah yang akan menjadi hari keputusan bilakah PRU-13 akan berlangsung. Sudah pasti, ini akan membawa kepada teka-teki 2012, dan sebenarnya, PRU-13 tidak semestinya berlaku pada Mac/April 2012! |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan