Anak Sungai Derhaka |
- Jika Kerajaan ada duit kenapa perlu berhutang hingga mencecah RM437 Billion?
- Mansuh yuran sekolah bukan pertama kali
- Zahid Hamidi akui Najib cedok Belanjawan Pakatan Rakyat?
- Tarikh akhir Parlimen bubar 24 April 2013
- Najib cedok bajet Pakatan Rakyat (Video Inside)
- Isteri dalam pantang, bapa liwat bayi 23 hari
- Berita yang tak akan disiarkan Utusan Malaysia..
- Apahal Rosmah turut serta dalam Perjumpaan Tertutup Kementerian Kewangan ni?
Jika Kerajaan ada duit kenapa perlu berhutang hingga mencecah RM437 Billion? Posted: 08 Oct 2011 09:24 AM PDT Dalam Buletin Utama yang disiarkan oleh TV3 tadi, ketika ditanya sama ada kerajaan mampu melaksanakan Bajet 2012 selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kundang dengan angkuhnya Najib menjawab "Kalau tak ada duit tak kan saya berani bentang semalam. Saya akan melakukan satu perbuatan membunuh diri dari segi politik kalau saya buat, saya bentang satu bajet yang tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan," Najib kata Kerajaan ada duit untuk melaksanakan budgetnya yang berjumlah RM232.8 Billion itu.. tapi dalam masa yang sama juga Bank Negara telah melaporkan hutang negara telah mencecah RM437 Billion. Timbul persoalan disini.. Jika kerajaan yang ada sekarang ada duit kenapa perlu berhutang sehingga mencecah RM437 Billion? Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah mencecah RM437 bilion. Jika unjuran KDNK bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5%, maka kadar keberhutangan negara telah mencecah 53% dari KDNK negara. Pada tahun 2007, kadar ini hanyalah 42% dari KDNK negara. PM: 'Jika tak ada duit tak akan saya berani' bawa bajet RM232b October 08, 2011 RAWANG, 8 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sememangnya mampu termasuk daripada segi kewangan untuk melaksanakan Bajet 2012 yang dibentangkan semalam. "Kalau tak ada duit tak kan saya berani bentang semalam. Saya akan melakukan satu perbuatan membunuh diri dari segi politik kalau saya buat, saya bentang satu bajet yang tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan," katanya ketika ditanya sama ada kerajaan mampu melaksanakan Bajet 2012. Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan bajet dengan dana RM232.8 bilion. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kundang dan melawat cadangan jalan pintas menghubungkan Kampung Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri Rawang di sini hari ini. Dipetik Bernama Online, katanya, kerajaan memang berkemampuan dan rakyat hanya perlu menunggu pelaksanaannya. Mengenai Belanjawan Bayangan Pakatan Rakyat RM220 bilion yang berbeza hanya kira-kira RM10 bilion dengan Belanjawan Kerajaan RM232.8 bilion, Najib berkata, soalan mengapa nampaknya nilai belanjawan pembangkang dengan kerajaan semacam hampir sama hendaklah diajukan kepada pembangkang. "Itu kena tanya dia sebab bajet kita ni cara telus orang tahu, orang tahu bajet kita, barangkali dia tahu bajet kita. Jadi apa yang kita buat dalam lingkungan kemampuan kita dan kemampuan kita pun, kita telah bagi tahu daripada segi apa kita mampu lakukan," katanya. Mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa pengumuman beliau untuk mengkaji dan menaikkan elaun dan kemudahan anggota Parlimen jika disetujui kedua-dua pihak, tidak disokong oleh anggota pembangkang, seperti yang dilaporkan oleh laman Malaysiakini. Najib berkata beliau difahamkan anggota-anggota Parlimen pembangkang mahukan kajian semula elaun mereka dan beliau hairan Ketua Pembangkang berkata sebaliknya. Mengenai dakwaan Ketua Pembangkang bahawa belanjawan negara yang dibentangkan semalam tidak realistik, Najib berkata Belanjawan Negara dibuat berdasarkan fakta yang amat diketahui oleh kerajaan dan melibatkan banyak pihak termasuk pegawai-pegawai daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi (EPU). "Jadi tidak mungkin mereka ini tidak mengetahui apa yang patut dibentangkan daripada segi fakta untuk keputusan Perdana Menteri dan kerajaan," katanya. Jadi apa pun yang penting sekali ialah pelaksanaannya dan apabila pelaksanaannya nanti berkesan segalanya akan terjawab dengan sendirinya, kata beliau. "Kalau dikatakan tidak realistik maknanya kita tidak mungkin memenuhi janji-janji kita seperti terkandung dalam Belanjawan 2012 sebaliknya saya nak tahu apa yang dia akan kata kalau kita dapat melaksanakannya. Itu akan menjawab segalanya," kata Perdana Menteri. Mengenai reaksi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahawa kurang berita gembira untuk pekerja swasta berbanding kerajaan dalam belanjawan kali ini, beliau berkata faedah untuk kakitangan swasta bergantung kepada rundingan mereka dengan majikan masing-masing. "Kita tak boleh mengarahkan pihak swasta tapi kita harap melalui rundingan terutama sekali bila kita telah wujudkan mekanisme untuk menentukan gaji minimum mereka boleh menimbangkan gaji minimum yang munasabah bagi setiap sektor pekerjaan," katanya. Mengenai perkembangan jentera Barisan Nasional (BN) Selangor selepas konvensyennya dua minggu lepas, Najib berkata jentera BN semakin bersemangat dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 semakin bertampah rapi tetapi mereka perlu berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada BN. Sebelum itu semasa berucap di Majlis Mesra Rakyat, beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan membina satu jalan pintas menghubungkan Kampung Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri Rawang sejauh 3.2 km dengan kos RM4.2 juta. Beliau berkata jalan ini akan memberikan manfaat kepada 10,000 penduduk sekitar apabila masa perjalanan dapat disingkatkan kepada lima minit berbanding dengan 30 minit jika mengikut jalan lama sejauh 20 km. Najib juga berkata pihaknya akan berbincang dengan syarikat yang mengendalikan Lebuh Raya Latar yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Kuala Selangor supaya dapat menyediakan satu jalan keluar dari lebuh raya itu ke Kundang. Beliau dimaklumkan pada masa ini hanya terdapat jalan masuk dari Kundang ke lebuh raya itu dan beliau berharap syarikat yang mengendalikan lebuh raya tersebut akan bersetuju dengan pembinaan jalan keluar ke Kundang dari Lebuh Raya Latar. The Malaysian Insider |
Mansuh yuran sekolah bukan pertama kali Posted: 08 Oct 2011 05:54 AM PDT PETALING JAYA: Pemansuhan yuran pendidikan sekolah rendah dan menengah yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012 bukanlah yang pertama kalinya dalam sejarah kerana perkara itu pernah dimumkan empat tahun lalu. Mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah mengumumkan perkara yang sama semasa pembentangan Bajet 2008 dalam usaha menawarkan rakyat pendidikan 100 peratus percuma. Selain itu, Abdullah pada September 2007 dalam Parlimen turut mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), susulan selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dimansuhkan pada tahun sebelumnya. Namun penghapusan yuran itu tidak sepenuhnya apabila kerajaan kemudiannya mengesahkan pelajar tetap perlu membayar sebanyak RM4.50 bagi sekolah rendah dan RM9 (sekolah menengah) setahun, manakala yuran lain tidak berubah. Malah sebaliknya 'yuran tambahan' dan 'sumbangan' diperkenalkan dengan bayaran antara RM23.50 sehingga RM55.50 setahun, bergantung kepada jenis sekolah seperti yang ditetapkan dalam garis panduan Kementerian Pelajaran. Najib dalam pembentangan Bajet 2012 petang tadi mengumumkan pemansuhan yuran tahunan kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful bagi pelajar sekolah rendah (RM24.50) dan sekolah menengah (RM33.50). "Buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah disekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta," katanya yang mendapat tepukan gemuruh oleh ahli Parlimen lain dalam Dewan Rakyat. Selain itu, Najib turut mengumumkan bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 yang berpendapatan rendah dan sederhana. Peruntukan sebanyak RM530 juta itu membabitkan kira-kira 5.3 juta pelajar seluruh negara dan akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN). Penyunting novel Rusidah Salim, 41, berkata pemansuhan yuran pendidikan itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kerana ibu bapa masih menanggung beban kos lain-lain yuran termasuk yuran kelas dan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mencecah sehingga RM80 seorang. Katanya, mengambil kira peningkatan lain-lain kos yang semakin meningkat termasuk buku latihan beliau terpaksa memperuntukkan sehingga RM400 seorang. "Biasanya perbelanjaan awal persekolahan mencecah sehingga RM4,000 untuk anak-anak tidak termasuk perbelanjaan untuk pakaian dan peralatan sekolah," kata ibu kepada lima anak yang masih bersekolah kepada FMT. Masih kabur Sementara itu, Naib Pengerusi PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta berkata bantuan RM100 itu masih kabur kerana tidak dijelaskan secara terperinci sama ada ia diberikan secara tahunan, bulanan, atau sebaliknya. Namun katanya, ia masih menjadi langkah terpuji kerana kerajaan sebelum ini tidak pernah menawarkan apa-apa bantuan dalam bentuk kewangan selain daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT), susu tambahan, suntikan vaksin percuma, dan lain-lain bantuan. "Ini pastinya dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan," katanya kepada FMT. Beliau bagaimanapun berharap agar pemansuhan yuran itu juga dapat dilaksanakan dengan adil terhadap pelajar kurang mampu yang mendapat pendidikan disekolah bantuan modal apabila masih mengharapkan sumbangan orang ramai melalui Lembaga Gereja. |
Zahid Hamidi akui Najib cedok Belanjawan Pakatan Rakyat? Posted: 08 Oct 2011 03:02 AM PDT Antara yang dicedok dari Belanjawan Pakatan Rakyat ialah pemberian insentif kepada wanita RM500 yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan bantuan pendidikan kepada anak sekolah rendah dan menengah. Itupun secara kebetulan kata Zahid Hamidi.. Betullah tu.. secara kebetulan.. seperti juga 1Malaysia dikatakan sebagai idea Najib yang secara kebetulan kononnya menyamai 1Israel padahal penasihat datang dari Israel.. Bajet 2012: Hanya dua perkara menyerupai Buku Jingga KOTA BHARU 8 Okt. — Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada beratus-ratus insentif untuk rakyat dalam Belanjawan 2012 dibentangkan semalam, hanya dua perkara sahaja yang kebetulan menyamai belanjawan Buku Jingga pembangkang. Beliau berkata, perkara itu adalah pemberian insentif kepada wanita RM500 yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan bantuan pendidikan kepada anak sekolah rendah dan menengah. Katanya, secara keseluruhan belanjawan tahun depan adalah lebih holistik untuk rakyat yang lebih berpijak di bumi nyata berbanding cadangan belanjawan pembangkang dalam Buku Jingga. "Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lebih praktikal berbanding Buku Jingga pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Taklimat Perdana, di Terminal Agrobisnes Negara (Teman) dekat sini, hari ini. — Bernama |
Tarikh akhir Parlimen bubar 24 April 2013 Posted: 07 Oct 2011 10:47 PM PDT Sebelum itu.. sikit info untuk dikongsi bersama.. Ada pihak telah memberitahu bahawa Petugas-petugas SPR telah mula melawat Sekolah-sekolah yang akan digunakan sebagai Pusat mengundi mulai minggu lepas. Pihak Sekolah juga telah diarahkan untuk mengadakan peperiksaan akhir tahun lebih cepat dari biasa. Tarikh pengambilan sukarelawan SPR telah ditutup akhir Oktober lalu.. yang ni aku cuma tahu pengambilan telah ditutup, aku tak tahu bila ia dibuka.. pasal keutamaan deberikan kepada Penyokong BN... Tarikh akhir Parlimen bubar 24 April 2013 KOTA BARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013. Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh tersebut secara automatik kerana tempoh yang diberikan mandat oleh rakyat telah berakhir. "Tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Bagaimanapun sekiranya sehingga 24 April 2013, Parlimen masih tidak dibubarkan, maka secara automatiknya parlimen terbubar," katanya ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Kelantan di Terminal Agrobisnes Negara (TEMAN) dekat sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Seramai 15,000 kakitangan awam dan rakyat Kelantan hadir pada program itu. Dakwat kekal Jelasnya, selepas tempoh itu berakhir, SPR akan mengambil alih untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-13 dalam tempoh 60 hari. Sementara itu mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal, beliau berkata SPR kini masih mengkaji kebaikan dan keburukan penggunaan bahan itu termasuk menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. "SPR masih kaji benda ini (penggunaan dakwat kekal), kalau Majlis Fatwa kata ia telus air dan tiada unsur haram iaitu memudaratkan contohnya memedihkan mata atau menyebabkan batuk, maka dakwat itu boleh digunakan. "Bagaimanapun sekiranya kajian mengatakan ia haram sehingga tak telus air untuk berwuduk, maka kita akan mengambil keputusan untuk tidak melaksanakannya," katanya. Selain itu beliau menegaskan SPR tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan pengundi dari satu Parlimen ke Parlimen lain sebagaimana yang didakwa pembangkang. Bahkan katanya SPR tidak pernah diberikan hak dalam undang-undang negara untuk melaksanakan proses pemindahan itu melainkan dengan permohonan daripada pemilih itu sendiri. -Bernama |
Najib cedok bajet Pakatan Rakyat (Video Inside) Posted: 07 Oct 2011 09:59 PM PDT PETALING JAYA: Pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa sebahagian kandungan bajet 2012 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak diambil dari buku jingga dan dokumen negara berkebajikan. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, sebanyak 30 peratus bajet itu diambil dari Pakatan Rakyat – buku jingga dan dokumen negara berkebajikan milik PAS. "Terutama dalam bantuan kepada nelayan dan petani, yang memang terdapat dalam bajet Pakatan Rakyat. Saya tidak terkejut dengan bajet itu. "Bajet Pakatan Rakyat telah diambil oleh Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi malam tadi. Najib membentangkan bajet 2012 di bangunan Parlimen petang semalam dengan kos RM232 bilion. Bajet pilihan raya Sementara itu, TVS melaporkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengakui bajet 2012 dicedok dari bajet Pakatan Rakyat. Menurut Anwar mencedok idea Pakatan Rakyat itu boleh, tetapi jangan dicedok dengan penyelewengan, rasuah dan ketirisan yang berterusan. Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen selepas pembentangan bajet. Pengarah Strategi PKR, menyifatkan bajet Najib itu adalah bajet pilihan raya. Bagaimanapun, beliau mempersoalkan dari mana wang semua itu diperolehi - Free Malaysia Today |
Isteri dalam pantang, bapa liwat bayi 23 hari Posted: 07 Oct 2011 08:12 PM PDT Apa nak jadi ni?? KUALA LUMPUR, 8 Okt — Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin. Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil. Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah. Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya. "Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera. "Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik," katanya. Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang. "Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang," katanya lagi. Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak. Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari. Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan. The Malaysian Insider |
Berita yang tak akan disiarkan Utusan Malaysia.. Posted: 07 Oct 2011 10:54 AM PDT Dua atau tiga hari ini aku tercari-cari akan berita atau laporan dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang akan kes saman Guan Eng terhadap Lidah Rasmi UMNO.. Sekitar 20 Disember tahun lalu Lidah Rasmi UMNO telah menyiarkan satu artikel yang bertajuk "kebiadaban Guan Eng". Berikut adalah sebahagian dari artikel tersebut.. JIKA ucapan Lim Guan Eng di Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Kepala Batas, semalam diambil kira, Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh marahkan sesiapa kalau beliau dianggap bersikap rasis dan menentang apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu. Tindakan biadab beliau yang menuduh pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar dengan tafsiran akhbar ini mengamalkan ekstremisme sudah menunjukkan siapa Guan Eng. Tidak cukup dengan itu Guan Eng juga menyerang Barisan Nasional (BN) dengan tuduhan yang sama dengan mendakwa BN hanya tahu memperalatkan 3R iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja.– sepenuhnya sila baca di bawah Lantaran itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah memfailkan saman kepada Utusan Melayu (M) Bhd kerana memfitnahnya melalui sebuah artikel bertajuk "kebiadaban Guan Eng" yang disiarkan di akhbar tersebut pada 20 Disember tahun lalu. Menurut laporan The Sun dalam perbicaraan yang sedang berlangsung itu dua saksi telah mendedahkan bahawa tiada sebarang dana dari aktiviti perjudian telah digunakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk membiayai Program Penghargaan Warga Emas dan program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang. Phee Boon Poh. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Kesihatan,.Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar mengatakan tidak ada satu sen pun dari RM2Juta sumbangan 'Penang Turf Club' digunakan untuk program tersebut. Manakala keterangan dari penolong pegawai tadbir dari jabatan kewangan negeri pula mengatakan sehingga 30 September tahun ini RM2Juta dari 'Turf Club itu tidak disentuh.. Dan kenyataan dari mereka berdua didalam Mahkamah tinggi itu membuktikan Blogger-blogger Pro UMNO telah menyebar fitnah dengan mengatakan sumber dana bagi program tersebut datangnya dari duit judi.. Lidah Rasmi UMNO menyebarkan fitnah Blogger-Blogger UMNO itu.. Ada yang bertanya kenapa Guan Eng tak saman Blogger-Blogger Pro UMNO tu? Jawabnya ialah kalau Guan Eng saman Blogger-Blogger Pro UMNO tu berapa juta diorang boleh bayar?? Artikel yang bakal menyebabkan Lidah Rasmi UMNO rugi berjuta lagi.. Kebiadaban Guan Eng! JIKA ucapan Lim Guan Eng di Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Kepala Batas, semalam diambil kira, Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh marahkan sesiapa kalau beliau dianggap bersikap rasis dan menentang apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu. Tindakan biadab beliau yang menuduh pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar dengan tafsiran akhbar ini mengamalkan ekstremisme sudah menunjukkan siapa Guan Eng. Tidak cukup dengan itu Guan Eng juga menyerang Barisan Nasional (BN) dengan tuduhan yang sama dengan mendakwa BN hanya tahu memperalatkan 3R iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja. Gambaran yang cuba diberikan oleh Guan Eng secara tersirat ialah apa sahaja perjuangan yang berkaitan dengan Melayu tidak harus dibiarkan dan harus ditentang oleh pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. Kedua-dua parti berkenaan sememangnya diketuai oleh orang Melayu tetapi apabila Guan Eng menyerang orang Melayu dan institusi Melayu mereka hanya menyokong. Persoalannya baik sangatkah insan bernama Guan Eng ini yang baru sepenggal memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang? Jawatan itu disandangnya selepas DAP menguasai kerusi majoriti di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang sudah tentunya sedikit sebanyak datang daripada sokongan pengundi Melayu. Tetapi apa orang Melayu Pulau Pinang dapat apabila Guan Eng yang kononnya menggambarkan dirinya sebagai rakyat Malaysia tulen dan ingin mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz memerintah? Orang Melayu tidak mendapat apa-apa malahan ditindas, satu demi satu satu perkampungan mereka dilenyapkan di bumi Pulau Pinang atas nama pembangunan. Perarakan Maulidur Nabi pula dihalang dan peniaga Melayu dicegah berniaga di Komtar di bulan Ramadan, apakah ini pemimpin yang tidak rasis dan mengutamakan semua kaum? Dalam hujahnya, Guan Eng mendakwa BN mengamalkan diskriminasi kaum, menganiayai orang lain serta merendahkan martabat orang lain juga boleh dianggap rakyat 'Malaysia celup'. Tetapi apakah Guan Eng, rakyat Malaysia tulen apabila mengusir penduduk kaum India di Kampung Buah Pala dan menghalau penduduk Melayu di Kampung Genting semata-mata untuk membina sebuah cawangan universiti. Adil sangatkah Guan Eng apabila membuat fitnah kepada seorang pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus dengan menuduh pegawai itu lidah biawak, tidak kompeten, tidak profesional. Hakikatnya, serangan terbaru Guan Eng kepada orang Melayu dan institusi Melayu adalah langkah terdesak beliau selepas berasa tertekan kerana pendedahan bertubi-tubi oleh media arus Perdana Menteri terutamanya Utusan Malaysia terhadap kepincangan dan betapa rasisnya pemerintahan beliau di Pulau Pinang. Tetapi Guan Eng tidak mahu mengaku semua itu, sebaliknya menganggap apa sahaja yang didedahkan adalah usaha terancang bagi menjatuhkan kerajaan negeri pimpinannya. Guan Eng sengaja ingin mengabui mata rakyat kononnya Utusan Malaysia akhbar yang ekstrem dan BN hanya tahu memperalatkan agama, bangsa dan raja. Beliau sebenarnya sudah tidak mampu lagi mengepung kelemahan kepimpinannya dan sekali gus membuktikan sama ada beliau, DAP mahu pun pakatan pembangkang tidaklah sebaik mana. Tindakan beliau menganggap BN memperalatkan agama, bangsa dan raja boleh disifatkan satu perbuatan biadab. Ia kerana tindakan itu menggambarkan seolah-olah raja-raja Melayu boleh diperbodohkan sehingga dapat diperalatkan oleh BN. Kalaulah BN mengamalkan rasis sudah lama negara ini akan kacau-bilau kerana di dalam BN terdapat komponen pelbagai parti yang mewakili pelbagai kaum. Guan Eng sebenarnya ingin menyerang UMNO dalam soal itu tetapi sengaja bersandiwara dengan menyebut BN. Bagi Guan Eng selagi UMNO wujud dan Utusan Malaysia masih ada maka selagi itulah agenda tersirat DAP untuk mengugat apa sahaja yang berkaitan dengan orang Melayu akan terhalang. Oleh itu Guan Eng menggunakan hujah berlapik dengan meminta rakyat menolak BN dengan memberikan alasan-alasan tersebut. Memang benar dalam pakatan pembangkang ada PKR dan Pas yang diterajui oleh orang Melayu tetapi mereka hanya pak turut dan sanggup menggadaikan segala-gala demi meraih kuasa politik. Tidak semua orang Melayu boleh diperbodohkan oleh permainan licik politik DAP yang sampai kiamat pun tetap dianggap sebuah parti cauvinis! Ini hakikat yang harus diterima oleh Guan Eng. Beliau jangan terlalu bangga dan taksub untuk beranggapan bahawa kepimpinannya paling sempurna dan pakatan pembangkang paling baik. Pendedahan demi pendedahan berhubung kepincangan memimpin Pulau Pinang dan tindak-tanduknya sebagai ahli politik sudah memaparkan bahawa anak kepada Lim Kit Siang ini bagaikan kaduk naik junjung, baru memerintah sebuah negeri sudah mahu mengamalkan sikap 'beraja di mata bersultan di hati.' Seharusnya kebiadaban terbaru Guan Eng membuat dakwaan yang tidak berasas yang secara tersiratnya menyindir kemuliaan institusi Melayu perlu menyedarkan orang Melayu siapa sebenarnya Guan Eng dan apa mainan politik sebenar DAP jika mereka memperolehi kuasa memerintah negara ini. Buat masa ini, orang Melayu tidak harus bergantung harap kepada pemimpin Melayu di dalam PKR mahupun Pas, sudah jelas mereka sendiri pun tidak berani hendak menegur keceluparan DAP dan Guan Eng. Sebab itulah Guan Eng mahupun DAP tanpa segan silu atau rasa bersalah menyerang institusi Melayu dan melakukan tindakan menyinggung orang Melayu. Bagi Guan Eng, beliau amat memahami pemimpin Melayu di dalam kedua-dua parti itu tidak akan menyanggah apa juga yang beliau kata. Semua ini boleh dianggap satu petaka kepada orang Melayu di Pulau Pinang yang boleh dianggap sudah terpedaya dengan janji- janji manis Gua Eng ketika kempen pilihan raya umum lalu. Orang Melayu perlu sedar bahawa masanya sudah tiba untuk mereka menolak DAP secara total. Kebiadapan dan penghinaan yang dilakukan oleh Guan Eng tidak harus dibiarkan kerana ia sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dimaafkan atas apa alasan sekali pun. Oleh ZULKIFLEE BAKAR |
Apahal Rosmah turut serta dalam Perjumpaan Tertutup Kementerian Kewangan ni? Posted: 07 Oct 2011 09:12 AM PDT Ada laporan berita mengatakan semalam Najib semasa meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, Najib telah mengadakan perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan kementerian. Turut serta, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Timbul persoalan disini.. Kenapakah Rosmah Mansor turut menyibuk dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan kementerian Kewangan itu? Adakah belanjawan 2012 yang telah dibentangkan oleh Najib perlu mendapat kelulusan darinya terlebih dahulu? Adakah beliau Perdana Menteri? sedangkan setahu aku beliau hanyalah Isteri Perdana Manteri yang tidak ada kena mengena dengan Kementerian Kewangan.. Najib tinjau persiapan akhir Belanjawan 2012 2011/10/06 PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meluangkan masa meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan di sini malam ini. Dalam lawatan selama kira-kira sejam itu, beliau yang juga Menteri Kewangan turut beramah mesra dengan kakitangan kementerian yang terbabit dalam penyediaan laporan tersebut, selain mengadakan perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan kementerian. Turut serta, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Bertemakan "Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara", Belanjawan 2012 dijadual dibentangkan oleh beliau di Parlimen pada 4 petang esok. Ia disifatkan Perdana Menteri sebagai satu belanjawan transformasi untuk semua rakyat Malaysia, selaras dengan prinsip 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan