Sabtu, 29 Oktober 2011

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Lapuran Audit: Pakatan buktikan kemampuan mengurus kewangan

Posted: 29 Oct 2011 07:10 PM PDT

Kerajaan dibawah pentadbiran BN

Hutang negara telah meningkat kepada RM407 bilion. Peningkatan hutang negara ini ialah sebanyak 12 peratus sementara hutang asing meningkat sebanyak 22 peratus. Kita masih belum melihat sistem penyelesaian yang berkesan dan kepemerintahan yang baik di dalam negara. Apabila wang cukai digunakan tanpa tanggungjawab yang tinggi, kerajaan yang memerintah perlu memberi jawapan kepada pemilih. Hampir setiap tahun kita terdengan laporan-laporan kes penyelewengan dana awam oleh kementerian dan jabatan kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertauliah. Ironisnya, tiada pula tindakan tegas telah diambil terhadap pelaku kesalahan ini.

54 tahun berkuasa

Meskipun telah berkuasa lebih dari lima dekad, laporan Tahunan 2010 Audit Negara yang lambat 17 hari, telah menunjukkan banyak kes-kes bagaimana wang awam telah dibazir dan tidak diuruskan secara berjimat cermat oleh badan-badan yang dipertanggungjawabkan. Pengurusan kewangan telah mengenal pasti kepincangan dan ketirisan yang mengakibatkan kerugian wang negara yang amat membimbangkan.

Laporan itu juga menunjukkan kegagalan kes-kes ini ialah kerana pemberian kontrek tanpa tender terbuka di mana sejumlah wang telah bertukar tangan bagi mendapatkan keuntungan yang lebih. Harga kontrek yang ditawarkan sentiasa saja terlalu tinggi dan tidak berdaya saing dan proses pemberian kontrek sering saja tidak telus, yang biasanya akan mengurangkan nilai dagangan ringgit. Di dalam pelbagai lagi kes-kes penyelewengan, proses pembayaran –walaupun dengan penyerahan tender – menampakkan harga barangan yang dilampirkan meningkat berkali-kali ganda dari harga biasa di pasaran. Namun, perjanjian tetap diteruskan selepas melalui beberapa selok-belok misteri. Banyak kes-kes seperti ini telah mengakibatkan penyalahgunaan dana yang diberikan kepada kementerian yang terlibat. Antara kepincangan dalam sistem penghantaran hasil melibatkan jumlah pembayaran yang besar kepada mereka-mereka yang tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam perniagaan yang berkaitan.

Mana wang yang dijanjikan untuk petani?

Golongan yang memilih ingin tahu – seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Audit Negara – apa yang terjadi dengan wang berjumlah RM110.67 juta yang dijanjikan kepada 73,291 orang petani di dalam skim khas meningkat jumlah pengeluaran beras negara. Menteri Pertanian dan Industri berasaskan Tani dilaporkan masih berhutang sebanyak RM110 juta berbentuk insentif kepada para petani yang berjaya meningkatkan hasil beras mereka.

Menurut laporanlagi, para petani dikatakan layak menerima RM341.29 juta antara bulan Januari 2007 dan Januari 2010. Syarikat Bernas (PadiBeras Nasional Berhad), yang menguasai 24 peratus pasaran beras dan 45 peratus permintaan beras tempatan, hanya mampu membayar insentif sebanyak RM230.62 juta pada akhir 2010. Alasan yang tilaporkan di Laporan itu ialah 'kekurangan dana bantuan'. Para pemilih, bagaimanapun, mahu tahu kemana perginya dana awam bernilai RM110 juta itu?

Pengurusan leah dan tidak bertauliah

Projek Valley daging-lembu kerajaan yang bernilai RM73.64 yang melibatkan 5,000 ekar tanah perladangan di Gemas – tidak menampakkan hasil. Pusat Fidlot Nasional (National Feedlot Center) merupakan usaha-sama antara Negeri Sembilan dan kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri berasaskan Tani untuk mengkomersialkan produk daging tempatan dan mengurangkan kebergantungan import daging itu.

Tanah perladangan itu sekarang sudah dipenuhi semak samun. Ada kemungkinan projek itu dikendalikan oleh orang yang tidak mengetahui langsung tentang industri penternakan lembu. Laporan Audit Negara juga menunjukkan NFC yang ditubuhkan pada 2008 gagal menepati sasaran 8,000 ekor lembu ternakan setahun. Laporan menunjukkan hanya 41.1% (3,289) berjaya dihasilkan. Pengurusan yang lemah turut dikatakan tentang kenapa projek ini gagal selain kegagalan mengendali perusahaan dengan baik. Para pemilih mahu tahu kenapa dan siapa orang yang tidak bertauliah yang menguruskan projek ini, kerana ia melibatkan dana awam yang besar.

Begitu juga dengan Jabatan Perkhidmatan Awam yang turut dicatatkan di dalam Laporan Audit Negara itu. Lebih dari RM4.5 juta telah dibayar kepada pesara – kepada yang masih hidup dan juga yang telah mati – sejak 2007 hingga 2010. Laporan juga menemui antara sebab pembayaran wang pencen berlebihan ialah kerana data di dalam sistem komputer jabatan itu sudah ketinggalan zaman. Para pemilih mahu tahu kenapa kepincangan penjawat jawatan awam ini melibatkan duit cukai rakyat.

Kontrektor bermasalah

Kontrektor yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perkhdimatan oleh kerajaan sering memberikan alasan-alasan remeh seperit kekurangan tenaga pakar, tiada bahan gantian dan turut menyatakan mereka tidak tahu punca yang mengakibatkan kerosakan kenderaan. Kepincangan ini adalah kerana kontrek itu diberikan kepada mereka mereka yang tidak bertauliah. Menurut Laporan, ramai kontrektor ini mempunyai rekod kerja yang agak tidak diyakini. Satu syarikat memerlukan lebih dari setahun untuk memperbaiki dan memulangkan lori tarik kepada kementerian. Meskipun telah banyak peringatan diberikan oleh Pejabat Audit Negara, Kementerian Pertahanan masih terus menggunakan kontrektor ini. Laporan menyatakan yang 10 kontrektor bermasalah telah diberikan RM67 juta untuk menyiapkan projek walapun sudah diberikan amaran oleh Pejabat Audit Negara. Inilah jenis kontrektor yang menerima projek jutaan ringgit dari Kementerian Pertahanan. Para pemilih mahu tahu bagaimana semua ini boleh berlaku kerana ia melibatkan jutaan ringgit dan wang itu adalah milik rakyat.

Laporan turut menyebut yang syarikat-syarikat ini lambat menyelesaikan projek dalam membaiki Air Force's Aviation Ground Support Vehicles (AGSV). Kementerian tidak berbuat apa-apa selain menyerahkan surat amaran kepada kontrektor bermasalah ini. Yang mengejutkan, kontrek kerja mereka disambung pula sehingga 6 Disember 2010 dari tarikh 5 Jun 2010. Ia menyebut yang empat syarikat paling bermasalah kerana kelewatan membaiki kenderaan. Para pemilih mahu tahu kenapa kontrektor ini diberikan layanan istimewa.

Garis panduan asas tidak dipatuhi

Menurut Laporan Audit Negara, pengagihan Belanjawan untuk tahun 2010 meningkat kepada RM149.06 bilion daripada pengagihan awal iaitu RM138.28 bilion. Ini adalah peningkatan sebanyak RM10.78 bilion. Namun begitu, jumlah ini masih tidak mencukupi untuk semua perbelanjaan operasi bagi tahun 2010 yang mencecah RM151.63 bilion – lebih RM2.57 bilion dari apa yang telah diagihkan. Garis panduan asas tidak dipatuhi oleh beberapa kementerian dan jabatan kerajaan apabila mereka berbelanja melebihi jumlah yang telah ditetapkan. Ia juga turut dilaporkan terdapat 138 kelemahan di dalam pengurusan kewangan melibatkan RM390.96 juta. 75 kes operasi perbelanjaan terlebih berjumlah RM306.01 juta telah melibatkan 14 kementerian dan jabatan kerajaan – pembayaran perkhidmatan, penghasilan, peningkatan aktiviti dan pembayaran tidak berkala. Di dalam beberapa kes, peralatan seperti komputer, mesin LCDs dan peralatan lain selain kelengkapan pejabat telah dibeli dengan harga yang melambung tinggi. Para pemilih mahu tahu kenapa garis panduan asas operasi dan penghasilan tidak dipatuhi dimana ia telah mengakibatkan kehilangan dana awam yang besar.

Langganan langsung berbanding tender terbuka

Laporan Audit Negara mencatatkan bahawa Kementerian Pelancongan telah terlebih bayar sebanyak RM270 juta untuk pengiklanan bila mereka diminta untuk menggunakan sistem langgan langsung berbanding tender terbuka. Kaedah ini telah melanggar peraturan-peraturan Bendahari Negara. Ia menyatakan yang tender terbuka telah menelan belanja pengiklanan sebanyak RM 75.38 juta. Kementerian juga telah membelanjakan RM195 juta untuk membeli 1000 rak – RM1950 per rak - bagi meletakkan maklumat pelancongan kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 yang dilakukan tanpa kelulusan Bendahari. Ia juga gagal menyatakan sebab kenapa 22 dari 1000 rak kementerian itu tidak diagihkan, sementara 127 rak lagi tidak dapat dipastikan kedudukannya. Ia juga mencatatkan pengjelasan kementerian tentang 622 rak yang telah diagihkan ke hotel-hotel, 127 buah telah luput tarikh oleh syarikat yang dikontrekkan kepada "kesulitan kewangan" dan kekurangan ruang penyimpanan dan sebanyak 85 rak lagi telah diletakkan di dalam ruangan stor syarikat pembuat.

Kepincangan yang dilaporkan dan kes-kes kegagalan pengurusan kewangan kerajaan hanyalah sedikit dari apa yang sebenarnya berlaku. Melihat akan Laporan Audit Negara, kita akan melihat kes-kes serupa kecuaian pengurusan kewangan kerajaan. Para pemilih tidak begitu gembira dengan kerajaan yang telah berkuasa lebih dari 6 dekad tetapi masih tidak boleh belajar dair pengalaman bagaimana menyelesaikan kelemahan-kelemahan di dalam sistem penghasilan ini. Perbuatan pembaziran ini melibatkan wang cukai rakyat.

Pakatan Rakyat didalam 3 tahun mentadbir

Lain pula ceritanya dengan negeri-negeri yang dipimpin oleh PAKATAN RAKYAT yang telah membuktikan kemampuannya berjimat cermat dalam membelanjakan wang cukai rakyat meskipun masih baru sebagai sebuah kerajaan dengan Kerajaan Persekutuan yang sering melekehkan kepimpinan mereka.

Secara keseluruhannya, Kerajaan negeri Selangor mendapat 'memuaskan' dari Ketua Audit Negara atas kedudukan kewangannya pada tahun 2010. Negeri itu telah dipuji kerana prestasinya yang bagus dalam mengurangkan hutang awam. Hutang awam menurun sebanyak RM58.91 juta dan pembayaran semula hutang pinjaman menurun kepada RM173.47 juta. Laporan menunjukkan pada tahun 2010, hutang negeri kepada kerajaan Persekutuan menurun sebanyak 5.5% (RM58.91 juta) – daripada RM1004.64 juta (2010) berbanding dengan RM1063.55 juta (2009). Pembayaran semula pinjaman menurun sebanyak 20.9% daripada RM829.86 juta (2009) kepada RM656.39 juta (2010).

Laporan juga menyatakan negeri itu berjaya mengumpulkan penghasilan negeri sebanyak RM266.91 atau 20.2 peratus, daripada RM1,319.97 juta pada tahun 2009 kepada RM1,586.88 juta pada tahun 2010. Ini terjadi meskipun negeri itu mendaftarkan 10.9 peratus atau RM192.36 juta penurunan kerapa RM1,571.50 juta dalam penghasilan negeri pada tahun 2009 (RM1,763.86 juta).perbelanjaan operasi turut menurun kepada RM382.56 juta atau (20.9 peratus) kepada RM1,447.26 pada tahun 2010 berbanding RM1,829.82 juta pada tahun 2009. Kerajaan negeri turut dipuji kerana mengurangkan hutang penghasilan sebanyak RM99.87 juta atau 16.6 peratus, daripada RM601.92 juta pada tahun 2009 kepada RM502.05 juta pada tahun 2010.

Laporan memberikan 'sangat baik' kepada empat agensi kerajaan negeri kerana pengurusan kewangannya – Bendahari Negeri, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Perancangan Bandar dan Luar Bandar. Menurut Laporan itu, 11 agensi diberikan 'baik' dan satu agensi diberi 'memuaskan'. Ini menunjukkan pembaikkan berbanding tahun 2009, di mana hanya satu agensi yang disenaraikan sebagai 'sangat baik', dan 14 sebagai 'baik' dan satu 'memuaskan'.

Kerajaan negeri Kedah mencapai sebanyak 135.8 peratus peningkatan di dalam penghasilan negeri dengan rekod lebihan untuk tahun 2010 sebanyak RM22.50 juta, berbanding ketirisan sebanyak RM62.89 juta pada tahun 2009. Perbelanjaan negeri itu meningkat kepada RM2.55 juta atau 0.6 peratus. Inilah sebab adanya lebihan bagi kerajaan negeri untuk tahun 2010. Laporan memberikan kedudukan kewangan Kedah sebagai 'memuaskan' dengan penghasilan terkumpul meningkat sebanyak 23.9% daripada RM265.52 juta kepada RM328.28 juta dalam tahun 2009. Peningkatan ini telah mengurangkan imbangan ketirisan Akaun Penghasilan Terkumpul untuk tahun 2010 sebanyak RM22.50 juta atau 7 peratus, daripada RM320.73 juta menurun kepada RM298.23 pada tahun 2009.

Laporan juga turut memuji kerajaan negeri kerana memperbaiki pengurusan kewangan agensi-agensinya berbanding tahun 2009, dengan empat agensi mendapat 'sangat baik' dan 12 mendapat 'baik' dan satu mendapat 'memuaskan'. Secara keseluruhan, pengurusan kewangan negeri boleh dibanggakan berbanding tahun sebelumnya.

Laporan Audit Negara telah memberikan kedudukan kewangan negeri Kelantan untuk tahun 2010 sebagai memuaskan. Negeri itu memperlihatkan peningkatan penghasilan sebanyak RM51.07 juta atau 52.5 peratus, daripada RM97.23 juta pada tahun 2009 kepada RM148.30 juta pada tahun 2010. Pemeriksaan yang dijalankan selama 5 tahun ke atas penghasilan terkumpul dari 2006 hingga 2010 mendedahkan oenurunan pada tahun 2007 dan 2008 dan peningkatan pada tahun 2009 dan 2010. Simpanan wang dan pelaburan turut meningkat dalam tahun 2010, dengan baki sebanyak RM97.23 juta pada tahun 2009 meningkat kepada RM148.30 juta pada tahun 2010.

Laporan turut memuji pengurusan kewangan untuk semua agensi kerajaan negeri di Kelantan, yang mana empat agensi kerajaan negeri mendapat 'sangat baik' dan 15 lagi mendapat 'baik'. Ini menunjukkan pembaikan di dalam pengurusan kewangan negeri berbanding tahun 2009 di mana hanya dua agensi yang mendapat 'sangat baik' dan 12 mendapat 'baik'.

Kerajaan negeri Pulau Pinang mendapat pengiktirafan tertinggi di dalam Laporan Audit Negara kerana kedudukan kewanganya yang cemerlang untuk tahun 2010 berbanding tahun 2009. Penghasilan terkumpul Pulau Pinang meningkat kepada 2.7 peratus, daripada RM1,101.89 juta pada tahun 2009 kepada RM1,131.17 juta dalam tahun 2010. Simpanan wang terkumpul meningkat sebanyak 6.2 peratus kepada RM572.49 juta meningkat daripada RM538.95 juta pada tahun 2009. Penghasilan negeri untuk tahun 2010 meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1 peratus berbanding tahun 2009 daripada RM376.51 juta kepada RM410.70 juta.

Dalam soal pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-9, Laporan memberikan prestasi negeri itu sebagai 'memuaskan' dengan jumlah pelaburan sebanyak RM787.17 atau 77.8 peratus telah dibelanjakan daripada jumlah yang disediakan iaitu RM1.01 bilion. Dalam terma perlaksanaan projek pula, Laporan memuji prestasi negeri sebagai 'sangat baik' dengan 99 peratus dari 9003 projek telah berjaya dilaksanakan.

Dalam tahun 2010, 3 agensi diberikan 'sangat baik'. 10 agensi lagi diberikan status 'baik' dengan hanya satu 'memuaskan'. Untuk tiga tahun berturut-turut, 13 agensi negeri diaudit sebanyak dua kali diantara tahun 2007 hingga 2010 telah menunjukkan 'sangat baik' dalam pengurusan kewangan oelh Bendahari negeri dan badan pembangunan lain. Laporan merumuskan yang pengurusan kewangan negeri ditahap yang baik untuk tahun 2010.

Perbezaan langit dan bumi dalam pentadbiran negeri-negeri BN

Setelah 54 tahun bernaung di bawah Barisan Nasional (BN), tidak memberikan kesan mengurangkan kelemahan pengurusan kewangan negara. Kelemahan daya saing, tidak bertanggungjawab dan telus telah menyebabkan sejumlah besar wang cukai rakyat dibazirkan. Memandangkan para pemilih melihat kelemahan-kelemahan yang sama berulang setiap tahun, mereka mempunyai hak menyatakan tentangan mereka terhadap kepincangan yang teruk oleh kerajaan yang memerintah.

Sebaliknya pula, hanya dalam masa tiga tahun mentadbir negeri – Pulau Pinang, Selangor dan Kedah –di bawah pimpinan Pakatan Rakyat membuktikan kepemerintahan yang efisien. Negeri Kelantan juga semakin menunjukkan kemampuannya dalam kejayaan rekod kewangannya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah di dalam negeri.

Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional mungkin sahaja tidak akan memberikan apa-apa kepada negeri-negeri ini, namun mereka telah membuktikan kepada para pemilih di negeri itu bahawa kejujuran dan ketelusan menguruskan negeri dan wang cukai rakyat membuahkan hasil dengan kejayaan yang boleh dibanggakan.

Syabas PR...!!!

Surat bekas ketua jabatan siasatan jenayah Bukit Aman kpd PM

Posted: 29 Oct 2011 02:08 AM PDT

Oleh: beruang_hijau

"Mat Zain bin Ibrahim,

20hb.Oktober 2011


Kepada,

YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Putrajaya.



Assalamualaikum wbt.
Yang Amat Berhormat Dato Seri,

RULE OF LAW-KERAJAAN MUNGKIR JANJI.

1. Kerbau dipegang pada talinya,Manusia dipegang pada janjinya.Rakyat pula memegang Perdana Menteri pada segala kata-katanya.Jujur dan ikhlas atau tidak, seorang PM, akan diukur dari sejauh mana beliau menunaikan janji-janji yang telah dilafazkan.

2. "Putrajaya stands by refusal to charge AG", "Up to judiciary to act on plagiarist judge". Begitulah tajuk berita yang disiarkan olih Malaysianinsider dan Malaysiakini pada 7 dan 13 October 2011.Kedua-duanya menyatakan telah memetik kenyataan YB Menteri di-Jabatan Perdana Menteri sebagai berkata demikian.

3. Sesungguhnya,saya percaya itu bukan posisi YAB Dato Seri.Pendirian sebegini tidak konsisten dengan komen YAB sendiri terhadap peranan Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan, semasa saya memberikan taklimat pada 23 Oktober 2008 jam 1030 pagi di-Pejabat Menteri Kewangan Malaysia, di-Putrajaya. Perakuan YAB sangat jauh berbeza dengan tajuk berita mengenai AG seperti diatas.

4. Untuk menyegarkan ingatan YAB Dato Seri,kepada isiu salah laku jenayah melibatkan Gani Patail khasnya, dan Musa Hassan,saya ringkaskan fakta-fakta material kepada perkara dalam persoalan, supaya menyenangkan YAB menilai semula tindakan-tindakan saksama,yang sepatutnya telah lama diambil.

Sejarah pembabitan Gani Patail dalam salahlaku.

5. Dakwaan-dakwaan terbaru pembabitan Gani Patail dalam menyalahgunakan kuasa dan rasuah, berkaitan pemergian beliau menunaikan Haji di-Mekah, besama dengan seorang proksi Tan Sri Tajuddin Ramli,dan kemudiannya dikatakan menerima sogokkan daripada Syarikat Ho Hup, bukanlah sesuatu yang aneh atau memeranjatkan.

6. Pembabitan beliau dalam melindungi perbuatan salahlaku jenayah, salahguna kuasa dan korupsi, melibatkan harta dan tunai sehingga mencecah ratusan juta ringgit, olih beberapa orang kenamaan,tokoh-tokoh korporat terkemuka ,dan pemimpin-pemimpin kanan Kerajaan, telah bermula sejak awal tahun 90'han lagi. Antaranya seperti berikut dibawah.

Kes-kes Tan Sri Abdul Rahim Thambi Chik.

7. Dalam tahun 1994 Badan Pencegah Rasuah,berjaya memperolehi keterangan prima facie, terhadap TS Rahim yang dikatakan telah mengumpulkan harta berjumlah lebih kurang RM 40 juta,sejak 1989, menerusi penyalahgunaan kuasa dan rasuah ketika memegang jawatan Ketua Menteri Melaka.

8. BPR bersama dengan Jabatan Peguam Negara, telah merangka 4 pertuduhan jenayah terhadap TS Rahim.Tiga pertuduhan adalah kerana salahguna kuasa dan rasuah dibawah Ordinan 22 (Kuasa-kuasa perlu)Dharurat 1970,manakala satu pertuduhan kerana kesalahan membuat Statutory Declaration palsu yang dikatakan berlaku di-Pejabat Perdana Menteri, dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.

9. Gani Patail sendiri yang membuat "endorsement" keatas dokumen siasatan dan pertuduhan-pertuduhan, yang telah dirangka itu pada 10.6.1994.

10. Bagaimanapun tidak ada satu pertuduhan pun dikenakan keatas TS Rahim. Malah caramana harta dan wang tunai berjumlah lebih kurang RM 40 juta itu dilupuskan olih Peguam Negara, menjadi tanda tanya sehingga kehari ini.

11. Saya tidak akan membincangkan secara mendalam mengenai pertuduhan rogol seorang gadis bawah umur yang dikenakan keatas TS Rahim dalam tahun 1994 yang kemudiannya ditarik balik olih Peguam Negara.

12. Perkara yang wajar saya tonjolkan disini ialah, Pakar perubatan yang digunakan untuk memeriksa TS Rahim dalam kes rogol ini, ialah Dr.Abdul Rahman Yusof, iaitu Pakar yang sama yang kemudiannya digunakan olih Gani Patail untuk membuat beberapa keterangan palsu dalam insiden mata-lebam tahun 1998, yang akan saya jelaskan dalam perenggan yang akan menyusul.

Kes-kes Tan Sri Rafidah Aziz.

13. Pihak BPR juga pernah menyiasat mantan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI) ini.Mereka berjaya mengumpulkan keterangan prima facie untuk membuktikan TS Rafidah terlibat dalam beberapa kesalahan salahguna kuasa atas sifat Menteri MITI untuk memperuntukkan saham-saham bumiputera kepada menantu beliau Fazrin Azwar bin Mohd.Noor sekitar 1993 dan 1994.

14. BPR bersama dengan Jabatan Peguam Negara telah merangka sejumlah 5 pertuduhan salahguna kuasa dibawah Seksyen 2(1)Ordinan No:22 (Kuasa-kuasa perlu)Dharurat 1970.

15. Gani Patail sendiri yang telah membuat "endorsement" pada 14.3.1995 keatas laporan siasatan dan deraf pertuduhan yang dicadangkan.Bagaimanapun TS Rafidah tidak pernah dituduh atas apa-apa kesalahan pun.

Dakwaan salahguna kuasa dan rasuah mengaitkan Tun Daim Zainuddin.

16. Walaupun laporan rasmi mengenai perkara diatas dibuat dalam pertengahan tahun 1999, namun isiu ini telah diketahui umum sejak dibangkitkan menerusi saluran politik sekitar 1995.Dokumen-dokumen bukti yang diteliti, menunjukkan bahawa kesalahan-kesalahan yang didakwa itu, telah berlaku pertengahan tahun 1990 ketika Tun Daim masih menjadi Menteri Kewangan 'pusingan pertama' diantara tahun 1984 hingga 1991.

17. Bukti utama dan menarik perhatian dalam dakwaan ini,ialah surat-surat perakuan daripada 3 orang tokoh korporat terkemuka,yang mengesahkan mereka sebagai pemegang amanah keatas harta dikatakan milik Tun Daim seperti berikut;

a)?Tan Sri Abdul Halim Saad dalam surat perakuan bertarikh 30.4.1990, mengesahkan memegang untuk dan bagi faedah Tun Daim,saham Faber Merlin Malaysia Bhd.berjumlah 52,208,500 saham ($1.00 sesaham) dan 130,000,000 saham Syarikat Renong Berhad (50 sen sesaham).

b)?Tan Sri Wan Azmi Hamzah dalam surat perakuan bertarikh 30.4.1990 juga mengesahkan memegang untuk dan bagi faedah Tun Daim, wang tunai MR 150,000,000 (satu ratus lima puluh juta Ringgit).

c)?Tan Sri Tajuddin Ramli pula,dalam surat perakuan bertarikh 24.5.1990, mengesahkan memegang untuk dan bagi faedah Tun Daim, wang tunai MR 70,000,000 (tujuh puloh juta Ringgit).

18. Ketiga-tiga surat perakuan diatas adalah dibuat pada ketika Tun Daim masih memegang jawatan Menteri Kewangan.Beliau melepaskan jawatan Menteri Kewangan 'pusingan pertama' pada 15.3.1991.

19. Tun Daim dilantik semula sebagai Menteri Kewangan mulai Januari 1999 hingga Mei 2001. Laporan rasmi terhadap beliau dibuat pada 30.7.1999 ketika beliau masih memegang jawatan Menteri Kewangan 'pusingan kedua'.

20. Saya mengesahkan Gani Patail mempunyai pengetahuan sepenuhnya dan menyelia siasatan BPR dalam kes ini.Saya sendiri yang berurusan dengan beliau dan memanjangkan segala dokumen berkaitan kes ini kepada pihak BPR dalam bulan Julai dan Ogos 1999.

21. Saya percaya YAB Dato Seri sendiri sedia maklum akan fakta-fakta isiu ini sejak dari mula,memandangkan YAB telahpun berada dalam Kabinet sebagai Menteri penuh sejak 1986 lagi.

22. Berdasarkan desakan semasa olih Rakyat, sekalipun YAB,tidak berupaya mengarahkan siasatan sepenuhnya mengenai dakwaan-dakwaan membabitkan Tun Daim, sekurang-kurangnya YAB bertanggung jawab untuk menjelaskan hubungan mencurigakan antara Gani Patail dan TS Tajuddin Ramli, yang sedang hangat diperkatakan dalam konteks penyiasatan Skandal MAS.

23. Setidak-tidaknya YAB selaku Menteri Kewangan, wajar menjelaskan kepada Rakyat, samaada wang tunai RM 70 juta, yang dipegang olih TS Tajuddin untuk faedah Tun Daim, telah dikembalikan kepada pemilik asal atau belum.

a)?Paling penting ialah jika telah dipulangkan, adakah ia melibatkan dana MAS atau tidak. Rakyat mempunyai kepentingan dalam MAS dan berhak untuk tahu jika harta mereka telah diselewengkan..Rakyat turut sedar bahawa TS Tajuddin menerajui MAS dari tahun 1994 hingga 2001.

24. Saya tidak akan terkejut sekiranya Gani Patail mempunyai peranan penting dalam 'proses' penyelesaian diluar Mahkamah, diantara beberapa Syarikat kaitan Kerajaan dengan TS Tajuddin Ramli yang sedang hangat diperbahaskan sekarang ini.

Pemalsuan dan penipuan dalam siasatan insiden mata-lebam.

25. Saya telah banyak mendedahkan salahlaku Gani Patail khasnya dan Musa Hassan dalam pemalsuan keterangan dan penipuan dalam kes mata-lebam, dan kes-kes berkaitan dengannya.Saya percaya taklimat lisan dan laporan bertulis saya kepada YAB Dato Seri, adalah lebih dari mencukupi menerangkan isiu ini.Fakta-faktanya tidak perlu diulang lagi.

26. Apa yang ingin saya ulangkan disini ialah, dakwaan pembabitan Gani Patail dalam penipuan dan pemalsuan-pemalsuan keterangan berkaitan DNA, dan beberapa laporan pakar dalam insiden mata-lebam dalam tahun 1998 adalah benar dan betul dan bolih dibuktikan dalam Mahkamah.

27. Perkara yang ingin saya tekankan juga ialah, mengenai Pakar Forensik yang Gani Patail arahkan untuk menyediakan 3 laporan pakar yang palsu dalam peristiwa ini,iaitu Dr.Abdul Rahman Yusof.Beliau adalah Pakar yang sama yang telah digunakan untuk membuat pemeriksaan keatas TS Rahim Thamby Chik dalam kes rogol gadis bawah umur 1994.

a)?Sama ada kejadian ini merupakan suatu kebetulan sahaja,ataupun ianya adalah konspirasi jenayah berterusan antara Gani Patail dan pihak-pihak tertentu untuk sesuatu tujuan dan niat bersama mereka, tidak bolih diperkecilkan.Fakta yang tidak bolih ditolak ialah,Gani Patail,Dr.Rahman dan TS Rahim dipercayai telah kenal antara satu sama lain sejak 1994 lagi.

b)?Umum maklum TS Rahim menyimpan dendam terhadap Anwar, sejak beliau diminta untuk meletakkan jawatan Ketua Menteri Melaka pada 1994 dan mendakwa Anwar sebagai puncanya.

c)?Gani Patail pula dikatakan menyimpan dendam terhadap Anwar, yang dikatakan telah menyebabkan gambar percutian Peguam Negara,Allahyarham Mohtar Abdullah bersama dengan Tan Sri Vincent Tan dan V.K.Lingam keluar Negara dalam tahun 1995/1996,didedahkan kepada umum.

d)?Sementara Dr.Rahman pula berada dalam tekanan ketika itu,kerana sedang dalam siasatan pihak Polis, diatas kesalahan membuat ugutan jenayah terhadap seorang Doktor lain,dan menanti keputusan Peguam Negara sama ada akan dituduh atau sebaliknya.

28. Mungkin dalam dakwaan-dakwaan salahguna kuasa yang lain,Gani Patail bolih melepaskan diri, dengan berselindung disebalik Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan iaitu berkaitan kuasa mutlak Peguam Negara.Namun begitu, dalam perbuatan mereka keterangan-keterangan palsu dalam insiden mata-lebam,beliau tidak ada jalan keluar.

29. Biar apa pun kaedah digunakan,sama ada menerusi perlantikan semula Panel Bebas,RCI ataupun ditubuhkan Tribunal sekalipun,hasil siasatan mereka akan tetap sama. Produk pemalsuan dan penipuan yang beliau lakukan dalam bentuk 3 laporan Pakar berjumlah 65 muka surat, tidak bolih disembunyikan. Perlembagaan tidak memberi perlindungan kepada Peguam Negara, sekiranya beliau melakukan sesuatu kesalahan jenayah.

30. Saya percaya YAB Dato Seri sedar akan hakikat ini.

Perbincangan dengan YAB Dato Seri bulan Oktober 2008.

31. Sebagai menunaikan permintaan YAB Dato Seri, saya telah hadir memberi taklimat berkaitan dakwaan pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, di-Pebabat Menteri Kewangan pada 23.10.2008 jam lebih kurang 1030 pagi.Ketika itu YAB masih lagi Timbalan Perdana Menteri.

32. Saya percaya butir taklimat saya adalah tidak penting lagi.Perkara yang ingin saya ketengahkan ialah komen YAB sendiri terhadap kedua-dua Gani Patail dan Musa Hassan dalam perkara ini.

a)?Komen YAB terhadap Gani Patail antara lainnya;"Memang salah untuk memalsukan keterangan.Walaupun bolih jadi tujuan Gani ( merujuk kepada Gani Patail) adalah untuk menolong IGP (merujuk kepada mantan IGP,Tan Sri Rahim Noor),membuat keterangan palsu, adalah suatu kesalahan dan tidak patut dia lakukan."

b)?Komen terhadap Musa Hassan pula,YAB menyatakan antara lainnya, "Saya mendapat tahu peranan Musa tidaklah seteruk Gani.Saya rasa beliau (merujuk kepada Musa Hassan) bolih melepaskan diri."

33. Selanjutnya YAB telah memberi jaminan akan membincangkan perkara perlantikkan "Panel Bebas " dengan PM (merujuk kepada mantan PM,Tun Abdullah Ahmad Badawi) olih kerana YAB mengatakan tidak tahu menahu mengenai perlantikkan Panel ini, jika saya tidak maklumkan pada hari tersebut..

33(a). Seterusnya YAB turut memperakukan,dakwaan terhadap Gani akan dibawa bincang dengan penasihat-penasihat YAB untuk meneliti implikasi tindakan jika diambil keatas beliau ,kerana dikhuatiri bolih menjejaskan kes Saiful ( saya percaya merujuk kepada Saiful Bukhari Azlan,pengadu dalam kes Sodomy II). YAB sendiri secara sepintas lalu telah menyatakan keterangan dalam kes "Saiful" adalah "bagus".Saya tidak sedikit pun membangkitkan kes ini semasa perbincangan.

34. Saya ambil komen-komen sedemikian itu sebagai bermaksud YAB mempunyai maklumat yang mustahak mengenai hubungkait Gani Patail dengan kes Sodomy II, serta mengetahui keterangan-keterangan penting dalam kes tersebut.

Pendirian berat sebelah.

35. Saya sedar saya tidak layak untuk menegur seorang Perdana Menteri dalam apa hal jua pun.Namun sebagai seorang rakyat, saya mempunyai hak untuk memberikan pendapat saya berdasarkan dari peristiwa yang saya sendiri tempuhi dan tahu serta yakin sebagai benar.

36. Bukan sahaja undang-undang Negara mewajibkan saya untuk bercakap benar,malah ,Islam juga mewajibkan saya menjadi seorang saksi yang bercakap benar, walaupun terhadap kedua ibu dan bapa saya.(Surah An-Nisa 4:135)

37. Saya menyatakan bahawa YAB Dato Seri telah bertindak secara tidak adil, kepada Rakyat jelata dan Kakitangan Awam, dalam penguatkuasaan Keadilan Awam.Walhal YAB sendiri yang telah beberapa kali berjanji kepada rakyat akan mempastikan undang-undang dilaksanakan mengikut Rule of Law dengan berpegang kepada perinsip "No one above the law ".

Amalan pendakwaan berpilih.

38. Kerajaan bersedia membawa kemuka pengadilan kakitangan awam semua peringkat,darpada setinggi Ketua Setiausaha Kementerian,Ketua Pengarah-Ketua Pengarah Jabatan, sehinggalah kepada kakitangan peringkat terbawah apabila melakukan sesuatu kesalahan.

39. Kerajaan juga bersedia mengenakan pertuduhan kepada seorang Ketua Polis Negara, sehingga menjatuhkan hukuman penjara keatasnya ,apabila beliau didapati melakukan jenayah,tanpa mengambil kira jasa yang beliau telah sumbangkan.Ramai lagi Pegawai dan anggota Polis berbagai peringkat, yang telah dikenakan hukuman dan beberapa yang lain yang sedang dibicarakan.

a)?Malahan seorang Pegawai Kanan dan seorang L/Koporal Polis sedang menanti untuk digantung sampai mati, semata-mata untuk menyelamatkan sesaorang yang dikatakan sahabat YAB.Rayuan mereka pula sengaja dilengahkan.

40. Apabila seorang pesara Tentera berpangkat Brigadier General, tersilap ketika memberi keterangan di-Mahkamah Kota Kinabalu dua tahun lalu,Kerajaan tanpa lengah,menahan beliau serta merta dan mengenakan pertuduhan jenayah kerana memberi keterangan palsu.

41. Kerajaan juga bersedia mengambil tindakan terhadap semua peringkat Rakyat tanpa mengira umur,jantina dan keturunan walaupun kerana kesalahan-kesalahan yang remeh.

42. Tetapi apabila tiba kepada giliran untuk mengambil tindakan terhadap Gani Patail sendiri,pendirian YAB menjadi lemah dan lesu seperti tidak bermaya. Walhal YAB dan seluruh Kabinet sedar, beliau telah melakukan, penipuan, pemalsuan, salahguna kuasa, rasuah serta termasuk menyembunyikan keterangan untuk mengelirukan Kabinet.

43. Lebih menyedihkan, YAB dilihat sebagai terpaksa membiarkan sahaja dan merestui tindakan pihak tertentu, memanipulasikan fakta dan keterangan, bagi mengelirukan dan mengabui mata Rakyat untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman undang-undang .

Mengapa Kerajaan enggan bertindak.

44. Ramai menyatakan bahawa YAB Dato Seri,enggan bertindak terhadap Gani Patail, kerana bimbang kononnya beliau akan membongkarkan rahsia kes bunuh Altantuya Shaaribuu dan skandal pembelian kapal selam Scorpene.Tidak kurang pula mengatakan bahawa sebarang tindakan terhadap Gani Patail akan memusnahkan sama sekali kredibiliti kes Sodomy II.

45. Saya berpendapat rakyat membuat kesimpulan sebegini adalah berdasarkan fakta setakat yang mereka lihat dan ketahui serta percaya.Mereka berhak keatas pendapat masing-masing.Kita tidak bolih menyalahkan keadaan ini atau mengatakan mereka silap.

46. Dalam hal sama, saya berpendapat, YAB Dato Seri dan Kerajaan, akan sedaya upaya mengelak daripada mengenakan sebarang pertuduhan jenayah terhadap Gani Patail.

47. Perkara yang sangat dibimbangi olih Kerajaan ialah, pembuktian salahguna kuasa, penipuan, pemalsuan dan rasuah terhadap Gani Patail akan secara otomatik membuktikan juga, bahawa Kerajaan telah melakukan salahguna kuasa,penipuan,pemalsuan dan rasuah sejak 1990 lagi.

48. Tiga surat perakuan pemegang harta ratusan juta ringgit daripada TS Halim Saad,TS Wan Azmi Hamzah dan TS Tajuddin Ramli, yang ditandatangani mereka dalam bulan April dan Mei 1990,yang mengaitkan pemilikkannya dengan Menteri Kewangan yang sedang berhidmat pada ketika itu,bolih dijadikan bukti mustahak penglibatan seluruh Kabinet, sekurang-kurangnya semenjak itu.

49. Rakyat masih tidak lupa bilamana satu surat kecil daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johore pada tahun 1953, menyebabkan kita bukan sahaja kehilangan Pulau Batu Putih dan perairan sekitarnya kepada Singapura,malahan lebih penting dari itu, ialah kehilangan 'air muka', maruah dan kedaulatan Negara.

Penutup.

50. Sekiranya sekeping surat seringkas surat SUK Johore itu,boleh diterimapakai olih Mahkamah Antarabangsa,saya percaya, tiga keping surat perakuan daripada tiga Tan Sri pada tahun 1990 itu,dan tiga laporan pakar palsu yang diarahkan pembikinannya pada 1998 olih Gani Patail , akan "mengatasi" semua percubaan dan perbuatan pihak terlibat dan Gani Patail sendiri, memutarbelitkan fakta untuk menafikan keujudannya.

51. Secara peribadi saya berpendapat, dokumen-dokumen yang dimaksudkan diatas itu sahaja, sudah cukup untuk memusnahkan kredibiliti Kerajaan sejak 1990.Lebih dari itu ianya juga dapat membuktikan bahawa perbuatan salahguna kuasa,rasuah, penipuan dan pemalsuan yang telah berlaku secara berterusan selama ini,bukan atas kepentingan Negara, atau Raja-Raja atau sesuatu Bangsa atau Agama.

Salam sejahtera.

Yang benar,

t.t.
(Mat Zain bin Ibrahim).
20.10.2011."

Tiada ulasan: