Ahad, 30 Oktober 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Laporan Audit: Pelaburan FELDA Melebihi Had Dibenarkan

Posted: 30 Oct 2011 12:42 AM PDT

Sejak dikuasai Perdana Menteri Najib Razak, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mula terpesong dari objektif utamanya, iaitu bertunjangkan pembangunan tanah pertanian, dan pelaburan sebagai sampingannya - kepada sebuah agensi pelaburan kewangan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati bahawa dana daripada Akaun FELDA yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan untuk tiga tahun berturut-turut, malah memperbarui rekod tertinggi dari tahun ke tahun.

Ketua Audit berpendapat, "Penggunaan dana akaun FELDA yang melebihi had telah mendedahkan dana tersebut kepada risiko pelaburan saham siar harga melebihi daripada yang telah diluluskan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan Kumpulan FELDA. Ini boleh menjejaskan kemampuan kewangan dan memberi kesan kepada operasi serta aktiviti utama FELDA jika pelaburan yang dijalankan tidak dapat memberikan keuntungan yang dijangkakan."

Pada masa yang sama, tindakan ini seolah-oleh memaksa peneroka FELDA untuk menanggung risiko pelaburan yang lebih tinggi, tanpa disedari peneroka FELDA.

FELDA ditubuhkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 pada 1 Julai 1956, dan telah dipinda kepada Akta Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) (Pindaan 1991). Objektif penubuhan FELDA adalah untuk memajukan kawasan pertanian secara produktif, melaksanakan projek pembangunan tanah dan menggalakkan pertumbuhan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat peneroka.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, FELDA telah membuat pelaburan dalam pelbagai portfolio bagi mendapat pulangan yang optimum. Sehingga tahun 2010, FELDA telah membuat pelaburan bernilai RM5.55 bilion termasuk pelaburan dalam saham siar harga berjumlah RM891.34 juta.

Malah, pihak Audit mendapati dana daripada Akaun FELDA yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan iaitu 24% seperti yang ditetapkan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan FELDA.

Lebihi had untuk tiga tahun berturut-turut

"Pelaburan dalam saham siar harga dan tidak siar harga yang menggunakan dana Akaun FELDA pada tahun 2010 adalah sejumlah RM3.14 bilion atau 68.5%, tahun 2009 sejumlah RM2.28 bilion atau 70.7% dan tahun 2008 sejumlah RM713.20 juta atau 31.8%," menurut Laporan Ketua Audit.

Apa yang perlu diambil perhatian adalah, lebihan pelaburan adalah sebanyak 44.5% bagi tahun 2010, 46.7% bagi tahun 2009 dan 7.8% bagi tahun 2008.

Menurut agihan sumber dana pelaburan portfolio, dana dalam akaun FELDA hanya dibenarkan untuk melabur di Ekuiti Tempatan (24%), Ekuiti Asing (10%), Bon Kerajaan, Bon Korporat dan Sekuriti Hutang Persendirian termasuk Bon Islamik (6%), selain Tunai, Pasaran Wang dan Deposit Amanah (60%).

Sehingga akhir tahun 2010, FELDA telah melabur sejumlah RM891.34 juta dalam saham siar harga. Pelaburan yang dibuat daripada Akaun FELDA berjumlah RM355.42 juta atau 39.9% manakala sejumlah RM535.92 juta atau 60.1% daripada Akaun Peneroka.

Tiada pakar pelabur

Analisis Audit mendapati pelaburan saham siar harga FELDA berjumlah RM891.34 pada tahun 2010 meningkat sejumlah RM106.45 juta atau 13.6% berbanding sejumlah RM784.89 juta pada tahun 2009. Nilai pasaran pelaburan saham siar harga pada tahun 2010 adalah RM4.43 bilion dengan keuntungan tidak nyata berjumlah RM3.54 bilion atau 397.1%. FELDA telah memperoleh pendapatan dividen pada tahun 2010 berjumlah RM166.14 juta 18.6%, tahun 2009 berjumlah RM101.15 juta atau 12.9% dan RM138.62 juta atau 20% daripada jumlah pelaburan.

FELDA juga telah mengalami kerugian tidak nyata terkumpul yang berjumlah RM50.14 juta melibatkan 12 kaunter saham bagi tempoh 31 Disember 2008 hingga 30 November 2010. Daripada kerugian tersebut, sebanyak empat kaunter saham iaitu Syarikat PK Resources Berhad, Takaful Malaysia Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Tradewinds Corporation Berhad telah mengalami kerugian berterusan sejak tahun 2008.

Bagaimanapun, lapan daripada 12 kaunter telah membayar dividen kepada FELDA berjumlah RM33.11 juta bagi tahun 2008 hingga 2010.

Sementara itu, Ketua Audit mengingatkan bahawa pengasingan tugas merupakan mekanisme kawalan dalaman yang penting bagi memastikan wujudnya kawalan dalam proses urus niaga saham. Semakan Audit mendapati FELDA tidak mempunyai pengasingan tugas yang jelas bagi urus niaga saham selaras dengan amalan yang baik.

Selain itu, FELDA tidak mempunyai pegawai pelaburan atau pegawai penyelidik pelaburan yang mempunyai kepakaran dan kompetensi untuk membuat analisis prestasi pelaburan FELDA. "Ini adalah penting bagi memastikan kajian dan pemantauan pelaburan dapat dibuat secara menyeluruh," menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010. -MR

Rahsia Gadis Murung Terbongkar, Diperkosa Ayah Sendiri

Posted: 29 Oct 2011 11:11 PM PDT

Keningau: Sikap murung dialami gadis berusia 16 tahun akhirnya membongkar rahsianya yang dirogol dua kali oleh bapa kandungnya di rumah mereka di Sook sejak Julai lalu. Gambar fail

Dalam dua kejadian berasingan, tubuh mangsa 'diratah' oleh darah dagingnya ketika ibunya tiada di rumah.

Mangsa yang tidak bersekolah mengalami trauma dan murung berpanjangan selepas kejadian itu sebelum dihidu oleh ibunya apabila mendapati anak gadisnya bersikap pelik.

Akibat tidak mampu menahan desakan ibunya, mangsa menceritakan kelakuan bapanya berusia 51 tahun merogolnya dua kali iaitu pada Julai lalu dan bulan ini ketika ketiadaannya.

Sebaik mengetahui perkara itu, ibu mangsa membuat laporan polis untuk diambil tindakan terhadap suspek.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed berkata, laporan itu dilakukan seminggu selepas kejadian rogol (kedua) berlaku.

"Bagi mengelak kejadian sama berulang, ibu mangsa melaporkan perkara itu kepada polis.

"Mangsa dirogol dua kali pada Julai lalu jam 7 malam dan 21 Oktober jam 2 petang ketika ibunya tiada di rumah," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Zahari, suspek berjaya dikesan di rumahnya dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

"Suspek ditahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 60 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya. -hm

BUKTI NYATA: Pentadbiran Kerajaan PR Jauh Lebih Baik Dari BN

Posted: 29 Oct 2011 08:46 PM PDT

Data-data terkini menunjukkan prestasi negeri-negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada kerajaan sebelumnya, Barisan Nasional.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui twitternya meminta rakyat Malaysia melakukan perbandingan dengan akal yang waras, harakahdaily dipetik. Sbuah jadual memperlihatkan perbandingan berkenaan dengan pendapatan beberapa hasil utama kerajaan-kerajaan negeri semasa di bawah Pakatan Rakyat berbanding dengan semasa dibawah BN.

Di negeri Selangor misalnya, hasil pendapatan daripada pasir, pada tahun 2008, Selangor mencatatkan keuntungan sebanyak RM8.17 juta, pada 2009 RM13.76 juta dan sehingga Jun 2010, RM15.30 juta. Sedangkan semasa BN, pada tahun 2005, pendapatan hasil pasir hanya sebanyak RM3.54 juta, pada 2006 RM4.3 juta dan pada 2007 RM4.29 juta.

Di negeri Kedah, hasil pendapatan daripada pembalakan menunjukkan peningkatan amat ketara selepas Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Sewaktu Kedah diperintah oleh BN, pada 2007 hasil pembalakan cuma RM8 juta tetapi selepas diambil alih oleh Pakatan Rakyat, pada tahun 2009, hsil pendapatan dari balak melonjak RM38 juta dan meningkat lagi pada 2010 kepada RM53 juta.

Bagi negeri Pulau Pinang, bagi pendapatan MPSP kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya menukar semua angka-angka kerugian yang dialami semasa kerajaan BN semenjak tahun 2001-2007 kepada keuntungan selepas ditadbir oleh Pakatan Rakyat pada tahun 2008, 2009 dan 2010. Malah bagi tahun 2010 sehinnga Oktober sahaja, pendapatan MPSP sudah menjangkau RM54.59 juta.

Bagi negeri Kelantan perbandingan dilakukan mengenai hasil pendapatan balak selama 4 tahun pemerintahan BN dan 4 tahun di masa PR(PAS).

Bagi tempoh 1985-1989 semasa di bawah BN, hasil pendapatan balak hanyalah RM8 juta. Tetapi bagi tempoh 1994-1998 semasa di bawah PR(PAS), hasil pendapatan balak melonjak kepada RM355.85 juta.






Pemuda Rogol Adik Ipar Bawah Umur Berdepan Hukum Penjara 60 Tahun & 20 Sebatan

Posted: 29 Oct 2011 07:38 PM PDT


Kuantan - Seorang pemuda berdepan hukuman penjara sehingga 60 tahun dan 20 sebatan selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas dua tuduhan merogol adik iparnya yang masih di bawah umur dalam dua kejadian berasingan pada pertengahan April 2009 dan 10 Oktober lalu.

Tertuduh berusia 25 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap kedua-dua pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Amalina Zainal Mokhtar di hadapan Hakim Fathiyah Idris, semalam.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dibenarkan diikat jamin RM8,000 manakala 17 November depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan untuk tertuduh melantik peguam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu buat pertama kali pada pertengahan April 2009 kira-kira jam 3 pagi di sebuah rumah di Taman Seri Inderapura dekat sini.

Ketika itu, mangsanya baru berusia 14 tahun 7 bulan dan dikategorikan sebagai gadis bawah umur.

Manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengulangi perbuatan itu pada gadis yang sama ketika itu sudah berusia 16 tahun 11 bulan di sebuah rumah dipercayai kediaman mereka di Taman Seri Inderapura.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 9.30 pagi 10 Oktober lalu sebelum dia ditahan polis hari berikutnya.

Perbuatan yang dilakukan lelaki itu, bukan sahaja menyalahi undang-undang dan hukum agama malah menyimpang dari adat dan kebiasaan dimana tertuduh dan mangsa tidak dibolehkan untuk berkahwin.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan jika disabitkan kesalahan bagi setiap tuduhan dihadapinya. -SH

[Bergambar] Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana, Sekalipun Telah Berpisah 17 Tahun Lamanya

Posted: 29 Oct 2011 04:59 PM PDT

Semenanjung Gaza: Tahanan Palestin, Daher Kabha yang dibebaskan hasil pertukaran tahanan antara Hamas dan Israel baru-baru ini, melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya selepas berada dalam penjara Israel selama 17 tahun.

Dua minggu lalu, Israel bersetuju untuk membebaskan ratusan tahanan Palestin dalam pertukarannya dengan tentera Gilad Shalit yang ditawan militan Palestin pada 2006.

Perjanjian pertukaran antara Hamas dan Israel mencadangkan kira-kira 150 rakyat Palestin dari Tebing Barat akan dibebaskan di Semenanjung Gaza.

Majlis perkahwinan Daher, 44, yang berasal dari Tebing Barat, diadakan di kawasan Semenanjung Gaza yang dikepung di mana dia berada sejak pembebasannya.

Daher dan tunangnya, yang dikenali sebagai Rayeda, 35, bertunang sebelum dia ditahan tentera Israel pada 1994.

Rayeda berasa sungguh gembira untuk memulakan kehidupan baru bersama suaminya, selepas menempuhi kehidupan selama 17 tahun dalam satu perpisahan yang amat memeritkan.

Wanita, yang berasal dari Tebing Barat itu, terpaksa menempuhi satu perjalanan yang panjang menerusi Sempadan Rafah dari Mesir untuk melangsungkan perkahwinannya berikutan pengantin lelaki yang tidak dibenarkan kembali ke kampung halamannya di Jenin.

"Bersyukur kepada Allah swt. Mulai saat ini kehidupan saya bermula. Kegembiraan yang saya rasai tidak dapat digambarkan," kata Rayeda kepada Bernama.

Daher ditahan selepas didapati bersalah oleh regim Tel Aviv atas dakwaan melakukan operasi pengeboman di kawasan Israel.

"Saya gembira kerana sudah dibebaskan dan dapat berkahwin tetapi pada masa sama saya amat ingin pulang ke kampung halaman bersama isteri saya.

"Amat sukar untuk menunggu saat ini. Kebebasan ini hanya diperoleh menerusi tentangan," katanya. - BERNAMA











[Video] Piala Malaysia: Negeri Sembilan Julang Piala Malaysia 2011 [updated]

Posted: 29 Oct 2011 03:22 PM PDT

Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia selepas bangkit menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Terengganu mendahului menerusi jaringan Ashaari Shamsudin pada minit ke-59.

Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-81 apabila penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee, gagal menangkap kemas bola sepakan S Kunalan yang melantun di depannya.

Hairuddin Omar memastikan kemenangan Negeri Sembilan menerusi rembatan cantik pada minit ke-85. -BH

TERENGGANU 1 VS NEGERI SEMBILAN 2

Jaringan :

Ashaari (minit ke 60)
Kunalan (minit ke 79)
Hai O (minit ke 84)

Line UP:

TERENGGANU: (sharbinee, mazlizam, faizal, mazuki, zubir, joseph, nordin, reeshafiq, ashari, hadi, manaf mamat).
NEGERI SEMBILAN: (farizal marlias, qhairul, aidil, zamani, irwan, shahurain, halim, shukor, kuna, idris, hai-o)

Separuh masa pertama:

Minit ke 20 lebih: Kulanan hampir membuat gol. Tetapi farizal berjaya menahan asakan!!! Bahaya. Kelam kabut di pintu gol.

Minit ke 30: Masih kosong-kosong. Buntu mencari gol. Sepakan sudut buat negeri sembilan. Sharbini menumbuk bola keluar.

Minit ke 33: Offside negeri9. Lambat sedikit.



KETUA pasukan Negeri Sembilan, Muhamad Shukor Adnan (kuning) dikawal ketat pemain pasukan Terengganu Mohd Zubir Mohd Azmi (putih).

Minit ke 36: Sepakan percuma buat negeri 9.

Minit ke 38: Gandingan ashaari dan khairul. Walaupun berjaya membuat percubaan. Tetapi tersasar sepakan.

Minit ke 40: Kualiti padang yang agak kureng. Pemain terengganu hampir jatuh, sebab padang ada lopak tadi. Tengah sedap2 bawah bola tadi. Aduyai.

Minit ke 42: Tereperangkap dalam offside negeri 9. Shahruain yang agak leka.

Minit ke 43: Manaf maat dijatuhkan. Aidil Zakuan dapat kad kuning. Dipersalahkan. Sepakan percuma buat Terengganu. Owhhh, gol kick buat negeri 9. Kena kaki player terengganu yer.

Minit ke 45: tamat perlawanan. Kita berehat dulu. Nak buat ulasan, tak berapa boleh sebab tak tengok penuh perlawanan.

Lensa gambar disana:



Abdul Manaf Mamat (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Negeri Sembilan, Abdul Halim Zainal (kiri) dan Norhafiz Zamani Misbah. Dikepung seyh. (credit to harian metro picture).



Penyokong terenganu, wahhhh ada orang main laser hijaulah pulak. Peteh ganu peteh!!



Penyokong negeri 9. Yehaa… Hobin Jang Hobin.!!

Separuh masa kedua:

Minit ke 45: Negeri sembilan membawa bola.

Minit ke 46: Syukor adan!! Bahaya, membuat asakan.

Minit ke 50: Manaf mamat terlepas dari kawalan negeri 9. Terus mencuba membuat sepakan. Ow tersasar jauh. Mencari gol, 6 gol setakat ini.

Minit ke 53: Satu hantaran menarik dari ashaari. Manaf mengejar bola dan terlanggar bersama farizal marias( keeper) Dua-dua mengalami kecederaan. Adui..

Minitke 60: Ashaari Shamsudin!!! Berjaya menjaringkan gol pertama buat terengganu. 1-0. Hasil hantaran dari manaf mamat. Wahhhh. Berbaloi manaf jatuh.



Minit ke 61: Negeri9 mula mengasak. Mencari gol penyamaan.

Minit ke 63: Joseph kalang T hampir menjaringkan gol. Tak tepatlah pulak sepakan nya.

Minit ke 68: Hai O!!! terlepas peluang. Hampir2 nak gol. Pertahanan terenganu dah jadi kelam kabut tadi. Fuhh.. Sharbinee Alwi injured pulak. Ada pertukaran pemain, terengganu.

Minit ke 74: Hai O terjatuh. Hantaran dari Kunalan kepada Hai O. Hampir-hampir , pemain terengganu membuang bola. Sepakan sudut buat negeri 9. Sharbinee alwi mudah menangkap bola.

Minit ke 76: Pemain negeri 9 banyak membuat percubaan cross. tetapi sharbinee pantas mengambil bola. Kunalan cross sekali lagi, Argghh Hai o, sdikit tersasar. Mungkin sudah penat.

Minit ke 76: Abdul hadi yahya dikeluarkan diganti dengan siapa tak pasti.

Minit ke 79: Kunalannnnn. Berjaya menjaringkan gol, hasil cross yang dari jauh. Dan ia adalah kesilapan dari Sharbinee Alwi yang tidak kemas mengambil bola lantun itu. Aduyai.. 1-1 sekarang nih, Sengit.

Minit ke 84: HAiiiiiiii O menjaringkan gol hasil dari hantaran Syukor Adan. Sepakan yang memang sukar dijangka oleh Sharbinee Alwi untuk menampan bola itu. 2-1 sekarang ini.

Minit ke 88: Kulanan dipersalahkan, kad kuning dapat.

Minit ke 90: 5 minit masa tambahan.

Minit ke 93: Ismail faruqi dikenakan kad kuning. Joseph kalang T, dikeluarkan. Piala malaysia dijulang oleh Negeri Sembilan. TAHNIAH DIUCAPKAN. -zikrihusaini












MTUC Sah Lancar Piket Seluruh Negara 3 Nov Ini

Posted: 29 Oct 2011 07:40 AM PDT

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)sah akan menganjurkan piket di 16 lokasi seluruh negara pada 3 November ini bagi membantah pindaan terhadap Akta Kerja 1955.

Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, piket itu akan diadakan di enam lokasi di Selangor serta setiap satu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Kelantan, Johor, Kedah dan Sabah.

"MTUC sendiri ada 800,000 ahli dan ada 5.7 juta pekerja seluruh Malaysia, kita harap pekerja seluruh Malaysia sertai kita dan dapat 'good crowd' hari itu," katanya pada sidang media di Wisma MTUC di sini.

Sidang media itu turut dihadiri Presiden MTUC Mohd Khalid Atan.

Pada 6 Oktober lepas, Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 diluluskan Dewan Rakyat selepas melalui sesi perbahasan lebih lima jam.

Rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil.

Abdul Halim berkata, piket itu akan berlangsung antara pukul 5 petang dan 6.30 petang dan sebanyak 100,000 risalah akan diedarkan serta 41 buah kain rentang akan dibawa sepanjang piket itu berlangsung di seluruh negara.

Katanya, MTUC akan menyerahkan surat kepada Ketua Polis Negara bagi memaklumkan tujuan dan lokasi piket itu diadakan sambil menegaskan piket itu akan berlangsung secara aman.

"Kita sudah serah surat kepada Perdana Menteri minggu lepas supaya akta itu dapat ditarik balik dan dibincangkan semula dengan pekerja," katanya.

Beliau berkata isu terbesar mengenai piNdaan akta itu ialah wujudnya kontraktor tenaga kerja di mana ini membolehkan majikan 'mengupah' kontraktor itu memberikan tenaga kerja kepada majikan itu.

Katanya, sistem itu membuatkan pekerja itu bekerja untuk kontraktor bukan majikan dan ini akan menyebabkan majikan tidak mempunyai tanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Bila seorang pekerja ditimpa kemalangan ketika bekerja bagaimana dengan pampasannya, ini amat merumitkan kerana pekerja tidak bekerja dengan majikan tetapi buat kerja untuk majikan itu," katanya.

Abdul Halim berkata selain itu, pindaan terhadap pekerja separuh masa, cara menetapkan masa kerja pekerja wanita, masa pembayaran berbeza antara gaji dan elaun serta prosedur pengurusan kes gangguan seksual turut "merisaukan" MTUC.

"Jika dilihat pindaan ini boleh memudahkan pekerja ditindas dan dianiaya terutamanya oleh kontraktor tenaga kerja, kita mahu menyelesaikan isu ini secara domestik terlebih dahulu, kita tidak mahu bawa ini ke peringkat antarabangsa buat masa ini," katanya. -mstar


Laporan sebelum ini
sila klik untuk baca



Tanda BN Nak Tumbang: Peluru & Nota Ugutan Bunuh Dihantar Kepada Aziz Bari

Posted: 29 Oct 2011 05:51 AM PDT

Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.

Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".

"(Dihantar dengan) pos biasa saja.

"Saya waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai," katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya.

Ketika dihubungi Malaysiakini awal petang ini, Aziz berkata, peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi.

Oleh kerana dalam keadaan tergesa-gesa, laporan polis akan dibuat akan dibuat selepas ini, selewat-lewatnya esok, kata Aziz.

Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai "kecil sahaja".

Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata "tidak" kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.

"Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata 'natang'. Itu jauh sekali.

"Saya cuma bercakap tentang exercise of power," kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Pada 23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis "kami nak Idris, natang".

"Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.

Aziz sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Tindakan itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama beberapa hari.

Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati terhadapnya. -mk

Ulasan GB

Gejala hantar surat ugutan & peluru, simbah cat merah, pecah rumah & pejabat, lempar molotov koktil dan larikan komputer riba serta seumpamanya sudah menjadi trend - tapi malangnya satu trend yang bebal.

Dilakukan oleh pihak yang merasakan dirinya mempunyai kuasa paling hebat atas dunia. Mereka ingat rakyat bodoh sangat ker tak tahu angkara siapa semua itu. Sama macam kes longgokan baju BERSIH yang diletak dengan molotov koktil di ibu kota beberapa hari sebelum perhimpunan Bersih 2.0 7 Sepetember lalu untuk memburukkan perhimpunan berkenaan.

Walhal ia menampakkan lagi kebodphan bahawa pihak itu desperado, terdesak sebab kerajaan yang disokong dan didokong sebenarnya sedang berada di ambang keruntuhan. Mereka sanggup kini melakukan apa saja, hatta suruh berbogel tengah jalan pun mereka sanggup, membunuh pun mereka berani.

Tetapi tahan macam mana pun, reputnya BN sudah menggigit tiang serinya... tunggu masa tersembam ke atas mukabumi. Masa tu Allah akan dedahkan siapa punya kerja semuanya ini: hantar peluru, simbah cat merah, simbah asid, pecah rumah YB, baling bom molotov koktil, larikan komputer riba dan sebagainya.

Seperti GB kerap nyatakan, kebenaran itu tetap akan terdedah jua... langit tak selalunya mendung, berarak awan hitam ke tepi, tampaklah cahaya terang benderang sang mentari.


Tindakan UiTM Ugut Gantung Pelajar Sokong Aziz Bari Dikecam

Posted: 29 Oct 2011 04:17 AM PDT

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan amaran penggantungan pengajian oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam terhadap Khalid Mohd Ismath.

"Ini berkaitan tulisan beliau dalam blognya yang "menghentam" pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu penggantungan tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari dan penglibatan beliau dengan demonstrasi aman kebebasan akademik di UIAM, Jumaat lalu, kata Wan Farel, penyelaras segmentasi mahasiswa SAMM itu.

Beliau bertanya, "sedangkan pihak pentadbiran UIA sendiri sudah melepaskan Aziz Bari membuktikan tindakkan UIA tidak berlandas kepada peraturan maka di manakah silapnya jika mahasiswa mengkritik universiti tersebut secara ilmiah dan terbuka?

"Kekangan pihak UiTM terhadap mahasiswa yang mempunyai pandangan dari sudut berbeza akan merealisasikan apa yang dipanggil 'pembonsaian minda' terhadap mahasiswa.

Katanya, pihaknya berpendapat tindakan amaran penggantungan itu adalah satu tindakan yang zalim dan tidak relevan kerana ia melanggar hak kebebasan bersuara dan berhimpun seperti yang terkandung dalam Perkara 10(1)(B) Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, Khalid adalah mahasiswa tahun satu Fakulti Undang-undang dan merupakan timbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami).

Menurut sumber tertentu melalui tulisan di blognya, Khalid menyifatkan penggantungan tugas pakar perlembagaan itu sebagai tidak patut memandangkan Abdul Aziz digantung sebelum dibicarakan lantas Khalid mengajak semua pihak turun berdemonstrasi membantah keputusan pentadbiran UIA Selasa lalu.

Wan Farel berkata, perkara ini membuktikan, hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan jelas telah dilacurkan oleh pihak Universiti atas tindakan memanggil Khalid dan mengarahkan beliau memadamkan tulisan di blognya. Atas desakan pihak Universiti, Khalid terpaksa akur dan memadamkan tulisan yang ditulis diblognya.

"Jika sebelum ini ada pihak yang cuba membangkitkan bahawa kuasa mahasiswa atau kehebatan mahasiswa tidak sehebat seperti era 70an, namun sebenarnya yang "membisukan" suara mahasiswa adalah sikap pentadbiran seperti yang ditunjukkan UiTM dan juga Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang jelas masih mencengkam suara mahasiswa.

"Sekiranya pihak pentadbiran UiTM mengambil tindakan terhadap Khalid, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk melancarkan demonstrasi besar-besaran dan akan bekerjasama dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk mendesak keadilan buat Khalid. -FMT


Pelajar UiTM dinasihat henti tulis tentang Aziz Bari

Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dipanggil pihak pentadbiran universiti itu semalam berkaitan tulisan dalam blognya yang "menghentam" Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Khalid Mohd Ismath dipanggil oleh timbalan dekan hal ehwal pelajar UiTM tengahari semalam, yang "menasihatkannya" supaya berhenti menulis tentang isu Abdul Aziz dan tidak lagi menghentam pentadbiran UIA.

Khalid adalah mahasiswa tahun satu Fakulti Undang-undang dan merupakan timbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

"Pihak atasan sudah tahu mengenai perkara ini. Mereka tengah berbincang mengenai tulisan Khalid (itu)," kata sumber yang rapat dengan Khalid.

Menurut sumber itu, dalam tulisan dalam blognya, Khalid menyifatkan penggantungan tugas pakar perlembagaan itu sebagai adalah tidak patut dan mengajak semua pihak turun berdemonstrasi membantahnya Selasa lalu.

Sebelum itu, ratusan pelajar universiti tempatan mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat di UIA membantah penggantungan Dr Aziz Bari.

Bagaimanapun, kira-kira 50 aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menukar rancangan untuk berdemonstrasi itu, dengan mengadakan protes secara senyap.

Perkataan 'kurang enak'

Mereka berhimpun di perkarangan masjid kampus berkenaan, dengan menyalakan lilin dan mengangkat beberapa poster antaranya tertulis "Mahasiswa tuntut kebebasan akademik" dan "Bebaskan universiti dari cengkaman politik".

Menurut sumber lagi, Khalid dikatakan menggunakan perkataan yang "kurang enak" terhadap pentadbiran UIA.

Susulan perjumpaan tersebut, sumber berkenaan berkata Khalid akur dengan arahan bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang meminta beliau membuang tulisan tersebut.

UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang kerana didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti".

Beliau diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadapnya.

Ia berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Isnin lalu, pihak pentadbiran UIA telah menarik balik penggantungan pakar perlembagaan itu sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta. - mk


Tiada ulasan: