Jumaat, 21 Oktober 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Rektor UIAM: Penggantungan Dr.Aziz Bari, Bukan Satu Hukuman Tetapi Beliau Peluang Dia Bela Diri

Posted: 21 Oct 2011 04:01 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Okt - Penggantungan khidmat pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari semalam, bukan suatu hukuman sebaliknya bagi memberikan peluang kepada beliau membela diri dalam tempoh ditetapkan. Rektor UIAM, Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin (foto) berkata, penggantungan itu dibuat bagi memberikan Abdul Aziz masa yang secukupnya untuk menjawab surat tunjuk sebab atas kenyataannya sebelum ini berhubung titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama. "UIAM dikecam kerana menggantung beliau (Aziz Bari), tetapi ramai yang tidak tahu maksud 'gantung' itu sendiri. Kami bukan menghukum Aziz Bari, tetapi memberi peluang kepadanya untuk membela diri. "Kalau Aziz Bari memberi penjelasan yang kukuh mengenai kenyataannya terhadap baginda, pihak universiti tidak akan ambil tindakan lanjut. Tetapi, jika didapati alasan beliau tidak kukuh, kami akan membawa kes ini ke tribunal universiti," kata beliau hari ini.

[Kenyataan Rektor UIAM ini mungin boleh sedikit meredakan keadaan. Namun, sesuatu yang perli diambil perhatian ialah tindakan pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang tidak membenarkan Profesor Dr.Aziz Bari dari memasuki pejabatnya di kampus UAIM Gombak. Malah kad aksesnya juga harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti berdasarkan arahan yang telah dikeluarkan. Maknanya, ia tidak menggambarkan yang Aziz Bari digantung untuk membela diri. Sebaliknya apa yang berlaku seolah-olah dia sudah didapati bersalah dalam hal ini. Ia sama dengan kes melibatkan Anwar Ibrahim dulu yang terus dipecat biar pun kes beliau masih disiasat dan dia tidak pun didapati bersalah lagi oleh mahkamah. Kini, ramai yang yakin bahawa Aziz Bari pasti akan dipecat dari UIAM sebenarnya. Inilah yang akan berlaku kepada beliau bila gagal mengikut aspirasi kerajaan. Jalan terbaik ialah dia ikut arahan agaknya].

Panas: Bekas Orang Kuat Keadilan, Lokman Adam Bakal Hadir Dalam Ceramah Di Kuantan Ahad Ini!

Posted: 21 Oct 2011 02:23 AM PDT

KUANTAN, 21 Okt - Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga merupakan bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan, Lokman Noor Adam (foto) bakal hadir dalam satu ceramahnya di Dewan Sebaguna Taman Impianku dekat sini pada 23 Oktober ini (Ahad). Ceramah "Bongkar" itu adalah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota dan akan bermula pada jam 8.30 malam itu. Turut akan bersama dengan beliau berceramah pada malam itu nanti ialah bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin. Lokman sebelum ini pernah beberapa kali hadir ke Kuantan untuk program-program ceramah beliau. Kali ini mungkin banyak isu-isu besar yang akan disampaikan oleh anak muda itu terutamanya yang berkaitan dengan Datuk seri Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan isu-isu semasa yang lain. Lokman juga banyak mendedahkan tentang hubungan pemimpin PKR dengan penyangak matawang iaitu George Soros serta penglibatan isteri Azmin Ali, Shamsidar dalam hubungan "terlarangnya" dengan Anwar. Malah, dia juga banyak mendedahkan tentang kisah sebenar mengapa begitu ramai pemimpin Keadilan yang akhirnya meninggalkan parti itu, akibat tidak tahan lagi dengan perangai Anwar. Malah, Lokman juga banyak menyimpan rahsia tentang kegiatan tidak bermoral pemimpin terbabit dan perkara itu telah banyak kali didedahkan dalam ceramahnya sebelum ini.

[Justeru itu, orang ramai disekitar bandar Kuantan dan yang berhampiran dijemput hadir beramai-ramai untuk mendengar ceramah beliau ini. Rakyat perlu bersikap terbuka dalam menerima maklumat yang disampaikan oleh pemimpin atasan. Ada kalanya kita tidak wajar hanya mendengar pandangan daripada sebelah pihak semata-mata. Maka eloklah menghadirkan diri untuk mendapatkan gambaran sebenarnya kisah Anwar daripada seorang anak muda yang sempat 18 hari bersama pemimpin itu selepas dipecat daripada UMNO dan kerajaan pada tahun 1998 dulu. Pasti banyak isu-isu panas yang akan didedahkan oleh beliau dan sememangnya tidak diketahui oleh rakyat marhaen itu sendiri sebenarnya. Jika tidak ada aral melintang, kami juga akan hantar wakil ke program ceramah itu nanti].

Panas: Mahasiswa UIA Berdemo Secara Aman Bagi Membantah Tindakan Terhadap Prof Dr.Aziz Bari !

Posted: 21 Oct 2011 01:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Okt - Lebih seribu orang mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) hari ini berhimpun bagi membantah tindakan pihak UIAM menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah. Perhimpunan itu berlansung di perkarangan masjid di UIA selepas solat Jumaat. Mereka melaungkan "Hidup Ilmu", "Lawan Kezaliman", "Bebas Aziz Bari" dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan dipelihara. Mereka yang berang itu menyokong dan mendokong Abdul Aziz serta mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu. Sewaktu hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka daripada menuju ke pejabat rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku. Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya. Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.


Mahasiwa UIAM bangkit untuk nyatakan sokongan terhadap Dr.Aziz Bari
Suara Mahasiswa bergema selepas kecewa dengan tindakan pihak UIAM
Menurut seorang pengawal keselamatan, sejak tengahari pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang UIA manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut. Selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk. Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan terbabit. "Kami terima arahan tak benar orang awam dan media masuk hari ini," kata pengawal keselamatan itu.

Solidariti Mahasiswa 'Hantar Memo' Kepada UIAM


Pagi tadi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Rektor UIA Prof Datuk Zaleha Kamarudin (foto) menarik balik hukuman terhadap pakar perlembagaan itu. Mereka menuntut penggantungan tersebut ditarik balik dengan kadar segera "bagi memulihkan imej UIA sebagai institusi akademik yang disegani". Mereka juga mendesak agar pihak universiti mengadakan siasatan secara adil terhadap kenyataan akademik Abdul Aziz dan bukan melalui "tekanan undang-undang-undang yang bercanggah dengan prinsip akademik". "Mahasiswa menuntut agar pihak universiti menghormati prinsip kebebasan akademik selaras dengan tuntutan universal yang termaktub dalam Deklarasi Prinsip Kebebasan Akademik dan Ahli Akademik 1970, Senarai Hak Akademik 2001 dan Kempen Akademik untuk Kebebasan Akademik," kata mereka dalam satu memorandum. Memondum tersebut disokong oleh sembilan ahli gabungan dalam SMM antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

[Sementara itu Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dipercayai telah ditahan oleh pasukan pengawal keselamatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Menurut beberapa pesanan menerusi Twitter, Shamsul ditahan ketika dalam perjalanan ke tempat mengambil air wudhu oleh lebih 10 anggota keselamatan termasuk polis. Kini Shamsul diiringi keluar oleh pasukan polis keluar dari universiti tersebut tanpa diketahui destinasi yang dituju. Beliau dipercayai merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang daripada universiti terbabit. Nampaknya suara mahasiwa bergema menuntut keadilan terhadap isu ini. Bagi mereka golongan akademik berhak membuat kenyataan dan tafsiran salah tentang undang-undang dan perlembagaan. Tidak timbul soal kurang ajar atau menghina mana-mana pihak. Kebebasan bersuara adalah amalan sebuah negera demokrasi itu sebenarnya. Hanya di negara kita sahaja kebebasan bersuara itu dianggap salah oleh pemerintah].

Eksklusif: Ikuti Rakaman Video Saat-Saat Terakhir Sebelum Muamar Gaddafi Di Bunuh Pemberontak!

Posted: 20 Oct 2011 01:03 PM PDT

TRIPOLI, 21 Okt - Pemimpin Libya, Muamar Gaddafi (foto) terbunuh dalam pertempuran dengan rejim yang menumbangkan pemerintahan pemimpin berkenaan secara pemberontakan. Rejim berkenaan yang dikenali sebagai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan Gaddafi terbunuh dalam serangan terakhir di bandar Sirte. "Kami mengumumkan kepada dunia Gaddafi telah dibunuh oleh pasukan revolusi," kata jurucakap NTC, Abdel Hafez Ghoga. Sementara itu Pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita "Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi," kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu. "Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini adalah masa bagi Libya untuk mulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan," katanya.


Rakaman video tangkapan Muamar Gaddafi sebelum dibunuh pemberontak

Rakaman video wajah Muamar Gaddafi selepas dia dibunuh oleh pemberontak

[Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi. Dalam rakaman yang disiarkan Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya. Sementara itu, rangkaian televisyen Al Jazeera menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan atas tanah. Selain itu, Al Jazeera turut siarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulan yang mukanya tidak pun berlumuran darah].

Eksklusif: Komplek Makmur Bersebelahan Dengan Terminal Bas Kuantan, "Terbakar" Awal Pagi Tadi!

Posted: 20 Oct 2011 12:44 PM PDT

KUANTAN, 21 Okt - Satu kebakaran telah berlaku di Komplek Makmur (foto) bersebelahan dengan hentian bas Terminal Makmur dekat sini awal pagi tadi. Kebakaran yang bermula dari aras dua bangunan terbabit. Menurut seorang saksi, kebakaran dipercayai bermula sekitar jam 1.20 pagi. Ia mula merebak dan mengeluarkan asap yang banyak hingga menyebabkan orang ramai yang berada di kawasan itu terpinga-pinga dan panik. Difahamkan, masuk kali ini sudah beberapa kali bangunan terbabit terbakar sebenarnya. Tinjauan krew kami ke lokasi terbabit, mendapati dua buah kereta bomba sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran terbabit. Kelihatan juga beberapa orang anggota polis yang turut memantau keadaan di situ. Komplek Makmur adalah destinasi yang sering dikunjungi oleh warga Kuantan satu ketika dulu. Ini kerana disitulah terletaknya hentian bas ekspress (Terminal Makmur) ke serata destinasi di seluruh negara. Ketika awal pelancarannya, ia menjadi salah satu destinasi membeli-belah terkenal di bandar ini kerana disitu menempatkan berbagai lot-lot perniagaan. Namun, kini semuanya tinggal kenangan dan bangunan terbabit terbiar dan menjadi tempat lepak penagih dadah dan mereka yang mahu melakukan perbuatan maksiat. Keadaannya yang cukup kotor dan menjijikkan telah mencemarkan imej Kuantan. Keadaan kembali pulih apabila ada syarikat swasta yang memajukannya dengan membina pusat karaoke keluarga di aras bawah bangunan itu. Disamping itu, terdapat juga pusat snooker dan studio muzik di aras tiga dan beberapa buah lot-lot perniagaan yang "hidup segan mati tak mahu" di aras dua.


Kelihatan kepulan asap yang keluar dari aras dua bangunan berkenaan

Kelihatan beberapa orang anggota bomba dan polis yang mengawal keadaan

Komplek Makmur terletak bersebelahan dengan Terminal Makmur (Bas)

Video yang sempat dirakamkan ketika kejadian kebakaran itu awal pagi tadi

[Mujurlah dalam kejadian ini, tiada kejadian yang tidak diingini sama ada melibatkan kecederaan atau sebagainya berlaku. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Bomba Dan Penyelamat yang begitu cepat dan pantas tiba dilokasi kejadian untuk mengawal keadaan. Cuma apa yang mengecewakan, dalam keadaan panik begitu dan ketika jalan masuk ke Terminal Makmur itu ditutup kepada sebarang lalu-lintas masih ada juga pemandu yang melaluinya. Sikap kurang ajar ini tidak wajar berlaku dan sengaja menyusahkan pihak yang berkenaan. Terminal Makmur juga kini kelihatan menarik selepas pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menaiktaraf bangunan itu dengan kos RM232,000. Cuma, masalahnya Komplek Makmur yang terletak bersebelahan masih lengang dan tidak menjadi tumpuan terutamanya di aras satu dan duanya. Hanya aras bawah dan tiga yang mendapat sambutan kerana disitu menempatkan pusat snooker, studio muzik, pusat karaoke keluarga dan sebagainya. Semoga iniseatif dapat diambil untuk mengembalikan keceriaan lokasi berkenaan oleh pihak berkenaan. Ini kerana Komplek Makmur terletak di pusat perhentian bas terulung di bandar ini. Kekotoran yang menjijik boleh cemarkan nama baik Kuantan di mata pelancong dari luar itu sebenarnya].

Panas: YB Fuziah Kata Dia Tidak Gentar Dan Sedia Berdepan MCA Atau UMNO Di Parlimen Kuantan !!

Posted: 20 Oct 2011 10:36 AM PDT

KUANTAN, 21 Okt - Pakatan Rakyat (PR) khususnya PKR Cabang Kuantan sedia berdepan calon lawan sama ada dari UMNO atau MCA bagi mengekalkan kerusi parlimen itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) berkata, kesediaan MCA untuk berbincang dengan UMNO bagi menyerahkan kerusi Parlimen Kuantan bukan satu isu bagi PR sebaliknya ia satu gambaran parti yang mewakili kaum Cina itu semakin terdesak dan sudah hilang taring. "Saya tidak kisah kalau UMNO atau MCA yang bertanding di Kuantan kerana bagi PKR, kami sedia berhadapan dengan sesiapa sahaja calon daripada BN," katanya semalam. Beliau berkata demikian sebagai respons kepada laporan muka depan Sinar Harian, semalam mengenai kesediaan MCA Kuantan menyerahkan kerusi Parlimen Kuantan kepada UMNO, namun dengan syarat pertukaran dengan kerusi lain di daerah itu untuk mereka. Menurutnya, MCA sudah hilang keyakinan terhadap sokongan pengundi Cina di Kuantan justeru itu mereka cuba untuk mencari peluang di kawasan lain. "Apabila UMNO menyatakan hasrat untuk mengambil alih kerusi Parlimen Kuantan, ia satu alasan terbaik kepada MCA melepaskannya bagaimanapun dengan syarat kerusi Indera Mahkota diberikan kepada mereka," katanya. Fuziah berkata, sama ada calon MCA atau UMNO bukan satu cabaran kerana PKR sentiasa mengambil kira calon terbaik untuk mewakili penduduk Kuantan. "Pendekatan kita berbeza kerana faktor bangsa bukan kriteria untuk mendapat sokongan pengundi sebaliknya calon yang akan diletakkan itu boleh menjalankan tanggungjawab dan memahami aspirasi rakyat secara keseluruhannya. "Kita tidak amalkan politik perkauman sebaliknya wakili semua kaum sebagai satu bangsa Malaysia," kata Naib Presiden PKR itu. sumber

[Kenyataan YB Fuziah Salleh ini jelas sekali satu provokasi yang cukup menakutkan BN menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang pastinya. Malah, beliau dijangka akan menang selesa kali ini kerana majoriti masyarakat kaum Tionghua di parlimen Kuantan pasti akan menyokong pemimpin terbabit kerana isu Lynas. Ditambah lagi dengan pergolakan yang berlaku dalam BN sekarang tentang isu kerusi parlimen Kuantan yang khabarnya ingin diambil semula oleh UMNO pada PRU itu nanti. Jika ini berlaku, sudah pasti penyokong MCA akan berpaling tadah dan menyokong Fuziah nanti. Jika pada PRU12 jelas dapat dilihat kemenangan Fuziah dek kerana protes daripada pengundi Melayu terhadap calon MCA, Fu Ah Kiaw ketika itu. Kini segalanya ditangan rakyat Kuantan untuk menentukannya!].

Tiada ulasan: