Pahang Daily Online |
- Panas: Pelajar Kecewa Pengurusan Kolej Batalkan Kebenaran Guna Bas Ke Kuliah Ustaz Azhar Idrus
- Al-Fatihah: Mantan ADUN Sanggang, Datuk Abdul Halim Mohd Seth "Meninggal Dunia" Malam Tadi !
- Isu Rakyat: "MPK Tidak Patuhi ISO", Gagal Kawal Warga Asing Dari Thailand Usahakan Gerai Yang Sepatutnya Di Sediakan Untuk Rakyat Tempatan !
- Menakjubkan: Ribuan Umat Islam Telah Hadir Ke Kuliah Ustaz Azhar Idrus, Di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, "Taman Cenderawasih" Malam Tadi !!
Panas: Pelajar Kecewa Pengurusan Kolej Batalkan Kebenaran Guna Bas Ke Kuliah Ustaz Azhar Idrus Posted: 18 Oct 2011 01:54 AM PDT KUANTAN, 18 Okt - Para pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Hj.Ahmad Shah (KIPSAS) dekat sini kecewa dengan kerenah birokrasi pihak pentadbiran hingga menyebabkan mereka gagal untuk mengikuti Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Taman Cenderawasih malam tadi. Menurut seorang pelajar yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka tidak sangka pihak kolej menarik balik kebenaran untuk para pelajar ke majlis ilmu itu. "Ustaz Azhar Idrus adalah tokoh pendakwah tersohor yang amat terkenal di seluruh negara. Maka sudah semestinya kehadiran beliau ke Kuantan tidak akan dilepaskan oleh kami semua. Urusan bas telah diputuskan pada Jumaat dan semuanya berjalan lancar. Lantaran itu kami membuat iklan kepada mana-mana pelajar yang ingin turut serta supaya mendaftar nama. Tapi, kami sungguh kecewa bila bas yang ditunggu tidak kunjung tiba. Kami telah ditipu oleh pihak kolej dengan alasan kuliah itu ceramah politik", kata beliau. Difahamkan, pada Jumaat permohonan untuk menggunakan bas kolej telah diluluskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan bas diuruskan oleh pegawai di Bahagian Kewangan. Anehnya tiba-tiba ia dibatalkan secara tiba-tiba. "Bila kami jumpa bahagian HEP. mereka kata Naib Presiden kolej tak benarkan dan macam-macam lagi alasan yang diberikan. Kami ditipu oleh pihak kolej sendiri. Bayangkan pelajar yang dtidak tahu pembatalan bas tersebut terpaksa menunggu begitu lama untuk ke kuliah berkenaan. Sampai hati pihak kolej menipu kami. Kami bukan budak-budak yang boleh diperlakukan sedemikian rupa", kata salah seorang pelajar yang sempat dihubungi. Kalau dengar kuliah Ustaz Azhar Idrus dikira politik dan pelajar dihalang apa pula bezanya dengan benarkan UMNO buat konvensyen di kolej itu Ibu Bapa Pelajar Kecewa Kipsas benarkan Persidangan UMNO Jika kuliah Ustaz Azhar itu berunsur politik, kenapa UIAM Gombak izinkan program beliau. Mana yang lebih hebat Kipsas atau UIAM?. Bukti klik SINI |
Al-Fatihah: Mantan ADUN Sanggang, Datuk Abdul Halim Mohd Seth "Meninggal Dunia" Malam Tadi ! Posted: 17 Oct 2011 11:13 PM PDT TEMERLOH, 18 Okt - Bekas ADUN Sanggang (kini dikenali sebagai DUN Kerdau), Datuk Abdul Halim Mohd Seth, 64, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 9.05 malam tadi akibat komplikasi jangkitan paru-paru dan buah pinggang. Menurut bekas anggota DUN Kerdau, Datuk Ridzuan Harun, Allahyarham Abdul Halim meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas dimasukan ke hospital itu sejak lima hari lalu. Allahyarham pernah menjadi wakil rakyat DUN Sanggang selama sepenggal dari tahun 1986 sehingga 1990. "Jenazah akan disemadikan hari ini bersebelahan kubur ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Bangau Tanjung selepas sembahyang zuhur," katanya. Abdul Halim meninggalkan seorang balu, Hasanah Putih, 53, dan empat anak yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan. Allahyarham juga merupakan adik kepada bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Yahya Mohd Seth. Beliau juga pernah menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian Mentakab selama sepenggal sebelum bahagian tersebut ditukar menjadi UMNO Bahagian Temerloh. "Beliau adalah seorang wakil rakyat yang baik dan sentiasa prihatin terhadap pengundi terutamanya mereka di DUN Sanggang yang kini telah dikenali sebagai DUN Kerdau setelah berlaku persempadanan semula DUN itu pada tahun 2004," kata Ridzuan. [Pahang Daily Online merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Sebagai makluman, setakat ini sudah tiga Wakil Rakyat di kawasan DUN Sanggang (Kerdau) telah meninggalkan kita iaitu Dato Abdullah Kia, Datuk Abdul Halim Mat Seth dan sebelum ini Datuk Zaharuddin Abu Kassim. Semoga senambungan perjuangan rakyat yang dipelopori oleh kesemua pemimpin terbabit akan dapat diteruskan oleh generasi baru hari ini dan pada masa yang akan datang. Al-Fatihah. Amin]. |
Posted: 17 Oct 2011 10:39 PM PDT KUANTAN, 18 Okt - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa mengambil tindakan segera untuk memastikan semua gerai-gerai milik mereka tidak dimiliki atau pun disewakan kepada "warga asing" terutamanya dari Thailand. Senario yang berlaku mutakhir ini, jelas melihatkan begitu banyak gerai-gerai MPK kini diusahakan oleh rakyat dari negara terbabit. Malah difahamkan, ada diantara warga Thailand yang memiliki dua atau tiga buah gerai makanan dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sejak beberapa tahun yang lalu. Fenomena yang berlaku ini menyebabkan ramai peniaga tempatan terpaksa "gulung tikar". MPK dilihat lebih mengutamakan "orang luar" dari rakyat tempatan sendiri. Persoalannya dimana ketelusan pihak MPK dalam memastikan ekonomi rakyat tempatan terbela. Menurut seorang peniaga yang sudah lebih sepuluh tahun menjalankan perniagaan di Indera Mahkota Dua dekat sini mengatakan nasib mereka kini "umpama telur dihujung tanduk". "Sudah berkali-kali saya ikuti temuduga gerai MPK, namun semuanya gagal tanpa sebarang alasan. Padahal saya sudah hampir 13 tahun berniaga dan ada ura-ura kami akan dipindahkan ke gerai MPK yang berhampiran selepas kawasan perniagaan kami mengganggu laluan kenderaan. Namun, bila kawasan gerai itu siap, saya orang terawal yang ditemuduga tetap gagal biarpun syarat IC 06 (orang Pahang) telah saya tunjukkan", kata seorang peniaga. Beliau turut melahirkan kekecewaan, kerana gerai kosong di Medan Selera Indera Mahkota Dua yang sepatutnya diberikan kepada peniaga tempatan telah diusahakan oleh warga asing, sedangkan dalam perkara 5, Tatacara Am Pengeluaran Lesen dan Penyewaan Gerai jelas menyatakan "Permohonan dari bukan warganegara Malaysia tidak akan dilayan". Itu diatas kertas, namun hakikatnya kini begitu ramai peniaga bukan warganegara yang dilayan serta "ditatang bagai minyak yang penuh", sedangkan peniaga tempatan "dipinggirkan". Bukti, peniaga tempatan dibiarkan duduk di bawah khemah yang tiada air, letrik serta jalanraya yang sesak dengan lalulintas di kawasan terbabit Cuba lihat, peniaga tempatan terpaksa duduk di gerai yang tidak selesa tetapi warga asing mendapat layanan istimewa daripada pihak MPK Bukti, gerai MPK pula telah disewakan kepada warga asing dari Thailand di kawasan terbabit sebenarnya (Indera Mahkota Dua-Yew Hong) [Kami akan membuat pendedahan eksklusif isu ini jika MPK gagal mengarahkan pemilik lesen mengusaha perniagaan mereka sendiri dan tidak disewakan kepada warga asing. Anehnya, di kawasan tertentu seperti Gerai MPK kawasan Pasar (hentian bas bandar) di hadapan Padang MPK 2, jika ada pemilik lesen yang menyewakan gerai mereka maka tindakan memengambil alihs semula gerai itu akan dilakukan. Mereka tegas di kawasan tertentu, tetapi gagal melaksanakan undang-undang di kawasan yang lain. Jika ini keadaannya, apakah MPK layak menerima anugerah ISO 9000 seperti yang dibanggakan sangat itu. Kualiti dalam ISO 9000 boleh ditakrifkan sebagai keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan dan tersirat mengikut kehendak pelanggan. Pelangganlah yang bertanggungjawab menilai samada perkhidmatan yang dihasilkan memenuhi cirri-ciri yang mereka tetapkan. Oleh itu kualiti bermakna memenuhi kehendak pelanggan sepeti yang diwar-warkan. Namun, hakikatnya "bagai langit dengan bumi", mereka ternyata telah gagal mengikut prosedur yang sepatutnya. Maka itu rakyat buatlah perubahan!]. |
Posted: 17 Oct 2011 08:47 AM PDT KUANTAN, 18 Okt - Ribuan Umat Islam membanjiri Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Taman Cenderawasih dekat sini malam tadi, untuk mendengar kuliah oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (foto). Jalan mula sesak di persimpangan lampu isyarat Bukit Setongkol hinggalah ke kawasan masjid berkenaan. Difahamkan, sambutan ceramah beliau malam tadi adalah antara yang terbaik setakat ini kerana orang ramai terpaksa berdiri hingga ke pintu pagar masjid berkenaan. Tinjauan kami mendapati, kehadiran orang ramai disambut oleh deretan gerai jualan yang menawarkan pelbagai barangan makanan, agama, aksesori, kesihatan dan termasuk juga kaset-kaset Ustaz Azhar sendiri. Orang ramai mula menbanjiri masjid berkenaan sekitar jam 7.00 petang lagi dan kehadiran mula bertambah selepas solat Maghrib berjemaah. Kuliah Ustaz Azhar malam tadi adalah berkisarkan kepada soal kematian dan pengurusan jenazah. Penjelasannya yang penuh dengan unsur humor dan lawak itu telah mendapat sambutan dari kalangan orang ramai yang hadir. Jelas kelihatan, bukan sahaja orang dewasa yang memenuhi setiap sudut masjid untuk mendengar ceramah beliau. Kelihatan juga begitu ramai muslimat dan termasuk golongan muda yang hadir. Masing-masing terhibur dengan teknik penyampaian dakwah oleh Ustaz Azhar Idrus malam tadi. Kuliah diakhiri dengan sessi soal jawab yang memakan masa hampir satu jam sebelum dia mengimamkan solat Isyak berjemaah. Ribuan yang berada dalam masjid ketika Ustaz Azhar sampaikan kuliah Bukti, ruang di dalam serta luar masjid penuh sesak dengan orang ramai Gerai jualan kaset original dan juga barangan ibadah Ustaz Azhar Idrus Kaunter daftar undi PAS juga disediakan untuk orang ramai yang hadir Ribuan lagi yang memenuhi kawasan di luar masjid tersebut malam tadi Sempat bergambar kenangan dengan para peminatnya di Restoran D'Oasis Ustaz Azhar Idrus dan rombongan menjamu selera dekat Restoran D'Oasis |
You are subscribed to email updates from PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan