Selasa, 18 Oktober 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Jom kita TUKAR KERJAAN!!

Posted: 17 Oct 2011 08:03 PM PDT


Gilerrr luu.... RM 437.2 bilion??

Fuiyooo... Banyaknya hutang negara!! Keliling pinggang pulak tu.


KUALA LUMPUR 17 Okt: Sekurang-kurangnya Kerajaan Persekutuan berhutang RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sehingga 30 Jun tahun ini.

Angka yang mengerunkan itu diperoleh daripada jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta Menteri Kewangan menyenaraikan negara luar yang memberi hutang kepada Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang.

Manakala bakinya RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Menerusi jawapan itu juga, dewan rakyat diberitahu bahawa sumber hutang, pinjaman dalam negeri diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Dalam pada itu hutang luar negara Kerajaan Persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Eura, Dolar Kanada serta Dinar.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).- tvs

Dahsyat.... Dahsyat... memang gilerrr!! Hutangnya banyak gilerr. Pihak yang berhutang tu lagi ler giler.

Nak tanya sikit.... Sapa yang banyak itu hutang tu??

Aha.... Sapa lagi kalau bukan kerajaan BARISAN NASIONAL.

Mengapa Kerajaan BARISAN NASIONAL boleh berhutang sampai macam itu punya banyak??

Sebab... Mereka mengamal KRONISME dan NEPOTISME, sejak era pemerintahan Mahathir Mohamad lagi. Selain itu... mereka ini BIG SPENDER dan dalam proses mereka mentadbir negara, banyak berlaku pembaziran dan ketirisan yang maha dahsyat. Dan... jangan kita lupakan gejala RASUAH yang berlaku. Semua itu.... dah sebati dengan corak dan gaya pentadbiran mereka. Tak dapat dipisahkan wa cakap lu....

Mana tidaknya... puak-puak ini bukan ke penyamun yang rompak harta dan sumber hasil bumi negara ini. Dari bapak penyamun sampai ler ke kuli batak mereka, semua dapat share masing-masing dan nisbahnya pula mengikut ranking dalam hiraki pentadbiran negara. Semua nak merasa hasil rompakan tersebut.

Ooooo.... joli katak mereka dengan duit kita weh. Apabila tak cukup duit untuk bikin itu dan ini, mereka PINJAM dari dalam dan mereka PINJAM dari luar negara..... Ratusan bilion ringgit beb!! Semakin hari.... hutang negara semakin bertapuk-tapuk. Sebab tu.... selagi UMNO@BARISAN NASIONAL memerintah negara, rakyat dan negara tak selamat. Kita bisa jagi MUFLIS@BANGKRUP!!

Inilah sebab utama mengapa kita kena TUKAR KERAJAAN. Kita tukar kepada pihak yang telah membuktikan kemampuan mereka mentadbir dan mengurus ekonomi dan kewangan negari dengan telus dan efisyen. Ya... pihak yang ada kredibiliti dan integriti dan yang tak suka berhutang tapi masih mampu membayar hutang mereka serta ada pulak simpanan. Rakyat tak sengsara, malah.... amat sejahtera!!

Aha.... cer teka siapa pihak ini??

Eleh.... senang kacang putih jer. Semua rakyat dah tahu. In fact, kerajaan asing@luar pun suka dan iktiraf kecekapan dan ketelusan mereka.

Jeng... jeng.... jeng....

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PAS-PKR-DAP!!

Ayuh.... apa tunggu lagi??

Jom kita TUKAR KERAJAAN daripada UMNO@BN kepada PAKATAN RAKYAT!!

Hahahaha... Tak rugi wa cakap lu

Tiada ulasan: