Pahang Daily Online |
- Pesuruhjaya PAS Selangor: Isu Bob Lokman, JAIS Perlu Lebih Bersikap Terbuka Laksanakan Kuasa!
- Panas: "Pegawai Imigresen" Mati Terjatuh Tingkat 12 Kondominium Selepas Di Datangi Lelaki Misteri
- Pembangkang 'Dedahkan' Kerajaan Rela Belanja RM94 Juta Kepada 'Media Asing' Untuk Pulihkan Kembali Imej Mereka Di Mata Masyarakat Dunia !
Pesuruhjaya PAS Selangor: Isu Bob Lokman, JAIS Perlu Lebih Bersikap Terbuka Laksanakan Kuasa! Posted: 11 Oct 2011 07:20 PM PDT SHAH ALAM 12 Okt - Berikutan penahanan artis popular Bob Lokman oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika memberi tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat mengundang reaksi pelbagai pihak. Antaranya Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (foto) yang mengesa JAIS agar lebih bersikap terbuka dalam menjalankan tugasnya sebagai institusi yang memperkasakan Islam di negeri ini. Dr Rani menjelaskan pihaknya tidak mempertikaikan tindakan JAIS menghalang penceramah yang tidak bertauliah, tetapi usaha ini dikhuatiri mengekang proses pembelajaran agama di negeri ini. "Kes-kes seperti ini JAIS sepatutnya terlebih dahulu dengar ceramah tersebut, sekirannya orang itu berceramah tidak betul, tegur golongan itu. "Saya sendiri sebagai Pesuruhjaya PAS tidak setuju dengan ceramah berunsur politik kepartian di dalam masjid mahupun surau, tetapi sekirannya ceramah itu bersifat politik Islam ia tidak menjadi masalah. "Siapa yang menyatakan politik berasingan daripada Islam, maka golongan itu perlu mengucap kembali," katanya. Bob Lokman dipercayai ditahan atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah dan dibawa ke balai polis berdekatan. Penulis lirik lagu Isabella itu difahamkan mencerita pengalamannya sewaktu bergelumang dengan kegiatan seni sejak sekian lama kepada hadirin surau itu malam semalam. Dr Rani yang juga ADUN Meru berpendapat tindakan JAIS menggunakan alasan tiada tauliah sebagai menghalang sesorang dari berceramah dilihat kurang tepat. "Sekirannya benar Bob Lokman bercakap benda yang tidak betul, beritahu, jangan terus tangkap, kalau benar Bob Lokman salah dakwanya di mahkamah, soal tahan seseorang dengan alasan tanpa tauliah, itu tidak berapa tepat," jelasnya. Sebelum ini, Pengarah JAIS, Tuan Haji Marzuki Hussin berkata pihaknya tidak membenarkan mana-mana ahli politik dari mana-mana parti untuk berceramah dan berpolitik di masjid sejajar dengan titah Sultan Selangor yang tidak mahu masjid menjadi gelanggang politik. Marzuki menjelaskan sekiranya ahli politik dipanggil untuk mana-mana upacara mahupun perasmian yang bertempat di masjid dan surau haruslah dibuat dipekarangan premis tanpa ucapan berunsur politik dan lambang parti. "Kita telah mengeluarkan surat edaran dan peraturan masjid, ianya hanya dibenarkan diluar pekarangan masjid tanpa sebarang lambang mana-mana parti politi, banner mahupun risalah politik dan ucapannya bebas dari unsur politik," jelas Marzuki. Susulan daripada itu, pihak JAIS tidak akan memperbaharui tauliah kepada mana-mana ahli politik yang sebelum ini memiliki sijil berkenaan. |
Panas: "Pegawai Imigresen" Mati Terjatuh Tingkat 12 Kondominium Selepas Di Datangi Lelaki Misteri Posted: 11 Oct 2011 06:45 PM PDT KUALA LUMPUR, 12 Okt - Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 Kondominium Magnaville di Selayang dekat sini, semalam. Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya. Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya. "Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja," katanya. Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka. "Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah," kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian. Mangsa merupakan Pegawai Penguatkuasa Imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lalu. Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang semalam dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. Polis mengklasifikasikan tersebut sebagai mati mengejut. |
Posted: 11 Oct 2011 06:37 PM PDT KUALA LUMPUR 12 Okt - Dewan Rakyat semalam digemparkan dengan pendedahan terbaru bahawa kerajaan telah membelanjakan sejumlah 19.6 juta Euro (RM83.88 juta) kepada syarikat perunding, FBC Media untuk menaikan profil pentadbiran Barisan Nasional di mata dunia. Menurut jawapan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, FBC Media kini sedang disiasat oleh pengawal media Britain atas dakwaan melanggar etika media. Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (foto) menyifatkan perkembangan ini sebagai suatu yang memalukan negara kerana kerajaan terlibat dengan firma seperti itu. "Britain telah dapati FBC melanggar etika kerana program yang dibuat, iaitu dokumentari berbayar yang disara kerajaan Malaysia, perkara ini perlu dijawap kerajaan kerana melanggar etika media ini", Apa yang tak dibenarkan oleh undang-undang Britain adalah mana-mana pihak membayar kepada media untuk buat berita.Saya bangkitkan perkara ini bukan kerana Kerajaan membuat bayaran yang besar terhadap FBC, malah kerajaan juga perlu menjelaskan tentang syarikat perunding itu yang terlibat dalam scandal terbesar dengan BBC, CNBC dan CNN."ujarnya. Tian berkata demikian pada sidang media di lobi parlimen. Jawapan bertulis Perdana Menteri pada 6 Jun lalu menjelaskan bahawa usahasama kerajaan dengan FBC Media adalah untuk menyedikan khidmat rundingan, nasihat serta pengurusan kempen komunikasi kepada kerajaan. "Penerbitan dan penyiaran program mengenai Malaysia di media antarabangsa merupakan sebahagian dari usaha tingkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa sebagaimana yang diperuntukkan di dalam kontrak kerajaan dengan FBC Media," kata beliau lagi. Perkara ini juga telah dibangkit Saifuddin Nasution di parlimen sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga ada menjelaskan FBC Media bertanggungjawab untuk mendapatkan waktu penyiaran di media antarabangsa dan kerajaan tidak mempunyai kawalan ke atas perkara ini. "Ini merupakan perundingan di antara FBC Media dengan pihak BBC" katanya. Melihat kepada perkara tersebut, Tian menzahirkan rasa kesal atas tindakan kerajaan membayar perunding tanpa pengetahuan rakyat Malaysia. Kerajaan juga bergelut dengan kontroversi sebelum ini ekoran tindakannya menggunakan khidmat firma APCO Worldwide dengan bayaran sebanyak RM94 juta. sumber |
Posted: 11 Oct 2011 06:11 PM PDT |
You are subscribed to email updates from PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan